Rabu, 6 Jun 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


IPOH MALAY: Hanya Ini Penyelesaian Banjir <b>Di Manjoi</b>

Posted: 14 Mar 2012 08:33 PM PDT

Saliran Lembah Kinta secara semula jadinya memang membawa sedimen berupa pasir dan lumpur ke hilir sejak berpuluh ribu tahun lampau. Hari ini, dengan jumlah penduduk kira-kira 1 juta orang, proses ini memberi kesan yang memusnahkan harta penduduk sehingga beratus ribu ringgit.
Banjir di Manjoi pada 20 Februari 2012 merupakan yang terburuk dalam beberapa dekad dan ini sudah tentu mencetekkan lagi hilir Sungai Pari di sekitar Buntong yang telah semulajadinya agak cetek. Dengan kedatangan bah ini, sudah tentulah ia kembali menjadi bertambah cetek dan perlu dikorek lagi.
Ini belum termasuk sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai oleh penduduk yang berminda kekampungan. Tiada pula parti-parti politik yang menjaguhi isu bantuan baik UMNO , PKR, PAS dan DAP yang mahu berlumba-lumba menjaguhi isu mendidik penduduk mengenai kesedaran sivik dalam soal menjaga saliran dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai.
Sejak Sg. Pari mula didalamkan dan dilakukan kerja-kerja pencegahan banjir oleh JPS bermula berbelas tahun lalu, berjuta-juta ringgit telah digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini tetapi hasilnya dibuktikan belum cukup berkesan.
Berapa juta lagi yang perlu digunakan untuk kerja mendalamkan semula Sg. Pari selepas banjir ini? Berapa juta lagi yang perlu dihabiskan untuk menyelamatkan Manjoi yang merupakan kawasan ramai Melayu pembangkang tegar, sehingga ada Melayunya yang bangga menjadi ahli DAP.
Jika kita lihat perbelanjaan kerajaan dalam tempoh berbelas tahun kebelakangan ini dalam 'menyelamatkan gugusan ramai pembangkang' ini, angka perbelanjaan dalam memastikan Sungai Pari tidak menghukum lagi , telah mereka mencecah berjuta-juta ringgit.
Jumlah ini hakikatnya jika pada mulanya dahulu dibelanjakan untuk mengalih aliran Sungai Pari ke Sungai Kinta dari Taman Wing Onn di Jalan Kuala Kangsar, ke Taman Wah Keong di Kg. Simee dengan membina terusan selari dengan Lebuhraya Utara Selatan, sudah tentu menjadi solusi kekal hingga ke hari ini.
Namun, hal ini nampaknya lebih praktikal hari ini dengan kewujudan Empangan Sultan Azlan Shah setinggi 90 meter di Hulu Kinta yang berjaya mententeramkan Sungai Kinta yang terkenal mampu mengganas dengan tiba-tiba dan memusnahkan harta benda di tengah pusat bandaraya Ipoh sejak zaman tok kadok lagi.
Tambahan pula, punca aliran Sg. Pari dan Sg. Kinta adalah dari dua banjaran yang berbeza iaitu Kledang dan Titiwangsa di mana amat jarang sekali untuk kedua-dua sungai ini akan melimpah pada masa yang sama, akibat tempoh hujan yang sama.
Maka solusi pembinaan terusan ini harus dipertimbangkan oleh JPS pada masa ini sebelum kosnya meningkat akibat kenaikan harga binaan dan harga tanah di masa depan.


Jajaran yang paling sesuai untuk membina terusan Sg. Pari - Sg. Kinta

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


.Ini Blog Miss Pumpkin..: Selamat Sudah <b>Di</b> UITM, <b>Seri Iskandar</b>, Perak

Posted: 02 Jun 2012 05:58 AM PDT

Assalamualaikum and hye everyone.. :))

Wah, tenggelam timbul aku ye.. last update pun sebulan lepas. hehe Biase la masih tak insaf lagi... tabiat update blog bila ade mood.. padahal hari-hari taw aku on9 cume kadang-kadang malas nak bercerita. Teruk kan pereangaiii? haha

Berbalik kepada tajuk entry aku ni.. bukan aku yang selamat sampai ke sana tapu mummy, abah dan adik perempuan aku da selamat sampai sane. Bertolak sejak semalam hari jumaat dan bermalam di rumah anak kawan abah aku. Homestay dah pun booking senanye but bile kawan abah dapat tahu die pun nak join n ajak stay rumah anak die. Burn rm50 deposit. hehehe

Tahniah buat adik perempuan aku..kembar kepada adik lelaki aku berjaga melanjutkan pelajaran dalam DiplomaA Akauntansi di sane. Kakak bangge dengan adik taw ! Kakak pun x pandai cam adik. sobsob :') Ape pun selamat sudah proses pendaftaran adik aku tu..now parents aku still ade kat rumah kawan abah aku..esok pagi InsyaALLAH dorang gerak balik ke Penang.


Walaupun this time aku tak dpat g hantar die, hopefully next time aku dapat g jenguk die kat sana. :) Cian die.. rase macam kecik je adik aku tu..padahal dah besar gajah da tu cume orangnye je kecik. Hope die bole survive kat sane. Hukhukhuk aku kat sini pulak yang emosi.. Maklum la dulu kan aku penah rase duk jauh dgn family.. Sekarang turn die pulak. Belajar leklok taw.. cari kwan pun yang berjenis, tapi aku percaye..InsyaALLAH..budak-budak terpilih ni perangainye masih dalam kawalan.

Tertanye-tanye aku best ke life dalam U ni.. sebab aku masuk kolej je.. then pakai uniform lak tu time attend kelas. Macam unit beruniform ! haha Baru je lepas mesej adik aku tu..

Aku : Adik, macam mana first night kat sana? Best ka? Dah taw bila cuti? hang baru ja pi aku da tanya kan. haha (padahal da rindu lettewww. huehuehuew)

Adik : Tak best macam pi kem ja.Makan pun kelam kabut. Tak taw lagi cuti bila, Sekarang pun dok ada dalam masjid. Tak taw bila bole balik bilik.

Aku : Nanti biasa la tu. Mula-mula ja,, Cari kawan leklok. Makan banyak-banyak sikit dok sana.

Adik : Ok, take care.

Aku : Take care too.. aku taw u will miss me. hehe

 Oh, emonye akuu.. hukhukhuk T_T Part ni dia tak taw. hahaha

Ok, ape pun memang aku rindu die.. teman tido aku and tukang dengar story aku.. :') Take care adik. Gudluck! Gudnite.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


mohdneotech.com – Tangkap Rambang <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 26 Aug 2011 06:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tangkap Rambang di Kuala Kangsar. August 27, 2011; NeoTech · Foto · canon, kuala kangsar · No Comments. Share this: Email · Print · Facebook. StumbleUpon · Reddit · Digg. Leave A Reply. Name (required). Email (required). Website ...

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


SUARA PERAK: Taman <b>Tronoh</b> Jaya Sakit Dipandang Mata

Posted: 14 Apr 2012 11:19 AM PDT


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 14/4/2012 di Tronoh
Taman Tronoh Jaya Sakit Dipandang Mata
Setiap Majlis Daerah mempunyai tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan yang berada di bawah kawal seliannya. Kebersihan harus diberi keutamaan oleh Majlis Daerah. Sering kali tanggungjawab ini diabaikan oleh Majlis Daerah dan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang lain. Sebagai contoh di Taman Tronoh Jaya, Majlis Daerah Batu Gajah tidak mempedulikan rumput-rumput yang panjang di kebanyakan rumah-rumah terbiar  atau kosong. Di Taman Tronoh Jaya terdapat beberapa puluh rumah yang tidak berpenghuni. Rumah-rumah ini ditumbuhi rumput yang panjang dan tidak dibersihkan. 
Pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil inisiatif untuk memotong rumput-rumput yang panjang ini. Perkara ini menyebabkan sebahagian besar kawasan taman ini tidak indah untuk pandangan. Tambahan pula semak di dalam kawasan rumah terbiar juga adalah bahaya. Mungkin ada ular atau serangga lain yang  boleh membahayakan keselamatan penduduk taman ini. Ramai kanak-kanak di taman ini  sering bermain  berhampiran dengan rumah-rumah terbiar ini. Ada juga penghuni rumah taman ini yang mengadu pernah nampak ular di semak rumah-rumah  yang terbiar itu. 
Saya tidak tahu kenapa Majlis Daerah Batu Gajah tidak mengambil sebarang tindakan mengenai masalah yang dibangkitkan ini. Perkara yang harus diberi keutamaan dibiarkan untuk sekian lama. Ahli-ahli Majlis Daerah Batu Gajah hanya menerima elaun buta kerana tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Mereka juga tidak prihatin terhadap masalah tempatan yang dibawa kepada perhatian Majlis  Daerah.
Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah melawat DUN Tronoh pada 12/4/2012. Beliau dibawa ke kawasan-kawasan yang tidak ada masalah. Pepimpin-pemimpin BN tempatan hanya membawa beliau ke kawasan-kawasan yang  'jernih'.  Zambry tidak dibawa ke tempat-tempat yang keruh dan bermasalah. Tidak ada guna turun padang hanya untuk tunjuk muka tetapi tidak menyelesaikan masalah rakyat. Zambry harus memberitahu pegawai-pegawai kerajaan negeri  supaya membawa beliau ke tempat-tempat yang ada masalah, bukannya ke tempat-tempat tidak ada masalah.

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


PAS KAWASAN <b>PASIR SALAK</b>: Imbau Kembali : MP <b>Pasir Salak di</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 10:47 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Media Pilihan Kebenaran Anda!!! Isnin, Mei 14, 2012. Imbau Kembali : MP Pasir Salak di Parlimen setelah diberi mandat oleh pengundinya... LABEL : DEBAT. Artigos Relacionados: Imbau Kembali : MP Pasir Salak di Parlimen setelah diberi ...

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Ko Youn dijangka bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Beruas</b> – Perak Today

Posted: 02 May 2012 02:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Timbalan Presiden Parti Gerakan Negeri Perak, Datuk Chang Ko Youn tidak menolak kemungkinan bahawa beliau dijangka bertanding di kerusi Parlimen Beruas untuk pilihanraya umum akan datang. Ko Young berkata ...

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


ADUNSELINSING: ADUAN PENIAGA <b>DI BAGAN SERAI</b>

Posted: 30 Jan 2012 08:07 PM PST

Bagan Serai; 31 januari 2012, peniaga di Jalan Besar Bagan Serai mengadu kepada Pejabat Pusat Khidmat ADUN Semanggol/Selinsing berkenaan jalan belakang bangunan kedai mereka yang menjadi laluan untuk mengangkut barang jualan harian menjadi sempit akibat dari pembinaan yang dilakukan oleh pemaju yang mendirikan sebuah bangunan di kawasan belakang kedai mereka, seorang peniaga kedai hardware mendakwa pembinaan longkang yang dibuat di tepi jalan tersebut menyebabkan laluan menjadi sempit dan lori mengangkut barang tidak dapat melalui jalan tersebut dan ini menyukarkan mereka berurusniaga. Mereka mengharapkan pihak berwajib memantau keadaan tersebut.
Laluan jalan menjadi sempit dan menyebabkan kenderaan besar seperti lori tidak boleh masuk melalui jalan tersebut.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


LAGI TRAGEDI ULANG TAHUN UMNO!!! 2 terbunuh, 3 parah <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 03:19 AM PDT


Sepasang suami isteri terbunuh manakala 17 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Km 45.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Gua Badak di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Bahrum berkata, pemandu lori, Ong Khian Hock, 51, dan isteri, Loh Weng Chan, 46, yang berasal dari Taman Pengkalan Makmur, Taiping, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Menurut Abdul Manab, kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gerik, bertembung dengan lori yang dipandu Khian Hock yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Lenggong.

Katanya, mereka yang cedera parah ialah pemandu bas, Azmi Abdul Rahman, 48, dua penumpang iaitu Norliza Che Moh, 40, dan Fadilah Mahmud, 43 dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar. Seramai 14 lagi penumpang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.

Mereka adalah antara 38 ahli Wanita UMNO Bahagian Gerik yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - BERNAMA


07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Homestay <b>di Lenggong</b> Perak | Rumah Sewa

Posted: 14 Apr 2012 11:37 AM PDT

Publish date: April 14, 2012 6:40 pm
Contact Name: Pn. Yati
Region: Perak
Location: Lenggong (Hulu Perak)
Phone: 013 4699626
Tags:

Homestay di Lenggong Perak Homestay di Lenggong Perak Homestay di Lenggong Perak Homestay di Lenggong Perak

fully furnished 3 bedroom max 8 – 10 persons homestay in Lenggong Perak @RM200 perday only

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

AR RISALAH الــرســالـة: PAS Perak bongkar tanah <b>di Lenggong</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 11:48 PM PDT


IPOH: PAS Perak hari ini membuat pembongkaran tentang pencerobohan tanah yang berlaku di Lenggong.

Penyewengan tanah itu berlaku di sebuah bukit yang dahulunya menjadi tapak penamaman teh jenama Teh Lenggong yang terkenal pada awal tahun 80-an.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, lawatan dan tinjauan Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Negeri serta rombongan baru-baru ini mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang Teh Lenggong yang telah usang.

Menurutnya, seluruh kawasan ladang teh kira-kira seluas 700 ekar telah digondolkan dan difahamkan oleh individu yang berada di situ, tanah tersebut telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok 'eucalyptus'.

"Melalui penyelidikan kami, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau mempersoalkan, apakah sebab penutupan ladang tersebut dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.

"Bagaimana tanah ladang Teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian," ujarnya.

Tambahnya, tinjauannya juga mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran anggaran lebih 1,000 ekar yang mempunyai hasil balak telah digondolkan.

"Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?" tanya beliau

Beliau juga hairan bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam di kawasan itu kerana difahamkan ianya boleh mengganggu sistem arkeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong.

"Pencerobohan tanah ini juga penyumbang kepada banjir teruk yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kampung berdekatan bukit tersebut ditenggelami air," jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) memohon Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir memberikan penjelasan tentang isu itu.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin.