Ahad, 9 September 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


4fn1mf-family: Seharian <b>di Kuala Sepetang</b>.

Posted: 11 Jul 2012 08:00 PM PDT

Tapi masih tergedik nak tepek jugak kat sini.
Semua ini adalah kenangan
kan..kan..kan....
Hari ke 2 lawatan kami bergerak ke negeri Perak pulak setelah
Tempat yang jarang kita masukan dalam list lawatan
ialah ke Tempat Pembuatan Arang di Kg Dew, Kuala Sepetang......
Bukan pergi cari mee yang femes ames tu tetapi mencari arang.....
Ini pun kali pertama ibu sampai ke tempat pembuatan arang nie.
Mak aiiiii...baru tahu bertapa sukar nak hasilkan arang.
Perlu banyak tenaga, memakan masa dan berisiko
kerana kawasan tu dipenuhi dengan abu, habuk, asap dan bahang kepanasan.
Ibu masuk sekejap pun dah rasa tak tahan.
Statement mengada-ngada..sila jangan muntah ye!!!!!!
Terpaksa mencari inhaler dalam handbag untuk legakan nafas yang mula sesak....

Dapur pembakar arang berbentuk iglu.
Di sinilah proses pembuatan arang berlaku selama 1 bulan........

 Naurah dan rombongan meminang..Oppss!!! rombongan murid sekolah.
Yang kelakarnya  Naurah melaram dengan skrit kembang berwarna putih.
Bayangkan pergi ke tempat macam tu...
Apa-apa jelah kakak....Nak buat macam mana, si Naurah ni dah mula
menunjukkan ciri-ciri suka melaram macam si ibu masa zaman muda-muda dulu dan 
hingga sekarang...hehehe......
 Tetapi yang pasti Naurah akan tekun mendengar setiap apa yang diterangkan.
Itulah Naurah, dia seorang yang serius dalam setiap pembelajaran...
Membuat catatan setiap apa yang didengar.....

 dan si adik,Farouk dengan cara yang tersendiri.
Catatannya diproses di otaknya (kata si farouk..)
Suka suki meninjau sendiri apa yang menarik minatnya...berbezakan mereka berdua....
Farouk cuba mengikis kulit-kulit kayu sebelum bermulanya proses pembakaran arang.
Baru dia tahu bertapa sukarnya untuk mendapatkan wang...
Kalau tak silap ibu, kerja mengikis sebatang kayu ni cuma dibayar 18 sen sebatang..
Sedangkan 1 iglu tu mampu menghasilkan Rm16,000-RM18,000 sebulan.
Iglu di situ saja ada dalam 5-6 buah.....

 2 orang BFF ni dah mula kepanasan di dalam bangsal tu.
Lepak-lepak ambil angin kat tepian sungai kecil.....
 Dah penat bertenggek kat batu, Farouk bertenggek pulak di tepi sungai........

Dah mula meneroka ke tempat lain.

Katanya nak tangkap ikan la, nak tangkap sotong la, nak tangkap kuda laut la..
Alahai macam-macam la auta budak sorang nie.
Ibu tahu farouk dah bosan dok kat dalam tu.
Lagi pun cuaca hari itu memang membahang........
Selepas selesai acara lawatan ke sini kami bergerak untuk
solat dan makan tengahari (di taja) di Masjid Kg Dew.... 
Selesailah siri jelajah ke Pulau Pinang dan Perak.........

p/s:
2 hari ibu kena menghadiri bengkel.
Bukan bengkel baiki kereta ye tetapi Bengkel berkaitan
dengan talian internet......

BN tepati janji selesaikan masalah rakyat <b>Kuala Sepetang</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 07:34 AM PDT

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Berkat kerjasama penduduk Kampung Seberang Kuala Sepetang akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan negeri Perak meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi membina jejantas pejalan kaki dan motosikal, sekaligus menepati slogan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Meskipun kawasan itu dikuasai parti pembangkang, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak pernah lepas tangan dalam membantu serta menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Kuala Sepetang.

