Rabu, 18 Julai 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


SERABUT...: Ronda <b>di Pangkor</b>

Posted: 12 Jun 2012 11:52 PM PDT

Pangkor Island / Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.

Nota keyboard: 2 hari 1 malam rasanya tak cukup untuk menikmati keindahan pulau ni, lebih-lebih lagi bila drive dari JB ke Lumut pergi dan balik...hmmmm penat woooo so tak dapat nak cerita banyak :D

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Panas! BN menghina rakyat <b>Hutan Melintang</b> : Media Perak

Posted: 15 Jul 2012 05:45 AM PDT

Ingat lagi pasal perasmian balai bomba baru  Hutan Melintang yang aku pernah tulis aritu? Alhamdulillah, setakat ni aku tak dengar lagi ada kebakaran di kawasan kami ni. Harap-harap pun tak la. Tambah-tambah dekat-dekat nak puasa ni..nak raya pulak lepas tu kan?

Cuma yang tak sedap telinga aku mendengarnya ialah ada cerita di balik cerita. Macam ni. Hari tu aku cuma tulis perasmiannya dibuat oleh Raja Muda Perak. Yang datang mestilah ramai. Termasuklah pak-pak menteri dan mak-mak menteri. Zahid Hamidi ada. MB Zambry tu pun ada. Dia kan MB Perak walau pun hati aku masih berat nak mengaku dia sebagai MB aku.

Ok. Yang aku terpanggil nak buat susulan cerita ni sebab YB Kesavan, wakil rakyat DUN Hutan Melintang rupa-rupanya tak diundang masa perasmian tu. Mana aku tau? YB sendiri yang cerita pada aku dan sorang lagi team Media Perak. Dia hanya tau bila melihat banner-banner yang begitu banyak dipasang di merata tempat dari Teluk Intan sampailah ke Hutan Melintang. Dan dia berharap dari hari ke hari,  dia akan terima kad undangan. Tunggu punya tunggu, hampeh!

So, pada hari perasmian dia pun pergi. Sampai kat dalam , YB memperkenalkan diri di bahagian protokol. Depa tanya ada kad jemputan tak? YB kata dia wakil rakyat situ tapi dia takde terima apa-apa kad. Oleh kerana banyak sangat soal jawab, dia pun bergerak ke khemah orang awam. Tak lama lepas dia tercegat di situ sebab bangku semua dah penuh, datang la  sorang pegawai. Dia ajak YB masuk ke bawah khemah tetamu kehormat yang bersebelahan dengan pentas di raja.

Tapi  macam tadi, YB memberitahu dia tak nak ke sana sebab dia takde terima kad! Tak lama lepas tu, datang sorang lagi pegawai,yang pangkatnya agak besar sikit dari yang tadi, mengajak YB masuk ke bawah khemah kehormat. Sekali lagi YB menjawab dia tak akan masuk ke situ sebab dia tak terima jemputan secara rasmi. " Biarlah saya duduk bersama rakyat yang telah memilih saya sebagai wakil mereka..dan saya anggap kedatangan saya ini sebagai rakyat.." Maka terkulat-kulatlah pegawai tu mendengar jawapan YB Kesavan.

Setelah  YB berdiri sekian lama, majlis pun tamat. Raja Nazrin yang diiringi  Zahid Hamidi, Zambry dan orang-orang  kenamaan berjalan untuk menyantuni rakyat jelata. Bila sampai  di khemah orang awam, YB pun turut sama bersalam dengan Raja Muda! Yang bestnya YB menegur Raja Muda. " Ampunkan patik,Tuanku. Patik wakil rakyat Hutan Melintang datang sama-sama menyambut Tuanku walau pun patik tak dijemput secara rasmi.." Raja Muda menjawab, " Ohh..YB, I am happy to see you here..How are you? We talk about it later.."  Haaa…. Pucat pasi muka si Zahid Hamidi dan Zambry!

Ok. Itu kes pertama. Rupanya BN ni memang haprak. Aku tak tau apa ada dalam kepala otak depa? Pada 6hb.Julai yang lepas, satu upacara pecah tanah telah selamat dijalankan di sini. Orang Kampung Sg Ipil hinggalah ke Sungai Dulang bakal dapat jalan baru! Dan projek ni termasuk dalam DUN Hutan Melintang!  Sekali lagi YB Kesavan tak dijemput! Ni apa celop ni???? YB jugak yang ceritakan perkara ni  pada kami  di malam pelancaran bilik gerakan pilihanraya PR di Parit 11 , Sungai Sumun dua  minggu yang lepas.

Terang-terang ini projek Jabatan Kerja Raya Perak untuk rakyat Perak tapi korang tengok la..Semua projek dah jadi projek BN! BN benar-benar dah menghina rakyat Hutan Melintang dengan menafikan YB Kesavan sebagai wakil rakyat yang sah. Ate? Apa tunggu lagi? PRU 13 kita talkinkan semua konco-konco BN . Jangan dibagi peluang lagi walau sebesar hama.

Berani buat perubahan …^_^

Related posts:

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Geng KANGKANG mengganas <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 18 Jul 2012 08:23 PM PDT

Rakaman CCTV menunjukkan suspek wanita memasukkan barang yang dicuri ke dalam kain.
Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.

Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.

Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.

"Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.

"Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita.

Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya.

"Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.

"Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian," katanya.

Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit.

"Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan.

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Kirapu.blogspot: Reunion <b>di Teluk Batik</b>

Posted: 18 Feb 2012 10:24 AM PST

Kali ni reunion di teluk batik, lumut dengan kawan2 masa sekolah dulu. Dah lama sangat tak reunion, biasa kalau bejumpa waktu raya je..masing2 sibuk dengan kerja, kerja plak kat tempat org la katakan.

Waktu ni ada la dalam belas2 gak yg datang. Kira ok la, bukan senang nak kumpul balik setelah dekat 10 tahun habis sekolah. kebanyakan kitorang datang tak mandi pun sebab nak menghabiskan masa bersembang sampai la balik. Seperti biasa gak Teluk Batik ni sentiasa sesak dengan orang terutama waktu cuti umum macam ni.







07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Banjir <b>di Kampar</b> pulih sepenuhnya | Inimajalah dot com

Posted: 16 Apr 2012 02:42 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KAMPAR: Keadaan banjir di daerah ini kini pulih sepenuhnya dan baki 56 mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


hidup ini sementara: Bercuti <b>di Bukit Merah</b> Lake Town Resort

Posted: 28 May 2012 02:45 AM PDT

Cuti sekolah semester kedua datang lagi,tapi kali ini kami tak ke mana-mana sebab ada kenduri di kampung.Sekadar mengingati percutian dengan anak-anak dan en hubby pada cuti yang lepas dan sebagai rujukan kalau ada kekawan nak bawa anak ke sana.Pada CM Bukit Merah Lake Town ni tak kurang menariknya,tempatnya cantik ,dekat dengan highway dan makanan di sana harga masih terkawal dan banyak pilihan di gerai-gerai luar taman,cafe di dalam taman tema pun harganya masih boleh buat kita tersenyumm...kami dapat pakej murah masa beli di MATTA FAIR... 3 hari 2 malam hotel cuma rm 200 jerr,,,,pas tu kami dapat jugak pakej ke Orang Utan Island dan wet world dengan harga yg murah,so kalau nk jimat tapi percutian still best dan selesa rajin-rajin pi sekondeng pakej di Matta fair ,kena gigih mencari walaupun orang sangat ramai......
 My girl berpossing depan Taman Tema,dalam tu ada gerai-gerai jualan kraftangan,souvenir,massage booth dan macam-macam lagi
    Hari kedua anak-anak layan tengok binatang,ada rusa ada rabbit,ada ular sawa.ada pertunjukkan haiwan dan macam-macam lagilah kt situ,,,nama tempat ni lupa lah tapi kt dalam taman tu lah,,,anak-anak i sangat enjoy..

  ni tempat mama pulak....sementara hubby melayan anak kt swimming pool di hotel pagi sebelum check out ,,i dah buat appointment nk sental-sental badan,,hmmm spa ni memang cantik viewnyerr,,,,tapi servisnya i bagi 3 bintang jer lahh,,,best lagi atas rumah kedai kt pekan rumah i ni,,,hihiihihi
 mama dan anak-anak yg disayangi,,hubby pemalu tak suka interpremmm...
 ok masa untuk beremdammm sampai lebamm....
 anak-anak ai selagi tak kecut,biru n lebam takkan naik ,,penat woo melayan budak mandiii
ni harga untuk panduan tuan-puan 
Bersedia untuk menaiki boat ke pulau orang utan....kat situ ada beberapa ekor orang utan dari mak,bapak,kakak ,abang adik,,,ada sekor tu status bapak kot nama dia mike,,,dia ada 2 bini loor...kira poligami lah tuuu,,ada klinik orang utan...dan berbagai information tentang dunia orang utan disini.
ok kami dah nak checkout,,3 hari 2 malam yg indahh...
pas tu abah nak bawak pi Changkat Jering makan Mee Udang...Mee Udang Zetty namanya best woooo...
Bulan Jun nanti kami akan datang Perak lagi kali ni nak melawat tempat-tempat bersejarah,,,,kena tahu sejarah jugak sebab kami anak cikgu sejarahhh...hihihi
SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN YARRRR.......

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


SUARA PERAK: Ceramah <b>Di</b> Kg Bali, <b>Tronoh</b>

Posted: 04 Jul 2012 08:11 PM PDT

CERAMAH POLITIK DAP DUN TRONOH
Tempat        : Dewan Orang Ramai Kg Bali, Tronoh
Penceramah : Superman Hew Kuan Yau, YB V. Sivakumar
                      Sdr Ngoi Thiam Woh, Sdr Paul Yong, 
                      Sdri Wong May Ing
DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!!!

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Pertandingan Silat 2012 <b>Di Pengkalan Hulu</b> - Syurga Itu Indah

Posted: 17 Jul 2012 05:44 AM PDT

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Syurga Itu Indah. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bersyukur walaupun sekarang terlalu jarang update blog, masih ada pengunjung yang datang secara konsisten ke blog saya. Dengan carian ikan laga di google (link paling atas). Mungkin itu adalah hasil usaha saya selama beberapa tahun bermain blog…

Beberapa bulan yang lalu, saya telah diminta membawa pelajar-pelajar daripada daerah Kinta Utara untuk pertandingan silat di Pengkalan Hulu. Walaupun berat hati saya, saya akur dengan arahan. Sebab saya berasa berat hati adalah, saya bukanlah guru yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Dan saya tiada asas langsung dalam seni silat. Saya memang gemarkan seni bela diri, tetapi agak bosan menonton silat.

Memang terasa agak sedih apabila hanya saya seorang guru lelaki yang perlu menjaga 27 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada mulanya saya berasa agak bimbang. Bimbang saya gagal mengawal disiplin mereka. Bimbang perkara yang tidak enak berlaku. Tetapi jangkaan saya meleset. Alhamdulillah, mereka semuanya berdisiplin, terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Izzuddin. Boleh dikatakan mereka sangat matang. Tidak seperti golongan remaja yang baru meningkat naik, yang selalunya tidak beradab, tidak tahu menghormati orang lain dan gemar berkelakuan ala-ala gangster.

Tetapi ada yang kurang menyeronokkan. Saya berasa sangat terkilan kerana kemudahan tidak disedikan untuk guru-guru. Tempat menginap tidak ada kipas, tidak ada suiz untuk charge handphone, bahkan tandas tidak ada pintu! Inikah nasib seorang guru di Malaysia  yang boleh dikatakan tinggal di Negara yang membangun dalam segala aspek? Bila dipersoalkan, takut-takut saya dituduh tidak tahu bersyukur. Ya, benar ramai lagi guru seperti guru pedalaman yang terpaksa menanggung segala bentuk kepayahan. Tetapi sepatutnya di semenanjung Malaysia tidak ada masalah seperti ini. Kenapa pertandingan dilakukan di tempat yang tidak ada kemudahan? Sudahlah saya ni terpaksa datang, saya rela… Tetapi melihat layanan yang tidak professional menyebabkan saya seperti mahu menitiskan air mata. Bahkan layanan yang diterima sebaik sahaja sampai, seolah-oleh kami, guru-guru ni nak sangat datang ke sana. Tahu, jawatan mereka tinggi… Siapalah kami, sekadar guru biasa. Apa salahnya senyum, gunakan bahasa yang manis, dan memuliakan kami, seperti mana adab memuliakan tetamu. Gaya duduk dan berbual sesama mereka pun buat saya rasa meluat. Inilah budaya dan sikap orang berjawatan besar. Berpangkat sedikit, mulalah berlagak. Atas sebab itulah rasa hormat saya kepada golongan seperti mereka begitu tipis.

Baiklah, ada sesuatu yang menambat hati saya, dan ingin saya kongsikan dengan anda... Kebolehan pelajar-pelajar  Sekolah Menengah Izzuddin bermain alat muzik, sangat mengagumkan.  Saya sempat merakamkan sedikit video… 

Bagaimana? Kalau tengok live, lebih seronok… Baiklah, sampai sini dulu ye… Assalamualaikum.

SUMBANGAN FIDYAH DAN ZAKAT <b>DI PENGKALAN HULU</b>

Posted: 17 Jul 2012 09:15 PM PDT

SABTU 14/7/12 - Mudir dan beberapa sahabat KPMU telah berkesempatan memberikan sumbangan zakat dan fidyah kepada fakir miskin di kawasan Pengkalan Hulu, Perak.Mudah-mudahan dengan bantuan ini dapat memberikan mereka peluang menyambut Ramadhan kali ini dengan gembira.

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Ekspresi Diriku~: ~I-City <b>di Tanjung Malim</b>

Posted: 28 May 2012 07:42 AM PDT

Sampai sekarang tak pernah pergi I-City Shah Alam. Tau, sadis kan?! Teringin sangat nak pergi sana, sejak zaman universiti 2 tahun yang sudah. Sampai sekarang tak jejak lagi. 
Tapi tak pe lah, setiap kali jejak negeri Perak, mesti melintas kawasan yang ala-ala I-City Shah Alam. 
Tanjung Malim hebat!!!! *tetiba*

Jadi lah, walau hanya ada dalam 3-5 batang pokok bercahaya -____-
*Satu hari nanti mesti kena pergi jugak I-City. Tak kira!*

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Bukan Blog Kamu: Pemeriksaan ECHO <b>di</b> Hospital Seri <b>Manjung</b>

Posted: 10 Jun 2012 07:33 PM PDT

1 June yang lepas ditemujanjikan di spital manjung perak..
untuk diperiksa setelah 10 tahun dah tak cek.. cek pun sebab mengandung..
spital ini pernah didiami oleh cik asven saya satu ketika dahulu 
kerana beliau telah tereksiden di manjung kerana ingin pulang dari tempat
praktikalnya menuju ke rumahnya di kampung gajah...
kalau diceritakan punca kemalanggannya memang agak misteri..
beliau dengan baik hatinya menumpangkan 2 orang warga emas
yang duduk di bus stop yang ingin pulang ke rumah..
dalam perjalanan beliau eksiden dan 2 orang warga emas itu hilang..
setelah sedar dari kemalangan pelanggaran antara kereta dan kereta
sehingga terbabas ke longkang sehingga hancur kereta itu..
beliau menanyakan kepada maknya dan juga saya dimana orang tua itu..
hilang dengan misterinya sampai sekarang tak tau lah sape... mistik sungguh!
aiseh............... lari tajuk pulakkkkkkkkk...
sesampainya di hospital ini kami ketawa.. kerana banyak kenangan 
di hospital ini dan kawasan-kawasan terdekatnya....




di depan pintu untuk menunggu giliran.. nasib baik tak ramai...
pesakit tersenyum gembira di samping laki terchenta...
dah pagi gerak ke spital... memang mengantuklah nak menunggu...
tak tido pon tapi purak2 tido untuk merelaks hati yang gundah gulana...
baju pesakit sudah disalin.. saya bukan datang pakai baju ni pulak ye..
saya diarahkan untuk menukar baju ini supaya baju saya tidak kotor..
terbaring kesengihan sementara menanti doktor yang sedang membelek
buku pink di sebelah saya itu.. tidak kelihatan doktornya..
sekejap je ceknya.. ada la dalam 10-15 minit gitu..
dan selesai.. report pun dibagi dan kata doktor itu..
meskipun sudah lama.. tapi ia tetap ada.. cuma tidak seriyus
malah bila masa nak bersalin nanti mungkin akan dicek semula
bagi memastikan saya kuat untuk bersalin normal atau sebaliknya..
sepupu saya ada masalah yang sebijik macam saya jugak..
pun sama tak seriyus malah baru je lepas bersalin normal 2 minggu lepas...
harap saya pun mudah bersalin macam beliau jugak.. aminnnn..