Ahad, 31 Julai 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Dd i n b u n g a: <b>MANJOI</b> DAN TANJONG RAMBUTAN BERUBAH WAJAH LAGI

Posted: 25 Jul 2011 10:37 PM PDT

PECAH TANAH PASAR BARU TANGJUNG RAMBUTAN, HULU KINTA
YB DS AHMAD HUSNI MELIHAT PELAN PEMBANGUNAN PASAR TG RAMBUTAN
CERIA, DS AHMAD HUSNI DIBERI TAKLIMAT OLEH PEGAWAI MAJLIS BANDARAYA IPOH
DS AHMAD HUSNI BERSAMA DATUK BANDAR DAN KETUA KAMPONG TG RAMBUTAN DI PAMERAN PELAN PASAR TG RAMBUTAN
DS AHMAD HUSNI MEMOTONG REBEN PERASMIAN, KELIHATAN YB DATO RUSNAH, ADUN HULU KINTA DAN DATUK BANDAR IPOH
DS AHMAD HUSNI MELAKUKAN PECAH TANAH PEMBINAAN PASAR BARU TG RAMBUTAN
SELEPAS KEJAYAAN PEMBINAAN SEBUAH KOLEJ PERUBATAN SAINS BERSEKUTU DIRASMIKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI PADA HUJUNG JUN 2011, KINI PEKAN TANGJUNG RAMBUTAN BERUBAH WAJAH LAGI DENGAN PEMBINAAN SEBUAH PASAR BARU BAGI MENGANTI PASAR LAMA YANG DILULUSKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI SELAKU MENTERI KEWANGAN II BERJUMLAH RM5.2 JUTA YANG JUGA MELIBATKAN BAGI MEMBINA DATARAN WATER FRONT SUNGAI KINTA BERHAMPIRAN PASAR TERSEBUT YANG AKAN MENCERIAKAN SUASANA PEKAN TG RAMBUTAN.
YB DS AHMAD HUSNI JUGA MENGUMUMKAN PASAR LAMA TG RAMBUTAN AKAN DIUBAH SUAI MENJADI SEBUAH MEDAN SELERA YANG MENELAN BELANJA SEBANYAK RM3 JUTA.
"SEMUA INI ADALAH UNTUK PENDUDUK TG RAMBUTAN, INI SEMUA ADALAH UNTUK MEMBELA DAN MENJANA EKONOMI PENIAGA - PENIAGA DI KAWASAN HULU KINTA, PELAJAR KOLEJ PERUBATAN SAINS BERSEKUTU DAN KAKITANGAN SERAMAI 3500 ORANG AKAN BERKAMPUNG DI TG RAMBUTAN, INI AKAN MEMBUKA ERA BARU KEPADA PENIAGA - PENIAGA DAN PEKAN TG RAMBUTAN AKAN BERUBAH WAJAH MENJADI SEBUAH BANDAR YANG DIKENALI OLEH SEMUA" - DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN
TAHNIAH PADA BN PARLIMEN TAMBUN DI BAWAH KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN II YANG JUGA AHLI PARLIMEN TAMBUN DAN KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN YANG CUKUP DEDIKASI DALAM MEBANGUNKAN KAWASAN BELIAU DI PARLIMEN TAMBUN. TAHNIAH.
PERASMIAN PASAR BARU GUGUSAN MANJOI
DS HUSNI MELAWAT PASAR IKAN, BERSAMA KELIHATAN YB DATO NADZRI & DATUK BANDAR IPOH
DS HUSNI BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT MEMOTONG REBEN PASAR IKAN
DS HUSNI MENANDATANGANI PLAK PERASMIAN PASAR GUGUSAN MANJOI
PENIAGA MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN DIATAS SUMBANGAN BERSAMA MEMBANGUNKAN PASAR MANJOI DARI DS HUSNI
PERSATUAN SILAT MENYAMBUT KETIBAAN DS AHMAD HUSNI
GERAI KOLEKSI PAKAIAN YB DS AHMAD HUSNI YANG DIEDAR SECARA PERCUMA YANG DISERBU ORANG RAMAI
PERSEMBAHAN ULAR OLEH JPA PERAK
MANJOI BERUBAH WAJAH LAGI SELEPAS PADA MINGGU LEPAS MERASMIKAN PEMBINAAN GERBANG GUGUSAN MANJOI APABILA YB DS AHMAD HUSNI SECARA RASMINYA MEMBUKA PASAR BARU GUGUSAN MANJOI YANG SIAP DIBINA DENGAN PERUNTUKAN MENTERI KEWANGAN II BERJUMLAH RM600,000.
BANGUNAN PASAR BAGI BARANGAN BASAH DAN KERING YANG DIBINA BAGI MENAMBAHKAN LAGI BANGUNAN PASAR YANG SEDIA ADA YANG KINI MENAMPUNG SERAMAI 15 ORANG PENIAGA YANG SEDIA ADA KINI DITAMBAH KEPADA 24 ORANG PENIAGA MELAYU YANG AKAN BERNIAGA DI PASAR GUGUSAN MANJOI.
GUGUSAN MANJOI MEMPUNYAI POPULARITI SERAMAI 40,000 ORANG PENDUDUK MELAYU AKAN MENJANA EKONOMI PENIAGA PENIAGA DI PASAR TERSEBUT.
"KITA PENDUDUK MANJOI MEMPUNYAI EXTRA ORDINARY, SEBUAH PERKAMPUNGAN YANG LENGKAP DENGAN INFRA HASIL PERJUANGAN UMNO DAN SEMUA PEMIMPIN PEMIMPIN MASYARAKAT YANG MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN INI, TERDAPAT HINGGA 5 BUAH SEKOLAH DI GUGUSAN MANJOI, TERDAPAT SEBUAH PEJABAT TANAH DAN DAERAH IPOH DI GUGUSAN MANJOI, 6 BUAH MASJID DAN PULUHAN SURAU DAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT, 16 DERETAN RUMAH KEDAI BARU DIBINA, SEBUAH MINI STADIUM, KITA ADA 4 BUAH PERPUSTAKAAN 1 MALAYSIA, KITA ADA 5 BUAH GELANGGANG RAKYAT DAN PEMBANGUNAN LAIN" - YB DS AHMAD HUSNI HANDZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN.
TAHNAIH PADA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN YANG DICIPTA OLEH BN PARLIMEN TAMBUN, INI MEMBUKTIKAN BAHAWA BARISAN NASIONAL TERBUKTI PEMBELA RAKYAT. TAHNIAH BN TAMBUN!!!!!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


..InSpiRaSi HiDuPKu....: ..KeNanGaN <b>di PangKoR</b> IsLaND

Posted: 10 Jul 2011 02:20 AM PDT







dah smpai kt perhentian Pangkor, check in hotel Pangkor Coral Bay..satu bilik 2 org..pastu kne tukaq baju formal sbb ade sesi taklimat brsama pihak urusetia..ms tu smpat lg posing2 kt dinding..hahha..gif,avatar,animatedntah pape..pantang tgk 1 malaysia ni,msti nk brgmbar kt situ,,,kuikuikui..sabo je le sape yg jd jurugambar...hahhaa..
Ni masa pusing2 Pulau Pangkor nga bot..best la jugak..tapi lautnye x sejernih pulau redang...hehe..sorry ye org Pangkor..CHe MaH ni jujur orgnye...hehe..gif,avatar,animated

bergambar di CORAL ISLAND..kt sini ramai org duk snorkelling,..tapi air kt sini om x sejernih kt pulau redang..huhu..nk tgk ikan cantik2 kne baling roti bagi makan baru dpt tgk ikan2 yg pemalu tu dgn jelas..huhu..skali dapat tengok,geramnye nk pegang ikan2 tu...hehe



Dah abis p jengjalan pusing2..kire brbaloi jgk kot bayar rm16 hinggit sorg..xpela..kalau mahal pom, kire sedekahlah kt pak cik India tu..huhu..ape pom puas hati gak dpt pusing2 tu.yg paling brmakna pngalaman baru yg kte dapat..disamping dapat pahala mghayati dan memandang kebesaran Allah di sekeling kite..SUBHANALLAH..syukur sgt2 jgk sbb dpt peluang cmni..sempat jgk CHe MaH lihat kebesaran kuasa Allah mncipta keindahan alam dan lautan..hehee..

~ setakat disini dulu coretan kenangan CHe MaH..sape2 yg bace smpai abis,animated,gifwahhh..CHe MaH  cukup terharu..animated,gifthanks so much guys..ape yg CHe MaH nk tekankan kt sini ialah penting kte berjalan-jalan menghayati kebesaran Allah,,."Jauh perjalanan,luas pemandangan"animated,gif itu lah yg slalu org2 cakap..memang tepat skali..ble kte byk berjalan ke tempat2 yg kte xprnah pegi, byk perkara kte dpt belajar....terutamanya kt tempat2 cmni la mcm pulau, hutan, atau kt mane2 je yg kte leh tgk KEBESARAN KUASA CIPTAAN ALLAH S.W.T..bile kte tetapkn dlm hati utk melihat dan menghayati CIPTAAN ALLAH..insyaAllah pahala yg kte dapat serta pengalaman yg brmakna dn diberkati oleh Allah..INSYAALLAH..jika sebaliknye, pikir2kan lah sndiri yek..hehe..CHe MaH pom punye hasrat dan impian nk melancong ke seluruh negeri,negara dan seluruh dunia..wahhh..gitu....animated,gifinsyaAllah kalau berkesempatan dr smua segi iaitu umur,rezeki dan sebagainye...kalau diizinkn Allah...pengalaman yg kte dapat drp perantauan atau perjalanan kte nnt dpt mnjadikan pemikiran kte lebih trbuka dan byk ilmu yg baru kte dapat..animated,gifnsyaAllah,,dan juga menjadi satu INSPIRASI DALAM HIDUP utk kte menjadi manusia yakni hamba ALLAH yg lebih baik lagi dr semasa ke semasa slagi nyawa dikandung badan...hehe..betul x??hehe..tepuk dada tanyelah kata hati yg brlandaskan iman..animated,gifhaha..adioss..jumpe lagi yek..hehe..~

TATA 

animated,gif Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Twinkle Little Star: Petang <b>di</b> FELDA RESIDENCE <b>TROLAK</b> .

Posted: 29 Jul 2011 09:42 AM PDT

Assalamualaikum ..
ehemm ehemm (something wrong with my throat actually) ,huh .


Seperti yang dijanjikan (aq bukan janji ngan korang kay) ,im coming resort !yuhooo ..eksaited eksaited .cehh, macam la first time aq masuk situ ,wekks .sila tanya aq apa itu FELDA RESIDENCE TROLAK or before this we call that as TROLAK COUNTRY RESORT .tanya skank .








My ayah punya laa !hahaa, perasaan sekejap ,2 saat je punn .Act, tade kena mengena pun dengan aq .no  no no, my mother works at there as chef ,but not as a master chef .chef chef and something like memasak lah sayang oii .so ade lah jugak kena mengena *nak jugak* .lalala .Act, ntah-bape-kali-ntah aq cakap ngan RS nak masuk this place, tapi x berkesempatan even alahai dekatnya dengan rumah , not so far lah ,tapi take a time aroud 20-25 minutes .Hari ni berkesempatan jugak nak masuk sendiri without my ayah or abang or kakak bla bla bla tapi masuk dengan Ecot .And here is  this ..
so, penah nampak x bende ni ?sign board Felda Residence Trolak x nampak lah .sorry .
i snap this pic when i was at motorcycle .not as penunggang, gila kau .nak mampos ke bawak motor then bleh plak ber-snap-snap .
Masuk sini dalam pukul 6, balik pukul 7 .what the short time huh ?sekejap sangat kan .taper taper ,nty aq check in hotel kat sini .haha .ntah-tahun-biler-ntah .x pun, RS ,aq nak tumpang tido umah kau je lah .free kan ?nty bleh lah main badminton 24 hours *bajet je lebih* .
cover skin colour .lalala
the hotel is here .sorry this pic have a little bit blur ..
but ,we play at here lahh .
Act ,ade lagi pic yang x diupload .huhu .cukup lah tu kan ?kat sini banyak kot tempat rekriasi .x nak hotel bleh tido kat akasia (ye la kot nama dia akasia) or before this called as anona .ade macam-macam .nak ape ?sume ade .dewan ade ,restaurant ade bla bla bla .nak rase ,pegi lah sendiri kay .makanan gerenti superb ,of course lah mak aq yang masak .event macam-macam event salu buat kat sini .khusus, ceramah bla bla bla ..
aq pun nak blah dah .bye !
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Puakajoran.blogspot.com: Banjir Kilat <b>di Trolak</b> Pekan

Posted: 11 May 2011 09:08 AM PDT

Jumaat, 6 Mei, sekali lagi Trolak Pekan dilanda banjir kilat. Banjir terburuk pada tahun ini , setelah banjir besar yang melanda pada tahun 2008. Hujan yang turun berlarutan sejak awal pagi telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dan berhampiran sungai Trolak dilanda banjir. Kawasan-kawasan tersebut ialah sebahagian Kampung Kelah Baru, Felda Trolak Selatan, Kampung Batu 4 dan Trolak Pekan. Kuantiti air yang banyak dan turun secara mendadak, gagal ditampung alirannya oleh sungai Trolak walaupun kerja-kerja pendalaman dan pembersihan sungai baru sahaja dilaksanakan.Rumah Pengumpul Sumber Puakajoran Sdr. Saiful@Pak Su turut dinaiki air.Banyak juga peralatan yang tidak sempat diselamatkan.

Rakan-rakan membantu membersihkan rumah saudara Saiful sejurus selepas banjir surut.

Juragan Nizam turut serta.

Bahagian bilik yang masih digenangi air. Boleh ternak ikan keli.....
Ibu Pak Su....orang yang paling bimbang jika hujan lebat dan berlarutan.
Bahagian dapur.
Kelihatan takat air di dinding. Hampir ke paras ketiak Pak Su.



Menurut cakap-cakap penduduk setempat, kejadian banjir kilat yang kerap melanda kawasan ini sejak tahun 2008 disebabkan beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan sekitar sini. Kesan pembangunan tersebut telah menyebabkan beberapa laluan air secara semula jadi telah tersekat. Kesannya, penduduk yang mendiami kawasan rendah mengalami banjir kilat. Ada juga penduduk yang menyatakan aliran air yang tidak terkawal disebabkan kerja-kerja pembalakan di beberapa lokasi, antaranya di kawasan Changkat Belanga dan beberapa lokasi lain. Apapun, segalanya sudah berlaku, tugas kita hanya menghadapi dan pihak-pihak yang berwajib pula cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut agar penduduk yang mendiami kawasan rendah tidak dihantui fenomena banjir kilat setiap kali hujan lebat. Bukan sedikit harga yang perlu dibayar untuk mengejar kemajuan...... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Warisan Bengkulu: Usuran Bengkulu Serawai <b>di Behrang</b>

Posted: 22 Apr 2011 01:26 AM PDT

Usuran ni kalu ngikut ughang tuo2 dulu...bercerita pasal salasilah keluargo.... dulu maso aku keciak2 kalau ada ughang2 tuo kawan No aku...memang rajin beusuran bilo berayak ke ghuma... terimo kasiah Amok anak Do Karim ngenjuak salasilah keturunan Dayat dengan Dukat yang ado di kawasan Behrang, ini termasuak la No aku dulu.. aku bertanyo mak aku...No dengan Nang aku betemu di mano dalam salasilah ni... kicek mak aku...di Puyang Sapu Jagat... kalu nido keruan, Puyang Sapo Jagat ni tino...tapi pahlawan gerut.... banyak ilmu Sakti ooo... bak Sapu Jagat Lang Simbar... itu namo panggilan oo baie...nama nenian ooo nido keruan... ughang ngelar oo Sapu Jagat pasal bilo dibunuah Belando...palak oo keno keghat....masiah buliah megang pisau dengan gigi... palak ooo baie melayang.... itu cerito ughang tuo2 dulu la... ta nian ta nido Allahu A'lam.... zaman puyang2 kito belum berugamao Islam lagi...

Puyang Lang Simabr ado 2 anak....Sapu Jagat anak tino...kelawai sapu jagat namo Seramin.. Seramin ni 2 bini... sughang Rajimin... sughang lagi Sinjan... Rajimin ni la asal usul keturunan Dukat dengan Dengan Dayat yang bertaburan di daerah Kg. Padang/Kg. Masjid/Kg. Paya Lebar....

Dukat ado 6 ughang anak.... Badurama, Ali Rama (Hj. bakar), Siri Arip, Siti Adip, Tisip dengan Siti Asip.... anak2 Badurama nyola keturunan Wak Una mak cikgu Baim...ramai yang duduak di Sg Choh, mak aku nido keruan... Ali Rama ni keturunan Moyang pada Cikgu Sima, Wak Pui, Wak Jambul, Wak Khalik, Wak Jadi, Wak Tawal mak Ust Yusup, Mak Wo Katik (bini arwah Hj. Nor), Wak Binap, Wak Watab.
 Siti Arip ni moyang aku. Nek aku Siti Awas ado 2 begading... sughang lagi Siti Lias, mak Wak Sai Kelan, Cik Sara gegalo tu la...
Anak beganak Siti Adip tu bak Wak Peli, sudo tu Daisa niniak Do Agok, Din Ayam, Zam dll tu.... Anak beganak Tisip tu Datuk Mana, Datuk Janok....yg lain2 aku nido keruan
Sudo tu sughang lagi anak Dukat Siti Asip ado anak namo Awaludin tapi nido datang ke Malaya.
Sudo tu pulo yang sebelah Dayat ado 5 begading, Haisarah, Rajib, Sidip, dengan Meraip (Hj. Karim).
Anak beganak Rajib arwah Datuk Nawas dengan arwah Datuk Junas. Anak Sidip antaro o Primas, mak Wak Jalal lanang. Haisarah dengan Meraip (Hj. Karim) mak aku nido kenal anak beganak oo...
sudo ni aku nak muat eluak2 usuran sebelah Nang aku pulo.... 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


UMNO Online - ADUN <b>Malim Nawar</b>, Keshvinder Singh Keluar Dap

Posted: 14 Jun 2010 11:20 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh Keluar Dap

SUBANG, 15 Jun.- Sedang pakatan pembangkang membuat tuduhan terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO Perak, Adun Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh mengumumkan dia keluar Dap dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di sini, sebentar tadi.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan keluar Dap kerana kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat di Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Dengan itu, Dap kini hanya tinggal 16 kerusi Adun di negeri itu. – MediaUMNO

Berita Bertarikh 15 June 2010 Pada 2:20 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


.::Mastura.Zakaria::.: ::<b>DI BUKIT MERAH</b> LAKETOWN WATERPARK::

Posted: 04 Jul 2011 07:12 PM PDT

Assalamualaikum bloggers....
Good morning... pepagi aku sempatkan diri aku nak mengupdate entri..hihihihi..Keja tak berapa nak banyak lagi, so adalah kekosongan masa bagi aku untuk update entri.hihihi..shhhh...diam-diam na....
Haritu, aku nak upload gambaq kat bukit merah, tapi lupa nak ambik gambaq semua ada dalam kamera kawan aku.Harini aku boleh la upload kat sini ja okeh. Buat sapa-sapa yang nak pi ngan family tu memang happening. Jangan lupa pakai sunblock. Kalau tak boleh jadi belerang cam aku, dahla kaler sama macam manggis dah..hahhahaha
Selamat melayan gambaq fresh....hihi...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bercuti <b>di Bukit Merah</b> Lake Town | Nurita Zakaria

Posted: 01 Jul 2011 08:36 AM PDT

Entri terlambat sebenarnya memandangkan dah pergi Bukit Merah ni awal Jun lepas. Tapi, still nak update juga lah kan ke blog untuk tatapan readers sekalian.
Pergi holiday dengan member-member U : fatin, bed, ika dan tia murad.
Gerak dari U awal juga pagi-pagi. Mula-mula perancangan lepas subuh nak gerak, tapi nama pun janji manusia, last-last around 8.30 pagi macam tu baru lah gerak ke Bukit Merah. 
Sampai je dalam pukul 10 ke 10.30 pagi. Sedang cun lah orang pun ramai juga memandangkan tengah public holiday.
Nah NZ tepekkan picture masa pergi sana.



Nak kata best sangat macam tak kot. Sebab NZ rasa tak lah seronok sangat. Tapi memandangkan first time pergi sana not bad la.
Entri seterusnya nanti NZ cerita pengalaman makan mee udang banjir dekat Kuala Sepetang. Tunggu!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Mentari, Hujan dan Pelangi: HUJUNG MINGGU <b>DI KUALA KANGSAR</b>

Posted: 18 Jul 2011 05:55 PM PDT





Dalam guni putih tu ada Durian Musang Berjanggut
Tetiba pulak wifey nak balik. Mengidam rambutan kampung. Ada apa-apa ke ni? Impossible... impossible....Selepas ambil Along yg ada program sekolah di Subang Jaya, kami pun bertolak ke KK. Tapi sebelum tu sempat singgah Beriani Gam Johor Pak Anjang di seksyen 13. Restoran ni walau tersorok tapi famous dan sedap. Budak budak makan nasi beriani tapi aku try mee bandung. Sodap. Trylah.

Anyway pukul 2 baru masuk hiway Guthrie dan sampai KK jam 5 pm. Lalu depan sekolah Clifford, depa tengah sukan tahunan. Lama dah tak tengok sukan sekolah buat di padang sekolah macam tahun 70 an dan 80 an dulu sebab di Shah Alam ni semua buat di stadium. Nampak meriah.. Tengok budak Clifford, teringat Amir Ex MKD Aku kata kat wifey, ni sekolah budak nakal. Hehehe...budak -budak ni semua nampak macam Amir. Tapi Wifey kata Amir nak dpt Phd dah. Ramai jugak agaknya budak nakal Clifford ada Phd. Di depan Clifford pulak MCKK. Tu tempat budak budak pandai tapi MCKK semua pelajar lelaki, sure boring.

Sampai rumah, rehat sekejap dan terus ke kebun mak mertua. Nasib baik sepupu wifey dah kumpulkan rambutan dan durian bawah pokok. Kalau harap kat aku... beli kat kedai je lah. Durian tak banyak, tak sampai 10 biji pun tapi rambutan banyak, boleh dapat 4-5 guni. Kat pokok pun banyak, nampak merah-merah. Wifey kata aku budak Pekan, so mana tahu pasal kebun-kebun ni. Ye lah lahir di Pekan, Pahang. Budak Pekan lah tu. Kebun pusaka, lepas ni wifey punya la kot. Ada kebun tapi anak-anak tak minat makan durian kecuali Ajmal.

Biasalah kalau balik KK ni member tak da, nak merayau pun jam 10pm hanya KFC 24hrs yg buka. Malam Ahad pasar malam je happening, itupun 8.30pm dah hampir sold out. Beli satay, yong tau foo dan murtabak pak mat pendek. Balik rumah mentekedarah.

Ada 1 lagi belum pergi, Laksa Pokok Limau. Siang tadi tak sempat sebab pergi kebun. Kat KK yg famous laksa Pak Ngah. Semua penjual laksa nama Pak Ngah. Kalau bukan nama Pak Ngah tak sedap...Tapi sebab dah selalu makan, rasa tak sedap pulak. Pagi Ahad aku keluar pergi ke Lembah (bukan lembah gersang...) pekena nasi lemak Halim dan Mon sambil melihat sungai perak mengalir lesu dan menghirup udara pagi kampung yg belum tercemar. Melihat aktiviti aktiviti masyarakat kuala berniaga di pasar minggu.

Balik rumah, baca paper dan berguling guling sekejap. Wifey ada appointment mengurut pulak. So peluang untuk merayau rayau. Jam 11 am ajak Aiman makan laksa pokok limau. Laksa dia lain sikit sebab ada telur dadar. Kuah pun pekat sikit dari laksa Pak Ngah. Sodap.. sodap...Gerai sebelah ada jual air kelapa muda pulak. Ni ori punya. Kalau pekena sekali, esok nak datang lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Ex-smgrian 1991: Sejarah ringkas pembunuhan JWW Birch <b>di Pasir Salak</b>

Posted: 17 May 2011 09:35 PM PDT


Kisah pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.

Perjanjian tersebut adalah antara Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke dan Raja Muda Abdullah. Perjanjian ini telah memberi kebenaran kepada pihak British untuk mencampuri urusan negeri Perak.

Perjanjian ini sebenarnya adalah satu kesilapan yang telah dibuat oleh Raja Abdullah kerana ia telah membuka peluang kepada British untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Kerajaan Inggeris telah menggunakan diplomasi yang mana mereka akan mengikitiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan pada masa yang sama memaksa kerajaan negeri Perak menerima James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch) sebagai Residen British yang akan terlibat secara tidak langsung dalam urusan pentadbiran negeri Perak.

Atas perlantikan ini Birch menjadi bongkak dan sombong dan melakukan beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran negeri Perak. Kelakuan Birch ini telah menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Perak seperti Raja Ismail, Dato' Maharaja Lela dan Tok Sagor. Mereka kemudiannya telah membuat satu pakatan untuk membunuh J.W.W. Birch.

Birch kemudiannya telah dibunuh pada 2 November 1875 apabila dia datang ke Pasir Salak untuk memungut cukai. Terdapat dua versi tentang cara pembunuhan Birch. Versi yang popular adalah Birch dikatakan dibunuh sewaktu sedang mandi di sungai oleh seorang lelaki bernama Si Putum. Versi yang kedua pula mengatakan Birch dibunuh sewaktu sedang menaiki sampan (atau rakit). Penduduk-penduduk kampung bersama-sama Dato' Maharaja Lela, Si Putum dan Tok Sagor telah menunggu kedatangan Birch di tebing sungai. Apabila sampan Birch menghampiri mereka, mereka telah merejam lembing ke arah Birch dan para pegawainya. Turut terbunuh ialah kerani kepada Birch yang bernama Mat Arshad. Mayat mereka kemudian dihumbankan ke dalam sungai.

Tindakan pembesar-pembesar Melayu ini telah menimbulkan kemarahan pihak British. Akibatnya, Dato' Maharaja Lela, Tok Sagor dan mereka yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap oleh British dan dihukum gantung. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

sumber: Wikipedia, Sejarah Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Gathering Blogger Perak <b>di</b> Burmese Pool, <b>Taiping</b> | Blog Mirul

Posted: 11 Jul 2011 06:20 AM PDT

Tanggal 10 july 2011, Blogger Perak telah membuat satu gathering di Burmese Pool, Taiping

semua angkat ketiak. pandai~~

Gathering bermula lebih kurang jam 10.00 am dimana semua blogger perak telah berkumpul di Burmese Pool. Berikut senarai orang yang hadir (kalau ada pembetulan sila komen ye):

Fadil
Ros aniza
Reezluv
Admiral Hafiz
Bro Azqar
Jackie Koh
Touya
Amirul Abu
Irfaridzul
Syakir rahman
Pisyek Kumar
Qusya
Neyra Shazeyra
Amalina Yaacob
Fieza
Nur Aziemah 
Muna rahimah
Raja azlin
Ummu Khaulah
Qila
Afiqah Nu'aimi
Nurul 'Aqilah
Nurdiayana
Nurlailatulaqmal
Nurhayati
Aten Azhar
Nurul Atiqa Ismail
Noraliaa Farhana Mohd Ali
Ruzz Ezzanie 
Cik Reena Tan
Noor Hanisah 
Abang Angah
Broframestone
Mfirhanjasni

Antara aktiviti yang dijalankan; mandi, makan dan sesi photoshoot.

inilah ayam bakar.

Kali ni kali kedua join gathering blogger, tapi kali ini rasanya kurang sedikit mesranya, mungkin sebab ramai yang hadir. Dan masing masing berada dalam kelompok masing masing. Namun, semuanya baik baik sahaja.

Mungkin lepas ni kene ajar main werewolf macam biasa main kat Barcamp. oh, itu nanti ya. haha.

Majalah mangga? wakaka

Senyuman khas untuk korang. hahaa

Terima kasih kepada yang menyediakan makanan, dan semua yang hadir. Jumpa korang semua di gathering blogger yang seterusnya. :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


DPPK <b>Padang Rengas</b>: PELANCARAN PENUBUHAN DAP <b>DI</b> SAUK

Posted: 12 Jun 2011 11:08 AM PDT

Pakatan Rakyat Parlimen Padang Rengas mempergiatkan usaha dalam meningkatkan kekuatan jentera pilihan raya umum ke- 13 dengan penubuhan Cawangan DAP Sauk semalam (Ahad 12. 6. 2011). Ini merupakan cawangan DAP yang ke- 2 ditubuhkan di Parlimen Padang Rengas pada tahun 2011 selepas penubuhan DAP Cawangan Pekan Padang Rengas beberapa minggu yang lalu.

Bertempat di kediaman blogger "Mat Saman Kati", di Kampung Sauk,  pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB V. Sivakumar (Timbalan Pengerusi DAP Perak) serta dihadiri oleh YB Khalil Idham Lim (Ketua Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak), Turut hadir meraikan detik- detik bersejarah tersebut ialah Ustaz Mohammad Yassin (Timbalan YDP Pas Kawasan Padang Rengas), pimpinan- pimpinan Pas Kawasan Padang Rengas dan Kuala Kangsar serta PKR.

Walaupun DAP tidak bertanding di Parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh serta Lubuk Merbau, kehadiran DAP untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen dan DUN.

UMNO sambung Muktamar Pas Pusat
Majlis dimulakan dengan ucapan YB Khalil Idham Lim yang membidas UMNO yang menyambung Muktamar Pas hingga ke hari ini. Walaupun Muktamar Pas Pusat telah berakhir pada 5 Jun 2011 yang lalu namun UMNO telah menjadikan media tunggangan mereka untuk memanjangkan Muktamar Pas Pusat hingga kini.

Beliau juga mengambil peluang menjelaskan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh Pas yang berlandaskan kepada Al- Quran dan Sunnah untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat.

3 Perkara Negara Berkebajikan dalam Buku Jingga

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YB Sivakumar yang mempersoal UMNO seolah- olah tidak tahu Negara Kebajikan itu terkandung dalam Agama Islam. Ini berikutan Umno yang menyerang Pas kononnya tidak lagi memperjuangkan Negara Islam setelah memperjuangkan Negara Kebajikan.Malah tambah beliau dalam Agama Islam sememangnya ada Kebajikan begitu juga dengan agama- agama yang lain.

Beliau juga menerangkan aspek Negara Berkebajikan yang terkandung di dalam Buku Jingga (100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat)yang perlu dihebahkan kepada rakyat antaranya ialah:
1. Pemberian kebajikan RM1000.00 setahun  untuk warga emas.
2. Kenaikan gaji guru- guru sebanyak RM 500.00 setiap orang
3. Penghapusan bayaran Tol di semua lebuh raya di seluruh negara.



Tahniah Pakatan Rakyat !!! Selamatkan Malaysia !!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


pesonamerahjambu: Sehari <b>Di Kuala Sepetang</b>

Posted: 24 Jul 2011 06:20 PM PDT

Sabtu baru ni merupakan aktiviti lawatan sambil belajar kali kedua untuk tahun 2011. Destinasi kali ini ialah di Kuala Sepetang Taiping. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Ipoh.
Tempat pertama yang dituju ialah ke Hutan Paya Bakau Matang. Sebaik sampai, ahli rombongan di beri taklimat oleh pegawai yang bertugas. Aktiviti seterusnya melihat pokok bakau melalui trek laluan yang dibina. Menarik tempat ni. Rasa tenang dan damai apabila melihat suasana di sekeliling hutan. Kami juga di bawa melawat ke jeti berhampiran melihat pokok bakau dipersisiran sungai. Bot  boleh di sewa dengan harga RM250.00. Boleh muat sepuluh orang. Menurut pegawai tersebut, sungai ini boleh disusuri hingga ke Selat Melaka. Perjalanan dari jeti lebih kurang satu jam. Kalau nasib baik boleh berjumpa dengan ikan lumba-lumba. Semua rasa teruja tapi hari ni tiada perkhidmatan bot disediakan.
Kalau ada pun tak mampu nak sewa.
Pemandangan di bahagian hadapan
Pokok bakau  yg dah berusia 64 tahun
Ini dia pokok bakau yang ada di Hutan Paya Matang

Tempat kedua dilawati ialah di Kilang Arang (tempat proses kayu bakau menjadi arang). Suasana di persekitaran memang tidak memuaskan kerana dari jauh sudah terbau asap yang dikeluarkan dari kilang. Nampak habuk yang berjelaga tu pun dah cukup merisaukan kami. Tapi digagahi juga untuk mengetahui lebih lanjut proses membuat kayu arang (charcoal).
Menurut pegawai di situ, terdapat lebih kurang 100 dapur membakar kayu untuk dijadikan kayu arang. Satu dapur boleh memuatkan lebih kurang 9 tongkang kayu bakau (lebih kurang 1000 batang kayu).
Yang paling mengkagumkan ialah  proses menyusun kayu (1000 batang tu) dalam dapur dilakukan oleh seorang pekerja sahaja dan mengambil masa selama 2 hari. Upah yang diberi ialah RM400. Kebanyakan pekerja di kilang arang ni sudah berusia lebih 50 tahun. Akak sempat bertanya seorang pekerja di situ yang berumur 64 tahun. Beliau sudah bekerja dikilang arang tu sejak berusia 20 tahun. Tugas pertama yang dibuatnya ialah membuang kulit kayu. Sebelum kayu dibakar, kulitnya perlu dibuang.Proses membakar kayu ni memakan masa selama satu bulan. Barulah betul-betul menjadi kayu arang. Kaum wanita juga ramai bekerja sebagai pengopek kulit kayu dengan upah 17 sen satu batang. Satu hari mereka hanya boleh buat untuk seratus batang. Bayangkan berapa sangatlah yang mereka dapat.
 Sebahagian lagi wanita  bekerja dibahagian pembungkusan. Di sini upah yang diberi 15 sen untuk satu bungkusan yg dibuat. Sikitnya upah yang mereka dapat. Dalam suasana tempat kerja yang panas dan persekitaran yang kurang selesa. Tapi mereka tetap tekun bekerja. Untuk mencari rezeki yang halal kata mereka. Di tempat inilah mereka mencari rezeki selama bertahun-tahun.
Semoga mereka di beri kesihatan yang baik selamanya.
Bila melihat mereka bekerja, timbul rasa keinsafan dalam diri.
Suasana dalam kilang arang. Dapur tempat kayu bakau dibakar.
Dari kilang arang kami ke kg nelayan. Di sini ada jeti tempat menurunkan hasil-hasil laut yang segar. Tapi akak tak beli pun. Susah nak bawa. nanti berbau pulak dalam bas. Memang hasil lautnya sangat segar. Dapatlah melihat nelayan memunggah hasil laut ke jeti. Tapi gambar  tak dapat ambil.
Handbag tertinggal dalam bas.
Dah sampai ke Kuala Sepetang, tak sah kalau tak pekena mi udang. Singgah lah di warong Mak Jah. Macam-macam menu berasaskan udang ada di sini. Warong ni antara yang popular di kuala Sepetang.
Masing-masing sibuk nak rasa penangan mi udang Mak Jah. Akak order mi udang special. Harga RM11.00. Ada 7 ekor udang yang bersaiz besar di dalamnya. Udangnya memang segar. Bagi penggemar udang tentu tak cukup tujuh ekor tu. Selain mi udang ada mee goreng udang yang terdapat udang besar juga. Dan yang akak rasa paling sedap ialah cucur udangnya. Tambah pula dimakan panas-panas. 2, 3 pinggan boleh licin.
Malangnya akak tak ambil gambar mi udang dan gambar menu yang lain. Kenapa? kerana saat itu perut terlalu lah lapar, dah tak ingat perkara lain selain nak isi makanan je.
Bila masuk bas baru teringat, gambar tak di ambil.
Seronok pergi lawatan ni. Maklum lah percuma je. Bila sampai rumah baru terasa letihnya.
Kepala pun mula nak pening. Apalagi kena tidur dulu jawapnya. zzzzzzzzzzzzzz
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


My Muslim Family: faris <b>di tanjung malim</b>

Posted: 13 Jul 2011 11:13 PM PDT

MasyaAllah. Dia happy di sini. Dah besar. Dan ade partner baru iaitu abg syabil yg comel.
Published with Blogger-droid v1.6.8
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


ilusirealti: <b>tanjung rambutan</b> aman damai

Posted: 19 Jul 2011 10:19 AM PDT

namun ku sedar kasih di mana ku berdiri, di balik cinta yg gelap, aku masih sendiri.
sungguh aku sedar betapa hebatnya cinta mu itu yg menyakitkn
ku sendri kasih di lautan cintaku beralun ombak melanda namun aku berdiam..
masih aku sayang cuba pertahankan suratan yg menyakitkan hati ini..
kerna ku mencintaimu........
slot drama tv3, "SIJUNDAI", petikan lirik lagu SURATAN yg menyakitkan::
aku betol2 di bawak masuk ke dalam cerita tu. kejam nya seorang perempuan hanya kerna menyayangi dan mencintai lelaki..
tp nama pon suratan.. ketentuan..
berharap aku kuat dan tidak akan mereng if benda cam ni jadi.. aku memang tak kuat.. tp aku kena kuatkn mental.. If not.. aku bakal menghuni hospital tanjung rambutan. eh! neway sana aman damai, hijau jek pemandangan.. tenang!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Masalah Lembu &Kerbau Mengganggu Pegguna Jalanraya <b>di Batu Gajah</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2011 08:24 AM PDT

Sebulan yang lepas saya terlibat dalam suatu kemalangan di Batu Gajah, Perak. Saya telah melanggar sekumpulan kerbau, akibatnye kereta yang saya pandu remuk dibahagian hadapan. Selepas kejadian terbabit, saya dimaklumkan kawasan terbabit kerap berlaku kemalangan akibat terlanggar atau mengelak lembu & kerbau.

Saya difahamkan bahawa masalah ini bukan hanya  timbul di kawasan terbabit, tetapi ia meliputi dari Batu Gajah hingga ke Sri Iskandar, Perak dimana ia dikenali sebagai Lebuhraya Ipoh-Lumut.

Masalah yang banyak menyumbang kepada banyak berlakunya kemalangan yang lebih-lebih lagi membabitkan orang luar yang menggunakan jalan terbabit. Tuan punya lembu & kerbau mengambil langkah mudah dengan membiarkan lembu & kerbau milik mereka bergerak bebas tanpa diikat atau dikuci didalam kandang pada waktu malam, akibatnya pengguna jalanraya menjadi mangsa, apabila ditanya, sudah pasti mereka tidak akan mengaku kerbau terbabit milik mereka.

Tambah menyedihkan lagi kawasan terbabit kekurangan lampu jalan dan lampu jalan yang sediada juga jarang dihidupkan, ia menyukarkan penglihatan di waktu malam disamping tuan punya lembu & kerbau yang tidak memikirkan nasib pengguna jalanraya.

Oleh itu, saya memohon pihak Aduan Rakyat TV3 mengajukan dan menyiasat masalah ini kepada pihak yang berkenaan dan menyarankan agar pemilik lembu & kerbau terbabit diberi amaran dan dikenankan tindakan, dan lembu & kerbau yang tidak bertuan pula difikirkan sesuatu alternatif lain seperti diambil hak pemilikan oleh Jabatan Pertanian atau langkah yang difikirkan sesuai.

Saya terpanggil untuk mengadukan permasalahan ini suapaya tiada lagi pengguna jalanraya yang terlibat dengan masalah yang seperti sengaja diada-adakan ini.

Sekian, terima kasih

By: Riezuan

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.