Jumaat, 26 Ogos 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Bazar Ramadan <b>Seri Iskandar</b> Dilanda Hujan Ribut | Admiral&#39;z Legacy

Posted: 21 Aug 2011 05:14 AM PDT


Dek kerana kebuntuan untuk mencari juadah berbuka untuk hari ini, maka aku pun bergeraklah ke Bazar Ramadan Seri Iskandar yang berhampiran dengan UTP.
Memandangkan hujan ribut yang berlaku di kawasan sini, aku terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang untuk ke bazar setelah hujan reda.
Setibanya di sana, terkejut bila lihat kebanyakkan khemah-khemah rosak & roboh dan hanya sedikit sahaja gerai yang beroperasi.
Kasihan sungguh melihat peniaga yang berniaga, terutamanya yang berniaga lauk-pauk kerana semua makanan yang dijual rosak setelah khemah mereka terbalik.


Pastinya apa yang berlaku ini mengingatkan aku pada tragedi Bazar Ramadan Jasin, Melaka pada 3 Ramadan tahun lepas.
Hujan dan ribut yang melanda telah mengorbankan 3 nyawa.
Berikut adalah video semasa ribut di Bazar Ramadan Jasin pada tahun lepas.

Walaupun apa yang berlaku di Bazar Ramadan Seri Iskandar tidaklah seteruk apa yang berlaku dalam video ini, tetapi ianya tetap menyedihkan, terutamanya kepada para peniaga.
Anggap sahaja ini adalah ujian Allah di bulan Ramadan.
InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi di masa hadapan.
Oh ya, memandangkan tidak sampai 20 gerai sahaja yang beroperasi,  apa pula menu berbuka aku hari ini?
Aku hanya membeli Air Laici Kang sahaja sewaktu ke bazar tadi.
Dan selebihnya hanya berbuka dengan kuih raya Batang Buruk yang baru sahaja dibeli semalam.
Alhamdulillah, walaupun tidak kenyang, tapi bersyukur...
Batang Buruk & Laici Kang
p/s: Apa pula juadah berbuka anda hari ni? Mesti sedap-sedap kan?

Konsep Nilai 3 diperkenalkan <b>di Sri Iskandar</b>, babit pelaburan <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 11:40 PM PDT

Pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang semakin pesat sejak dua tahun kebelakangan ini berjaya menarik minat pelabur untuk memperkenalkan konsep jualan borong Nilai 3, di Bandar Sri Iskandar membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM200 juta.

Konsep Nilai 3 itu juga dijangka meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi zon utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.

Projek yang dibangunkan oleh Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 itu akan membabitkan kawasan seluas 19.2 hektar dengan pembinaan 222 unit kedai yang juga merupakan sebahagian daripada projek Sri Iskandar Business Centre (SIBC).

Ia dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2012.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh, berkata dengan memperkenalkan konsep Nilai 3 di Sri Iskandar, pihaknya menjangka 3 juta pelancong tempatan akan berkunjung ke bandar itu terutamanya dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Katanya, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di Sri Iskandar seperti barangan perhiasan rumah dan pakaian dengan harga yang murah.

"Sri Iskandar Business Centre ialah projek yang dibangunkan di kawasan seluas 32 hektar dengan kos pelaburan RM300 juta yang bakal mewujudkan sebuah bandar baru yang serba moden di Daerah Perak Tengah.

"Selain 600 unit kedai pejabat, projek ini menyediakan kemudahan pasar raya, hotel serta panggung wayang dan tarikan utama orang ramai ke kawasan ini nanti ialah pusat jualan borong Nilai 3 yang kita jangka dapat menarik kehadiran 3 juta pelancong ke Perak pada setiap tahun.

"Kita yakin dengan wujudnya konsep Nilai 3 di Sri Iskandar, ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Bota dan Parit," katanya di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Marcus dan Pengerusi Persatuan Peniaga Nilai 3, Dr Tee Boon Thiam, masing-masing menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bagi menjayakan projek itu yang disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Tee berkata pihaknya berminat untuk bekerjasama dengan Setia Awan Holdings bagi mewujudkan pusat jualan borong di kawasan zon utara Semenanjung Malaysia.

"Kebanyakan produk yang dijual di Nilai 3 diimport dari luar negara seperti Eropah dan China dan kita menawarkan harga borong yang paling murah di negara ini," katanya.

Sementara itu, Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya di Sri Iskandar.

Selain itu, ia juga katanya, dilihat akan memberi saingan sengit kepada Daerah Manjung pada masa akan datang.

"Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya.

Ditanya kedudukan projek itu yang jauh dari Lebuhraya Utara Selatan, Zambry berkata, kerajaan negeri mahu pembangunan diagih-agihkan ke serata negeri kerana tidak mahu tertumpu di kawasan Ipoh sahaja.

"Walaupun jauh daripada lebuhraya utama, projek ini terletak  di laluan Ipoh-Lumut yang juga jalan persekutuan dan yang paling utama, ia ialah antara usaha kerajaan untuk memastikan rakyat di serata negeri mendapat nikmat daripada projek pembangunan yang dirancang," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri tambahnya, akan membangunkan mana-mana kawasan di Perak yang dilihat berpotensi untuk dimajukan demi faedah dan kesejahteraan rakyat jelata

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Kunjungan Haji Wahid ke bazar Ramadhan Setiu disambut &#39;panas&#39;

Posted: 16 Aug 2011 02:42 PM PDT

SETIU - Kunjungan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut di sertai Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak ke kawsan Setiu disambut 'panas' wa;aupun cuaca hujan.

Ia adalah kerana, selain ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunggu-nunggu kedatangan pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat dan laporan.

Menurut Haji Muhyiddin, antara cerita 'panas' di kawasan Parlimen Setiu adalah tindakan kerajaan Umno/ BN Terengganu 'memaksa' para peserta kelompok padi Kampung Jelapang menyerahkan kawasan penanaman mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

"Kita (PAS) mendapt maklumat, kerajaan Umno terus menipu rakyat, kali ini kes kawasan tanaman padi kampung Jelapang, di Langkap Setiu,

"selain itu, ada bangunan yang dibuat untuk projek dan pitih, di katakan sebagai sebuah 'surau', tetapi tidak digunakan dan terbiar,"terang Haji Muhyiddin ketika ditemui.

[Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu, haji Wahid menunjukkan bakat, menggoreng murtabak, di Bazar Ramadhan Sungai Tong, Langkap, dalam kunjungannya semalam]

Justeru, katanya, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta PAS Kawasan Setiu untuk mengemukakan laporan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Antaranya, Pesuruhjaya PAS yng juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya 3, yang juga ADUN Bukit Tunggal, akan meminta penjelasan kerajaan Umno dalam sidang DUN pada 22 dan 23 Ogos ini,"katanya.

Turut bersama dalam 'jelajah bazar Ramdhan' kali ini adalah Pngerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Yang Di Pertua PAS Setiu, Ustaz Pauzi Muda, AJK Badan Perhubungan Dr. Azman Ibrahim.

***Sila ke buletinonline.blogspot untuk lihat gambar-gambar kunjungan ke bazar Sungai Tong. Langkap dan Sungai Tarung, Permaisuri

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


NUKILAN GADIS KAMPUNG: Kenangan <b>di Pangkor</b> Island

Posted: 07 Jul 2011 11:53 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera
senyum seindah suria, yang membawa cahaya . Senyumlah dari hati, dunia kan berseri .. Hmm betul tak ni una nyanyi . tak pandai pun , saja test . hehehe . Kali ni una nak buat entry tentang kenangan una di Pangkor baru-baru ni. Alhamdulillah seronok sangat pergi sana , pertama kali la katakan . 3 hari 2 malam bersama sahabat-sahabat una disana. sementara tu dapat tenangkan diri kat tepi pantai , jalan sorang2 .. tulis-tulis atas pasir . Nak kata tenang tu blh la , dpt la jgk sikit-sikit . Hilang laa jgk tekanan dalam kepala ni bila menghayati keindahan dan pemandangan di pulau tu .


Banyak aktivit yang dilakukan kat sana. Antaranya tarik tali, main air dlm belon, snorkling, pusing-pusing pulau, main kejar-kejar, nyorok-nyorok .. Haa nanges-nanges pun ada , wuuu . Ingat lg, masa tu tgh syok-syok layan 'bes bro' tiba-tiba terperanjat boboi ! ada adegan nanges-nanges .. hehehe, apalagi tertumpahlah air mata ini setelah sekian lama tak keluar. Huhh , dasat-dasat .. Kesian pengarah program a.k.a Kak Miza , tersedu-sedu dia nanges .. Aihh, mata semua dah jadi pontianak . merahhh je . huuu . Ni semua gara-gara abg mutalib kita, garang benor .. terkejut bini dia , nasib baik madunya tak marah . hehe. Tp alhamdulillah disitu juga dapat muhasabah diri 'Siapa diri kita sebenarnya' .. Bagus-bagus :D


Alaahaii , mesti kamu semua yang tak terlibat tak fhm kan ?? hehehe ciannya, takpa .. baca ja . Una saja nak kongsikan cerita disini. Hiburkan hati yang tengah lara sekejap. Emm, ada satu aktiviti tu, uhh sungguh menggerunkan . pertama kali dalam hidup naik 'banana boat' . Dah mcm superwomen pulak bila terbang duk tengah-tengah laut . Nasib baik tak kene gigit dgn anaconda , hihi . Time banana tu nak jatuh, jantung laju geng ! tgn letak atas kepala pastu BOOM !! jatuh dalam air, tp malangnya nasib tak menyebelahi una sebab ada  makhluk ALLAH menghimpap una dalam air , terkapai-kapai lahh una dalam air . Nak mati rasa , dah mcm nyawa-nyawa ikan tp nasib baik superman datang menolong. Lepas tu .... selamat lah jgk sampai ke darat cuma satu badan lemah . Situ masuk air, sini masuk air ... selamat..selamat ..


Tibalah waktu malam, selera sedap sikit makan BBQ . Ada ayam, sosej, daging, ketam, kerang .. Sedapnyaa tp una tak habis , biasalah tong kecik je . Mana larat nak habiskan semua . Kitorang pun ada buat permainan yang tgh-tghnya bulatannya letak unggun api . Masa tu malam , kitorang main kotak beracun .. wuuhuu , aduhaii nasib malang sokmo . Tepat-tepat je lagu habis kat una . Mmg unalah kene , Nak tahu buat apa .. kene buat gaya muka abg mutalib marah . Aduyaii nye pun .. mmg takde cara lain ke . Terpaksalah buat muka tak malu depan orang ramai tp tak tahulah jadi ke tidak .. huhuhu . Last sekali, kitorang main tukar-tukar hadiah . Beshh tu dapat hadiah kenangan dari kawan-kawan . Rambang-rambang nama , nama una bolehla dikatakan last jugak .. Cantik hadiah una dapat , Tom Ais a.k.a wan azhar yang bagi .. Hehehe . 


Pastu hari terakhir kitorang kat pangkor dihabiskan dengan bergamba je. Una tak berapa pun, sikit je bergambar . Lagi kitorang melawat tempat-tempat yang ada kat pangkor tu. Banyak tempat-tempat boleh singgah . Una dapatlah jugak beli barang sikit-sikit. Nanti una masukkan gamba-gamba untuk dikongsi bersama .. Emm una rasa sampai setakat ini jelahh . Apa-apa pun pangkor memang BEST !! kalau dapat peluang lagi, mesti una akan pergi . hehehe .


DESTINASI KAMI


OUH KAMI PASUKAN COKLAT , HEHE


PINK COMEL LAH ..


LUKISAN DI PASIR


 BANANA BOAT THE BEST SERONOK DEPA SEMUA ....YEAH !! TEAM HIJAU .. UIHH.. CEDAPNYA HERO NAK MASUK HUTAN JOM SNORKLING HAA.. TU DIA YEAHH ! PEREMPUAN PUN BOLEH .. APA PUN BOLEH ... HUHU HAA, GENG !! MASING-MASING KEPENATAN
WAHH , RAMAINYA BINI ABG TALIB . hehe
 CANTIK TAK ?? HEHE SIAP DALAM NI LAGI UIHH, TAK CUKUP RAMAI LAGI NI

SAHABAT ASNAF D'KUIS SANGAT SERONOK LAH !!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA^_^

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Kump Gendang Lela Rentaka: Majlis Kahwin <b>di Bota</b> Kanan..

Posted: 12 Jun 2011 06:10 AM PDT

12 hb Jun 2011 menjadi satu tarikh penting bagi semua ahli Lela Rentaka kerana hari ini kami akan mengiringi majlis kawin salah seorang dari ahli PSSTLKJ yang lebih kami kenali dengan gelaran Yob Alon. Difahamkan majlis hari ini bagi menyambut dua pasangan pengantin yang akan disandingkan serentak. Seperti biasa sebelum kami bertolak dari ipoh ke bota ,rumah khairul akan dijadikan sebagai tempat berkumpul semua ahli. Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu kami mulakan tepat jam 9.20 pagi, dengan menaiki 2 kereta dan 4 buah motosikal. Terdetik di fikiran untuk sesekali berkonvoi menaiki motosikal bersama ke majlis ini . Akhirnya kami tiba di Dewan tempat majlis itu diadakan namun memandangkan masih awal lagi kami beralih perjalanan mencari warung makan berdekatan untuk sarapan pagi. Setelah selesai menikmati juadah pagi, kami bergegas ke dewan dan bersiap-siap menantikan ketibaan pengantin sambil mengalunkan beberapa alunan lagu rakyat.


Jam 1.25 petang rombongan pengantin tiba , kami meneruskan tugas dengan memainkan alunan muzik berarak mengiringi pasangan pengantin ke tempat persandingan di dalam dewan . Tibalah giliran persembahan silat dari Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau Kuntau Jawa Perak menyambut ketibaan pengantin. Dengan diiringi alunan muzik silat ,pesilat mengatur langkah menambah seri bagi menyambut ketibaan dua pasangan pengantin yang dilangsungkan serentak ini.

Tugas kami bukan selesai di situ saja, setelah semua selesai makan tengah hari di majlis ,kami teruskan persembahan dengan diselangi nyanyian karaoke oleh tetamu yang hadir. Sempat juga kami bergambar dalam masa terluang itu. Sehingga jam 4 petang kami pun berkemas untuk pulang ke ipoh semula. Alhamdulilah cuaca cerah ,sedikit sebanyak memudahkan perjalanan pulang kami.

Setibanya di rumah khairul, kami berehat sebentar dan minum petang bersama.

Syukur kepada tuhan majlis hari ini berjalan lancar dengan izinnya. kami mendoakan pasangan pengantin yob alun dan pasangannya, serta adik beliau dan pasanganya berbahagia selamanya ..amin...


07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Fasa pertama projek <b>jelapang</b> padi bermula 2012Oleh Agnes Tugong <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 08:46 PM PDT

Posted on August 23, 2011, Tuesday

KUCHING: Fasa pertama pelaksanaan projek jelapang padi di Lingga, Banting de-ngan kos RM76 juta akan dimulakan pada 2012.

Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang berkata kerja-kerja di peringkat fasa pertama itu melibatkan pembinaan infrastruktur termasuk jalan dari Lingga ke Banting serta sistem pengairan.

Menurutnya, tender akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini bagi memboleh-kan kerja-kerja fasa pertama siap dalam tempoh 18 bulan mengikut jadual.

"Perkara ini telah pun di-bincangkan dalam satu me-syuarat di Sri Aman baru-baru ini, di mana ia turut dihadiri oleh konsultan yang terlibat, wakil pertanian daripada persekutuan termasuk Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim.

"Susulan perbincangan itu, taklimat akan diadakan dalam masa dua atau tiga hari ini bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bagi menjelaskan perkara ini dengan terperinci," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mengulas perkembangan terkini projek jelapang padi di Lingga, Banting me-libatkan tanah seluas 5,000 hektar.

Jelas Mong, projek penanaman padi secara besar-besaran di Lingga Banting ini akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan terlibat dan berhampiran terutama di kalangan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian.

"Saya belum dapat menyatakan dengan tepat bila jelapang padi ini boleh dimulakan kerana ia bergantung kepada infrastruktur yang akan di-bina tahun depan.

"Sebaik kerja-kerja pembinaan infrastruktur siap dalam tempoh 18 bulan bermula dari hari pertama pelaksanaannya barulah aktiviti penanaman padi secara besar-besaran itu akan akan dapat dijalankan," ujarnya.

Buletin Online: Mini Estate padi Kampung <b>Jelapang</b>; JKKK, Ketua <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 04:09 AM PDT

SETIU - Para pesawah padi yang juga 'pemilik TOL' dan 'umarah' tanah padi Kampung Jelapang disini kesal kerana Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berbohong dan melaksanakan tipu daya sehingga mereka menandatangani persetujuan menyertai cadangan 'mini estate' padi

Menurut seorang suri rumahtangga, Puan Nora bt Abdullah, 48, (Gambar kiri)  beliau telah ditunjukkan surat-surat serta dokumen berkaitan oleh Ketua Blok, Zainal Abidin Yusof @ Mamat, kira-kira tiga bulan lalu.

Beliau mendakwa, Mamat tidak membacakan kandungan surat dan dokumen berkenaan, walaupun beliau meminta Mamat membacakannya.

Bahkan, katanya, Mamat tidak bercakap benar dan berbohong berkenaan kandungan surat dan dokumen tersebut yang sebenarnya.

"Saya suruh dia (Mamat) baca surat tu, dia kata tak bacalah, kalau sign (tandatangan) nanti kita dapat subsidi, lepas tu saya pun sign,"katanya ketika ditemui, Rabu 24 ogos.

Katanya, Mamat juga mendakwa sekiranya surat dan dokumen itu ditandatangani, tanah tanaman padi tersebut akan menjadi hak miliknya.

Selain Puan Nora, seorang pesawah yang juga seorang suri rumah, Puan Fauziah Zakaria, 53, [Gambar kanan] mendakwa, suaminya telah di 'perdaya' oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Kesalamatan Kampung.

Menurut Fauziah yang tinggal dikampung Jelapang sejak 30 tahun lalu,  suaminya menandatangani surat tersebut kerana dipaksa oleh pihak JKKK.

"JKKK kata semua orang sign (tandatangan), dia (suaminya) tidak usul periksa, turut sign surat itu,"ujarnya dengan nada kesal.

Pemeriksaan Buletinonline terhadap dokumen yang ditandatangani pesawah terbabit mendapati, terdapat dua keping surat yang menjadi asas kepada perancangan 'Mini-Estate padi'.

Surat yang pertama merupakan surat permohonan pesawah untuk menyertai rancangan mini estate, manakala surat kedua adalah surat penyerahan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu untuk menerima sebarang subsidi.

Sehubungan itu, seorang pesawah Zainal Abidin Yusof , 50,  melahirkan rasa tidak puas hati keatas perjalanan projek penanaman padi tersebut.

Selain merasa tertipu dengan tindakan kerajaan mahu melaksanakan rancangan 'Mini Estate' padi itu, Zainal mendakwa terdapat 'pilih kasih' dalam pengurusan.

Projek penanaman padi di Kampung Jelapang dimulakan kembali pada tahun 2008 setelah terbiar semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Dato' Seri Idirs Jusoh.

Pada zaman pemerintahan PAS 1999 - 2004, kerajaan telah menghidupkan kembali sawah terbiar yang telah mula diusahakan pada tahun 1989.

Ketika perasmian pembukaan semula kawasan berkenaan, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said berjanji akn membuka tanah baru seluas 1500 ekar dan memberikan 10 ekar kepada setiap petani.

Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Mak Jintan sedang berjalan.

"Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,

"sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,

"kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,"katanya.

Namun setelah dua tahun berlalu, kini, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi, bahkan tana padi sedia ada akan dirampas daripada pesawah untuk dijadikan 'Mini Estate'.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


pemadam_upnm: program <b>di CHEMOR</b>..

Posted: 12 Jun 2011 12:00 AM PDT

PROGRAM ANAK YATIM DI CHEMOR, PERAK.

11-12 JUN 2011 (SABTU & AHAD)

                Kelab PEMADAM UPNM telah menghantar seramai 8 orang pelajar awam dan 3 orang kadet sebagai fasilitator bertolak dari UPNM pada jam 0800 bersama Islamic Relief Malaysia dan  tiba di rumah anak yatim pada jam 1230. Terdapat 19 orang anak yatim dari pelbagai umur di sana. Anak-anak yatim tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi suaikenal. Antara aktiviti yang dilakukan untuk hari tersebut adalah ice-breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan akltiviti riadah. Pada malamnya ada majlis tahlil dan ada tayangan video .

                Keesokan harinya hanya terdapat kuliah subuh yang disampaikan oleh Pak Lang dan LDK. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Puan Faizah kepada anak-anak yatim. Kami bertolak pulang dari Chemor, Perak pada jam 1200.

                Harapan kami agar anak-anak yatim tersebut dapat diberi lebih perhatian untuk masa depan mereka dan kami dapat peluang untuk kembali kerumah anak yatim tersebut.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Polis selesai kes bunuh <b>di</b> Buntong

Posted: 09 Aug 2011 04:10 PM PDT

IPOH 9 Ogos – Polis percaya telah menyelesaikan kes bunuh seorang warga emas di Taman Buntong Ria, Menglembu, di sini kelmarin, dengan tertangkapnya seorang lagi suspek lelaki semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Jalan Farlim di sini oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9.15 malam.

"Dengan penahanan lelaki berkenaan, kita percaya telah dapat menyelesaikan kes bunuh itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga emas ditemui mati dibunuh selepas disamun di rumahnya di Taman Buntong Ria, Menglembu.

Mangsa, Looi Kim Loong, 67, yang merupakan seorang peniaga ditemui terbaring di bilik utama oleh ahli keluarganya pada pukul 2.10 pagi.

Kim Loong merupakan mangsa ketiga yang dibunuh dalam kejadian samun di negeri ini selepas insiden yang menimpa Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim dan ibu saudara kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai iaitu Teoh Ah Nya @ Teoh Kooi Lan.

Rohani, 38, ditemui mati dicekik di Pangsapuri Permai Lake View, Tambun di sini pada Khamis lalu dipercayai akibat disamun manakala Ah Nya, 73, ditemui mati juga dipercayai selepas disamun di rumahnya di Tanjung Piandang, Parit Buntar awal pagi 6 Ogos.

Pada 8 Ogos lalu, polis telah menahan seorang suspek berusia 24 tahun di sebuah kedai runcit di laluan Sungai Pari 4, Buntong.

Lelaki berkenaan ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


MEMORABILIA CIKGU NAZA ZAZA (‿): misi bendera terpanjang <b>di Beruas</b>!

Posted: 24 Sep 2006 12:00 AM PDT

guru - guru praktikum bekerjasama dengan MPPU ( Majlis Pelajar Pra- U ) buat bendera gergasi. perkara inilah yang membuatkan saya sibut.pada mulanya bendera ini dijahit dengan tangan. namun, bila memikirkan ketidakwajaran bendera ini akan siap dalam tempoh yang singkat apabila dijahit dengan tangan, maka cara pembuatan bendera ini telah ditukar kepada teknik mencanting. makanya, bermulalah proses awal , iaitu menggariskan kain bendera sepanjang 26 meter!!!




07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


PARLIMEN <b>BUKIT GANTANG</b>: Jumpa DS Nizar <b>di</b> DUN Kuala Sapetang 8 <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2011 12:36 AM PDT

Esok 8 Ogos DS Nizar akan berada dalam parlimen beliau,di DUN Kuala Sapetang.DS Nizar dijangka akan bersolat asar di Masjid Tengku Menteri,Matang.

Selepas itu memberi sumbangan kepada 15 orang penduduk miskin di Matang Gelugor dan ziarah penduduk yang sakit.

Lewat petang pergi melawat pasar 'Ramadhan' .Beliau dijadual berbuka puasa di Taman Berkat dan bersolat Maghrib.

Akhirnya bersolat isyak dan taraweh serta tazkirah.Setakat ini jadual untuk DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah sesudah taraweh ,belum ditentukan masjidnya.Cuma masih di DUN Kuala Sapetang.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Ramadhan - SK Kubang <b>Kerian</b> 2

