Isnin, 3 Oktober 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


MAZHA 2010: Ala "Nilai 3" <b>di Seri Iskandar</b>, Perak

Posted: 02 Oct 2011 11:11 PM PDT

Bandar Seri Iskandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Ipoh, bakal menjadi pusat membeli belah ala "Nilai 3" di Negeri Sembilan apabila pembangunan sebuah pusat jualan borong bernilai kira-kira RM200 juta dibangunkan di situ.

Projek berkenaan akan dimajukan secara usahasama antara Syarikat Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di tapak seluas kira-kira 19.2hektar.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh berkata kompleks itu akan melibatkan pembinaan 222 unit kedai yang merupakan sebahagian daripada projek Seri Iskandar Business Centre.

"Pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2012 dan bakal meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi Zon Utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.

"Kami menjangkakan dapat menarik kira-kira tiga juta pelancong tempatan ke pusat ini termasuk dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah," katanya selepas menandatangi perjanjian persefahaman antara syarikatnya dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di Ipoh, baru-baru ini.

Persatuan berkenaan diwakili pengerusinya Dr Tee Boon Thiam dan majlis berkenaan disaksikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir. Marcus berkata keputusan memilih Seri Iskandar dibuat kerana kedudukan yang strategik dan berdasarkan pertumbuhan pembangunan ekonomi sekitar dan juga seluruh negeri yang baik dan dijangka berkembang pesat.

Sementara itu, Dato' Seri Dr Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya Seri Iskandar.

"Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya.

Seri Iskandar juga terkenal sebagai sebuah bandar universiti kerana menempatkan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA.

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pemandu Maut, Penunggang Parah – Kemalangan 3 Kenderaan <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 12:00 AM PDT

Pemandu Maut, Penunggang Parah – Kemalangan 3 Kenderaan

KM 410.5
Lebuhraya Utara Selatan
sebelum susur Lembah beringin,
Hulu Selangor
27 September, 2011
9.30 malam
 

Kemalangan Maut Ke 6 di laluan Bayangan Maut bulan ini.

Nama mangsa  : Maut – Wong Chon Lam, 49 tahun – pemandu lori

Parah – Mohd Razi Hassan – penunggang motosikal.

Kemalangan ini membabitkan 3 kenderaan – sebuah treler, sebuah motosikal dan sebuah lori.

Kejadian berlaku arah utara, kira-kira 200 meter sebelum susur Lembah Beringin.

Semuanya bermula apabila sebuah treler membawa muatan penyejuk radiator (radiator coolant) tercabut tayarnya.

Pemandu treler kemudian cuba mengawal kenderaan dipandunya dan berjaya memandu sehingga lorong kecemasan.

Bagaimanapun, kira-kira 100 meter di belakangnya, Mohd Razi Hassan, sedang menunggang motosikal – cuba mengelak tayar yang tercebut itu.

Malangnya, motosikalnya hilang kawalan dan mangsa tercampak – kedua-dua kakinya patah.

Mohd Razi dalam perjalanan bercuti ke kampungnya di Trolak Timur, Perak.

Mangsa dibawa ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut, dan sempat menelefon adiknya mengenai kemalangan itu.

Di masa sama, Wong Chon Lam, 49 tahun, yang memandu sebuah lori membawa muatan minyak pelincir, cuba mengelak kemalangan di hadapannya itu dan terbabas memasuki laluan kecemasan.

Malang bagi mangsa, lorinya terus merempuh belakang treler terbabit, menyebabkan Wong tersepit di tempat duduknya.

Mangsa yang maut di tempat kejadian, dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tg Malim.

Mayat dihantar ke Hospital KKB untuk bedah siasat.

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Hangpa ingat <b>di Parit Buntar</b> takdak pengundi hantu? | Cenangau

Posted: 29 Sep 2011 05:00 AM PDT

Laman PAS Perit Buntar melaporkan:
PARIT BUNTAR, 29 Sept. : Terdapat pengundi dalam senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di Parit Buntar di kesan sehingga kini mempunyai dua nama sama di tempat yang berbeza.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Oleh itu, menurutnya, kemungkinan mereka boleh membuang undi lebih daripada sekali.

"di Parit Buntar daftar pemilihnya ada banyak yang namanya sama, nombor kad pengenalan hampir sama, tapi salah satu nama daripada dua nama ini tiada dalam semakan database SPR. "Ini bermakna orang ini, besar kemungkinan mereka boleh mengundi lebih daripada sekali,"jelasnya dalam sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar . - PAS Paritbuntar.


Juga dilaporkan:
Katanya, tujuan beliau mendedahkan perkara tersebut adalah kerana mahu memberikan fakta yang jelas, mengapa tuntutan BERSIH 2.0 adalah relevan.

Beliau berkata, salah satu dari lapan tuntutan BERSIH 2.0 kepada pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah meminta supaya dilakukan pembersihan dalam senarai daftar pemilih yang telah dikeluarkan.

Tambahnya, senarai orang tersebut adalah dikesan dari beberapa lokaliti dalam parlimen Parit Buntar
Sementara itu, Setiausaha Jentera Pilihanraya (JPK) PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, SPR telah membuat penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai pilihanraya sebelum Himpunan Bersih 2.0. SPR telah menyatakan bahawa mereka telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-PPST) di mana identifier pemohon akan dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System).

" Jika identifier tersebut sama dengan maklumat MyKad, barulah SPR mendaftarkan sebagai permohon tersebut. Jika tidak, SPR tidak akan sesekali mendaftarkan permohonan tersebut.

" SPR berjanji sistem yang dibina akan menolak sebarang cubaan untuk mendaftarkan permohonan yang tidak sah. Namun, hari ini kami buktikan kelemahan sistem ini." katanya

Bahagian Daftar Pemilih JPK PAS Parit Buntar mengemukakan 10 nama yang sama perolehi bersumberkan maklumat SPR . Berikut adalah 10 nama tersebut :

1. KIAH BINTI MAT

2. SARIAH BINTI HAMDAN

3. ROBAYAH BINTI ARIFFIN

4. CHE JAM BINTI DIN

5. MOHD SHARUL BIN SAAD

6. CHE PIAH BINTI DAUD

7. ANUAR BIN SHAPEE

8. MAIMUNAH BINTI MAT

9. FATIMAH BINTI OTHMAN

10. ANUAR BIN AHMAD

"Kami mempunyai senarai yang panjang , namun buat permulaan kami dedahkan 10 nama dahulu. Kami mahu SPR memberi penjelasan segera berhubung pendedahan ini sebelum kami dedahkan senarai yang lain" katanya

Hairul Nizam juga musykil dengan database JPN yang telah ditutup untuk orang awam menyemak.

"Untuk makluman semakan online JPN dah tak boleh pakai.Yang ada sekarang (selepas JPN kemaskini web) cuma untuk orang yang membuat permohonan
MyKad/MyPR/MyKAS yang baru dan ganti sahaja. Ini mungkin tindakan JPN menutup masalah pertindanan daftar pemilih yang turut melibatkan JPN seperti yang dibongkarkan" katanya. - Ibid.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Share

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Kerja Kosong Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan <b>Seri Manjung</b>

Posted: 03 Oct 2011 05:41 PM PDT

Advertisement


SILA SHARE IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI SEKARANG..SILA KLIK PADA BUTTON SHARE DI BAWAH.. TERIMA KASIH..

Kami di Kolej Kejururawatan Dan Sains Kesihatan Seri Manjung sedang mencari mereka yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:


1. JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN (PENGHAWA DINGIN)
2. PENGAWAL KESELAMATAN
3. WARDEN ASRAMA

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Hantar resume yang lengkap beserta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport kepada:-

Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung
Wisma KKSM,
Jalan SM 1C/15, Fasa 1C4
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

Tarikh Tutup Permohonan:- TERBUKA

Advertisement


Terimakasih kerana mengunjungi blog careeron9, untuk mendapatkan info terkini Iklan Jawatan Kosong Terkini terus ke Facebook anda, sila klik pada gambar Facebook Like diatas, untuk kembali ke Home page sila Klik pada gambar Back to Homepage.. Terima Kasih atas kunjungan anda semua..

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Hari Keluarga SAMTAJ <b>Di</b> Marina Cove Resort, <b>Lumut</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 05:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hari Keluarga SAMTAJ Di Marina Cove Resort, Lumut, Perak. Jika anda membaca entri Destinasi Awal Bulan Oktober 2011, sudah tentu anda dapat mengagak di manakah saya sekeluarga menghabiskan hujung minggu ini. Alhamdulillah ...

Mandi-Manda <b>di</b> Marina Water Park, <b>Lumut</b>, Perak | ciklaili.com

Posted: 03 Oct 2011 02:04 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Selesai sarapan pagi di tingkat bawah resort, kami bersiap-siap untuk aktiviti mandi-manda di Marina Water Park, Lumut, Perak. Amir yang teruja sejak petang semalamnya (sebab dapat mandi di swimming pool resort, asyik bertanya bilakah ...

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


URA to put up <b>Bukit Merah</b> hotel site for sale

Posted: 22 Sep 2011 10:02 PM PDT

URA to put up Bukit Merah hotel site for sale

Posted: 23 September 2011 0008 hrs

SINGAPORE: The Urban Redevelopment Authority (URA) announced on Thursday that it will put up a hotel site at Jalan Bukit Merah/Alexandra Road for sale via public tender.

It has accepted an application from a developer after receiving a committed minimum bid of S$98 million.

URA said as the minimum price committed for the site is acceptable to the government, it is releasing the Reserve List site for sale by tender.

The land parcel is located at the junction of Alexandra Road and Jalan Bukit Merah and was first put on the Government Land Sales Programme Reserve List four years ago.

The 99-year leasehold land has a site area of about 7,950 square metres and a maximum permissible gross floor area of about 22,250 square metres.

It is linked to the rest of the island via Ayer Rajah Expressway and is served by the nearby Queenstown and Redhill MRT stations.

URA will launch the public tender for the site in about two weeks, and the tender period will be about eight weeks.

- CNA/al

Source : Channel NewsAsia – MediaCorp Pte Ltd Copyright

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Najib teruja naik bas untuk temui rakyat <b>Di Sungai</b> Rapat ~ <b>Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 09:55 AM PDT

BATU GAJAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain.

"Very interesting, kita cuba konsep "Bus Tour" setakat ini saya rasa seronok sebab dalam bas ini suasananya cukup mesra dan riang kerana bersantai.


"Kita asyik bergurau antara satu sama lain, dan tidak rasa letih. Dalam perjalanan, banyak perkara yang boleh dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang di sini hari ini.

Najib berkata, pihaknya akan melihat kemungkinan untuk terus menggunakan konsep lawatan kerja menggunakan bas pada masa akan datang kerana ianya berbeza dan menyeronokkan.

Lima bas digunakan dalam lawatan kerja Najib ke Perak itu bermula dari Ipoh ke Gopeng sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa, termasuk masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


! Ct Arina: Wordless Wednesday | Angin Lintang <b>di Bagan Serai</b>

Posted: 06 Sep 2011 11:19 PM PDT

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


19106 <b>di Padang Rengas</b>. - Malayan Railways (Keretapi Tanah Melayu <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 04:51 AM PDT


19106 di Padang Rengas.


19106 di Padang Rengas.
Description: Diimbas daripada Laporan Tahunan KTM 1988. Kelihatan sebuah troli dan Jajaran BBC Perak-Hanjoong Simen {BBC 310xx} yang dibina pada tahun 1986 di kawasan stesen. Memang syiok melihat keadaan BBC Perak-Hanjoong Simen kelabu yang berkilau dan berkilat.
Keywords: BBC_31323, Anak_KTMB, Anak_Keretapi, Iskandariah.
Date: 25.08.2011 19:51
Hits: 162
Downloads: 0
Rating: 0.00 (0 Vote(s))
File size: 78.5 KB
Added by: ZaimWM


Author: Comment:
There are no comments for this image

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Suasana <b>di</b> Baskin Robbins <b>Kinta</b> City Semasa Diskaun 31 <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 06:00 AM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Makan-makan di Baskin Robbins

Sangatlah bermotif apabila membuat entri mengenai makanan – aiskrim Baskin Robbins pada bulan puasa ni kan? Saya dah lepaskan entri ni di waktu malam. Bagi yang baca semasa berpuasa tu, tabahkanlah diri anda. Inilah cubaan puasa.

Pada 31 Julai yang lalu, seperti yang telah dirancangkan bersama-sama dengan Irsyad, tercapai jugak hasrat untuk mencuba aiskrim Baskin Robbins buat kali pertama. Eh, baru kali pertama rupanya. Sebelum ni pernah la cuba sesudu yang dibeli oleh Faris.

Kita layan je la gambar yang sempat diambil di sekitar Baskin Robbins Kinta City semasa tawaran diskaun 31%.

Makan-makan di Baskin Robbins

Tak sangka pulak ramai yang serbu pada 31hb. Selalunya lengang je kawasan sini.

Makan-makan di Baskin Robbins

Aiskrim Baskin Robbins ni kan mahal. Kena la tunggu masa diskaun macam ni.

Makan-makan di Baskin Robbins

Rambang mata jugak nak pilih perasa apa, walaupun banyak yang "not available".

Makan-makan di Baskin Robbins

Nak je kan ambil yang paling besar tu. Tapi mahal sangat la. Haha.

Makan-makan di Baskin Robbins

Staf Baskin Robbins pun ramai yang kerja hari tu. Ni semasa tunggu aiskrim.

Makan-makan di Baskin Robbins

Nah, satu sorang beli. Menyesal jugak sebab tak mampu pun nak habis segera walaupun dah ambil yang saiz pint. Padahal ambil perasa yang sama je…

beliamuda: Cuba teka, perasa apa yang saya ambil? Macam tak ramai je yang nak cuba Super Soldier Swirl?

LURIAZ SILVERIAN: Penggambaran filem Rock Ooo <b>di</b> Super <b>Kinta</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 01:07 AM PDT




Bangga sungguh aku apabila mercu tanda terkenal bandaraya Ipoh iaitu Super Kinta dan Kompleks Yik Foong menjadi lokasi penggambaran filem. Aku rasakan pemilihan Super Kinta dan Kompleks Yik Foong sebagai lokasi adalah tepat sekali kerana mengikut sejarah (yang tidak ditulis di dalam mana-mana buku teks Sejarah) kedua-dua tempat itulah menjadi pusat atau sebagai 'base' bagi rockers-rockers era 80'an berkumpul. Tak percaya tanyalah kepada Mus MAY, kumpulan SYJ, Ustaz Akhil Hayy ataupun mana-mana kumpulan rock era 80'an yang berasal daripada Perak. Malangnya kini pasaraya Super Kinta telah pun ditutup manakala Kompleks Yik Foong masih dibuka tetapi telah menjadi pusat penjualan komputer ala-ala Low Yat Plaza. Terima kasih keapada Abang Mamat Khalid yang menghidupkan kembali nostalgia Rock di bandaraya Ipoh sekaligus memperkenalkan bandaraya Ipoh ke seluruh Malaysia.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Ajijoi: Edaran kuih raya <b>di</b> Stesen Bas <b>Kamunting</b>

Posted: 13 Sep 2011 04:19 PM PDT


TAIPING: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak sekali lagi melakukan program mengedarkan sumbangan kuih raya dan juadah berbuka puasa pada 28 Ogos lalu kepada pengunjung di Stesen Bas Kamunting.

Program ini yang diketuai Pengerusi lajnah berkenaan Ustaz Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz , bersama timbalannya Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Taiping .

Lebih 500 bungkus juadah berbuka dan kuih Raya diedarkan kepada pengunjung, penumpang, pemandu teksi, petugas kaunter tiket  termasuk juga anggota beruniform dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis.

"Kita juga sempat berkunjung ke Balai Polis berdekatan dan mengedarkan juadah di sana dan sambutan dari anggota Polis sangat baik," ujar Fakharudin.

Beliau berharap Program seperti ini dapat dilaksanakan di setiap kawasan memandangkan para pengunjung mungkin tidak berkesempatan membeli juadah kerana ada yang baru sampai ke destinasi dan ada yang akan bertolak ke destinasi masing-masing.

Program ini yang bermula jam 6.00 petang berakhir sekitar jam 7.00 petang.

Ustaz Fakharudin mengedarkan juadah berbuka dan kuih raya kepada petugas di kaunter tiket 

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Perkasa <b>Negeri Perak</b> kesal dengan perbuatan sesetengah <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 08:34 PM PDT

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perak kesal dengan perbuatan sesetengah pemimpin Umno di beberapa bahagian di negeri ini yang terus melobi untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perak, Ahmad Zaini Ismail berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan bahawa pemimpin tersebut tamakkan kuasa walaupun kepimpinan mereka sudah tidak relevan lagi.

"Keadaan ini menyebabkan pucuk pimpinan tertinggi Umno kerap mengingatkan ahli bahawa hanya calon 'likeable' dan 'winnable' yang akan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 nanti.

"Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN baru-baru ini turut mengingatkan wakil-wakil rakyat sedia ada supaya mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi menang dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun, nasihat tersebut tidak diambil peduli malahan mereka terus melobi dengan menghantar pelbagai memorandum dan helah termasuk membeli laporan agensi serta mesyuarat palsu mendesak mereka dipilh semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mereka sepatutnya sedar dan memahami tentang apa yang telah dibangkitkan oleh  pucuk pimpinan parti dan sedia melepaskan jawatan mereka secara baik.

Ahmad Zaini berkata, kita bimbang mereka yang tidak terpilih nanti akan memboikot calon pilihan BN sekaligus menyebabkan akan kehilangan kerusi pada PRU nanti.

Sementara itu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberitahu apa yang menjadi kepentingan dalam pemilihan calon adalah sama ada pempimpin berkenaan mampu menggalas tanggungjawab dan disukai rakyat.

Malah katanya, sama ada calon itu muda, tua, baru atau lama tidak harus dijadikan kayu ukuran kerana aspek 'likeable' dan 'winnable' merupakan salah satu faktor pemilihan calon bagi parti itu.

Apa yang kita mahu adalah… kita akan memperkenalkan calon-calon ini supaya apabila parti telah membuat keputusan mala rakyat tidak akan terkejut dengan pemilihan atau keputusan itu.

"Ini kerana kita tidak mahu timbul lagi cerita-cerita dulu dimana tiba-tiba sahaja wujud situasi seperti 'calon helikopter'.. jadi kita tidak mahu ia terjadi lagi," katanya. – Nooraini Mahamad.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


5S IKML: CERAMAH KESEDARAN 5S <b>DI</b> SMV <b>MANJUNG</b>

Posted: 26 Sep 2011 05:01 AM PDT

Satu Ceramah 5S telah diadakan di SMV Seri Manjung pada 10 September 2011 (Sabtu). Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaruaman Osman dari Institut Kemahiran MARA Lumut. Seramai lebih kurang 80 orang guru dan staf SMV Manjung telah menghadiri ceramah berkenaan. Tajuk yang disampaikan oleh penceramah adalah "Ämalan 5S di tempat Kerja". Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.

Syabas diucapkan kepada Pengetua dan Staf SMV Manjung kerana telah mengorak satu langkah kehadapan memulakan amalan 5S yang boleh menaikkan imej sekolah. Semoga pihak sekolah berjaya melaksanakan dan membudayakan amalan 5S dan memperolehi pengiktirafan dari pihak Persijilan.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"