07 di pangkor - Google Blog Search |
Melihat Hasil Laut <b>di</b> Anak Kampung <b>Pangkor</b>, Lumut Posted: 07 Sep 2011 07:00 PM PDT As-salam.. Masih mood Raya. Saya sempat singgah ke salah sebuah kedai hasil laut di Lumut pada petang raya kedua. Berhampiran atau berhadapan dengan stesen minyak Shell Jalan Lumut. Kalau biasa ke Lumut anda pasti tidak terlepas kedai ini yang berada di atas bukit (kiri anda ye). Malas nak ke Lumut pasti ramai dan parking agak sukar. Jadi, kami ke kedai ini lebih selesa dan senang parking kereta. Dalam kedai terdapat pelbagai hasil laut yang segar dan memang murah-murah bagi saya. Saya beli pek-pek satay ikan dalam 4 bungkus untuk Rm 10.00 dan pek RM 10 dengan pelbagai produk mereka. Ikan bilis segar dan cantik-cantik lagi. Tapi, kurang bajet maka saya tidak beli ikan bilis segar itu! Lain kalilah ya. Jadi, mari lihat suasana kedai itu dalam gambar-gambar berikut. Sebelum balik ke rumah makcik, sempat kami lihat pekerja mengutip ikan yang dikeringkan di tepi jalan ini. Memang besar-besar ikannya. Stok setahun memang sempat! Alamat Kedai: Pemborong Hasil Laut anak Kampung Pangkor No 11-14, Lumut Pantai Impian, 32200 Lumut Perak. Tel Pejabat : 05 6920839
|
You are subscribed to email updates from di pangkor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |