Ahad, 9 September 2012

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


D SCHOEN HAUS: sepetang <b>di Teluk Batik</b>

Posted: 31 Aug 2012 10:09 AM PDT

on the way nak balik Sungkai...papa D ajak pegi Teluk Batik since dia tak pernah pergi sini..mama on aje..tak mandi pun ..just jalan2 and survey ..pas ni plan nak jln kat sini lagi..

ramai sangat orang ari ni..

muzium siput

amik gambar kat kerang gergasi..kata Arifah

 posing tiga beranak kat tangga

 antara souvenier yang di jual disini


Menara Kehidupan: Berhari Raya <b>di</b> Pantai <b>Teluk Batik</b> Dan Lumut <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 07:47 PM PDT

Sudah beberapa hari kami berhari raya dan pada raya ke empat kami berhari raya pula ke Perak. Negeri Perak ini kira tempat asal usul keluarga sebelah isteri. Di Parit Buntar lah nenek dilahirkan dan emak pula tempat permainannya. Manakala belah keluarga arwah bapa pula di Bagan Datoh, Perak juga...Bila sudah jauh beraya untuk mencari mood anak-anak kembali beraya kami pun singgah la di Pantai Teluk Batik Lumut. Kami lepaskan mereka bermain di tepi pantai pun mereka sudah seronok bermain pasir. Kami sampai pun dah nak senja jadi tak dapatlah mereka bermandi-mandian.
Panorama hampir senja di Teluk Batik memikat hati kami sekeluarga... di sinilah kami melonggarkan segala urat saraf yang tegang dan kejang setelah menempuh perjalanan yang lama dari Johor - Tanjung Karang - Lumut. Almaklumlah jalan Jem dihari raya ni memang menuntut kesabaran yang tinggi ketika memandu.



Di sinilah kami berehat sambil memerhatikan gelagat anak-anak bermain pasir di tepian pantai. Rasanya terlepas la juga tension anak-anak yang duduk berjam-jam dalam kereta semasa perjalanan ini.
Ni pula muka orang geram tak dapat mandi manda... haaa3x.... tak yah la mandi.... hari dah nak senja....


Muka si kakak yang dah penat duduk dalam kereta lama-lama.... pas tu sampai pantai tak dapat mandi la pulak.... heee3x...
Antara gerai yang terdapat di sana dengan jualan cenderamata dan juga buah tangan yang boleh dibeli...
Selepas ke Teluk Batik kami bersiar-siar di Bandar Lumut Perak. Sajer pusing-pusing tengok ragam orang sahaja sambil mencari sedikit ole-ole untuk di bawa pulang.



Antara gerai yang terdapat di sana untuk membeli ole-ole hasil laut seperti ikan kering... sotong... ikan jeruk... atau segala hasil laut yang ada. Bab ini si isteri je yang tahu yang mana murah dan yang mana kedai mahal harganya... si suami cuma hantar aje kat kedai mana dia nak pergi....

Begitulah aktiviti kami pada hari raya ke empat. Seronok beraya dan seronok berjalan-jalan..... si emaknya juga la yang dah sakit-sakit pinggang dan bapanya pula dah lengoh-lengoh kaki memandu.... haaa3x

Tiada ulasan:

Catat Ulasan