Rabu, 8 Februari 2012

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Kerajaan bantu 194 mangsa ribut <b>di Manjung</b> – Perak Today

Posted: 04 Feb 2012 07:07 PM PST

Nasib mangsa kejadian ribut yang membabitkan 194 rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mendapat perhatian segera daripada kerajaan negeri.

Petang semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turun padang sekali lagi untuk meninjau kerja membaiki bumbung yang rosak teruk akibat dipukul angin puting beliung.

Katanya, kawasan perumahan itu berada di laluan kepala angin yang menyebabkan sering berlaku ribut secara tiba-tiba dan kejadian terbaru petang kelmarin merupakan yang keempat setakat ini.

"Saya sendiri telah melawat dan melihat sendiri kesan kerosakan pada malam kejadian itu dan mengarahkan supaya kerja membaiki bumbung dilakukan dengan segera dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Dalam tempoh dua hari ini, kita lihat 40 peratus bumbung yang rosak telah diperbaiki dan ketika ini sedang menunggu bekalan yang dilaporkan habis secara tiba-tiba," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, setiap keluarga katanya, menerima RM200 sebagai bantuan segera dengan kos keseluruhan RM40,000 di bawah Tabung Bencana Alam negeri Perak.

"Bantuan RM300 juga disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar dan ini bermakna setiap keluarga masing-masing menerima RM500 daripada kerajaan negeri bagi membeli keperluan rumah yang rosak akibat kejadian itu.

"Dua syarikat besar yang beroperasi di sini iaitu Boustead dan Vale masing-masing menyumbang RM10,000 bagi meringankan beban mangsa dan ia akan diuruskan oleh Pejabat Daerah," katanya lagi.

Zambry berkata, kejadian itu juga menyebabkan surau dan sekolah agama rakyat rosak teruk dan perlu dibaiki segera.

Sehubungan itu, kerajaan negeri tegasnya, akan membiayai kos membaiki surau itu terutamanya di bahagian balai lintangdengan segera.

Petang Khamis lalu, sebanyak 119 buah rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mengalami kerosakan bumbung selain peralatan perabot serta elektrik selepas di basahi air hujan dalam kejadian kira-kira 6.15 petang.

Kejadian itu merupakan paling buruk berlaku sejak setahun lalu, di mana sebanyak lima kejadian ribut dilaporkan berlaku di situ termasuk pada Julai tahun lalu yang melibatkan sebanyak 52 buah rumah penduduk di kawasan perumahan yang sama.

Seorang lagi mangsa, Shaari Zaini, 42, berkata selain mengalami kerosakan di bahagian bumbung rumah, cermin belakang kereta jenis Kancil yang diletak di depan rumah turut pecah akibat terkena serpihan atap yang berterbangan dalam kejadian tersebut.

"Selain cermin kereta, beberapa keping cermin tingkap rumah turut pecah selepas dilanggar serpihan sampah sarap yang berterbangan itu.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada seorang pun ahli keluarga cedera akibat kaca tingkap yang pecah itu," katanya.

Sementara itu,  Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rashidi Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam, hampir 200 buah rumah penduduk di Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) terlibat dalam kejadian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan