Sabtu, 17 November 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : HONG KONG ,1990

Posted: 17 Sep 2012 11:22 PM PDT



Hong Kong sebelum diserahkan kepada Republik Rakyat China pada 1 Julai 1997 adalah merupakan bekas tanah Jajahan British.Hong Kong terdiri dari Pulau Hong Kong, Kowloon dan New Territories. Diantara 236 pulau yang terdapat di Hong Kong, Pulau Lantau adalah yang terbesar sedangkan Pulau Hong Kong adalah yang kedua terbesar.Sebahagian besar penduduk Hong Kong beragama Buddha.


Pada September 1990, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah membuat lawatan operasi ke Hong Kong dan Korea Selatan. Pada awal program lawatan adalah ke Hong Kong dan Beijing China... namun disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan... lawatan ke China dibatalkan dan digantikan dengan Korea Selatan. Pengumuman pertukaran destinasi lawatan diberitahu oleh Pegawai Memerintah, Kdr Noor Azman Hj Othman semasa kapal berada di tengah laut dalam pelayaran ke destinasi berkenaan...
KD Lekir & KD Mahawangsa bertambat di jeti HMS Tamar iaitu Pengkalan Tentera Laut DI Raja British di Hong Kong. 
HMS Tamar adalah pengkalan Tentera Laut Di Raja British di Kepulauan Hong Kong sejak tahun 1897 sehinggalah Hong Kong diserahkan kepada Republik Rakyat China pada 1997.  Nama HMS Tamar diambil dari nama sebuah kapal perang British yang dijadikan pengkalan sementara sehingga Bangunan HMS Tamar siap dibina.
Namun bangunan Prince of Wales (gambar diatas) hanya siap dibina pada tahun 1978 dan ditauliahkan sebagai HMS Tamar.HMS Tamar dilucutkan tauliah pada 11 April 1997 setelah Hong Kong diserahkan sepenuhnya kepada Republik Rakyat China. 




Tsim Sha Tsui atau singkatannya TST, merupakan sebuah bandar yang sibuk terletak di Selatan Kowloon, Hong Kong. Kawasan ini bersempadan dengan Austin Road di Utara, dan Hong Chong Road di timur dan Jalan Cheong Wan.
Secara geografinya, Tsim Sha Tsui adalah merupakan sebuah tanjung yang terletak di hujung Semenanjung Kowloon menunjuk ke arah Pelabuhan Victoria.
Beberapa buah kampung telah wujud di daerah ini sebelum Kowloon diserahkan kepada Empayar British pada tahun 1860.
Kini Tsim Sha Tsui adalah merupakan hub pelancongan utama di Hong Kong dengan bandar yang semakin pesat membangun.
Yang menarik di Tsim Sha Tsui ini ialah bertemu dengan anak saudara ku LK1 PPP Abdul Halim dari kapal KD Mahawangsa. Dulu kami pernah bertugas satu kapal di KD Sri Negeri Sembilan pada tahun 1987.  
Masjid Kowloon & Pusat Islam Hong Kong adalah salah satu dari 4 masjid utama di Hong Kong. Terletak di antara Nathan Road and Haiphong Road, Masjid ini mampu menampung sehingga kira-kira 2000 orang jemaah.
Masjid ini dibina pada tahun 1896 untuk kemudahan solat bagi Tentera India Muslim yang berkhidmat dengan British Army. Tapak asal masjid ini adalah terletak di tapak Balai Polis Tsim Sha Tsui sekarang. Masjid yang ada sekarang siap dibina pada tahun 1984 di Nathan Road bagi menggantikan masjid yang lama yang mengalami kerosakan struktur yang agak teruk akibat pembinaan Mass Transit Railway. Masjid ini dibina semula hasil sumbangan umat Islam Hong Kong dan juga dari hasil dari wang pampasan yang dibayar oleh Mass Transit Railway Corporation kerana kerosakan Masjid asal berpunca dari pembinaan MRT di Hong Kong. 

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEMASA DI HONG KONG:




Teman: Kehidupan orang-orang seperti kita ini tidak dapat kita nafikan memangnya kaya dengan pelbagai pengalaman. Kadang-kala mengalah orang lain. Apa tidaknya, tanpa perbelanjaan yang banyak kita dapat jelajah ke negeri orang. Hari ini di sini, esok di sana dan lusa entah di mana-mana.



07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Lagi Lagi Lagi..Faktor Kemenangan Pakatan Rakyat <b>Di Bota</b>

Posted: 16 Nov 2012 09:49 PM PST


ii.Strategi Pilihanraya Yang Baik Oleh Pakatan.

                   Pengumuman siapa calun calun yang bertanding lebih awal telah memberikan lebih banyak kelebihan kepada calun calun Pakatan Rakyat.Parti Pas telah menyenaraikan Ustaz Ismi dan Dr Najihah sebagai calun yang mewakili Parlimen Parit dan DUN Belanja.Manakala PKR telah meletakkan Ustaz Zulkifli Ibrahim untuk bertanding bagi kerusi DUN di Bota.Langkah awal ini telah dianggap sebagai satu fenomena baru dalam politik negara.Penyenaraian awal ini telah memberi impak dan implikasi yang besar terhadap corak dan pola pengundian. 


                  Umno masih belum lagi menentukan calon mereka,mungkin Zambry tengah memikir lagi siapa calon yang sesuai untuk Perak Tengah.Kalau tersilap pilih kemungkinan peristiwa hitam BN pada tahun 1999 bakal berulang.Mereka mementingkan 'calon yang boleh menang' untuk PRU 13 ini.Mana mana pemimpin yang ada masalah,boleh lah simpan cita cita dan angan angan mereka untuk jadi Yang Berhormat itu jauh jauh didalam hati atau didalam mimpi.Namun jika dilihat dari gerak geri,bayang bayang kepada Calun Umno itu boleh dibaca.Untuk DUN Belanja besar kemungkinan Dato Zaim akan terus bertanding,walaupun ada cerita cerita beliau akan digugurkan.Tetapi pengaruh Zaim yang besar di DUN Belanja,tidak mungkin Zamby akan mengugurkan beliau kerana ini akan mengakibatkan penyokong beliau akan buat protest dan tunjuk perasan.Manakala untuk Parlimen pula, Y.B Nizar Zakaria akan dikekalkan,berdasarkan rekod beliau yang bersih.Persoalan besar untuk calun DUN Bota.Terdapat beberapa calun yang tersenarai.Silap pertaruhan,BN akan dapat balasannya.
                       Bagi calun PR,masa masa ini amat penting dalam menentukan kaedah berkempen.Untuk calun DUN Bota,beliau telah merangka beberapa program untuk mendekati hati rakyat.Kempen kempen yang dijalankan bukanlah untuk menghentam peribadi lawan.Ininya lebih kepada mendekati hati budi rakyat dan menerangkan langkah langkah yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat apabila dapat menawan Putrajaya sambil menyakinkan kepada rakyat bahawa dasar dasar yang digariskan dalam Buku Jingga akan dilaksanakan dengan jayanya.Kempen kempen juga akan berkisar tentang pentingnya melakukan perubahan perubahan untuk kebajikan rakyat.Paling penting ialah untuk memberitahu rakyat bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dan masih banyak agenda agenda rakyat yang terpikul di bahu pimpinan Pakatan Rakyat. 

Msinc-Ternanti nanti strategi knock down Pakatan Rakyat Dun Bota yang bakal memberikan pukulan maut kepada UMNO.Difahamkan bahaya  suatu projek besar akan dijalankan dan akan diumumkan sedikit masa lagi didalam Dun Bota.Perancangan ini diandaikan mampu memenangkan Pakatan Rakyat. Apakah projeknya?....tunggu..sampai masa TBO akan umumkan..

                     

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


KANTOI! Chua Soi Lek Hentam &#39;Katak <b>Jelapang</b>&#39;! | Pencacai <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 04:30 AM PST


Hasrat hati nak bertanding wakili Barisan Nasional (BN) kali ini, tapi nampaknya MCA awal-awal lagi sudah kata, "Jangan mimpi"!

Begitulah yang terjadi ke atas ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang menawarkan diri bertanding sekali lagi di kerusi yang disandangnya kini, tetapi kali ini mahu mewakili BN!

Tertekan dengan pengumuman tersebut, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Presiden MCA, Chua Soi Lek menempelak keputusan Yit Foong sambil menegaskan calon yang dipilih bukan sekadar diterima rakyat tetapi juga mesti diterima kesemua parti dalam komponen rejim itu.

Sambil menegaskan kerusi tersebut milik MCA yang akan mewakili BN, Soi Lek menyindir Yit Foong sebagai 'orang luar' yang tidak perlu dilayan selagi tiada perbincangan peringkat tertinggi yang akan diputuskan pengerusi BN, Najib Altantuya.

Yit Foong menang dalam pilihanraya umum lalu atas tiket DAP tetapi kemudiannya melompat dan menjadi ADUN bebas mesra-BN hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada 4 Februari 2009.

Selain Yit Foong, turut melompat adalah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu, kedua-duanya bekas ADUN KEADILAN.

Seorang lagi, ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang keluar Umno menyertai KEADILAN diugut supaya memasuki semula BN hanya setelah dua hari 'menghilangkan diri'.

Yit Foong dikatakan melompat bagi membayar hutang judi suaminya setelah dijanjikan RM25 juta oleh Najib Altantuya melalui kroninya, bos Berjaya Group, Vincent Tan Chee Yiuon.

Kenyataan Media Presiden MCA

Sebagai respons kepada kenyataan oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Fong semalam, MCA ingin menjelaskan bahawa parti itu tidak mempunyai apa-apa perbincangan dengan Perdana Menteri mengenai memberi kerusi negeri Jelapang di Perak.

MCA bahagian Jelapang dan saya tidak mempunyai perbincangan tentang membenarkan orang luar untuk berada di kerusi tersebut atas tiket MCA.

Untuk memenangi pilihanraya umum memerlukan sokongan dari semua parti komponen Barisan Nasional (BN), adalah penting bahawa calon itu mendapat sokongan bukan sahaja daripada rakyat, tetapi juga parti-parti komponen.

Saya perlu menekankan bahawa BN adalah gabungan kolektif membuat keputusan, ia tidak pernah secara kebiasaan bagi gabungan itu untuk bercakap mengenai peruntukan kerusi dan pencalonan secara terbuka.

Walaupun Hee boleh mengumumkan bahawa dia adalah calon untuk kerusi Jelapang pada Pilihanraya Umum yang akan datang, tanpa sokongan dari bahagian MCA dan terutama anggota akar umbi, ia adalah tidak mungkin bahawa dia akan menang dalam pilihanraya itu.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


The Suite Life Of Sue: Mandi Manda <b>di</b> Ulu Kenas, <b>Kuala Kangsar</b>~

Posted: 28 Oct 2012 08:09 AM PDT

mesti rasa malas kan nak masuk keje balik esok?? heheh.. ni semua gara2 dah bercuti raya korban 3 hari.. plus dgn jem ..everywhere jem.. rase byk habiskan masa kat jalan raya je..  well, saya balik kampung hari tu, kul 4:30am bergerak dri KL.. jalan banyak kereta plus dgn hujan lebat setengah2 tempat, kitaorg sampai kuala kangsar dlm pukul 8 lebih.. mmg tak sompat nak sembahyang raya laa... sampai2, makan lemang dulu.. then sambung tido sampai tgahri..saya pun ponat woo..bersengkang mata sbb jadi co-pilot takleh tido, nant CH yang jdi driver tu pun karang tmpang sekaki nak tido plak.. errmm luckily for us, dis year tak balik pantai timur.. semuanya jem..rata2 update status jem.. saya pun balik kl pun semalam.. tuk mengelakkan jem.. then ade satu hari lagi tuk beristirehat kat umah..
well, kat kg, time raya haji xde buat ape pun.. gi melawat sebuah umah, then jejalan kat pekan.. pastu hari sabtunya, kitaorg kan balik kul 5 ptg, pukul 9am , bangun2 tak yah mandi, breakfast dlu, then gi menuju ke air terjun di hutan lipur ulu kenas :) tujuan asal gi sana sbb nak cari batu2 nak letak kat akuarium, sekali mandi manda laa..
actually air terjun ni 15km je dri kampung saya, tapi dh bertahun2 rasenya tak jejak kaki kat sni.. ni first time bwk CH gi cni..sbbnya setiap kali balik kg, rase xde masa nak gi..so dis time baru berpeluang
direction nak ke sni, kalau dri bandar kuala kangsar, ade roundabout, amik simpang menuju ke Manong, lebih kurang 15km, akan nampak signboard ni sebelah kanan sebelum jambatan kecil
perjalanan nak ke dlm lebih kurang 2km sahaja
pintu gerbang serba hijau.. mendamaikan suasana
korang boleh je nak mandi kat depan2 tu, tapi better jalan depan lagi, sampai tempat parking

dh smpai tmpat parking kereta..sini adelah tempat kem bina semnagt juga.. dh lama x gi, tgk byk betul perkembangan kat situ..tmpat lagi selesa, toilet mmg bersih n selesa.. rase mcm kagum plak... hahaha...
 layout Ulu Kenas, do n don;t serta beberapa peringatan

 Ulu Kenas di sebalik nama...


 ada tempat penginapan jgak..


 sib baik time2 raya haji ni ade yang menjual jgak.. ade jual cucuk2, cumil2an .. rojak buah paling marbeles.....
manyak syiokkk tido... sampai kitaorg kacau2 pun x terjaga...


its time for mandi manda dan  cari port yang sesuai.. time ni x berapa ramai lagi yang dtg... kat sni ade kawasan yang ber batu bata..ade kawasan yang cetek dn tak banyak batu..sesiapa yang bawak anak2 xde risau sgt.. cuma jaga2 jgn smpi diorg ter bawak dek air ke kawasan batu n deras

hah, kawasan ni mmg bahaya nak mandi.. ade papan tanda kat situ..sape yg terer jelah yng boleh mandi..heheh

 mmg sejuk bangat... time yang kawasan cetek ni, belakang tu ade kawasn dlm.. yang xde batu bata sgt..paras pinggang saya.. puas btul mandi kat situ
kitaorg lepak tak lama.. mandi dlm 2 jam, cari2 batu kecik, then dh balik... sebnarnya tak puas,tapi sbb dh ramai sgt org , cam x besh lak nak mandi manda.. tmbh2 cuti ni mmg ramai la org..
next time, rasenye setiap kali balik kami singgah lagi Ulu Kenas ni.. since dh dijaga rapi, mmg selesa la , dgn kemudahannya lagi..cuma jaga2 time hujan, takut ae fenomena kepala air.. 
sesiapa gi Kuala Kangsar jgn lupa singgah cni kay.. msti kena promote jgak ni.. kampung saya la katakan... heheheheh

Saidin Hj. Md.Hasnam: Penanggal di tangkap <b>di Kuala kangsar</b>

Posted: 12 Oct 2012 05:02 PM PDT


Gambar hantu terkini ini dikirimkan oleh seorang Sahabat  dan telah tersebar di laman sosial Facebook dan disertakan dengan teks berikut:
Astaghfirullah hal azim, masih ada lagi manusia yang menggamalkan syirik kepada Allah swt.Makhluk Penanggal ini berjaya ditangkap oleh penduduk di Kuala Kangsar, Perak. Gambar hantu penanggal ini menyerupai ciri-ciri hantu yang dikatakan sebagai 'Hantu Penanggal' dengan isi dalam perut yang kelihatan, paru-paru dan tali perut jelas dapat dilihat dalam gambar ini. Seperti biasa kesahihan gambar ini masih belum dapat dipastikan

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Raja Nazrin Rasmi Masjid Jamek <b>Pengkalan Hulu</b> – Perak Today

Posted: 15 Nov 2012 02:37 AM PST

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Jamek di Pengkalan Hulu, sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H peringkat negeri Perak.

Turut berangkat mencemar duli Raja Dihilir Perak, Raja Jaffar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Normahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan dan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Setiausaha masjid, Hassan Basri Awang Besar berkata, masjid itu dibina dengan kos lebih RM6 juta hasil sumbangan daripada kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga derma orang ramai.

Katanya, pembinaan masjid itu mengambil masa selama dua tahun untuk siap sepenuhnya dan telah memulakan operasi pada 12 November tahun lalu iaitu kali pertama digunakan untuk menunaikan solat Jumaat.

"Kapasiti masjid ini boleh memuatkan hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa dan keluasan masjid ini pula ialah 1.5 hektar," katanya.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments