Isnin, 14 Januari 2013

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pusaka Terindah Untuk Generasi Kami: Melawat Tok Teh <b>di Trolak</b>

Posted: 21 Oct 2012 11:56 PM PDT

Oleh : Nur Nadhirah

Kami ke KL pada 15 September yang lalu. Ada sedikit urusan.
Esoknya dalam perjalanan balik terasa nak singgah Trolak pulak.

Di Felda Trolak Timur ada mak sedara  Ibu namanya Pakteh Mail dan Makteh Amai.
Makteh Amai ialah adik kepada Tok Bendang (ibu's mother).

Kami selalu singgah di Trolak. Terutama bila teringat suasana Felda. Banyak kenangan dengan Felda ni. Masa Kaklong lahir pun ayah kerja Penolong Pengurus Kilang Sawit Kemasul, Pahang. Jadi bila rindukan Pahang, kami akan balik ke Felda terhampir iaitu ke rumah Tokteh. Disamping menziarah kami juga mengimbas kenangan bersama Tok Bendang. Ibu kata suara Makteh Amai tu sebijik suara emak dia terutama waktu subuh-subuh. Ibu macam terdengar-dengar suara emaknya bersembang dengan ayahnya pagi-pagi.

Semasa singgah kali ini kebetulan ada anak sulung Tokteh yang ibu panggil Abang Ijai. Kami dapat jumpa mereka sekeluarga. Selalunya bila kami balik ke sini cuma sesekali kami dapat berjumpa anak-anak Tokteh.

Di belakang rumah Tokteh ada jeram. Cetek saja tapi ramai juga orang berkelah di situ. Kami sekeluarga pun mandi manda la.



Anak abang paklong Ijai yang sulung akan ambik SPM tahun ni. Dia punya la tanya ibu macam macam pasal Fizik. Namanya Abd Rahim. Ibu pun suka kalau ada murid yang minat nak belajar.
Kami tak dapat bermalam sebab baju nak pakai dah takda. Tak plan pun nak singgah sebenarnya.
Kami balik malam tu juga tapi dengan berat hati. Depa layan bukan main lagi. Maklong Ana (isteri Paklong Ijai) tu pun pandai masak. Kebetulan depa pun pemilik restoren. Malam tu makannya ala kadar je tapi dia pandai manipulate apa yang ada. Jadi kami memang makan bertambah-tambah.

Nanti kalau mereka terlepas ke Ipoh, harap-harap mereka sudi lah singgah di rumah kami. Ayah dengan ibu memang suka kalau ada orang datang. Mereka lagi suka kalau orang sudi bermalam.

Nanti cuti sekolah nak pergi rumah Tokteh lagi..
Anak-anak Tokteh semua baik-baik.
Tokteh pun nanti bertukar menjadi hantu cina. Itu yang kami suka tu..

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Dua kenderaan Bomba berlanggar sesama sendiri <b>di Teluk Intan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 03:47 PM PST

Dua kenderaan Bomba berlanggar sesama sendiri di Teluk Intan

1 minggu lepas oleh poruman di plbgaimacam.blogspot.com

Dua kenderaan Bomba berlanggar sesama sendiri di Teluk Intan - Angkara sebuah kereta rosak di tengah jalan, misi memadamkan kebakaran di Kampung Esso, di sini, terjejas apabila dua jentera bomba dan penyelamat berlanggar sesama sendiri. Akibat kejadian itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan manakala lapan anggota lain selamat dalam kejadian tengah hari, semalam.Mangsa, Mohd Hafiz Abdul Rahman, merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan cedera di bahagian kaki apabila jentera yang

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Pelajar wanita UTM lemas berenang <b>di</b> pusat sukan — Sinar Harian <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2012 08:04 AM PST

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Malaysia ditemui mati lemas di dalam kolam renang di pusat sukan universiti itu di Skudai di sini petang semalam. Siti Izzati Hasim, 19, pelajar tahun satu kejuruteraan biosains disedari lemas kira-kira 6.45 petang.

Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sebelum itu dilapor pergi untuk berenang di pusat sukan itu bersama lima rakannya yang lain. "Rakan-rakannya hanya menyedari kehilangan mangsa apabila mereka keluar dari kolam dan setelah mencari, mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam," kata Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lai.

Beliau berkata pengawal keselamatan kemudiannya membawa mayat mangsa keluar dari kolam kira-kira 7.20 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Sementara itu Timbalan Pengarah Sukan UTM, Armadi Ahmad yang dihubungi berkata mangsa merupakan anggota Palapes Laut UTM telah biasa menggunakan kolam renang itu.

"Ketika kejadian, kumpulan ini tidak diawasi jurulatih mereka atau penjaga kolam renang. Difahamkan sebelum mangsa ditemui lemas, penjaga kolam telah memanggil mereka untuk naik selepas tamat masa menggunakan kolam iaitu kira-kira 6.45 petang dan ketika itulah kehilangan mangsa disedari," katanya.

Menurutnya, pihaknya merasa kesal dengan kemalangan itu dan akan mengambil langkah segera untuk mengelak kejadian yang sama daripada berulang. – Bernama

Incoming search terms:

  • eksiden di jelapang 30 dec (2)
  • kemalangan di jelapang 31 december 2012 (1)
  • laporan kehilangan seorang pelajar universiti malaya yang hanya disedari semalam dijumpai (1)
  • lori balak (1)
  • lori balak 2012 (1)
  • no kemalangan tmk (1)
  • pelajar UM hilang (1)
Baca Lagi Yang Lebih Menarik

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Santai Raya <b>di</b> Ulu Chepor, <b>Chemor</b> | MyMekar.com

Posted: 04 Sep 2012 07:30 PM PDT

Assalamualaikum kepada pembaca blog mymekar.com yg dikasihi dan dihormati sekalian. Masih belum terlewat kiranya dikesempatan ini daku ingin mengambil peluang mengucapkan Salam AidilFitri, maaf zahir batin terutama jika ada tulisan/komen mymekar.com selama ni yg bisa mengguris hati kalian.  Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. Ameen.

Musim perayaan ni tidak lengkap sekiranya kita tidak menziarahi saudara-mara dekat jauh sambil makan ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Begitu juga suasana yg berlaku kepada daku sekeluarga.

Kali ni daku bukan nak coretkan kisah kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara @ teman sepermainan di kampung, tapi saje nak kongsi pengalaman "percutian" daku, family & sedara-mara kami pada hari raya ke-4 baru-baru ni.

Perancangan asal kami nak menaiki puncak Cameron Highland yg jaraknya cuma 45 minit dari kampung daku di Ipoh, Perak. Namun di atas sebab kesesakkan jalan dan kecederaan kecil yg terjadi kpd "pemandu utama" myebabkan kami mengubah lokasi percutian. Disebabkan pertukaran berlaku last minute, maka sehari suntuk kami adik-beradik dok google internet utk mcari lokasi percutian yg best di sekitar negeri Perak. Nak pegi Pangkor/Teluk Batik kami dah jemu sbb dulu2 kami memang pernah tinggal di Lumut. Nak pegi Lost World Tambun…huu mak aih.. tiket seorang je dah harga RM 40++..Family kami ada dlm 20 org (besar juga fulus terbang nnti !). Bekalan makanan pulak tak dibenarkan dibawa masuk dlm ..adoiya ! huh… rupanya kat Perak ni tak banyak tempat yg boleh diterokai !… (jangan marah org Perak !).  Cari punya cari, akhirnya Abah sarankan kami ke  Ulu Chepor, di Ipoh jer..hehe (confirm jln tak jem !).

The Lereng Adventure Camp & Resort

Apa yg menarik di sini? Jom ikut daku terjah ke dalam 'hutan' Ulu Chepor ni :-

The Lereng ni milik kawan Abah. Sebetulnya tempat ni hanya sesuai utk group2 pelajar yg sukakan aktiviti camping dan merentas desa. Tapi disebabkan kami dah buntu tak tau nak pegi mana, akhirnya sampai juga kami ke sini. Tak kisah la ceruk mana pun, asalkan kami ada tempat utk dituju.

ini pula bilik2 penginapan sekiranya pengunjung memilih The Lereng sbgai tempat utk bermalam

nak masuk ke kawasan ni memang agak jauh ke dalam hutan. mula2 melalui jalannya agak ragu2 utk meneruskan perjalanan. nasib baik abah ada pengalaman berkursus di sini. adventure sungguh kami merentas desa dgn menaiki 3 buah kereta pada haritu . Pendapat kami yg kategori remaja dewasa, tempat ni biasa-biasa aje. (rasanya tak pegi lagi kot lepas ni..hehe..)

tapi bagi adik2 & sepupu2 daku yg kecik2 tu kelihatan seronok sangat mrka mandi-manda di kolam yg disediakan

minggu perayaan ni memang tiada kelibat pengunjung lain kecuali  keluarga kami. kelihatan adik2ku yg remaja seronok bermain bola tampar.

eh.. pokok kacang panjang pun ada juge :o

bekalan makanan yg kami bawa dari rumah

pecal pun ada ! – semuanya berselera makan tengahari tu

tenangnya suasana – bilik penginapan mengadap kehijauan pokok-pokok hutan

simple kan bilik penginapannya? rate 1 hari kalau tak silap daku sekitar RM50. siap penghawa dingin. ada bilik air disetiap biliknya. namun haritu nasib kami kurang baik krn bekalan air paip pula tiada. jadi sesiapa nak bersolat dan 'melepas hajat' terpaksa mengangkut air dari kolam berhampiran. adoiya..lecehnyee. kami ambil 2 buah bilik haritu sekadar utk rehat2 dan bersolat (day use).  Alhamdulilah, pemilik resort tak mengenakan apa2 caj utk kami. namun kami beri angpau raya untuk anak2 beliau :D

Ok..itu saje aktiviti kami di sini. tak de apa yg menarik sangat. Sebelum asar kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. walaupun daku rasakan tiada yg best dgn percutian ini, namun daku gagahkan utk tempek juga ceritanya kot-kot ada sesiapa yg teringin untuk ber'camping' di sini suatu ketika nanti. Selamat beriadah !

Macamana nak sampai sini? Nah..ambik peta nih  :-

klik gambar utk imej yg lebih jelas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Insiden Bakar Kereta JPJ : Seorang Lagi Suspek Ditahan.

Posted: 14 Jan 2013 07:29 AM PST

alt

 

IPOH 14 Jan. - Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Pekan Ayer Tawar berhampiran Seri Manjung dekat sini, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak SAC Datuk A. Paramasivam berkata polis suspek berumur 40 tahun itu ditahan di Taman Muhibbah, Sitiawan Sabtu lepas pada 7 malam.

"Ini menjadikan kesemua suspek ditahan seramai empat orang yang mana tiga daripadanya berumur 17, 40 dan 33 tahun berasal dari Ayer Tawar dan Changkat Keruing, Pantai Remis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini siasatan kita (polis) mendapati lori terbabas sebab kelajuan...bila terbabas ia langgar bas dan menyebabkan pelanggaran kenderaan yang lain," katanya.

Paramasivam meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan meminta saksi tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Dalam kejadian itu kenderaan pacuan empat roda JPJ diterbalik dan dibakar orang ramai di Km 12 Jalan Sitiawan-Ipoh dilampu isyarat berhadapan Sekolah Methodist, Ayer tawar.

Kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip dan sebuah motosikal mengakibatkan empat cedera parah dan 11 cedera ringan. Foto : MBI

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Casting Toman dan Peacock Bass <b>di Taiping</b> - RodLentuk Blog List

Posted: 04 Jan 2013 04:30 PM PST

Ramai yang tidak ketahui, di Taiping terdapat kolam/tasik tersorok yang banyak mengandungi ikan-ikan idaman buat Baitcaster iaitu Toman atau Peacock Bass. Baru-baru ini saya sendiri join member-member di sini untuk casting dua jenis spesis ikan ini. Kelihatan kawasan air yang tenang, kadang kala ternampak kelibat Toman yang mengambil udara di permukaan air.
Toman sungai, bapak susah nak bawa naik rasanya lagi kuat dari toman kolam sebab habitatnya di air berarus
Standby pelbagai jenis lure atau gewang di sini, kadang kala soft plastics pun PB akan menghentam dengan saiz 500gm - 1kg (boleh tahan). Tapi kebanyakkan gewang yang menarik di sini terdiri dari warna merah tidak kira jenis sinking, popping atau topwater pencil.
Menurut penduduk setempat, katanya di kolam terbiar ini juga terdapat ikan lain seperti Rohu, Tongsan dan juga Patin, tetapi di kolam terbiar ini lebih ramai baitcaster yang melayan gewang terbang ke lubuk-lubuk toman rempit!
Peacock Bass addicted to soft plastic lure
Blog Pinger Free

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : Pelakon terpaksa tidur <b>di</b> Penjara Kajang gara-gara <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 12:07 PM PST




Pelakon dan model yang penuh kontroversi Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya hari ini selepas dua hari disumbat dalam Penjara Kajang. Imej seksi serta isu panas gambar bogelnya tidak lama dahulu menjadikannya artis simbol seks di Malaysia.

Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap. Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di
Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Dis lalu.

Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Feb depan.

Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar tidur di penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.

Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.