Rabu, 8 Februari 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bagan datoh - Google Blog Search


opsyen: Beberapa hari <b>di Bagan Datoh</b> dan beberapa tempat yang <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 04:58 AM PDT





















makwe ni memang power


Ok, terimah kasih banyak banyak kat pozi kerana bagi bermalam kat rumah dia untuk beberapa hari. pozi ko memang power. Aku tak puas "makan" lagi kat sana. kehkehkeh. harap boleh ke sana lagi.

Apa lagi nak tulis ni?. ok takda dah. sambung tengok gambo kat sini

07 di parit buntar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di parit buntar - Google Blog Search


hari peladang penternak dan nelayan <b>di parit buntar</b>

Posted: 16 Jan 2012 04:42 AM PST

Bismillahirahmanirrahim...
alhamdulilah la masih dipanjang kan umur untuk incik hijau ni berblogging di Hijau Itu Bumi Tuhan lagi...
hari ni incik hijau ada story sikit pasai "hari peladang penternak dan nelayan peringkat kebangsaan" yang bertempat di parit buntar padang dearah jalan pekan lama parit buntar....sambutan nya sangat meriah la..ada permacam produk yang besar,sederhana dan kecil...
jentolak yang dulu nya mengunakan kerbau...sekarang sudah guna mesin fuhh maju kan..hahaha..


nenas bulat yang susah nak dapat di malaysia..
ikan kelisa or arwana merah


cendol santan sawit sedap jugak..



produk dari bukit gantang

nota hijau :- hari cuti di penuhi hangout dengan family...and sory photo ni ada yang kena rotate right tadi tapi stay jadi macam ni...

07 di seri manjung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di seri manjung - Google Blog Search


Bandar <b>Seri Manjung</b> Kurang Terurus, PBT Tidur Gamaknya – Perak <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 02:08 AM PST

Bandar Seri Manjung merupakan bandar transit dalam perjalanan ke jeti di Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Sama ada perjalanan dari Teluk Intan, Tapah, mahupun Ipoh, bandar Seri Manjung perlu dilalui sebelum tiba di jeti Lumut. Dengan kata lain, bandar ini menjadi 'back-up' kepada Lumut sekiranya perjalanan ke Pangkor tidak dapat diteruskan.

Malangnya, Seri Manjung kurang dipedulikan!

Tinjauan mendapati Seri Manjung yang berlatarbelakangkan mereka yang berkerjaya di Lumut serta Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia, mahupun sebagai pesara, kurang memperlihatkan kepentingannya. Biarpun susun atur bangunan di bandar tersebut terlalu mirip dengan Bandar Miri di Sarawak, namun faktor-faktor lain seperti perparitan, sampah sarap serta perkhidmatan hotelnya begitu daif.

Tahun ini adalah Tahun Melawat Perak. Dengan kata lain, Bandar Seri Manjung turut terlibat dan menjadi bandar penting dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012. Kerajaan Negeri telah menghabiskan jutaan ringgit untuk mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan di Perak, tetapi nampaknya Bandar Seri Manjung barangkali tidak termasuk dalam senarai. Mungkin juga perancang-perancang pelancongan di Perak memikirkan, bandar ini sama seperti Pekan Kepayang yang sudah bertukar menjadi pekan hantu walaupun yang membelah di tengah-tengah pekan tersebut adalah jalan persekutuan utama menuju ke selatan Semenanjung.

Sistem perparitan di Bandar Seri Manjung, terutama sekali parit utama, masih lagi parit tidak berkonkrit. Ketika tinjauan dibuat, parit yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Lumut, penuh dengan semak-samun, sampah dan air yang bertakung, bukannya mengalir. Sekaligus menjadikan parit tersebut sebagai tempat pembiakan aedes dan agen encephalitis yang cukup meriah. Mungkinkah Seri Manjung akan menjadi sangat terkenal setelah kes-kes denggi meningkat, kemudian barulah parit-parit tersebut dibersihkan dan diselenggara dengan sebaik-baiknya?

Seri Manjung berada dalam Parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang. Ahli Parlimen Lumut adalah Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri pula adalah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang sangat kritikal tentang kesalahan UMNO dan Barisan Nasional tetapi sangat terkenal kerana tidak pernah peduli dengan kawasan yang diwakilinya. Exco Pelancongan Perak pada zaman Pakatan Rakyat berkuasa di Perak adalah Kapten (B) Osman Jailu yang telah melompat, sekaligus meranapkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Manakala Exco Pelancongan pada zaman UMNO-BN adalah Dato' Hamidah Osman, Exco Kanan Perak.

Seharusnya Bandar Seri Manjung mendapat perhatian sewajarnya memandangkan ia adalah bandar satelit untuk lokasi pelancongan utama Perak iaitu Pulau Pangkor. Imej yang terdapat di Bandar Seri Manjung adalah imej pesara tentera laut. Masakan kerana ianya merupakan kawasan penempatan pesara, maka bandar itu juga kelihatan sangat longlai, kurang diberikan perhatian dan diuruskan secara sambil lewa?

Takkanlah kerana ia bandar pesara, maka bandar yang sangat strategik dari segi komersial itu terbiar begitu sahaja? Takkanlah tidak ada langsung produk-produk yang boleh diperkenalkan untuk menaikkan imej Bandar Seri Manjung? Malah, masakan Seri Manjung langsung tidak terdapat dalam peta lokasi pelancongan Perak?

Jumlah hotel yang wujud di Bandar Seri Manjung juga amat berkurangan. Walaupun sebagai bandar transit, Seri Manjung nampaknya tidak bersedia untuk ditumpangi oleh mereka yang singgah di bandar berkenaan. Masalah ketiadaan bilik di Bandar Seri Manjung, biasanya akan dipindahkan ke Lumut atau lokasi-lokasi lain seperti Teluk Batik dan Teluk Rubiah, iaitu dua lagi lokasi pelancongan penting di pantai negeri Perak yang juga menjadikan Seri Manjung sebagai transitnya.

Atau barangkali juga Bandar Seri Manjung memang akan dikekalkan dengan imej sebegitu sebagai daya tarikan pelancong?

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Rakaman video sambutan baik Rakyat terhadap Anwar Ibrahim <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 05:49 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video Anwar Ibrahim: Isu Homoseksual Dan Pro-Israel, Jawapan Anwar Ibrahim Terhadap Fitnah Baru umno flip flop.. Rakaman video suami mamee ijat beri tekanan kpd orang tengah untuk rasuah polis dalam ...

07 di slim river - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di slim river - Google Blog Search


Pengantin Baru SMKA <b>Slim River</b> | shakiddo.com

Posted: 28 Dec 2011 08:00 AM PST

Ahad lepas, sewaktu Hari Krismas, aku menghadiri satu majlis perkahwinan saudara di sebelah keluarga bapa mertua di Slim River. Mula-mulanya ingatkan di dewan biasa. Tapi majlis perkahwinan dilangsungkan di Dewan Saidina Abu Bakar, SMKA Slim River.

pengantin baru

pelamin di atas pentas

pemain kompang SMKASR

Tahniah kepada pasangan pengantin, Azhar dan Mishar sekeluarga kerana telah melangsungkan majlis ini di dewan SMKASR. Mudah dan jimat kan? Bagi cikgu sekolah yang nak kawin tu, boleh gunakan dewan sekolah, pemain kompang dan rewang dari anak murid. Best kan? Katering majlis ini pula di bawa khas oleh Karim Katering.

Selamat pengantin baru!!!

Selamat pengantin baru buat kedua-dua pasangan ini.. Happy selalu!

Dari kami:

Ex-SMKASAS dan keluarga Peket 20, Parit 3, Sungai Besar, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

07 di menglembu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di menglembu - Google Blog Search


SUKA2: CALON PARLIMEN <b>MENGLEMBU</b> DIKENALPASTI

Posted: 27 Jan 2012 07:54 AM PST

SULAIMAN: Akhirnya kita tau sapa calon Parlimen di Menglembu.

SALLEH: Sapa?????????????

SULAIMAN: Shahrizat Jalil!!!!!!!!!!!!!!!

07 di bukit gantang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit gantang - Google Blog Search


TERKINI! PERHIMPUNAN ANTI LIWAT <b>DI BUKIT GANTANG</b>

Posted: 13 Jan 2012 05:41 AM PST

Ramainya rakyat yang hadir. Jalan jam sebaik saja keluar dari tol Taiping. Aku sempat ambik gambar ni dari dalam kereta je la. Nak parking pun takde tempat.

Ini sebenarnya bukanlah perhimpunan anti liwat tapi sebenarnya perhimpunan PM TURUN PADANG JUMPA RAKYAT yang diadakan di Bukit Gantang.

Aku boleh gerenti la lepas Nizar tengok crowd mcm ni mesti dia bertambah meroyan punya. Tadi suang masa PM turun ke Shah Alam pun aku dengar dia mendapat sambutan luarbiasa.




07 di tapah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tapah - Google Blog Search


Anggota Tentera Antara Lima Ditahan Disyaki Curi Kabel TNB <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 02:12 AM PST


TAPAH, 8 Feb — Seorang anggota tentera adalah antara lima lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan Tapah dan Teluk Intan sejak setahun lepas.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan dalam operasi kabel di kawasan ladang kelapa sawit Changkat Rembian, Jalan Bidor di sini, semalam.

Anggota tentera terbabit adalah ketua kumpulan itu dan hasil siasatan mendapati lelaki terbabit telah lari daripada menjalankan tugasnya sejak empat tahun lepas, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Arshad.

"Polis menemui sebuah van dan kereta jenis Proton Satria, dua walkie talkie, dua telefon bimbit, sepasang t-shirt warna biru, 10 gulung kabel TNB, satu alat pemotong dan satu gergaji besi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah curi motosikal.

Abdullah berkata kumpulan itu disyaki terlibat dalam enam kes mencuri kabel di kawasan Tapah dan empat kes di Teluk Intan.

"Mereka memilih kawasan pedalaman yang jauh daripada kampung dan orang ramai bagi mengelak dikesan," katanya.

Abdullah berkata kesemua mereka ditahan reman sehingga 11 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan ketika sedang memotong besi pagar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KM 241.5 Landasan keretapi kawasan Bidor menghala ke Kuala Lumpur pada pukul 6.30 pagi Isnin lepas.

Abdullah berkata polis merampas lapan batang tiang besi pagar milik KTMB dan satu gergaji.

Seorang lagi rakannya dapat melarikan diri, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian jenayah agar menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau balai polis berhampiran.

07 di gerik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gerik - Google Blog Search


KAMBING BERWAJAH PELIK <b>DI GERIK</b>[GAMBAR]

Posted: 27 Nov 2011 08:00 PM PST

No of View :1735
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Anak kambing berwajah pelikGERIK – Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2, di sini.

Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.

Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

"Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk," katanya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

 Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.

Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.

Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.

"Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.

"Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Kenanganku (^_^): Hatiku <b>di Pengkalan Hulu</b>

Posted: 12 Jan 2012 09:19 PM PST


Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada semua . untuk entri kali ini , aku ingin menceritakan serba sedikit tentang tempat yang aku pernah membesar . tempat yang mulanya abang-abang aku kata pedalaman , lepas itu dah tak nak pindah-pindah dah . best sangat tempat ni , banyak memori tersimpan bersama rakan-rakan . nama tempat itu ialah Pengkalan Hulu .
  1. Pengkalan Hulu, yang dahulunya dikenali sebagai Keroh atau Keroh, merupakansebuah bandar di dalam daerah Hulu Perak, di utara Perak, Malaysia yang bersempadan dengan Thailand dan juga negeri Kedah. Bandar terdekat di sebelahThailand Betong di wilayah Yala.
  2. Walaupun digambarkan sebagai bandar sempadan, Pengkalan Hulu 7 km dari sempadan sebenar yang terletak di Bukit Berapit, di mana kastam Malaysia, imigresen dan kuarantin stesen terletak. 
         aku pindah Pengkalan Hulu masa aku darjah 3 (pertengahan tahun 2003) , aku pindah dekat dengan chalet tepi tasik (kalau korang tahu , dekat dengan masjid , sekolah) lepas tu , aku pindah dekat perumahan kastam , taman mawar . ingat lagi macam mana jalan dekat taman tu . aku sebernanya pemalu tapi dengan bantuan anak cikgu dekat sekolah aku *yang duduk satu taman* so , aku pun berkenalan dengan kawan-kawan aku . biasalah kecik-kecik , umur diorang aku tak tau pun . :P kawan dengan budak lelaki , main badminton . bestnya . hikhik , aku teringat ada seorang budak ni , *waktu malam* dia kata kalau dia masuk syurga dia nak mintak kehidupan yang sama dia alami ketika itu . hakhakhak , kelakar tapi sebernanya aku pun mintak yang sama . mustahil kan ? dalam banyak-banyak kawan , aku teringat kat seorang ni , Zati Nabilah . kawan baik aku dekat sana . :D lost contact , dia selalu tukar nombor . tak bagi tahu aku pulak tuh . hikhik . 
              banyak sebernanya pengalaman aku dekat sini , tempat aku membesar menjadi seorang manusia .  tempat aku belajar naik basikal . hikhik . mengenali setiap orang kat sini buat aku rasa , betapa indahnya dunia . *dramatiknye ayat* hikhik , tapi memang best . bak kata kawan-kawan aku , "terbaik dari ladang" . antara kenangan terindah aku , makan ABC dekat kedai mak cik dengan Bella . rindu giler nak makan bekal dengan Ade , rindu nak naik basikal turun bukit , rindu nak main kejar-kejar , rindu nak sembang-sembang . hikhik *ada gelak gatal di situ*
         satu-satunya kawan lelaki aku dekat Pengkalan Hulu yang aku masih contact ialah Muhammad Khairul Ikhwan . itu pun sebab , aku bodek abang aku mintak nombor . sebab kawan-kawan yang lain tak de connection macam dia ni . :P hikhik , macam alasan ann , nope . itu bukan alasan tetapi kebenaran . hikhik . apa-apa pun aku RINDU Pengkalan Hulu dan aku akan kembali kesana semula *InsyaALLAH* :)
HATIKU DI PENGKALAN HULU ! ! :D

07 di manjung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di manjung - Google Blog Search


Kerajaan bantu 194 mangsa ribut <b>di Manjung</b> – Perak Today

Posted: 04 Feb 2012 07:07 PM PST

Nasib mangsa kejadian ribut yang membabitkan 194 rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mendapat perhatian segera daripada kerajaan negeri.

Petang semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turun padang sekali lagi untuk meninjau kerja membaiki bumbung yang rosak teruk akibat dipukul angin puting beliung.

Katanya, kawasan perumahan itu berada di laluan kepala angin yang menyebabkan sering berlaku ribut secara tiba-tiba dan kejadian terbaru petang kelmarin merupakan yang keempat setakat ini.

"Saya sendiri telah melawat dan melihat sendiri kesan kerosakan pada malam kejadian itu dan mengarahkan supaya kerja membaiki bumbung dilakukan dengan segera dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Dalam tempoh dua hari ini, kita lihat 40 peratus bumbung yang rosak telah diperbaiki dan ketika ini sedang menunggu bekalan yang dilaporkan habis secara tiba-tiba," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, setiap keluarga katanya, menerima RM200 sebagai bantuan segera dengan kos keseluruhan RM40,000 di bawah Tabung Bencana Alam negeri Perak.

"Bantuan RM300 juga disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar dan ini bermakna setiap keluarga masing-masing menerima RM500 daripada kerajaan negeri bagi membeli keperluan rumah yang rosak akibat kejadian itu.

"Dua syarikat besar yang beroperasi di sini iaitu Boustead dan Vale masing-masing menyumbang RM10,000 bagi meringankan beban mangsa dan ia akan diuruskan oleh Pejabat Daerah," katanya lagi.

Zambry berkata, kejadian itu juga menyebabkan surau dan sekolah agama rakyat rosak teruk dan perlu dibaiki segera.

Sehubungan itu, kerajaan negeri tegasnya, akan membiayai kos membaiki surau itu terutamanya di bahagian balai lintangdengan segera.

Petang Khamis lalu, sebanyak 119 buah rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mengalami kerosakan bumbung selain peralatan perabot serta elektrik selepas di basahi air hujan dalam kejadian kira-kira 6.15 petang.

Kejadian itu merupakan paling buruk berlaku sejak setahun lalu, di mana sebanyak lima kejadian ribut dilaporkan berlaku di situ termasuk pada Julai tahun lalu yang melibatkan sebanyak 52 buah rumah penduduk di kawasan perumahan yang sama.

Seorang lagi mangsa, Shaari Zaini, 42, berkata selain mengalami kerosakan di bahagian bumbung rumah, cermin belakang kereta jenis Kancil yang diletak di depan rumah turut pecah akibat terkena serpihan atap yang berterbangan dalam kejadian tersebut.

"Selain cermin kereta, beberapa keping cermin tingkap rumah turut pecah selepas dilanggar serpihan sampah sarap yang berterbangan itu.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada seorang pun ahli keluarga cedera akibat kaca tingkap yang pecah itu," katanya.

Sementara itu,  Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rashidi Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam, hampir 200 buah rumah penduduk di Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) terlibat dalam kejadian tersebut.

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved