Ahad, 9 Disember 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Rojak Pasembor: N59 DUN <b>Behrang</b> milik siapa?

Posted: 13 Nov 2012 12:01 AM PST

DUN Behrang nampak gayanya akan kekal diwakili oleh YB Jamaluddin Mohd Radzi  walau pun beliau bertanding di atas tiket bebas. Yb Jamaluddin sebelum ini dicemuh oleh rakyat kerana meninggalkan Pakatan Rakyat, namun YB Jamal tidak pernah meninggalkan pengundinya. Saban minggu beliau pasti akan berada di kawasannya untuk bertemu pengundi. Kalau mengikut elaun YB yang diterima pada setiap bulan, pastinya beliau tidak sanggup pulang ke kawasan setiap minggu melayan rakyat.  
Secara peribadi gua puji YB Jamaluddin ini. Beliau rajin melayan pengundi DUN Behrang. Tidak pernah lari atau menyorok dari ditemui orang ramai. Peramah, mesra dan mudah tersenyum. Sesiapa yang bertemu beliau kerana sesuatu hajat akan diberikan harapan walau pun ada kemungkinan tidak dapat dilaksanakan. Sikap dan cara YB Jamal bertemu pengundi patut menjadi contoh kepada Yb-yb dari BN dan Pakatan Rakyat.
Minggu ini sahaja dua program telah diadakan oleh Yb Jamal di pusat perkhidmatannya di tingkat atas, bersebelahan Restorent Aluha, Balun Slim River. Antaranya pemberian sumbangan Depavalli dan juga sumbangan kepada ketua-ketua kampung dan JKK Dun Behrang. Dan kotak sumbangan beliau tertera cop 1Malaysia. Agaknya BN kasi semua tu. Maklumlah, YB Jamaluddin merupakan YB bebas menyokong BN.
Calun dari BN untuk DUN Behrang khabarnya dari MIC. Kaum India dan Cina tidak suka kepadanya atas sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga jika calun PKR, mereka masih marah YB Jamaludin melompat tempohari. Jika dirisik pandangan kaum bukan melayu, mereka lebih suka jika PAS yang meletakkan calun.
Khabarnya Pakatan Rakyat pula akan meletakkan calun dari parti PKR. Di Behrang/Tg. Malim PKR sentiasa bergolak. Di luar nampak tenang, tapi di bawah, arusnya begitu bergelora. Masaalahnya berebut untuk menjadi calun. Kerja habuk pun tarak. Di peringkat ranting dan akar umbi PKR pula majoriti tidak suka kepada calun bayangan yang sedia ada. Mereka kata jawatankuasa PKR dalam DUN ini hanya lebih cakap dan syok sendiri sambil berangan-angan.
Pada pemerhatian gua, kalau Pakatan Rakyat  mahu menang di Dun Behrang, sebaiknya diletakkan calun dari Parti PAS. Pimpinan PKR dan PAS kawasan rajin2lah turun kedai kopi. Dengar-dengarlahlah sembang orang kampung. Itu pun sakit bhai, kalau nak menang.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


FOG: konvoi Majlis Perkahwinan Fahimi <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 13 Oct 2012 07:43 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 20 hb - 21 hb september 2012, salah seorang ahli fog, Fahimi telah melansungkan perkahwinan nya di parit buntar. Beliau menjemput ahli-ahli FOG untuk turut serta meramaikan Majlis Perkahwinannya itu. Berikut adalah gambar-gambai konvoi pada hari itu.






















07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


khidmat lori sewa pindah rumah <b>di bercham</b> 019-5536710 nasir

Posted: 02 Nov 2012 12:21 AM PDT

Nama: NASIR
Email: nasirnasir95@ymail.com
Website:
Tajuk: KHIDMAT LORI SEWA PINDAH RUMAH DI BERCHAM 019-5536710 NASIR
Iklan: KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LORI SEWA UNTUK KEGUNAAN PINDAH RUMAH,PINDAH PEJABAT,DAN PENGHANTARAN BARANGAN KILANG.HARGA BOLEH RUNDING.JIKA ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT KAMI,SILA HUBUNGI;
019-5536710 NASIR
Ip Pengirim: 118.101.201.102

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


aeon <b>seri manjung</b> tawar 1000 peluang pekerjaan - bicara perjuangan

Posted: 08 Dec 2012 12:30 AM PST

AEON Co (M) Berhad terus mengembangkan lagi empayarnya apabila membuka sebuah lagi cawangan pusat membeli belah AEON di Seri Manjung yang beroperasi sejak 4 Disember lalu.
Selepas pembukaan cawangan di Ipoh Station April lalu, Seri Manjung merupakan outlet ketiga di negeri Perak selain AEON Kinta City.
Pengerusinya, Datuk Abdullah Yusof berkata, pembukaan AEON cawangan Seri Manjung itu menandakan satu lagi pencapaian syarikat itu dalam menambah bilangan cawangan di seluruh negara.
"Ia sejajar dengan hasrat kami sejak ditubuhkan 28 tahun lalu bagi membantu memajukan perkhidmatan peruncitan serba moden untuk memenuhi keperluan pengguna di negara ini," katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Pembukaan Pusat Beli-Belah AEON cawangan Seri Manjung, sebentar tadi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diberi penghormatan merasmikan pusat beli belah terbaru AEON itu yang dibina di kawasan seluas 31.26 ekar dengan kos perbelanjaan bernilai RM44 juta.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah berkata, Manjung merupakan kawasan strategik kerana berpotensi mempunyai kemajuan pesat berdasarkan pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, pembinaan AEON Seri Manjung ini berbeza dengan yang cawangan lain apabila mengadaptasikan konsep Pusat Beli – Belah Komuniti Anda.
"Kini penduduk sekitar pusat beli-belah boleh menganggap ia sebagai sebahagian daripada mereka kerana berkedudukan strategik dan bersesuaian bagi memenuhi segala keperluan mereka," katanya.
Pembukaan cawangan di kawasan itu juga telah berjaya menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitarnya.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Hari-hari Terakhir <b>di Ipoh</b>. | monolog.dalam

Posted: 05 Dec 2012 05:50 PM PST

     Since last week. Sabtu, kemas barang and send back some stuff to Kedah. Ahad, kemas barang. Isnin, pengsan. Selasa, pengsan. Rabu, packing barang and jual old magazine and buku dekat Novelhut Ipoh Parade <---- Banyak-banyak cuma dapat RM10 je *nanges*
    Diatas ni suku barang yang dah siap packing [untuk bawa balik naik kereta and pos] as lagi suku dah send back to Kedah earlier. Now ni, collection buku je dah 3 kotak. Ya, di atas ini tidak termasuk dengan pakaian. Pakaian belum kemas lagi. Nak kena separate to two hari ni. For myself and for donation. Which I have to settle hari ni juga sebab esok dah busy post motor [via Poslaju Malaysia of course], pos barang and nak terminate Streamyx. 
     Dijangka esok malam atau pagi Sabtu baru gerak balik JB. Penatnya saya~~~~~! Balik nanti nak tidur sepanjang hari, hibernate 2,3 minggu malas nak bother bout surrounding and people. Badan pun tak berapa sihat lagi. Siksa.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Mandi bersama anak <b>di Bukit Merah</b> laketown Waterpark - Norizwan

Posted: 22 Nov 2012 07:49 AM PST

Cerita bercuti bersama keluarga ini sudah lama berlalu, Saya cuma teringat anak saya suka sangat mandi manda di Bukit Merah Laketown Waterpark pada 30 JUN 2012.

Kali pertama kami bawa Affan anak saya sangat takut, asyik nak di dukung saja. Biasa lah baru nak kenal dunia, lagipun di tempat orang yang ramai Affan memang terlalu takut, tak berani nak jalan sendiri.

Biasanya waktu cuti sekolah sangat ramai mengunjungi di waterpark ini, tiket masuk untuk dewasa RM 39 manakala untuk kanak-kanak ketinggian bawah 90cm adalah percuma.

Mula-mula Affan memang takut sangat nak masuk ke dalam air. Secara  perlahan-lahan saya bawa turun ke dalam air yang cetek. Agak lama juga Affan membiasa kan diri untuk mandi ini, mungkin dalam masa 1jam juga.

Lama kelamaan Affan berasa sangat seronok di dalam air, tetapi Affan cuma berdiri sahaja sambil mengangkat kaki sebelah kanan bermain air. Riak wajahnya memang sangat seronok, ketawa senyum bersendirian.

Saya biarkan dia menyendiri, tak perlu risau sangat sebab dia  berada dia air yang cetek berdiri terpaku sambil main air dengan kaki nya. Seronok sangat lihat dia main, sanggup saya tidak mandi untuk ambil gambar Affan.


Kami pergi kali kedua pula pada 27 Oktober 2012, waktu itu cuti sekolah bermula raya haji tetapi tidak lah terlalu ramai dan meriah,  Affan berada di pintu depan waterpark dalam keadaan keliru huhu. Affan tidak ingat tempat dia pernah jejak. 

Macam biasa tidak boleh tengok ramai asyik didukung ajer. Walaupun berada di sebelah tidak mahu berdiri dan berjalan.

Selepas itu apa bila dah jumpa satu tempat untuk mandi, Affan tidak menghiraukan sesiapa terus berlari nak masuk ke dalam air. tapi macam biasa la berdiri terpaku ajer main air dengan kaki.

Saya ambil gambar sikit-sikit saja sebab saya pun teringin nak terjun juga ke dalam air hehe. Jadi saya simpan barang-barang saya di peti kunci yang terdapat berada di kaunter masuk waterpark. Ada dua peti kunci simpanan iaitu kecil dan besar, RM 2 untuk yang kecil dan RM 4 untuk besar. Wang RM perlu ditukar menjadi sekeping token dan akan diberi satu kunci berbentuk solek. Ia hanya kunci sekali sahaja maksudnya jika buka balik kali kedua dan simpan balik perlu bayar RM 4 lagi.

Selesai itu saya pun mandi bersama mereka, saya terkejut anak saya sudah pandai rendam dalam air dan cuba berenang. kamera saya sudah simpan dalam peti, tidak sempat pula mahu mengambil gambar Affan huhu. Walaubagaimanapun saya sangat seronok lihat anak saya mandi.

Mungkin Bukit Merah Laketown Waterpark menjadi pilihan utama saya tempat untuk bercuti mandi bersama keluarga saya kerana ia tidak terlalu ramai dan tidak sesak walaupun waktu cuti sekolah.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


BN <b>Bukit Gantang</b> Yakin Menang Semua Kerusi – Perak Today

Posted: 09 Dec 2012 07:57 AM PST

Hasil kerja kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turun padang ke seluruh negara dan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat telah membuka mata dan hati pengundi bukan Melayu di Parlimen Bukit Gantang untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada Peraktoday.com, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli menegaskan keadaan jauh berbeza pada 2008 kerana pada ketika itu pengundi Cina dan India tidak memberi sokongan kepada BN, sekaligus menyebabkan kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Changkat Jering dan Kuala Sepetang dikuasai parti pembangkang.

"Tetapi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti, saya yakin sokongan pengundi bukan Melayu akan bertambah baik dan kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa pengundi Cina langsung tidak mengundi BN.

"Saya dapati ramai masyarakat India dan Cina datang ke pejabat saya untuk mendapatkan khidmat bantuan dan ia jauh berbeza dengan senario pada 2008," katanya lagi.

Sehubungan itu, Rosli yang juga Adun Trong, menaruh keyakinan penuh bahawa BN akan merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang yang kini disandang oleh mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin selain dua kerusi DUN iaitu Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, keyakinan merampas kembali kerusi yang dikuasai pembangkang adalah berdasarkan kerjasama erat yang terjalin antara parti komponen BN yang diterajui oleh UMNO.

Tambahnya lagi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Bukit Gantang melaksanakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN hingga diiktiraf antara bahagian yang aktif di negara ini.

"UMNO Bahagian Bukit Gantang diiktiraf antara bahagian yang paling aktif di Malaysia seperti yang diumumkan pada sesi taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru-baru ini.

"Sebagai Ketua Bahagian, saya hanya bekerja tanpa mengharapkan apa-apa dan adalah menjadi tanggungjawab dan niat saya untuk merampas kembali kerusi dimenangi pembangkang pada pilihanraya 2008," katanya lagi.

Pelbagai program diatur oleh Pergerakan Puteri dan Pemuda untuk menambah jumlah daftar pemilih dan untuk UMNO Bahagian Bukit Gantang sahaja, terdapat 39 Pusat Daftar Pemilih (PDP) di kawasan itu selain empat pusat lagi dibuka oleh parti komponen, tegas Rosli lagi.

Mengulas khabar angin Nizar akan bertanding di DUN Changkat Jering pula, Rosli berkata, wakil rakyat PAS itu akan tumbang pada PRU-13 nanti.

"Tidak kira di kerusi Parlimen atau DUN mana, saya tidak bimbang dengan kehadiran Nizar ini kerana rakyat kini sudah membuka mata dan hati mereka mengenai perilaku dan sumbangan Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"Beliau (Nizar) tidak memberi manfaat kepada rakyat dan saya yakin pengundi hari ini adalah masyarakat yang semakin bijak menilai dalam menentukan masa depan mereka," tambahnya lagi.

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Black Panther: Ucapan YB Dato&#39; Ahmad Maslan <b>di Beruas</b>

Posted: 04 Sep 2012 06:23 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ucapan YB Dato' Ahmad Maslan di Beruas ... AGENDA KRISTIANISASI PR DI MALAYSIA SEMAKIN RANCAK !!! APA CERITA NI ??? 37 minutes ago. BLOG MIK ... Treler Jelajah Anwar Terbenam Di Banting! 1 hour ago ...

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Travelog Impian Abadi: Memburu Durian <b>di Taiping</b>

Posted: 06 Dec 2012 01:01 AM PST

Disebabkan musim durian ni, niat nak melantap durian hari-hari semakin bergobar-kobar. Tak senang duduk. Nak seludup durian masuk bilik maunyer kene tibai ngan kawan-kawan. Yer lah... benda busuk siapa suka kan. Tapi sedap dimakan. hehehe...
Alhamdulillah.... peluang datang tanpa diduga. Ajakkan kawan untuk balik ker kampungnyer diterima dengan hati terbuka. Ajak bukan sebarang ajak tau, ajaknyer untuk melahap durian-durian kampung kat Taiping tue. Katanya durian berlambak-lambak. Kalau tak ada yang makan siapa lagi nak makan kan. Family dia pun nampak cam tak jual durian tue. So bleh makan free la nie. 
3 hari 2 malam disana memang sangat best. Kenyang perut nie bila disajikan dengan masakkan yang enak-enak. Lagi best bila hari-hari hati dihiburkan dengan durian. Hehehe.... tak menyesal memburu durian nie sampai ke Taiping.
Sampai jer kat rumah Mieza dalam pukul 12 malam cam tue terus diajak makan malam. Atas meja tue dah siap terkopek dah isi-isi durian. Segarnyer.... sedapnyer.... Rajin mak dia nie duk hidang durian dalam pinggan. Tak perlu nak kopek sendiri durian tue. Apa lagi, dah habis makan nasi terus makan durian. Mak aihh.... 2 pinggan besar abiz durian tue. Bila tidur masing-masing pengsan abiz. Selimut tolak tepi sebab dah kepanasan.
Aktiviti pagi tue bangun jer tidur sambung makan balik. Lewat pukul 9.30 cam tue Mieza dah ajak pergi kampung dia. Nak pergi kutip durian jatuh tapi bila sampai jer tengok durian dah berlonggok-longgok kat bawah rumah tue. Alahai.... rupanya family dorang dah upah orang untuk kutip durian tiap-tiap hari. Hehehe..... selamat. Tak perlu nak masuk dalam semak-semak tue. Risau gak kalau ada Pak Cak aka pacat. Geli aiihhh......
Sesi mengutip buah rambutan. Dah masak ranum. Best....
Durian dah tak perlu nak kutip dah. Masanya untuk panjat pokok rambutan. Tapi tak terpanjat pun. Kawan Cik Putih, Temah aka Husna kait pakai gunting jer. Yang selebihnya pakai gunting tangan sebab pokoknyer rendah sangat. Ada rambutan kuning and merah. Yang kuning tue amik makan kat situ jer. Yang Merah amik bawak balik kampus nanti. Satu plastik hitam kiteorang amik. Nie pun risau kalau tak habis.
Mengait dan mengunting buah rambutan. Adekah....
Cantik betul kampung Mieza nie. Cik Putih suka tengok rumah neneknyer nie. Walaupun tak ada yang tinggal kat situ tapi masih elok terjaga. Seni binanya cantik jer. Tomey... Sempat la amik pic kat depan rumah tue. Buat kenangan. Tapi banyak-banyak pic kan xder pun gambar durian. Haha... banyk rambutan jer. Tak sempat nak snap la. Sekeliling rumah nie ada pokok durian, pokok rambutan, pokok nangka, pokok kedondong bla...bla...bla. Lepas tue dah tak sempat nak observe. Bestnyer ada kampung cam nie. Kampung Cik Putih dekat dengan pantai so ada pokok nyiur jer lah. Hiksss...
Satu kereta sorong diangkutnyer durian nie. haha....

Rumah kampung. Memang cantik...
Lepas tue Mieza bawak pusing-pusing bandar Taiping. Petangnyer ingat nak naik Bukit Larut, lepas tue p mandi air terjun. Nasib badan, hujan turun mencurah-curah tanpa henti sampai ker malam. Abiz rosak plan petang tue. Tapi Mieza still bawak pusing-pusing bandar Taiping tue. Tengok dari dalam kereta jer sebab hujan memang lebat. Teruja tengok bangunan lama kat Taiping. Cantik. Taman-taman kat situ pun cantik dengan pohon-pohon merimbun sepanjang jalan. Redup suasana kat situ. Mieza ada ajak ker zoo tapi rasa cam tak menarik plak. Nak save duit jugak so nanti masuk kene bayar lagi. Petang sikit Mieza ajak p pasar malam Kamunting. Time nie Cik Putih tak ikut la sebab ralik duk tengok cerita Ombak Rindu. Haha.....
Eh...lupa plak nak cakap. Lepas makan tengahari kita orang sambung makan durian lagi. Entah berapa puluh biji dah kami makan tak ingat. Siap tersedia air cap badak. Takut ooo nanti badan panas terkena plak demam. Temah, Miera and Mieza termasuk Cik Putih masing-masing hantu durian. So, makan memang tak ingat dunia.
Esokkan harinya pula, Mak Mieza buat pengat durian. Ahh... sedap tak terkira sambil cicah dengan roti. Huhu... ok serius. 3 4 kali Cik Putih tambah. Burkk.... kenyang sangat. Sempat santai-santai tengok tv tak kemana dah pagi tue. Petang sikit dah nak balik KL. Pagi tue jugak ayah Mieza p amik durian lagi kat kampung. Ingat nak makan sekali round lagi tapi tak sempat. Terkilan plak. Huhu..... sebab terkenyang dengan masakkan mak Mieza lunch tue. Nasi Beriani ker apa entah mak dia buat. Sedap sekali dengan dalca. Patutlah Mieza nie tak kurus-kurus. Mak dia memang masak sedap. Oyeahh.....
Pukul 1.20 petang dah nak balik. Selamat tinggal Taiping. Insya Allah ada peluang nanti Cik Putih datang lagi. Datang untuk ronda-ronda Perak nie. Terima kasih sangat Cik Putih dengan Mieza sebab sudi ajak balik rumah dia.