Hari ini, sejarah terlakar apabila penantian lebih 30 tahun penduduk terutamanya yang tinggal di seberang sungai untuk menggunakan jejantas yang baru telah berakhir, semuanya kerana bantuan dan sokongan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Zambry, projek itu adalah sebahagian daripada janji kerajaan BN kepada rakyat sejak mengambil tampuk pemerintahan negeri kira-kira tiga tahun lalu.

"Kita (BN) tak tunggu pilihan raya untuk bantu atau tunaikan janji kepada rakyat sebaliknya kita terus berusaha menyelesaikan masalah rakyat Kuala Sepetang seperti isu tapak sekolah Cina dan penduduk setinggan yang tinggal di tanah rizab milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Jejantas Pejalan Kaki dan Motosikal di Kampung Seberang Kuala Sepetang, hari ini.

Projek yang menggunakan teknik DURA itu dijangka siap pada November 2013 dan membabitkan pembinaan jejantas sepanjang 111.9 meter dengan lebar tiga meter.

Ia juga merupakan satu-satunya projek jejantas yang menyeberangi sungai di negeri Perak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry meminta penduduk agar tidak mudah termakan hasutan pihak pembangkang yang akan cuba menggagalkan projek itu, sebaliknya memberi kerjasama kepada kontraktor agar ia berjalan lancar dan siap mengikut jadual.

"Kerja pembangkang memang senang ….cucuk rakyat untuk gagalkan projek tapi kita harap rakyat di sini dapat beri kerjasama dan jangan percaya dengan cakap mereka," katanya lagi.

Tegasnya lagi, kemudahan jejantas itu dapat memudahkan perjalanan penduduk dan murid-murid yang bersekolah di pekan Kuala Sepetang.

"Selama ini, penduduk Kampung Seberang Kuala Sepetang menggunakan sampan khas untuk berulang-alik ke pekan.

"Menyedari kesukaran yang dihadapi penduduk, kita akhirnya meluluskan projek jejantas pejalan kaki dan motosikal ini hasil peruntukan kerajaan negeri sendiri.

"Lebih membanggakan teknologi DURA yang diperkenalkan oleh anak tempatan dari Perak ini bukan sahaja dapat menghasilkan binaan jejantas yang kukuh dan tahan lama tetapi juga menjimatkan kos," kata Zambry lagi.

Sementara itu, penduduk Kuala Sepetang yang ditemui Peraktoday.com menyambut baik projek itu yang disifatkan sebagai kena dan tepat pada masanya.

Nelayan, Ho Ah Ba, 60, berkata projek itu dapat memudahkan urusan penduduk untuk berulang-alik ke pekan Kuala Sepetang.

"Saya berasa gembira kerana projek ini akhirnya dapat direalisasikan dengan sokongan dan bantuan kerajaan negeri," katanya.

Ng Chye Hock, pula menegaskan kerajaan BN berjaya menyelesaikan banyak masalah di Kuala Sepetang yang dikuasai wakil rakyat pembangkang.

Katanya, hampir 70 peratus setinggan yang menduduki tanah rizab KTMB sudah mendapat Surat Tawaran 5A daripada kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat.

"Saya yakin sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat hasil pelbagai usaha dan pendekatan yang diambil kerajaan dalam membantu dan menyelesaikan masalah mereka," katanya lagi.

Mee <b>Kuala Sepetang</b> | Hidup Suatu Pendakian

Posted: 04 Jun 2012 10:43 AM PDT

Ramai orang menulis tentang mee udang Kuala Sepetang, tapi aku ingin menulis tentang mee,  bukan udang dan bukan mee udang. Mee itu diproses di sebuah rumah di Kuala Sepetang oleh En. Md Yusuf setelah beliau menimba ilmu dari pengusaha yang lain. Sebenarnya, beliau telah mempelajari teknik memproses mee ini dari 5 orang "guru", dan setelah diubah-suai beberapa kali, kini dia mempunyai formula tersendiri, dan mampu menghasilkan mee yang konsisten rasanya dan mutunya. Kegigihan anak muda ini amat aku kagumi, kerana kini dia telah mengusahakan produk itu secara sepenuh masa dari rumah.

Md Yusof memindahkan mee dari periuk untuk disejukkan

Mee basah ini dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum sebagai bahan asas. Ianya diuli dengan menggunakan mesin pengadun sehingga sebati sebelum diproses dengan menggunakan mesin "extruder" bagi menghasilkan mee. Saiz mee itu bergantung kepada saiz pemotong pada mesin tersebut. Selepas itu, mee itu direbus di dalam air panas, disejukkan sebelum dipek untuk dihantar kepada pelanggan yang telah membuat pesanan. semua operasi dilakukan dengan cermat dan aspek kebersihan sentiasa dijaga. Jika anda berminat, sila hubungi Yusuf (017-5150952) untuk membuat tempahan.

Mee yang telah sedia untuk dihantar kepada pelanggan

Pekan Matang

Apabila sampai di Kota Ngah Ibrahim, aku bertanya kepada anak remaja, "Siapa dia Ngah Ibrahim?" Dia pun terkial-kial untuk menjawab kerana kehilangan fakta, atau mungkin belum lagi mempelajari tentang sejarah Taiping di sekolah. Kota Ngah Ibrahim kini dijadikan muzium dan terletak berhampiran dengan Pekan Matang. Haha, bagaimana pula anda? Kenal siapa Ngah Ibrahim?

Ketika itu aku teringat kepada sahabat lama, Man Bass atau Abd. Rahman Harun, pemain gitar bass semasa di STAR. Dia berasal dari Matang.

Ziarah Asam Kumbang

Pagi itu, sebelum ke Kuala Sepetang, kami menziarahi perkuburan Asam Kumbang, tempat bersemadinya ibu dan bapa mertuaku – sepasang suami isteri yang sangat intim di sepanjang perkongsian hidup mereka. Ke sana ke mari mereka bersama. Setelah berkongsi hidup lebih dari 60 tahun, Al marhumah Rafiah Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir pada 20 November 2008. Hari-hari selepas itu merupakan hari suram bagi bapa mertuaku Mohamed Noor Ibrahim. Dia kelihatan tidak bersemangat lagi dan menghabiskan sisa hidup dengan banyak termenung dan sentiasa menanti waktu solat tiba. Lebih kurang  3 bulan kemudian, diapun dipanggil Allah swt. Semoga Allah swt merahmati mereka berdua dan menempatkan mereka di dalam syurga yang kekal abadi. Semasa hidup, mereka telah melayan kami dengan begitu baik sekali.

Tanah Perkuburan Assam Kumbang

Bandar Taiping

Kali pertama aku sampai di Taiping ialah pada tahun 1977, iaitu ketika perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah yang diadakan di sebuah kem berhampiran Air Terjun Bukit Larut. Bandar yang sejarahnya berkaitan dengan perlombongan bijih timah itu tidak banyak berubah. Ianya sebuah bandar kecil yang lengkap dengan pelbagai aspek dan amat sukar dijadikan tempat untuk pesara. Ia mempunyai sebuah taman tasik yang cantik di samping taman-taman lain. Ia juga mempunyai sebuah zoo yang telah beroperasi lama. Ada bukit peranginan dan tempat berkelah di sepanjang sungainya. Jika anda ingin memancing, anda boleh menyewa bot di Kuala Sepetang (untuk memancing di laut) atau ke Bukit Merah (untuk memancing tasik). Namun yang paling menarik ialah ianya kerap hujan, jadi jika bercuti, anda akan nyenyak tidur.

Pekan Taiping – Amat sesuai untuk berehat

Bukit Larut

Kali kedua aku menjejakkan kaki ke Taiping ialah ketika kami pergi mendaki  Maxwell Hill yang kini dikenali sebagai Bukit Larut. Semasa mendaki, kami menaiki land rover, dan ketika turun, kami berjalan kaki. Malangnya, ketika itu hujan lebat membasahi pakaian kami. Haha Taping dalam kenangan. Kini ianya hanya menjadi bandar singgah bagi kami dari semasa ke semasa, tidak lagi seperti dahulu di mana ianya destinasi tetap beberapa kali setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan