Rabu, 15 Jun 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: Jalan raya <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b>

Posted: 15 Jun 2011 12:34 PM PDT

Jika anda tidak pernah memasuki Gugusan Manjoi, jalan-jalannya agak mengelirukan. Seperti kawasan penempatan Melayu yang lain, jalan-jalan dan rumah-rumah di sini kelihatan hampir serupa. Jangan sama sekali memasuki Gugusan Manjoi diwaktu malam jika anda tidak arif tentang arah tujunya.

Terdapat beberapa jalan utama di Manjoi: antaranya Raja, Menteri, Rajawali, Intan, Dato' Sagor, Tun Terang, Cempaka, Alang Ishak, Pasar, Madrasah dan Padang. Mereka dikelaskan sebagai jalan utama kerana lebarnya dan mempunyai jumlah lalulintas yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jalan perhubungan yang lain yang sama penting, tetapi sempit dan pendek, yang mana menyebabkan mereka kelihatan tidak penting.

Pastikan juga anda mengetahui jalan-jalan lencongan, sekiranya terdapat jalan yang ditutup kerana kenduri kahwin (diadakan di atas jalan kerana halaman rumah yang sempit; dengan permit dari MBI), atau jalan yang dibaiki (kadang-kadang, seperti yang anda boleh lihat dari tampalan-tampalan yang kelam-kabut). Lencongan biasanya mudah kerana kebanyakan jalan-jalan di sini berhubungkait, tetapi banyak juga jalan mati di sini.

Sub-kampung dalam Gugusan Manjoi adalah mudah untuk dikenali. Biasanya (ada pengecualian), jalan-jalan di setiap sub-kampung dinamakan mengikut sesuatu:

Manjoi Baru: jalan-jalannya dinamakan gelaran jawatan dalam perkhidmatan/pentadbiran, seperti Pegawai, Perwira, Datok, Datin, Menteri, Raja.

Manjoi Baru Tambahan: jalan-jalan dinamakan jenis-jenis batu permata, seperti Berlian dan Intan.

Tengku Hussein Lama: TH Lama adalah sub-kampung yang sangat kecil. Jalan-jalannya dinamakan Tok Ketua dan bilangannya.

Tengku Hussein Baru: juga sub-kampung yang kecil. Jalan-jalannya dinamakan dengan perkara yang berkaitan dengan masyarakat, seperti Muhibbah dan Budiman.

Tengku Hussein Hujung: Jalan-jalannya dinamakan dengan perkara yang berkaitan dengan pemberian Allah, seperti Syukur, Rahmat dan Nikmat.

DAS: seperti MBT, jalan-jalannya dinamakan jenis-jenis batu permata, seperti Intan, Delima, Nilam dan Zamrut.

DAS 1: sub-kampung yang sangat kecil. Satu-satunya jalan utama dinamakan Orkid, dan yang lorong yang lainnya dinamakan Orkid dan bilangannya.

DAS 2: jalan-jalannya dinamakan jenis-jenis burung, seperti Rajawali, Kedidi, Serindit, Tekukur, Merbah dan Tiong.

DAS 3: dikenali juga sebagai Sg. Kati, jalan-jalannya dinamakan jenis-jenis pokok kayu, seperti Keranji, Jelutong dan Merbau.

Sungai Tapah: jalan-jalannya dinamakan jenis-jenis bunga, seperti Mawar, Cempaka, Bunga Raya, Dahlia dan Melor.

Sungai Tapah Tambahan: jalan-jalannya dinamakan jenis-jenis ikan, seperti Tapah, Puyu, Kelah dan Toman.

Sungai Tapah Seberang: jalan-jalannya dinamakan pahlawan Melayu, seperti Megat Terawis, Dato' Sagor, Tun Terang dan Alang Ishak.

Jelapang Baru: Sama seperti TH Lama dan DAS 1, jalan-jalannya dinamakan dengan satu nama sahaja - Cenderawasih dan bilangannya.

Peta di bawah menggambarkan setiap sub-kampung di dalam Gugusan Manjoi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>manjoi</b>.my: Memandu <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b>

Posted: 15 Jun 2011 12:43 PM PDT

Sebaiknya, dapatkan panduan arah tuju yang lengkap sebelum memasuki Gugusan Manjoi sekira anda tidak pernah ke sini. Kalau ada seseorang yang arif tentang jalan-jalan di sini mengikuti anda, itu lebih baik.

Kebanyakan jalan-jalan di sini sempit dan pendek. Kereta (paling banyak), bas dan lori kerap diletakkan sesuka hati di bahu jalan yang sudah sememangnya sempit ini. Secara peribadi, saya lebih suka kalau bas dan lori tidak dibenarkan langsung masuk ke sini, tapi mustahil nampaknya!

Kebanyakan keadaan jalan-jalan di sini adalah membahayakan dan boleh mengakibatkan kemalangan. Kecuali Jalan Menteri, tiada jalan lain di dalam Gugusan Manjoi yang mempunyai lorong pejalan kaki. Jadi, pastikan anda memandu dengan perlahan. Ini termasuklah  semua jenis kenderaan – basikal, motorsikal, kereta. Anggaplah semua persimpangan sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan. Pastikan anda perlahankan kenderaan anda atau berhenti di semua persimpangan dan lengkungan, terutamanya jika anda tidak nampak kenderaan yang datang dari arah lain dengan jelas akibat pagar rumah yang besar, pokok-pokok, atau kereta yang diletakkan sesuka hati dipersimpangan jalan. Ini kerana, sama seperti tempat lain di Malaysia, ada orang yang tidak pedulikan keselamatan (ataupun nyawa) orang lain. Jadi, mereka tidak mahu berhenti di persimpangan/lampu isyarat.

Sentiasalah berhati-hati lebih-lebih lagi jika anda memandu di belakang basikal dan motorsikal – pengendalian kenderaan mereka di luar jangkaan. Kadang-kadang, mereka mengubah arah atau membuat belokan mengejut kerana mengelakkan lubang atau kucing sesat, kadang-kadang kerana memotong, dan kadang-kadang mereka hilang kawalan atas beberapa sebab (termasuklah bercakap dalam telefon bimbit).

Memandu tanpa lesen, cukai jalan atau insuran adalah sangat biasa di sini. Kanak-kanak bawah umur juga ada yang memandu di sini (biasanya dengan kebenaran ibubapa). Ramai pemandu motorsikal tidak berhelmet. Peliknya, ada yang menanggalkan helmet mereka sebaik sahaja memasuki Gugusan Manjoi. Dan Gugusan Manjoi juga ada Mat Rempit kita sendiri. Mereka sama ada berbasikal atau bermotorsikal, suka menunjukkan kebolehan yang bodoh atas jalan raya umum.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa di Gugusan Manjoi. Jika anda memandu dan terdapat makcik-makcik , pakcik-pakcik dan kanak-kanak sekolah berbasikal di atas jalan, berhati-hatilah. Anda tentunya mahu orang lain bertimbang rasa sekiranya mereka adalah ibu, ayah, adik, kakak, abang atau anak-anak anda.

Bersama-samalah kita menjadi penyelesainya.


Peta Google:


View manjoi.my in a larger map

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


*~Ceritaku... Bulan Bintang Mama~*: Mandi manda <b>di Pangkor</b> : )

Posted: 26 May 2011 04:49 PM PDT

Salam jumaat kawan2 : )
ari ne awl btoi mama boyot ne bt lawatan blog ke blog yer... aishh cam YB plak ye... buat lawatan..kikikiki...
td nk buat bfast... gigih nk bgn pastu papa ckp.. "xpela ma, baring la.. xyah bt bfast nnt papa bl je"
alahai...syoknye dgr.... *pemalas kan?? haha.. tgk noli rajin je tau masak2...
agaknye papa tau mlm td mama lambat tdur kot..xleh nk tdur la.. baby tecik ne seronok sgt main...
dlm kul 2 lbh bru mama leh tdur kot... saje dia dera mama yer.. xpe la syg.. janji kamu seronok yer.. : )

ewahhh panjang plak mukadimahnye.. tajuk nk bgtau mandi manda di pangkor!

okay2 alkisahnye kelmarin mama tdur umah opah... dah lama xtdur sana... pastu pagi bl atuk blk dr laut trus request nk mandi laut.... atuk pun rajin je nk melayan anak cucunye terus la bwk ke teluk segadas pangkor. hehe tapi kali ne atuk bwk boat slow je pasal ade mak buyung... takut terhetak2..tu pun siap letak kusyen lg..hehe...  siap bwk bekal nasi kerabu, nasi lemak, roti canai bagai lagi..hehe dah kate pun nk berkelah kan?? ;p

::Teluk Segadas @ Pangkor Island... cantikkan pantai dia.. airnye hijau n jernih.. ombak putih je... pasir pun halus je.. sonok abg long main tau::

::abg long lagi suke main pasir dr mandi... dia takut ombak..hehe..bile mandi jenuh kene dukung dia... xmo lepas...bwk dia sorg tp rase mcm sepuluh org ade...pot pet pot pet je mulut dia::

::woaa tgk siap pakai sunglasses lg okay! haha layan je la.. nak buat istana pasir katanye::

dah lama mama xp mandi kat sini.. last pegi mase mama preggy 4 bulan kot... adela 3 bln xp... dekat je dr umah mak... klo naik boat adelah dlm 20 min je kot... best tau... sape xpenah pegi.. elok la pegi..best sesgt.. cantik tau tempatnye : )

kazen mama ckp dia xbrani nk mandi laut mase preggy psl takut nnt baby dlm perut lemas! haha kelakar sungguh fakta ko kak! 

seronok mama dpt berenang2 smlm... ade gak la exercise utk mama boyot neh... tp xdela aksi kuak lentang juga renang berirama bagai..hehe... berenang ala2 manja je gtu..hehe

okayla baby tecik dah kick2 mama... lapar ye... kite mkn biskut jacobs dlu yer sayang.. jap g bru kt p umah opah cari benda yg blh dimkn ;p

untung dok dekat opah ne.. agak2 lapar g je sana.. confirm ade makanan yg lazat2! haha..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Kaki Pancing: Ban Pecah,<b>Tanjung Piandang</b>

Posted: 24 Feb 2011 07:02 AM PST

 

assalamualaikum,hari ini saya ingin bercerita tentang

pantai ban pecah di tanjung piandang .

yg brhampiran dgn kampung saya . 

Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai "Pantai Rock" oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak, Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. Kepada Kaki Pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk anda, Siakap, Pari dan juga Semilang merupakan buruan anda disini. Apabila Sang Suria meninggalkan satu panorama yang amat memukau jiwa, keindahan malam yang menjelma akan membuatkan anda terpegun dengan hidangan Kari Ikan Semilang segar yang amat terkenal di Daerah Kerian yang menjadi menu utama deretan gerai-gerai makan disekitarnya sambil anda dialunkan dengan persembahan irama nyanyian daripada penduduk tempatan. Jangan lepaskan peluang ini, kedatangan anda amat dialu-alukan.

LOKASI PANTAI BAN PECAH 

Inilah gambar ikan

yang saya dapat 

iaitu 'kerapu bara

 

di ban pecah ini terbahagi kpd bnyk bhgian 

iaitu :

tempat mandi manda 

tempat memancing

tempat makan makan 

n tempat bersantai  bersama keluaraga . 

saya rase smpai sni sahajalah 

catatan saya .

ble ad mse saya akan menulis 

lebih banyak lagi .

~assalamualaikum~

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


no19: Jeti <b>di Hutan Melintang</b>

Posted: 09 Feb 2011 07:05 PM PST


suka jeti ini.
kalau sampai masanya, memang syok memborong ikan. di kiri dan kanan jalan, memang pelantar (bahasa orang Pantai Remis) ikan. boleh memborong hasil tangkapan laut dengan harga murah.
dan lebih tersusun pelantar di sini berbanding dengan pelantar di Pantai Remis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Bes rtm: DEPOT IMIGRESEN <b>LANGKAP</b>

Posted: 15 Jun 2011 09:38 PM PDT

DEPOT IMIGRESEN LANGKAP

10 juta ringgit diluluskan untuk menambah baik serta membina semula bangunan di Depot Imigresen Langkap.

sejak diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Negeri daripada Jabatan Penjara tiga tahun lalu; struktur bangunan depot itu diakui mulai uzur.

Asalnya sebelum itu; depot tersebut merupakan sebuah kem Unit Kawalan kawasan UKK yang beroperasi sekitar tahun 1970an.

dengan keluasan lebih 5 hektar; Komandan Depot Imgiresen Langkap, Mohamad Yusoff berkata kerja-kerja pembinaan dijangka dilakukan awal tahun depan.

dengan peruntukkan yang diterima; dua blok tahanan untuk lelaki ; 3 menara dan tempat kumbahan akan dibina.

bagaimanpun; Mohammad berkata pihaknya kini sedang menyusulkan permohonan tambahan bajet untuk membina depot yang lebih selesa dan sempurna.

ia berikutan depot sedia ada itu dikelaskan sebagai Gred A berikutan kapasitinya yang boleh memuatkan hampir seribu tahanan dalam satu satu masa.

ketika ditemui di Langkap, Mohammad berkata; ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan kelak; memungkinkan proses pemindahan tahanan ke depot lain.

end//baizura

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

biznest: tanah kelapa sawit <b>di langkap</b> utk dijual..

Posted: 23 Apr 2011 09:55 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tanah kebun kelapa sawit di langkap untuk dijual..keluasan lebih kurang 6 ekar..harga : kol dan runding..hendak dijual secepat mungkin..lokasi berdekatan jalanraya..mudah utk di access.. Posted by Hafiz at 21:55 ...

JABATAN PENYIARAN NEGERI PERAK: DEPOT IMIGRESEN <b>LANGKAP</b>

Posted: 15 Jun 2011 09:37 PM PDT

DEPOT IMIGRESEN LANGKAP

10 juta ringgit diluluskan untuk menambah baik serta membina semula bangunan di Depot Imigresen Langkap.

sejak diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Negeri daripada Jabatan Penjara tiga tahun lalu; struktur bangunan depot itu diakui mulai uzur.

Asalnya sebelum itu; depot tersebut merupakan sebuah kem Unit Kawalan kawasan UKK yang beroperasi sekitar tahun 1970an.

dengan keluasan lebih 5 hektar; Komandan Depot Imgiresen Langkap, Mohamad Yusoff berkata kerja-kerja pembinaan dijangka dilakukan awal tahun depan.

dengan peruntukkan yang diterima; dua blok tahanan untuk lelaki ; 3 menara dan tempat kumbahan akan dibina.

bagaimanpun; Mohammad berkata pihaknya kini sedang menyusulkan permohonan tambahan bajet untuk membina depot yang lebih selesa dan sempurna.

ia berikutan depot sedia ada itu dikelaskan sebagai Gred A berikutan kapasitinya yang boleh memuatkan hampir seribu tahanan dalam satu satu masa.

ketika ditemui di Langkap, Mohammad berkata; ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan kelak; memungkinkan proses pemindahan tahanan ke depot lain.

end//baizura

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


..:: MylLittLeWorLD::..: GEOCENTRIC DATUM OF MALAYSIA (GDM2000 <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2011 01:51 AM PDT

GDM 2000


Sekali lagi eta kene attend kursus di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di Behrang, Tjg Malim, Perak. Kali nie kursus Geocentric Datum Of Malaysia (GDM2000) pulak. Kalau sesiapa yang kerja ukur tu familiar la nama nie...hehehe..
Yang menariknye..kursus kali ramai dapat jumpa member2 lama..ada yang satu kelas..n ada yang lain kelas tapi tarikh kursus pulak sama. so dapat la tanya khabar berita sebab dah lama tak jumpa kan..seronok jugak kalau dapat jumpa dengan kawan-kawan lama nie..Yang paling seronoknye dapat jumpa org lama...kawan lama merangkap cikgu kitaorg masa dia kat HQ dulu..
Sempat lagi kitaorg ambik pic kat depan INSTUN tu..sblm nie dah brapa kali kursus kat situ x pernah pulak nak ambik pic kat area ni..sebab..nak jalan keliling Instun ni...aduuuiii..punyalah luas kawasan die..turun tangga, naik tangga tau. Tapi nak ambik kenangan ngn kawan keras punya pasal..ha..ada jugak gambar nie..ada banyak lagi tau..tunggu....
Kalau dah jumpa dengan kwn merangkap cikgu dan ayahanda yg bernama En. Hamzah nie (bj biru) memang tak puas la...mana dengan lawak die..mana dengan mcm2 soalan die..tapi die ni memang sporting..wife die pun sporting n baik hati..
ptg tu kitaorg pg Tanjung Malim jalan-jalan cari makan..bukannya kat Instun tu takde makanan tapi nak tukar selera la katakan...eta try mee rebus, kwn2 eta yg lain try laksa penang..rase die..not bad la..tapi masih kurang lagi.hehehe..
Oklah..kalau masih tak puas lagi nak cuci mata tu..kita sambung kat page lain pulak ye..GDM2000 part II..  see u..
















                                         
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Diari Maya Ghazali Lateh: <b>Di Pantai Remis</b>, Jeram

Posted: 24 May 2011 07:12 PM PDT

Rembang kemilau membahang

angin memuput sirus ke ufuk

bebayang rebah meninggalkan pasir

pantai melandai jauh ke tengah.

Aku berteduh di bawah redup

melelapkan kelopak mata yang rungkup

dibuai pawana di bawah cahaya murup

membawa jiwa kembali mercup.

Pantai Remis

kelodak dan pantai berbaur

datang juga orang berlibur

melepaskan lelah bercampur

mujur!

Pantai Remis, Jeram, Selangor

23/5/2011



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gathering Blogger Perak <b>Di Teluk Batik</b> « Fotocinta

Posted: 09 Jun 2011 03:14 AM PDT

Gathering Blogger Perak telah berlangsung dengan jayanya di Teluk Batik pada 4 Jun yang lalu dimana lebih kurang 20 peserta hadir di gathering tersebut. Saya selaku ahli di dalam group tersebut berbesar hati menyumbangkan beberapa keping foto untuk tatapan dan kenangan mereka.

Jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan jurugambar bagi event-event mereka, jangan segan silu untuk contact saya dan harga yang berpatutan akan diberikan.

Related posts:

  1. Custom Album Pertama
  2. Kejohanan Bowling GG Circuits Industries Sdn Bhd
  3. Majlis Reunion SKA Batch 2002

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Kay Jue Blog: Negeriku Percutianku

Posted: 08 Jun 2011 12:33 AM PDT


Assalamualaikum.Haei.. penat seh.. fuh..(mengelap peluh di dahi.. haha..) akhirnyer sampai juga aq dan family ku di rumah setelah hampir 5 hari di kampung. Tak sangka balik kampung kali ni sambil bercuti di negeriku sendiri. Perak Darul Rizduan.  Thank you so much to Nur Aqilah, adik angkat aq. Gara-gara dia ikut family aq ke kampung kite orang dapat berjalan di sekitar Negeri Perak sepanjang 5 hari ni. :P


Banyak bende yang aq nak share. So hope u all enjoy to read my post. (entah betul ke tak BI aq ni. Sorry kalau silap.. hihi :P)

 Jam 7.45 pagi da bertolak dari KL Ã  Highway Ã  Perak. Then singgah kat 'Kellie's Castle'. Melawat dan capture the pic sebagai kenang-kenangan yang kite orang pernah menjejakkan kaki di istana tak sempat siap ni. Hihi. Tiket masuk dewasa RM 4.00 dan kanak2 RM 3.00.



dari pandangan depan



dari pandangan sisi



ni la bahagian istana yang tak sempat siap.kalau nak tau knp tak siap, buka wikipedia. :)





Da puas melawat 'Kellie's Castle' kite orang pergi  'Pasir Salak'.. kat pasir salak kite orang tak melawat. Juz lalu je sebab udah penat jalan-jalan kat KC tadi. Hihi. So juz tengok cuci mata. Hati mau pergi tapi badan da loteh.. hm..  sampai betul2 kat kampung dalam pukul 11 pagi. Haaa.. letih.. 



Lepas da lunch dan puas rehat, petang tu kite orang jalan2 kat Bota. Sambil2 pergi beli air bergas. Air Bota best. Air ni hanya ada di Bota je. Satu-satunye air bergas yang dibuat oleh orang perak. Hihi. Aq tak tau la ada cawangannyew kat tempat lain ke tak. >_<

 




Rancangan hari ni adalah untuk melawat ke 'Menara Condong'. Pagi dalam jam 7 lebih da bertolak da. Aq baru tau kat perak pun ada Menara Condong. Ingatkan hanya kat luar negara je. :P (kesian aq baru tau. Biasa la name je orang perak tapi tak pernah lagi jalan2 satu negeri.. hm..) Menara ni condong sebab di bina atas tanah lembut. Hm.. memang condong kan?



Menara ni gak sebenarnya adalah tangki air pada zaman dulu. Tak de apa pun kat dalam tu. Tapi pemandangan kat luar menara memang cantik. >_<


Setelah puas bergambar dengan 'Menara Condong', kite orang pusing2 di 'Kuala Kangsar' (bandar diraja bagi negeri perak). Memang cantik tempat ni. Macam kat Putrajaya. 

Petang tu Mak Cik aq petik pokok inai. Cadangnya malam ni nak pakai inai. Bukan ada apa2 pun. Saje je suke-suke. Aq pun da lama tak pakai. Merah inainye. Al maklumlah, inai pokok tanam kat belakang umah Opah aq. 

Hihi. Gara-gara tak nak kotorkan tilam, malam tu sanggup tidur lambat tunggu inai kering. Hish.. macam seh.. :P

Destinasi seterusnya pagi ni ialah 'Teluk Batik'. Kat sini ada pantai, tapi kite orang tak mandi pun... sebab pertama, da biasa sangat menghantar aq g tempat belajar. Kat PD. Kedua malas nak tukar baju. Hihi... kite orang juz bergambar je. Tempat ni lawa la. Luas lak tu. >_< 

Sampai sakit2 kite orang berjalan. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit perut. Bak kata ayah aq dalam lorat perak nyer.. "da muntah monggek da berjalannye' " hihi. Mungkin sebab semalam tidur lambat. Mungkin juga penangan Air Bota Best. Haha. 

7 JUN 2011, Selasa

Masing-masing da penat. Da 3 hari berturut-turut berjalan je kojenyer' hihi. Bak kata mak aq, "hati nak jalan, badan penat. kalau tak berjalan bosan.."  itu la kenyataannyer. Kali ni kiteorang jalan tapi tak turun pun dari kereta. Jalan di bandar Ipoh ( ibu negeri Perak), mahu cari rumah familyku. Rumah yang akan kite orang duduk selepas ayah aq pencen. Kira rumah sendiri la, di Taman Seri Sayang. Jalan punya jalan, pusing punya pusing. Tak jumpe2 Taman Seri Sayangnyer. Huh.. sampai da sesat-sesat lare't (lorat perak) hihi. Lama juga la asyik 'ter' lalu kat tempat yang sama je. Huh.. sampai si Aqilah mengomel " da sakit da bontot ni.." haha. Klakar la budak ni. Rambut dia pun da serabai da. Macam orang baru bngn tidur. Mane tak nyer panas. Da berapa jam  berpusing-pusing. Kite orang pun balik. Penat seh hari ni. Sampai kite orang tanya " lepas ni ada pergi mane2 tak?" haha.

8 JUN 2011, Rabu

Hari ni dalam jam 7.45 pagi. Barang-barang semua da siap kemas. Tinggal nak angkat masuk dalam bonet kereta. Lepas sarapan kite orang bertolak dari Kampung à Highway à KL. Tiba masanya untuk balik rumah. Empat jam lepas tu sampai la di KL. Lega.. alhamdulillah.. segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat. Aq harap Aqilah tak serik untuk ikut kite orang balik kampung lagi. Semuanya kerana dia, kite orang dapat berjalan-jalan selama 5 hari 4 malam di kampung. Thanks Aqilah! >_< Satu lagi kenangan manis yang aq dapat untuk cuti semester ni. Mudah-mudahan dapat bercuti lagi. Insyallah.

My Mum : memandu kereta bawa kite orang sekeluarga berjalan-jalan. Aq tu memang penat memandu. Love u so much. Much much much! >_<

My Dad : cadangankan tempat-tempat yang hendak dituju dan sponser perjalan kami.tak lupe jugak mum pun ada sponser gak. Love u so much. Much much much! >_<

Kereta Kancil : walaupun kecik, dia banyak berjasa pada kami dan itulah satu2nya kenderaan yang kami ada utk ke sana ke sini. >_<

 wah agak panjang lebar cerita aq kali ni. sebenarnye banyak lagi pic yang aq nak share kat blog ni. tapi tak dapat la  korang. nanti berat lak blog aq ni. hihi. Meh la bercuti di negeriku Perak. Best. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


SIVAKUMAR, LU JAGA LU PUNYA KAWASAN, PARLIMEN TAMBUN JAUH LAGI <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2011 11:50 PM PDT

AHLI PARLIMEN TAMBUN


SEORANG WAKIL RAKYAT DAP YANG TAK SEDAR KAN DIRI, SASAU DAN GILA NAMA NYA SIVAKUMAR ADUN NUN JAUH DI TRONOH BUAT SURAT KONONNYA MENDAKWA BAHAWA PEKAN CHEMOR JAUH KETINGGALAN PEMBANGUNANNYA, RAKYAT MAHU KAN DEWAN DAN SEBAGAINYA.

TEMAN NAK BAGITAHU KAT DIA BANDING CHEMOR DENGAN TRONOH KAWASAN DIA SEBAGAI WAKIL RAKYAT JAUH LANGIT DENGAN BUMI MUNDUR PEMBANGUNANNYA BERBANDING CHEMOR, TRONOH TAK LAYAK NAK BANDINGKAN DENGAN KESELURUHAN PARLIMEN TAMBUN SETAKAT CHEMOR SALAH SATU PEKAN KECIL DALAM PARLIMEN TAMBUN DAH CUKUP NAK BANDINGKAN DARI SEGI PEMBANGUNAN.

JANGAN LAH NAK MENGGUNA POLITIK PROVOKASI DAN NAK FITNAH, PENDUDUK DAN PENGUNDI BERBILANG KAUM DI CHEMOR LEBIH TAHU DAN GEMBIRA DENGAN PEMBANGUNAN YANG BERLAKU DI PEKAN CHEMOR.

DEWAN 1MALAYSIA CHEMOR DAN MAJLIS PERASMIAN

DEWAN 1 MALAYSIA YANG TELAH DIBINA ATAS PERUNTUKAN MENTERI KEWANGAN II BERJUMLAH 1.0 JUTA YANG KINI DINAMAKAN DEWAN 1 MALAYSIA CHEMOR YANG BOLEH MEMUATKAN 800 ORANG SUDAH PUN SIAP HUJUNG 2010 DAN SUDAH DIGUNAKAN, JADI AWAK TAK PAYAH NAK SIBUK - SIBUK.

PASAR LAMA 2 TINGKAT CHEMOR

PASAR LAMA 2 TINGKAT TELAH DIBINA DAN KINI DITAMBAH DENGAN PASAR BARU SETINGKAT YANG RANCAK DALAM PEMBINAANNYA SEKARANG DENGAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM700 RIBU.

MINI STADIUM DAN MAJLIS PERASMIAN

MINI STADIUM CHEMOR YANG TELAH DIBINA BAGI MENGANTI PADANG LAMA BERNILAI RM800 RIBU UNTUK GOLONGAN MUDA DAN BELIA.

FLYOVER KERETAPI DI PEKAN CHEMOR SEDANG DIBINA UNTUK KESELESAAN BAGI KENDERAAN TINGGI SEPERTI BAS MANAKALA STESYEN KERETAPI AKAN DI NAIKTARAF.

DIPEKAN CHEMOR JUGA TERDAPAT SEBUAH KLINIK KESIHATAN, SEBUAH BALAI POLIS, INSTITUSI KEWANGAN SEPERTI PUBLIC BANK DAN BSN, 3 BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN, SEBUAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PEI CHENG, SJKT LADANG CHEMOR DAN KINI DALAM PEMBINAAN SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEMOR.

MANAKALA BARU - BARU INI AHLI PARLIMEN TAMBUN TELAH MENGUMUMKAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA SEBUAH PERPUSTAKAAN 1 MALAYSIA CHEMOR BERSEBELAHAN DENGAN DEWAN I MALAYSIA CHEMOR DENGAN PERUNTUKAN BERJUMLAH RM750 RIBU.

MANAKALA PEMANSANGAN LAMPU JALAN EXCOTIC DI JALAN UTAMA PEKAN CHEMOR BAGI MENCERIAKAN DAN MENCANTIKKAN LAGI PEKAN CHEMOR MENGGUNAKAN PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN TAMBUN BERNILAI RM80 RIBU.

PADANG BOLA LAMA KINI DALAM PERANCANGAN AHLI PARLIMEN TAMBUN BAGI DINAIK TARAF UNTUK DIJADIKAN SEBUAH DATARAN PERNIAGAAN UNTUK PENIAGA - PENIAGA KECIL BERNIAGA.

DI CHEMOR JUGA DALAM PROSES PEMBINAAN SEBUAH PROJEK MEGA HI TEK PARK YANG AKAN MENEMPATKAN INDUSTRI BERTEKNOLOJI TINGGI YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT CHEMOR DAN PERAK.

PERASMIAN PEMBUKAAN PEJABAT KHIDMAT ADUN MANJOI BERSEBELAHAN BANK SIMPANAN NASIONAL DAN PUBLIC BANK OLEH DS HUSNI

SEMUA INI SUDAH DIRANCANG DAN SUDAH DILAKSANAKAN OLEH BARISAN NASIONAL DIBAWAH KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU AHLI PARLIMEN TAMBUN DAN YB DATO NADZRI ISMAIL SELAKU ADUN MANJOI. MALAH KINI PUSAT KHIDMAT ADUN MANJOI BERPINDAH DARI MANJOI KE CHEMOR UNTUK MEMBERI LEBIH PERHATIAN KEPADA RAKYAT CHEMOR.

JADI TAK PERLU LAH NAK SIBUK - SIBUK MASUK TEMPAT ORANG KONONNYA AWAK BERJUANG UNTUK RAKYAT, JANGAN NAK SASAU KONON AWAK BAIK DARI WAKIL RAKYAT BN, SEDANGKAN TEMPAT AWAK DI TRONOH MUNDUR, RAKYAT TAK TERBELA, PEKANNYA PEKAN KOBOI, JIKA TAK DIBANTU OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN MAMPUS TAK MEMBANGUN.

DI PARLIMEN TAMBUN RAKYAT MEMANG SUDAH MESRA DENGAN DS HUSNI, DATO NADZRI DAN DATO RUSNAH KERANA MEREKA PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT DAN SENTIASA BERDAMPING DENGAN RAKYAT, JADI LU SIVAKUMAR BOLEH BLA........, JAGA LU PUNYA KAWASAN SENDIRI, CHITTTTTT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Software Engineer / Developer @ <b>Bukit Merah</b> - Singapore Jobs <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 10:05 PM PDT

Company specialises in voice & data security. Manufacture and Develop solutions to OEM partners in Asia and Europe. PM for more info.

Experienced Software Engineer (C/C++ programmer)

Profile:
- B.E/B.Tech/MCA/M.Tech preferably in Electronics/Computer Science with 2-3 years of experience in embedded system projects.

Required Skills:
- Embedded systems, ARM based architecture and programming (C language)
- MFC based application programming (C++/ VC++)
- Linux based application programming
- Networking general knowledge
- WEB (Html, Php, Ajax) and DB (mySql) based applications basic knowledge

Note 1 :
Low level firmware programmers: embedded programming skills applicants are preferred.

Note 2:
Position open for Singaporeans and Permanent Residents of Singapore only.
This position is only open to Singaporean/PR or those who hold valid residency status

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Kerajaan komited bantu pengusaha kasut <b>di Menglembu</b> | Ipoh News

Posted: 16 Jan 2011 04:08 AM PST

Kerajaan negeri akan mengotakan janjinya untuk membantu pengusaha kasut di Menglembu mendapatkan tempat sesuai bagi memastikan industri itu terus hidup.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau akan berbincang dengan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim mengenai perkara ini.

Katanya kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional sentiasa komited dengan janji yang dibuatnya dan tidak akan lari daripada tanggungjawab.

"Kita tidak pernah lupa apa yang telah kita janjikan. Semasa lawatan saya ke sana (Menglembu) saya telah berjanji kepada pengusaha kasut di situ bahawa kerajaan negeri akan membantu mereka dan kita sedang berusaha ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan replika kunci kepada 37 penerima rumah bantuan Felcra di Batu 9, Lekir, Pasir Panjang, hari ini.

Menteri Besar diminta mengulas kelohan yang disuarakan pengusaha kasut itu di Menglembu yang merasakan nasib mereka tidak dibela oleh kerajaan negeri berikutan permohonan lesen daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk beroperasi secara sah tidak mendapat kata putus sehingga ke hari ini.

Dr Zambry berkata perancangan kerajaan negeri adalah untuk mewujudkan 'bandar kasut' bagi menempatkan kesemua pengusaha itu di satu kawasan.

"Kita harus mengenal pasti satu tempat yang sesuai. Kita tidak mahu wujud aduan lagi selepas mereka ditempatkan di satu-satu kawasan," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri mahu industri kasut ini hidup kerana sedar perniagaan yang dijalankan pengusaha kasut ini memberi kesan ekonomi kepada Perak.

"Selain itu juga, bandar kasut yang bakal diwujudkan akan menaikkan imej Perak dikalangan pelancong," katanya.

Perak News

Tags: , , , , ,

Category: Perak News

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Homestay <b>Di Taiping</b> | Portal Berita Terkini

Posted: 25 May 2011 10:40 PM PDT

Alamat :

No.22, Lorong 19,

Taman Desa Jana 2,

Kamunting, Taiping

Perak


Ar-Ridzuan Taiping Homestay terletak di kawasan perumahan Melayu.

Lokasi menarik berdekatan 

 :
1) 4 Bilik:
Bilik tidur utama ( Penghawa Dingin +Kipas )
Bilik tidur kedua katil queen (kipas )
Bilik tidur ketiga 2 katil bujang (kipas)
Bilik ke empat, ruang solat dan seterika baju. Juga boleh diletakkan toto yang
disediakan.

2) Ruang tamu and ruang makan beserta perabot, TV dan decoder ASTRO disediakan
(kad astro hendaklah dibawa sendiri)

3) Kemudahan lain di 

tempat menarik di Taiping:

1) 20 minit Bukit Merah Lake Town.
2) 10 minit Zoo Taiping, Bukit Larut,
Taman Tasik Taiping, MRSM, Plaza Tol
Kamunting Utara

Info Jarak dari 

10 km dari air terjun Suria Permai Taiping, 10 km Burmese Pool Taiping,10 km War Cemetry Memorial Taiping, 10 km Doli Keow Teaw Taiping, 10km dari Taman Tasik Taiping ,10 km Zoo Taiping,10 km Muzium Taiping ,4 km Tesco Taiping dan Taiping Sentral,20 km Kota Ngah Ibrahim Taiping ,20 km Mee udang banjir Taiping ,20 km Jeti kelip-kelip Kg Dew Taiping.

:
Hari Isnin dan hari Khamis :
RM 130 tetap. (2H1M)
RM 250 tetap (3 H2M)
RM 350 tetap (4H3M)

Hari Jumaat, Sabtu, Ahad,cuti umum dan cuti sekolah : 
RM 150 (2H1M)
RM 280 (3H2M)
RM 400 (4H3M)
Check in: 12.00 tengah hari jika tiada tamu, 2.oo petang jika ada tamu.
Check out: 12tgh
kadar Sewa bulanan boleh dirunding.

Untuk Pertanyaan:
Mahadzir: 017-6627969
e-mail: pengurus@taipinghomestay.net

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Bumi Tuhan: Tanah <b>di Beruas</b>, Perak

Posted: 21 Feb 2011 05:00 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Tanah di Beruas, Perak. Tanah sawit untuk dijual. Keluasan tanah 100 ekar. Freehold Sawit ada hasil 1 ekar RM50,000. URGENT SALE!! Posted by Adiputragraphy at 5:00 PM. Labels: getah, kuala kangsar, pertanian, ...