Posted: 15 Aug 2011 07:18 PM PDT

Sk.Kubang Kerian 2 Menggunguli Ihya' Ramadhan

 Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2- Sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini,seawal 1 Ogos 2011 Unit Agama Islam dan JQAF Skkk2 telah menghidupkan Ramadhan al -Mubarak dengan pengisian-pengisian yang sangat berguna buat mendidik rohani para pelajar di sini.Program ini dimulakan dengan ceramah " Meneghidupkan Ramadhan " pada 01 Ogos 2011 oleh Dr.Shaarani dari Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM ) Kampus Kota Bharu.Diteruskan pada hari-hari dan minggu-minggu berikutnya dengan tadarrus al quran pada waktu rehat tahap 1 dan rehat tahap 2.Semua murid akan bertadarrus bersama dengan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah ditetapkan mengikut giliran.
       Menurut penyelaras JQAF,Ustaz Mohd Zaki B.Yaakob,sasaran tadarrus  ini adalah sehingga tamat juzuk amma bagi semua murid sepanjang ramadhan ini.Selain daripada ceramah dan tadarrus,satu "Tabung Ramadhan" telah dilancarkan di mana murid-murid dan guru-guru digalakkan bersedekah sepanjang bulan ini,memandangkan pahala yang diperolihi sepanjang Ramadhan ini adalah berganda.
       "Dengan adanya program sebegini,moga-moga dapat meningkatkan lagi pencapaian penguasan al quran daripada segi fusahah dan tajwidnya,sekaligus dapat mendidik rohani para pelajar Skkk1 ke arah yang lebih jernih".Demikian ujar Pn.Halimah Bt.Abdullah Kkutty selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Skkk2.
                                             "Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan"

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Coklat Sedap Jijie: Order by Azura utk suami tersyg <b>di Gerik</b>, Perak

Posted: 18 Jun 2011 06:54 PM PDT


07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Peniaga sokong MBI bina pasar baru <b>Tanjung Rambutan</b> | peraktoday.com

Posted: 09 May 2011 12:05 AM PDT

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, demikian perumpamaan yang menggambarkan sikap kerjasama lebih 100 peniaga pasar Tanjung Rambutan yang kini menyokong penuh projek membina sebuah pasar baru yang dijangka bermula sekitar Julai atau Ogos depan.

Walaupun di peringkat awal terdapat sekumpulan kecil peniaga membantah, masalah itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik hasil perbincangan dan penerangan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Ahli Majlis Tempatan.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, berkata jika tiada aral melintang, projek membina pasar baru Tanjung Rambutan yang mendapat peruntukan RM5.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dijangka dapat dimulakan sekitar Julai atau Ogos depan.

Katanya, bangunan pasar lama dikekalkan tetapi akan diubahsuai menjadi pusat jualan makanan yang serba moden dan diperindahkan lagi dengan landskap menarik bagi menarik kehadiran pengunjung.

Projek itu katanya, dapat diteruskan hasil persetujuan majoriti peniaga pasar Tanjung Rambutan walaupun pada peringkat awal, sekitar 20 peniaga di situ membuat bantahan kepada MBI.

"Pembangunan pasar baru dan pusat penjaja di Tanjung Rambutan ini perlu diteruskan memandangkan kawasan sekitarnya akan menjadi tumpuan ramai apabila Kolej Kesihatan Bersekutu Hulu Kinta beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

"Dengan lebih 2,000 pelajar dan 600 tenaga pengajar kolej, kita perlu menyediakan kemudahan asas terbaik kepada penduduk di sini, sekaligus membangunkan sektor sosio-ekonomi tempatan terutamanya peniaga di pasar baru Tanjung Rambutan.

"Selain itu, masalah 94 peniaga tanpa lesen juga dapat diselesaikan apabila pasar baru ini beroperasi sepenuhnya kerana ia menyediakan 232 lot niaga yang ditempatkan di bawah satu bumbung. Selain itu, peniaga juga tidak perlu berpindah kerana tapak baru hanya terletak bersebelahan pasar lama," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada sekumpulan peniaga pasar Tanjung Rambutan, diketuai Raja Soorian yang menyatakan sokongan terhadap pembinaan pasar baru itu yang dijangka siap sepenuhnya Januari 2013.

Dalam perkembangan berkaitan, Roshidi berkata, apabila pasar baru itu siap kelak, ia akan memberi keselesaan kepada pengunjung kerana menyediakan 139 tempat letak kereta, 64 (motorsikal) dan 11 (lori kecil).

Sementara itu, peniaga sayur, T Yogeswaran, 30, berkata hasil penerangan daripada MBI dan wakil Ahli Majlis tempatan, beliau mengambil keputusan untuk menyokong pembinaan pasar baru kerana keadaan persekitaran yang sesak dan tiada jaminan keselamatan di pasar lama.

"Dengan pasar baru itu nanti, saya berharap dapat berniaga dalam suasana yang lebih selesa berbanding ketika ini," katanya yang berniaga di pasar Tanjung Rambutan sejak 15 tahun lalu.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


PKR <b>PENGKALAN HULU</b> | BLOG - BLOG PARTI PKR

Posted: 10 Aug 2011 01:15 PM PDT


Pakatan Rakyat bakal buat kejutan besar di Perlis

Posted: 10 Aug 2011 06:43 AM PDT

Oleh Abdul Manan Razak

Sejak 54 tahun Perlis diperintah oleh Barisan Nasional (dan sebelum itu Perikatan UMNO-MCA-MIC), tiada sebarang persaingan sengit dihadapi oleh BN di peringkat Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen.

Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen. Pada masa ini, BN mempunyai 13 kerusi DUN manakala PAS 2. Ketiga-tiga kerusi Parlimen Perlis milik BN.Sebelum 2008, hampir 100 peratus kerusi di Perlis dimenangi oleh BN.

Pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu, PAS telah memperolehi dua kerusi DUN, iaitu memenangi kerusi Simpang Empat dan mengekalkan kerusi Sanglang (selepas mahkamah memutuskan kemenangan BN dalam PRU 2008 sebagai tidak sah).

PAS yang telah meletakkan 12 calon dalam PRU itu (dan PKR bertanding 3 kerusi) telah tewas tipis di DUN Santan dan Guar Sanji yang pernah dimenanginya suatu masa dahulu.

PKR juga telah mula menjejak kaki di Perlis kerana walau pun tewas, gandingan PAS-PKR pada 2008 telah menampakkan hasil positif ke arah usaha menumbangkan BN pada PRU ke-13 nanti.

Kehadiran DAP di Perlis

Kini kehadiran DAP di Perlis pada 2009 dengan tertubuhnya tujuh cawangan yang berkeahlian lebih 1,000 orang, akan menambah mantap gandingan Pakatan Rakyat di negeri Indera kayangan.

Gandingan ini sudah tentu dapat merealisasikan impian yang tidak kesampaian selama ini. Ketiga-tiga parti ini bekerja keras siang dan malam untuk menjayakan harapan PR. Pelbagai bantuan sosial kepada golongan kurang berkemampuan dihulurkan di samping bantuan semasa banjir.

Begitu juga dengan pendaftaran pemilih baru yang dijalankan dari semasa ke semasa. Setiap ceramah yang diadakan dihadiri oleh ketiga-tiga parti komponen PR dan bilangan hadirin semakin bertambah ramai jika dibandingkan pada masa-masa lalu.

Apakah ini menandakan BN Perlis akan tumbang?

Dengan pelbagai isu yang timbul di negeri terkecil di Malaysia ini berserta pengundi seramai hampir 120,000 orang, sudah tentu Pakatan mampu membuat kejutan besar dalam PRU ke-13 nanti.

Pada PRU ke-12, PAS dan PKR telah berjaya meraih undi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan undi. Hanya diperlukan 15,000 lagi undi untuk menumbangkan BN.

Masalah ekonomi rakyat

Masalah peluang pekerjaan semakin parah kerana tiadanya pelaburan untuk menjana ekonomi Perlis. Apa yang ada hanyalah janji-janji kosong pemimpin-pemimpin negeri sejak puluhan tahun dahulu.

Rakyat negeri, apabila tamat persekolahan, tiada banyak pilihan. Yang diberi peluang melanjutkan pelajaran, berhijrah ke negeri lain. Yang diberi peluang pekerjaan, pun turut berhijrah kerana peluang hanya ada di luar Perlis.

Selebihnya yang berada di dalam negeri, terdedah dengan aktiviti tidak sihat yang mendatangkan masalah sosial, termasuk kedudukan Perlis bersempadan dengan Thailand. Ada yang menganggap ini adalah antara faktor utama Perlis mencatatkan kadar perceraian tinggi di negara ini.

Pemimpin BN negeri hanya mampu menjadi burung kakak tua, meniru pimpinan pusat mereka dengan angan-angan projek-projek mega di Perlis seperti pembinaan Unimap, jambatan Padang Besar yang terbengkalai dan pembangunan Bandar Baru Chuping yang hanya menguntungkan golongan berada sahaja.

Majoriti rakyat masih lagi di takok lama mewarisi kemiskinan yang semakin tegar. Tiada sebarang industri yang berkeupayaan memberi pekerjaan kepada mereka.

Pemimpin UMNO-BN tak peduli rakyat

Dalam keadaan yang menyedihkan ini puna, kelibat pemimpin BN turun padang juga jarang kelihatan. Ada juga Exco Kerajaan Negeri yang selesa menetap di Lembah Klang kerana kesibukan perniagaan peribadi.

Ada pula Exco Kerajaan Negeri yang melarikan diri ketika kawasannya ditimpa bencana banjir. Mungkin sewaktu bersembunyi itu, pemimpin BN ini tidak sedar bahawa semua orang tahu perangainya kerana saiz negeri yang kecil molek ini tidak memudahkan seseorang cabut lari dari tanggungjawabnya.

Malah, ada juga seorang Ahli Parlimen yang lebih sibuk menangani masalah peribadinya berbanding dengan usaha memenuhi janji-janji piliahn raya kepada rakyat yang telah mengundi memilihnya.

Urusan mendapatkan hak milik tanah merupakan satu lagi pemasalahan yang menghantui rakyat Perlis.

Rata-rata rakyat jelata yang mengusahakan tanah sejak awal merdeka belum memperolehi hak milik hatta lessen pemilikan sementara (TOL) sekali pun. Yang memiliki hak milik hanyalah daripada kalangan pemimpin BN atau sekurang-kurangnya mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan para pemimpin berkenaan.

Begitu juga dengan masalah yang dideritai oleh rakyat akibat pemberian ladang tebu oleh kerajaan negeri seluas 1,500 hektar kepada Perlis Plantation Bhd dan pengambilalihan balik oleh Felda Global dengan kos RM1.4 bilion daripada Tan Sri Robert Kouk dua tahun lalu.

Pengambilalihan ini menyaksikan harga gula di pasaran negara ini naik dua kali berturut-turut. Bukan sahaja rakyat Perlis malah semua orang di Malaysia merasai kesan kenaikan harga gula. Apakah ini amalan BN – kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan kelaparan?

Kes rebut jawatan Menteri Besar belum selesai

Seperti mana diketahui umum, isu pelantikan Menteri Besar masih lagi bergelumang di fikiran setiap rakyat Perlis. Perasaan tidak puas hati mantan Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyokongnya yang telah mendapat kemenangan untuk BN pada PRU 12 lalu diketahui oleh semua penduduk negeri.

Kontroversi itu masih menyelubungi negeri berikutan isu watikah pelantikan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi (untuk Shahidan) tidak laku sama sekali dan telah memberi impak besar ke arah pengkhianatan perjuangan sesama mereka dalam UMNO.

Bagi pihak yang kini menerajui UMNO Perlis dan kerajaan negeri, mereka menganggap mantan Menteri Besar itu yang sudah memegang kuasa selama 12 tahun sudah cukup lama dan perlu ditamatkan.

Inilah punca perpecahan sesama UMNO dan BN di Perlis yang turut membuka peluang untuk PR menumbangkan BN.

Inilah antara beberapa faktor yang sukar ditangkis oleh BN, dan inilah pilihan raya yang bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara golongan jumud dan golongan sederhana dalam UMNO-BN, serta cabaran baru oleh PAS-PKR-DAP yang senada ke arah UBAH PERLIS dalam gandingan Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Coretan Siti: 123 - Big Apple Donuts Dah Ada <b>Di Manjung</b>

Posted: 22 Jul 2011 12:39 AM PDT

Salam semua...
Tadi lepas sekolah macam biasa bila hari Jumaat akan keluar jalan-jalan untuk makan-makan dan shopping.  Suka pegi hari Jumaat sebab selalunya orang tak ramai sangat tambahan orang lelaki kan ke masjid untuk solat Jumaat.  Lagi pun kalau pegi shopping esok - Sabtu nanti tak dapat beg plastik pulak, nak buang sampah susah gak. Hehehe.... selalunya beg plastik shopping nie gunanya untuk isi sampah la.  Bukan tak ada beg plastik sampah yang hitam tapi besar sangat pulak.  Sampah bukan banyak sangat, (tue tandanya jarang-jarang masak). Huhuhu...
Ok hari nie pegi ke Tesco Manjung dan wah.... rupanya dah ada Big Apple Donuts kat situ.  Rasanya baru tak sampai 2 minggu tak pegi Tesco dah pun ada Big Apple Donuts.  Hai terus singgah dan beli 6 ketul donut.  Hisshhh abis... yang nak kata diet pun terbang hari nie. (Tapi selalu pun diet terbang je... hehehe)
Lepas nie apa pulak nak ada di Manjung kalau ada kedai makanan Jepun, atau steak ke best jugak.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Bantuan RM500,000 baiki Masjid Ahmadiah <b>Kuala Kurau</b>

Posted: 02 Aug 2011 04:00 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Bantuan RM500,000 baiki Masjid Ahmadiah Kuala Kurau

PARIT BUNTAR 2 Ogos – Kehadiran Ramadan tahun ini disambut penuh kesyukuran oleh kariah Masjid Ahmadiah, Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau, dekat sini apabila peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaiki masjid yang telah berusia lebih 70 tahun itu diluluskan.

Khabar gembira tersebut disampaikan oleh Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fuad Jelani ketika merasmikan Majlis Jalinan Mesra Rakyat di sini, semalam.

Mohd. Fuad berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah Kerian.

"Datuk Seri Najib Tun Razak telah meneliti permohonan ahli jawatankuasa masjid dan meluluskan bantuan sebanyak RM500,000," katanya pada majlis yang turut dihadiri Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau, Mohd. Salleh Mat Disa.

Pada majlis itu, Mohd. Fuad turut menyampaikan bantuan moreh kepada dua surau di kampung berkenaan serta menghulurkan zakat makanan dan wang tunai RM300 kepada 38 penerima daripada kalangan kariah masjid tersebut.

Pengerusi Masjid Ahmadiah, Husni Ahmad, 62, berkata, bantuan tersebut sangat diperlukan bagi membaiki struktur masjid yang telah usang.

"Kami sudah lama menanti berita ini dan syukur atas keprihatinan Perdana Menteri, masalah kami mendapat perhatian," katanya.

Beliau menambah, masjid tersebut yang dibangunkan sekitar 1920-an, dibina atas tanah wakaf memberikan kemudahan kepada lebih 200 ahli kariah.

Katanya, banyak struktur kayu masjid telah reput dan perlu diganti segera.

Sementara itu, Mohd. Salleh berkata, bantuan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib tidak pernah mengabaikan rakyat termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Beliau menambah, sempena Majlis Jalinan Mesra Rakyat itu, pihaknya turut mengedar kotak makanan sumbangan Yayasan Bina Upaya kepada 72 keluarga miskin di kawasan DUN Kuala Kurau.

Dipetik dari Utusan Malaysia