Ahad, 24 Julai 2011

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


PENTAS KAJIBUKU: Kedai kaset dan piring hitam lama <b>di Gopeng</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 08:27 AM PDT

Di sebelah Rumah Warisan Gopeng, saya terdengar bunyi lagu Cina lama berkumandang dari sebuah kedai menjual kaset dan piring hitam antik. Menarik! Saya dan isteri terus masuk ke dalam kedai.

Sebaik berjumpa Pak Cik berbangsa Cina yang kami panggil Uncle ini (belum berkenalan nama, akan datang kami nak interview beliau lagi), kami kagum dengan semangat beliau mempertahankan kedai kasetnya itu.

Beliau masih menjual kaset lama, piring hitam lama, catridge (kaset tebal) era 70an serta mempamerkan beberapa amplifier dan pemain kaset lama yang beliau masih ada. Tanpa banyak berkira, beliau menjual kaset-kaset lama dengan harga yang murah dan tanpa kedekut tenaga, beliau menceritakan sejarah kedainya itu kepada kami.

Ada benarnya kata Uncle tersebut pada kami."Sekarang bukan zaman recording." Maksudnya zaman sekarang zaman MP3, lagu dijual secara murah tanpa kawalan. Dahulu artis dapat duit hasil jualan kaset dan catridge, peniaga juga dapat hasilnya. Kini, artis hanya dapat wang hasil dari nyanyian konsert sahaja, sedangkan kaset tidak laku. Jika ada CD pun, lanun cetak rompak dah lama sapu untung.

Dahulu, lagu dan seni ada 'pride' tersendiri. Jika ingin dengar lagu bermutu dan berulang kali, kena beli piring hitam, kaset atau cayridge. Kini nada dering pun dah ada lagu. Lagu terlalu murah pada pandangan manusia sekarang. Si artis terpaksa mencipta kontroversi jika ingin popular dan menjual lagu.....

Uncle ini sebenarnya sudah ingin berhenti menjual di kedai tersebut kerana sewa kedai semakin naik tetapi cepat pula beliau menambah, rumahnya kini dah jadi muzium piring hitam, alat rekod dan kaset-kaset lama. Selain itu, ada beberapa buah 'catridge'nya dipamerkan di Muzium Gopeng secara percuma.

Sejak berusia 11 tahun, saya telah mula membeli kaset nyanyian dan ceramah untuk didengar dan sebagai koleksi peribadi. Hingga kini, saya masih mengumpul kaset walaupun ramai mengejek saya konservatif dan tidak 100% percaya pada MP3. Ceramah Ustaz Shamsuri dari tahun 1998 hingga kini pun saya kumpul dalam bentuk kaset dan bukannya CD. Bezanya dulu saya mendengar kaset-kaset tersebut seorang diri. Kini, selepas solat Maghrib, saya akan mainkan semula kaset ceramah Ustaz Shamsuri untuk didengar bersama isteri. Kaset nyanyian lagu gambus, nasyid dan penyanyi biasa juga saya mainkan untuk sama-sama kami dengar di waktu lapang.

Selepas berjumpa dengan Uncle ini, saya belajar menghargai pemain kaset saya (walkman).

Saya ingin membeli pemain radio transistor lama, pemain catridge dan pemain piring hitam suatu hari nanti selepas mempunyai bajet sedikit. Anak dan cucu saya perlu tahu benda ini semua. Peralatan seremeh pemain catridge dan pemain kaset pun cukup mencerminkan suasana sosial sejarah dan budaya masyarakat kita suatu ketika dahulu. Teknologi memaparkan budaya sesuatu komuniti. Jadi dengan mengenali semua ini, anak cucu kita akan kenal bagaimana masyarakat kita dahulu mengoperasikan kehidupan mereka.....

Uncle..kita jumpa lagi di minggu-minggu akan datang....

Muhammad Nuruddin dan Isteri








Ini catridge lama, bentuk macam kaset tapi saiznya lebih besar.
Uncle kata suatu ketika dahulu anak muda dan pelajar sekolah sukakan butang berpin/lencana macam ini. Dahulu minat artis kena ada lencana lekat pada beg. Siapa paling banyak kira hebat lah. Suatu pendedahan sosial anak muda beberapa dekad dahulu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gathering Blogger Perak <b>Teluk Batik</b>

Posted: 06 Jul 2011 09:15 AM PDT

Ini sebenarnya bukanlah event akan datang tetapi lebih kepada aktiviti yang telah dijalankan oleh Admin BP yang mana gathering yang dah berlalu ini berjalan dengan jayanya seperti berikut:

Tarikh:4 Jun 2011
Tempat : Pantai Teluk Batik

Berikut merupakan review-review yang telah dibuat oleh ahli-ahli Blogger Perak sekalian tentang event ini.

http://reezluv.com/2011/06/gathering-blogger-perak-di-teluk-batik-pula/

http://mohamadfaiz.com/2011/06/05/gathering-blogger-perak-teluk-batik/

http://blogmirul.blogspot.com/2011/06/gathering-blogger-perak-edisi-4-jun.html

http://munalifestory.blogspot.com/2011/06/outdoor-gathering-blogger-perak-gempak.html

http://fotocinta.com/2011/06/gathering-blogger-perak-di-teluk-batik/

http://www.broframestone.com/2011/06/bro-terjeles-tengok-budak-blogger-perak-bervlog-bergathering-di-teluk-batik/

http://daridirinisa.blogspot.com/2011/06/gathering-blogger-perak-di-teluk-batik.html

http://adiredadib.blogspot.com/2011/06/official-video-gathering-blogger-perak.html

http://tebakoo.blogspot.com/2011/06/gathering-blogger-perak-teluk-batik.html

http://www.admiralhafiz.com/2011/06/blogger-perak-outdoor-activities.html

http://dunia.pisyek.com/2011/06/blogger-perak-di-teluk-batik.html

http://ruzzezanie.blogspot.com/2011/06/terbaik-gathering-blogger-perak.html

Ada lagi gambar kat sini kalau nak tengok lagi banyak..

p/s:kalau ada tertinggal, sila bagi tau eh..:D

No related posts.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


cyanamoose: * my day @ <b>Teluk Intan</b> *

Posted: 02 Jul 2011 06:08 AM PDT

Assalaam alaykom.... late postin' ya! owh..bulan June yang lalu sarat dengan aktiviti "kerja di luar kawasan". Mulanya tiada dalam jadual, demi tuntutan kerja dan dengan kudrat yang masih ada, saya cuba penuhi semua aktiviti walaupun terpaksa berpisah dengan insan terchenta. {sorry ya CYG!!!! Cie kena gi keje jauh2... huhu}. Bermula pada awal bulan menghadiri Program Skor A di Pendang, kemudian pulang dari program ada projek khas menanti. Projek verifikasi aset2 lama di gudang2 kosong dan lama untuk dihapuskan. Untuk memenuhi tujuan tersebut beberapa siri lawatan telah di aturkan oleh penyelaras program. Dan bagi siri lawatan pertama, team aset bergerak menuju ke bahagian Utara iaitu melawat ke Gudang Parit Buntar, Bagan Serai, KBB Ulu Dedap dan Gudang Teluk Intan.

Lawatan team Aset kali ini mengambil masa selama 4 hari. {missin' hubby Moose!!!}. Maka petang Ahad bergerak dengan team Aset dengan menaiki kenderaan pejabat. owh... entry ini saya bercerita tentang lawatan ke Teluk Intan dulu ya.. sebab semangat melawat tempat yang sama hubby Moose lawati semasa beliau menyediakan video montage untuk Majlis Perbandaran Teluk Intan. Tugasan saya adalah merakam gambar dan key-in input aset. well.. di Teluk Intan aset2 yang mahu dilupuskan adalah tersangat banyak. huhu..gambonya juga tersangat banyak... so di blog hanyalah gambo2 yang berkenaan dengan mrs Cyana yer.. ahaks!

Teluk Intan town

jagung bakar.. nyum nyum

lunch at mamak's Restaurant... {lupa plak namanya}

mine!!! ayam goreng telur dadar

check in at Hotel Sri Bandar

mr Boss tengah check in untuk anak2 buahnya

the Gudang Teluk Intan

map gudang Teluk Intan

the big tree

gudang yang telah kosong dan tidaklagi digunakan

pintu gudang yang amat besar... hehe

air bungkus pun masih tergantung.. hehe

erk... banyak juga tumbuh-tumbuhan di kawasan gudang

dipenuhi buah2 kelapa

dalam tembikar ada belut

mural yang masih utuh di dinding

antara AJK yang telibat

antara mesin yang akan dilupuskan

erm..gudang2 masih dalam keadaan elok

mesin timbang Avery tahun 1939

masih lagi berfungsi

self-potrait by myself.. hehe

sambil merakam gambo2 AJK

owh.. meow meow juga mahu berposin'

wayar2 yang dicuri walaupun ditanam di bawah simen.. huhu

rumah lama pengurus yang masih lagi kukuh

di Teluk Intan juga terdapat kuaters2 milik BERNAS

keadaan kuater yang semakin nazak.. hmm

boys in pose!

bekas kakitangan yang masih menetap di kuater tersebut

kuater yang perlu dikosongkan, tetapi ramai penghuni yang enggan berpindah.. hmm

owh..sesi makan2.. breakfast bihun sup

apam telur

dinner tandoori nan

erm.. sempat juga singgah sebentar di bandar Teluk Intan

roti kaya... nyum nyum

Menara Condong mercu tanda bandar Teluk Intan

then sebelum pulang dari Teluk Intan...

singgah sebentar ke KBB Sg Ranggam untuk mesyuarat aset... grrr!!!! paning juga mahu menguruskan aset2 lama.. hmm. Lety juga tetapi gembira kerna dapat menambah pengalaman. Alhamdullillah selamat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.