Ahad, 9 September 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Almond <b>Langkap</b> - Kuih Bangkit Makandak

Posted: 12 Aug 2012 06:48 PM PDT

RM22.00

Kenapa pergi Ke London untuk mencari Almond, seandainya di Langkap pun ada. Almond Langkap ini dibuat oleh anak Mak Andak. Berharga RM22.00 sebalang. Sekiranya anda semua merasai Almond Langkap ini, anda akan tahu kenapa ianya berharga RM22.00.

Biar Rahsianya diberitahu, Sememangnya Almond Langkap ini sangat sedap rasanya.. Jadi Jangan Lepaskan peluang untuk menikmati, tambahan pula aidilfitri yang semakin menjelang tiba ni.

tags: Almond Langkap

NUBE Ipoh Sana Sini: Melawat dan prihatin ahli – ahli NUBE <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 12:00 AM PDT


Rizal Yob Ipoh

Selasa, 29.05.2012 – Kehadiran kami skuad tempur NUBE Ipoh ke Langkap mengejutkan ahli – ahli disini yang tidak menduga kami sampai beramai – ramai ke kawasan itu demi menyampaikan cerita terbaru NUBE di samping mendengar masalah ahli NUBE di Langkap dalam lawatan kami ke 3 bank iaitu Hong Leong Bank, CIMB Bank dan Maybank.

Kehadiran kami kali ini amat menarik kerana berpeluang berjumpa dengan bekas ahli NUBE di Maybank Langkap yang telah dinaikan pangkat ke pegawai 2 bulan lalu dari Slim River yang berperanan membawa ahli-ahlinya di Slim River menyertai Maynue. Hasil perjumpaan antara kami dan beliau, pihak kami akan ke Maybank Slim River dalam jangka terdekat untuk merekrut semula ahli-ahli disitu setelah menurutnya pihak Maynue menganggu ahli – ahli disitu setiap minggu hingga Maynue berjaya mendaftarkan ahli-ahlinya semua seramai 8 orang.

Selain itu, pihak kami juga mendapat maklumat anak kepada ejen utama Maynue di Perak bekerja di Maybank Langkap dan beliau kini telah menyertai Maynue. Ketika kami memanggil mengadakan taklimat ringkas di bank terbabit ahli Maynue ini tidak hadir dan keluar dari banknya meninggalkan kami. Dalam keadaan sama, kami juga cuba diganggu oleh pengurusnya di situ yang tidak puas hati pihak NUBE menjalankan takilmat di dalam premis bank berkenaan, menurut sumber pegawai disitu.

Sebelumnya, kami juga hadir dan melawat 2 buah bank lain disekitar Langkap antaranya CIMB dan Hong Leng Bank. Di CIMB pihak kami memohon ahli -ahli di bank itu mempromosikan laman sosial NUBE di facebook untuk "LIKE" di muka depan NUBE MALAYSIA supaya segala penyaluran maklumat dapat dilaksanakan kepada setiap ahli yang mempunyai facebook.

Ternyata kunjungan kami juga dihujani oleh persoalan sorang ahli NUBE di CIMB Langkap yang berdepan masalah "Transfer" dari basenya di Hutan Melintang Perak. Beliau kini adalah kakitangan (MOS Poll – Hutan Melintang) dan kini ditugaskan untuk "relief" CIMB Langkap. Dikhabarkan MOS/cawangan di Hutan Melintang akan ditutup tidak lama lagi dan mereka disitu akan ditukarkan sama ada ke merata Ipoh atau Perak dan terjauh Sungai Besar Selangor. Pihak kami dalam pada itu memeberitahu kepadanya supaya segera memaklumkan perkara ini dari masa kesemasa dan berkemungkinan NUBE Ipoh akan mengadakan mesyuarat khas di Hutan Melintang tidak lama lagi.

Kunjungan kami di Hong Leng Bank juga tidak banyak bezanya, walau bagaimanapun kami dilaporkan ada seorang ahli kita akan mengambil VSS yang ditawarkan oleh pihak HLBB. Namun begitu ahli – ahli disitu nampak ceria kerana mereka baru sahaja berpindah ke premis bank baru kurang 1oo meter dari premis bank lama.

Lebih 10000 kunjung rumah terbuka DUN <b>Langkap</b> - TEGANUKI TA

Posted: 31 Aug 2012 06:42 PM PDT

Lebih 10,000 orang 'menyerbu' Majlis Sambutan Merdeka Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap di Pekan Seri Langkap, Setiu, malam tadi.

Selain pelbagai juadah istimewa sempena Aidilfitri, pengunjung turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan dan dikir barat.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), YB Haji Asha'ari Idris yang juga Adun Langkap turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis tersebut.

Turut memeriahkan majlis itu ialah Adun Permaisuri, YB Haji Abdul Halim Jusoh dan pemimpin masyarakat setempat.

Pemimpin Umno serta sayap parti termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri, turut hadir meraikan orang ramai yang berkunjung ke majlis berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan