Khamis, 22 September 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Mydin labur RM50j <b>di Manjoi</b>

Posted: 14 Aug 2011 01:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PENGENDALI pasar raya besar Mydin, Mydin Mohamed Holdings Bhd, memecah tradisi apabila membina sebuah pasar raya besar di Gugusan Manjoi, Ipoh iaitu perkampungan Melayu terbesar di negara ini.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


zainal-abas

Posted: 22 Sep 2011 03:11 PM PDT

as salam.
selain dari bahan yang terdapat dalam blog ini, anda juga boleh mengenali saya melalui blog saya atas nama KASAJIZA. BLOGSPOT.COM. atau ZAINALABAS.BLOGSPOT.COM. Terima kasih.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: &#39;Miss Bikini&#39; <b>di Pangkor</b>.. Jawapan dari <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 11:00 AM PDT

Ini adalah artikel yang disiarkan oleh seorang Blogger yang di syaki sebagai 'Blogger Belaan Zambry' (gambar diakhir entry) mengulas tentang isu "Miss Bikini" yang bakal berlangsung di Pulau Pangkor, Perak.

Menteri Besar Perak adalah Zambry Kadir dan ADUN bagi Pulau Pangkor adalah Zambry Kadir sendiri manakala Exco Pelancongan Perak pula adalah Hamidah Osman mereka adalah pemerintah yang berkuasa di negeri Perak.

Segala aktiviti bercorak hiburan yang bakal berlangsung di Perak pasti memerlukan kebenaran dari mereka dan ianya sudah tentu diketahui oleh mereka tambahan pula Zambry Kadir sendiri adalah ADUN bagi Pangkor.


Tetapi di dalam artikel yang ditulis oleh 'Blogger Belaan Zambry?' ini Ngeh Koo Ham dan juga Nga Kor Meng kedua-duanya dari DAP/PR Perak yang kini menjadi pembangkang sekaligus kehilangan kuasa untuk memerintah di tuduh sebagai dalang utama disebalik penganjuran 'Miss Bikini' itu.

Mungkin kerana terdesak untuk mempertahankan Bossnya atau beliau menulis dalam keadaan mabuk blogger tersebut juga telah mendakwa bahawa kuasa utama di Perak adalah DAP yang mana dakwanya DAP bukan sahaja menguasai politik dikalangan Pakatan Rakyat malah mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO/BN..

Bacalah..

GEMPAR! PENGANJUR PESTA BIKINI DIDALANGI NGEH-NGA!

Full Moon Beach Party yang bakal dilangsungkan pada 7 dan 8 Oktober di Pangkor Beach Resort nanti sebenarnya mempunyai signifikan yang tersendiri. Bahkan sebenarnya dilihat sebagai cara atau kaedah untuk menjahanamkan nama Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sekaligus ADUN Pangkor dan Hamidah Osman yang merupakan Exco yang berkaitan dengan pelancongan.

Sudah tentulah, puak yang ingin benar melihat pertembungan antara Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman menjadi kenyataan adalah Ngeh-Nga bersaudara yang digerakkan menerusi mulut-mulut dan tangan-tangan PAS serta PKR Perak.

Baiklah, dalam soal ini, kita tidak boleh menyalahkan PAS. PAS tidaklah sebijak mana pun di Perak. Kalau setakat pemikiran macam Ahmad Awang, aku tak fikir ancaman itu terlalu besar. Apatah lagi, PAS bersembang besar di Perak kerana satu kebetulan. Kebetulan yang akhirnya menyaksikan Nizar Jamaluddin naik sebagai Menteri Besar boneka yang digerakkan oleh Ngeh-Nga dalam setiap tindak-tanduknya.

Perlu diingat, kuasa utama di Perak adalah DAP. DAP bukan sahaja menguasai politik sama ada di kalangan Pakatan Rakyat, bahkan turut mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO-BN yang menjadi kerajaan negeri. DAP juga merupakan antara dalang utama dalam permainan politik hiburan seperti yang bakal dilangsungkan di Pangkor Beach Resort.

DAP tidak seperti UMNO atau PAS yang sangat mudah membuka mulut dan berbangga dengan apa-apa yang mereka lakukan. Perhatikan sahaja bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Lim Guan Eng akan berbangga-bangga dan bercakap besar apabila ianya membabitkan orang Melayu dan Islam. Namun apabila membabitkan kaum chauvinist, Lim Guan Eng akan cepat-cepat menutup mulut dan berpura-pura tuli.

Justeru, ramai yang percaya, rancangan untuk memalukan Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman di Pangkor sebenarnya didalangi oleh Nga-Ngeh. Kedua-dua bersepupu ini adalah kuasa utama yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan polemik dan membuktikan bahawa kerajaan Zambry Abdul Kadir sebenarnya tidak sepandai dan sepintar mereka.


'Blogger Belaan Zambry?'

Kenapa aku label beliau sebagai 'Blogger Belaan Zambry?' sila baca di SINI

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


<b>TROLAK</b> SELATAN: Beraya <b>di</b> JB (Jalan Banjar) Masjid Tinggi ...........

Posted: 06 Sep 2011 08:07 AM PDT

Pada hari raya ke-3 rumah mentua di JB (Jalan Banjar)Masjid Tinggi telah diadakan majlis kenduri arwah dan tahlil yang telah menjadi kelaziman setiap kali sambutan hari raya aidilfitri.

Pada malamnya, telah diadakan BBQ arnab bersama-sama adik-beradik yg turut sama pulang ke kampung. Untuk mengumpulkan kesemua 16 orang adik beradik bukanlah sesuatu yg mudah. Hanya dalam kesempatan berhari raya ini sahajalah peluang terbaik untuk berjumpa dan berkumpul.

Kepada mak, ayah, adik-beradik, saudara-mara dan kulaan di JB : Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Jangan lupa datang ke "South True Luck".












<b>TROLAK</b> SELATAN: Sambutan Hari Raya <b>di</b> SKTS..........

Posted: 09 Sep 2011 07:01 AM PDT

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


4 Penjenayah di tembak mati <b>di Ipoh</b>. » Perak News - Your Online <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 09:03 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]4 Penjenayah di tembak mati di Ipoh. September 20, 2011 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> ...

4 Penjenayah Ditembak Mati <b>Di Ipoh</b>

Posted: 19 Sep 2011 07:52 PM PDT

IPOH – Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di sini, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.

"Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi, Selasa.

Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang.

Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut.

Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lepas.

Polis akan mengadakan sidang akhbar petang ini berhubung kejadian tersebut. – BERNAMA

Related posts:

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


CSR Got CNY 150mn Order from Camrail | CameroonOnline.org

Posted: 22 Sep 2011 04:51 AM PDT

BEIJING, Sep 22, 2011 (SinoCast Daily Business Beat via COMTEX) –

Information from CSR Corporation Limited (shse:601766) on September 22 showed CSR Nanjing Puzhen Rolling Stock Co., Ltd. got a 38-passenger vehicle order from Camrail of Cameroon. The contract has taken effect.

CSR Nanjing Puzhen mainly concentrates on passenger train market in Africa, and owner of the Cameroon passenger vehicle project is Camrail.

These vehicles include passenger carriages, dining carriages and luggage carriages, which are worth CNY 150 million totally.

Located in Midwest of Africa, Republic of Cameroon neighbours the Gulf of Guinea in the southwest. The country owns 3 railroad trunklines and they are 1173 kilometers long. Equipment condition of passenger transportation in Camrail will be improved after the delivery of those new vehicles.

Middle East North Africa Financial Network

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


URA to put up <b>Bukit Merah</b> hotel site for sale | Wealth Bingo - Stock <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 11:57 AM PDT

 
1a489 phpenUvxC URA to put up Bukit Merah hotel site for sale
 

c2b52 dotline 240 URA to put up Bukit Merah hotel site for sale

 
 
 




SINGAPORE: The Urban Redevelopment Authority (URA) announced on Thursday that it will put up a hotel site at Jalan Bukit Merah/Alexandra Road for sale via public tender.

It has accepted an application from a developer after receiving a committed minimum bid of S$98 million.

URA said as the minimum price committed for the site is acceptable to the government, it is releasing the Reserve List site for sale by tender.

The land parcel is located at the junction of Alexandra Road and Jalan Bukit Merah and was first put on the Government Land Sales Programme Reserve List four years ago.

The 99-year leasehold land has a site area of about 7,950 square metres and a maximum permissible gross floor area of about 22,250 square metres.

It is linked to the rest of the island via Ayer Rajah Expressway and is served by the nearby Queenstown and Redhill MRT stations.

URA will launch the public tender for the site in about two weeks, and the tender period will be about eight weeks.

- CNA/al

<!– Zone Tag : Channel News asia In Text

innity_pub = "66368270ffd51418ec58bd793f2d9b1b";
innity_zone = "12251″;
innity_width = "**";
innity_height = "**";
innity_country = "SG";

–>

Article source: http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebusinessnews/view/1154921/1/.html

Tags: , ,

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


PM meriahkan karnival <b>di Tanjung Tualang</b>, Sabtu | peraktoday.com

Posted: 21 Sep 2011 11:48 PM PDT

Orang ramai diminta tidak melepaskan peluang melihat dan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencuba kebolehan memancing udang galah di sebuah kolam pada program Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang, kira-kira 50 km dari Ipoh sempena lawatan sehari ke Perak, Sabtu ini.

Program itu adalah sebahagian acara menarik disediakan sepanjang karnival berkenaan yang bermula jam 7 pagi hingga 11 malam dan dijangka dihadiri 20,000 hingga 30,000 pengunjung.

Selain merasmikan karnival itu kira-kira jam 11 pagi, Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, dijangka turut menanam pokok tualang di SJKC Thung Hon dan beramah mesra dengan penduduk setempat dalam program Walkabout.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong, berkata rakyat di sini amat teruja kerana inilah julung kali seorang Perdana Menteri turun padang ke Tanjung Tualang.

Katanya, program dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan itu juga bertujuan mempromosikan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan.

"Sepanjang karnival itu, pelbagai program diadakan seperti pertandingan memancing udang galah, futsal, bola keranjang, melukis, mewarna gambar udang galah serta persembahan kebudayaan dan nyanyian pelbagai kaum," katanya di SJKC Thung Hon Tanjung Tualang, semalam.

Sementara itu, lawatan sehari Perdana Menteri ke Perak bermula dengan program Sepagi Bersama Perdana Menteri dan Jamuan Aidilfitri di Taman Soon Choon, di Ipoh.

-BERITA HARIAN

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Red Ink: [Parlimen <b>Sungai Siput</b>] Laporan Polis Untuk Pembebasan <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2011 01:45 AM PDT



 Hari ini 16/7/2011, kempen laporan polis terhadap pihak kerajaan dan polis yang menyalahgunakuasa menangkap PSM EO6 , telah dibuat mula dibuat di seluruh negara dan di Perak, kempen ini dimulakan di balai polis IPD Ipoh yang dihadiri antara lainnya Sdr Rani, ahli Pusat PSM, Menteri Besar sah Perak, YB Dato Sri Nizar, YB Lee Boon Chye, rakan seperjuangan dari PSM, DAP, Keadilan dan PAS. Turut hadir kumpulan sokongan NGO dan perseorangan yang membuat laporan polis tersebut.

Format Umum Laporan ialah : 
1.                 DATUK HISHAMUDDIN, MENTERI DALAM NEGERI;
2.                 TAN SRI ISMAIL OMAR,  KETUA POLIS NEGARA,;
3.                 DATUK KHALID ABU BAKAR,TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA,
PENAHANAN TIDAK SAH 6 ORANG AHLI PSM : DR.JEYAKUMAR, CHOO CHON KAI, SARATBABU, SARAVATHY, LETCHUMANAN & SUKUMARAN DI BAWAH ORDINAN DARURAT
Saya ___________________________ no kad pengenalan ____________  ingin membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar kerana:
1.    Telah menangkap 6 orang ahli dan aktivis PSM di bawah Ordinan Daururat (EO) yang tiada hak untuk membela diri dan dibicarakan di Mahkamah dan biasa digunakan terhadap penjenayah berat. .
2.    Melakukan penyiasatan dan penderaan  ala ISA walaupun ke-6 mereka di tahan di bawah EO.   
3.    Telah membuat tuduhan palsu dan cuba mengaitkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang mereka tidak terlibat seperti melancarkan perang keatas DYMM Agung atau memulihkan PKM antaranya.
4.    Risau akan keadaan kesihatan mereka memandangkan mereka berada ada dalam sel berasingan
5.    Penahanan tanpa bicara dibawah EO/ISA  adalah satu pencabulan hak asasi manusia dan dikutuk oleh semua Institusi hak Asasi Antarabangsa dan oleh semua amalan agama di dunia,.
Saya/Kami sebagai rakyat Malaysia amat kecewa dan dukacita atas penahanan keenam aktivis ini. Saya meminta mereka dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah terbuka dengan serta merta. Saya membuat aduan polis ini kerana ke 6 ahli aktivis PSM ini ditahan secara tidak sah. Saya bimbang akan keselamatan mereka dan membuat aduan polis ini kerana mahukan mereka dibebaskan dengan serta merta atau didakwa di mahkahmah.

--
Posted By Pemuda Sosialis to Parlimen Sungai Siput at 7/16/2011 12:10:00 AM


07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


ANWAR <b>DI PASIR SALAK</b> - MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 20 Sep 2011 07:38 AM PDT


Langkap 19 Sep. 2011 - Kehadiran DSAI di majlis Jamuan Makan Malam Adilfitri kelolaan Parti Keadilan Cabang Pasir Salak, telah memberi satu kekuatan kepada parti tersebut, sudah tentu peluang ini digunakan oleh DSAI untuk merungkai beberapa isu semasa seperti siapa kominis, janjian Buku Jingga serta perasaan benci kepada UMNO yang tak habis-hakib dengan isu lucahnya.
Mengapa mereka tak berani bertanding secara anak jantan?


Tidak ada siapa pun yang menapikan Pasir Salak adalah kawasan lahirnya pejuang Melayu yang rela dan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air. Siapa tak kenal Puntum, Maharaja lela, Dato Sagor, mereka adalah pejuang yang menentang British dan berjaya membunuh JWW Birch. Rakyat juga perlu ingat bagaimana pertelagahan anrata Kumpulan Hai San dan Gee Hin di Larut yang memaksakan satu perjanjian di meteri - Perjanjian Pangkor 1987. Perjanjian ini lebih memetingkan keperluan dan hak British. walau pun Raja-raja Melayu di Lantik sebagai penasihat tapi segala arahan British pihak Istana perlu patuh.Menuntut kemerdekaan dengan perjuangan adalah lebih penting lagi kerana kemenangan cara itu adalah kemenangan cara mutlak, tapi bagi UMNO dengan peranan di mainkan oleh Dato Onn dan Tengku mereka lebih berminat cara rundingan kerana pada masa yang sama mereka adalah " kakitangan " pihak British.

Apakah dengan cara ini kita tidak di jajah?

Bagi PR ( Pakatan Rakyat ), kita bersedia untuk menghadapi PR 13 ini bila-bila masa sahaja dan yang pentingnya, Kerajaan BN/UMNO perlu iklas dan mengadakan PRU itu sebersih yang mungkin, elatkan dari tipu muslihat. Semua daftar undi, semua senarai pemilih, siapa yang layak memilih telah dibuktikan dengan pendaftaran yang sah, Tapi malangnya pada PRU13 ini, peranan yang di mainkan oleh SPR & Jabatan Pendaftaran Negera amat mengecewakan sekalik. Adalah kalangan Pendatang Asing yang bagitu mudah untuk mendapatkan kerayaktan dan boleh mengundi di PRU nanti. Apakah ini yang di nyatakan oleh Najib. " kita akan pertahankan Putra Jaya hingga ke titisan darah terakhir "

PR ( Pakatan Rakyat ) melalui Buku Jingganya akan memastikan rakyat menikmatai kehidupan yang serba " mewah " dengan kekayaan yang ada pada masa kini. PR akan " merakyatkan " ekonomi negara. " Malam itu diumumkan PR memerintah dan Putra Jaya di huni, esok harga minyak akan turun, semua permit teksi yang di miliki oleh orang tertentu dan di usahakan oleh orang lain, juga serta merta akan diserahkan kepada mereka yang memandunya "Permuafaktan kalangan Rakyat amat di perlukan untuk memastikan rakyat dapat hidup aman damai - Melayu, Cina dan India khususnya di Semenanjung dan Iban, Dayak, Orang Ulu serta lain-lain ethnik perlu bersatu. Permuafaktan ala UMN / BN ternya sekali lebih mementingkan Ketuanan Melayu - dan Ketuanan Melayu itu pula hanya diperuntukan untuk segolongan kecil Melayu sahaja.


Peristiwa 1998, di mana saya dipecat dengan bagitu aib sekali, dan akhirnya terbukti tidak bersalah cara Mahathir memecat saya kini diulangi oleh Najib.
Mereka sudah tidak ada cara lain untuk untuk memusnahkan politik saya, yang ada cuma melaksanakan fitnah sex sahaja. Kini timbul pula liwat 2, juga di paparkan dengan vidoe pula. Apakah ini cara mereka berpolitik? kenapa tidak berdepan dengan cara gentlemen? Kalau di teliti apakah kalangan mereka seperti Najib, Rais Yatim, Tajuddin ( hanya contoh ) cukup bersih.



Cukup memualkan dengan kes Najib dengan Rosmah? selain dari isu scorpene, isu cincin, isu gadis Monggolia, Rais pula dengan amah Indonesia, Tajuddin pula isu 6 million dollarman, tapi oleh kerana mereka pemimpin dan ketika ini mereka memerintah, semuanya boleh ditutup dengan mudah sekali.

Inilah masalahnya, semua permasalahan yang ditimbulkan oleh kepimpinan pemerintah di pertahankan oleh setiap agensi kerajaan, dari badan kehakiman, pihak berkuasa langsung tidak memberikan apa-apa tekanan, cukup sekadar mereka hanya menafikan setiap pertuduhan malahan tanpa di ajukan siasatan seterusnya.

Untuk itu tuan-puan perlu berfikir apakah kepimpinan dan kerajaan yang ada masa kini perlu diberikan tanggongjawab untuk meneruskan pemerintahan?

" tidak " sahut orang ramai.

" bolehkah " PR memerintah selepas PRU13 - tanya DSAI

" Boleh " jawab mereka sepontan.

Sekian, terima kasih saya akan meneruskan perjalanan ke Hutan Melintang dan di fahamkan akan merima ahli baru untuk PKR.



07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Geng Dol Tumpas <b>di</b> tepi jejantas Jalan Kampung Changkat Larang. |

Posted: 20 Sep 2011 06:18 PM PDT

No of View :98

Empat anggota Geng Dol yang mengganas di Perak dengan melakukan 18 samun, pecah rumah dan rompak sejak awal tahun ini, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan polis di Jalan Kampung Changkat Larang, Batu Gajah, dekat sini, malam kelmarin.

 Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, empat lelaki dipercayai warga asing yang bersenjatakan sepucuk pistol buatan sendiri dan tiga parang ditembak apabila cuba menyerang polis selepas kereta yang dinaiki tersekat di jalan mati.

 Sebelum itu, mereka menaiki kereta Proton Waja berwarna perak memecut laju dan melanggar bahu jalan apabila cuba diperiksa sepasukan polis di tepi jejantas Jalan Kampung Changkat Larang.

Selepas dikejar polis kira-kira 15 minit sehingga ke jalan mati, suspek bertindak memberhentikan kenderaannya sebelum mengundur sehingga melanggar bahagian depan kereta polis sambil melepaskan tembakan ke arah kereta polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, berkata polis yang bertindak balas bagi mempertahankan diri kemudian berjaya menembak mati keempat-empat penjenayah terbabit yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.

Katanya, polis turut menemui dua komputer riba, tiga telefon bimbit, tiga jam tangan serta beberapa barangan kemas dalam kereta dan pada tubuh suspek, dipercayai hasil rompakan bernilai kira-kira RM13,000 yang dilakukan di sebuah rumah di Menglembu kira-kira jam 2.30 pagi semalam (kelmarin).

Beliau berkata, turut ditemui pelbagai jenis barangan kemas lain, dipercayai hasil rompakan di Sungai Siput dua hari lalu selain wang tunai RM1,870.

"Polis masih menyiasat identiti penjenayah terbabit berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Siasatan awal mendapati kereta Proton Waja digunakan kumpulan terbabit adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Ipoh pada 30 Mac lalu," katanya, semalam.

Shukri berkata, berdasarkan kepada modus operandi dan barang kes ditemui serta dicam mangsa samun dan rompakan sebelum ini, polis percaya 18 kes samun, pecah rumah dan rompakan dilaporkan di Daerah Ipoh, Batu Gajah, Sungai Siput, Manjung dan Perak Tengah berjaya diselesaikan.

Katanya, dalam kebanyakan kes anggota Geng Dol itu hanya menutup mulut mereka menggunakan kain ketika melakukan jenayah dengan kadang kala menggunakan topeng dan polis masih menyiasat sama ada terdapat anggota lain kumpulan itu yang masih bebas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan, katanya.

Artikel ini juga boleh di baca di blog ini..BLOG INFO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Semrawutnya <b>di</b> Perlintasan KA <b>Tambun</b> Bekasi | Poskotanews.com

Posted: 21 Sep 2011 09:54 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SETIAP hari pasti ada yang celaka. Ya terpeleset atau mogok," kata Heru, satu pengojek mengomentari kondisi perlintasan re kereta api di Tambun, Bekasi,

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


YB membela Tonto dadah <b>di Kuala Sepetang</b> | peraktoday.com

Posted: 21 Jun 2011 06:19 AM PDT

Ini kisah yang tak ingin kita dengar tetapi terpaksa dikongsikan di sini untuk dijadikan penilaian kita

Ini kisah mantan YB Kuala Sepetang ( Port Weld) Perak yang bawa seorang anggota Rela duduk di sana. Anggota Rela tersebut adalah seorang tonto pengedaran dadah dan kini menetap di Kampung Seberang

Baru baru ini anggota keselamatan telah membuat satu operasi di kampung tesebut.

Si tonto ini pun mula masuk daun kononnya dia adalah pegawai Rela yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung dan mula sebuk menyebuk dan mengganggu tugas pasukan keselamatan

Akibahnya. tauke dadah berjaya melarikan diri dari kepungan pihak keselamatan. Semunya gara gara angkara pegawai Rela yang menjadi tonto.

Kerana geram dengan tonto tadi, seorang anggota keselamatan telah menolak tonto tersebut.

Akibat daripada kejadian itu, si tonto laknat itu membuat laporan kononnya dia ditumbuk dan dipukul teruk oleh anggota keselamatan.

Paling tak seronok ialah mantan YB tersebut telah membawa tonto ke balai polis. Kononnya untuk menjaga hati pengundi Kg Seberang tetapi apa pula yang jadi kepada adun Pkr yang menjadi YB sekarang? Nak duduk saja kah kalau dah tahu tempatnya menjadi sarang penagih dan lokasi penjualan dadah secara besar-besaran.

Apakah Mantan YB dan YB sekarang bersekongkol dengan taiko pengedaran dadah. Adakah mereka mendapat habuan masing-masing.

Kuala Sepetang dari zaman mantan jadi YB sehingga jatuh ke tangan PKR, Kuala Sepetang terkenal sebagai kawasan hitam pengedaran dadah. pembeli dan pengedar dadah akan ke sana untuk mendapatkan bekalan. Malah nelayan juga hanya digajikan dengan dadah.

Oleh kerana sikap kedua-dua pemimpin yang membela taico dadah, jumlah penagih dari Kuala Sepetang sampailah ke Kampung Dew, Selingsing semakin parah.

Dengar cerita dari orang kampung terdapat dan ada cawangan baru jual dadah ditempat bakar arang dan  ramai juga orang luar datang untuk mendapatkan bekalan dadah dari situ

Selain dari dadah , Kuala Sepetang juga terkenal dengan tempat pembelian minyak subsidi nelayan, masih ingat pendedahan Razak Baba?

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Program pengedaran risalah dan Bendera Malaysia <b>di</b> pasar <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 09:07 AM PDT

Pengkalan Hulu 29hb Ogos – Parti Keadilan Rakyat Pengkalan Hulu berjaya mengedar hampir 150 keping risalah risalah parti serta bendera Malaysia kepada penduduk sekitar Pasar Pengkalan Hulu.

Selepas mengedar risalah di Pasar Pengkalan Hulu Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long berkata, secara keseluruhanya beliau berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap risalah diedarkan itu walaupun ada juga diantaranya enggan menerima risalah yang dihulurkan kepada mereka.

Katanya, beliau tidak berkecil hati dengan tindakan sebahagian kecil mereka yang enggan menerima risalah.

"Itu hak mereka kita tidak boleh paksa," katanya.

Menurutnya beliau amat memahami pemikiran mereka yang amat taksub kepada parti.

Mereka itu, tidak memahami erti demokrasi kerana bagi mereka hanya Umno sahajalah yang ada, Umno sahaja benar semua parti-parti lain adalah musuh belaka.

Antara risalah yang diedar termasuklah risalah isu-isu semasa dan sebagainya yang dibekalkan oleh Lee Sing Long.

Sementara itu, Mejar Abdullah yang turut bersama mengedar risalah di sekitar Pasar Pengakalan Hulu itu menyifatkan program tersebut sebagai berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat dan isu perlu diteruskan dengan pengedaran isu-isu terkini.

Bagi bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long yang mengedar risalah dan memberi bendera Malaysia sekitar Pasar Pengkalan Hulu  melahirkan rasa gembira kerana berjaya mengedar tidak kurang daripada 150 risalah Keadilan.

"Kita hantar risalah dan bendera Malaysia terus  penduduk dan akan hantar lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Bekas calon PKR Pengakalan Hulu Lee Sing Long sedang mengedar risalah di pasar pagi di Pengkalan Hulu

Mejar (B) Abdullah turut bersama didalam program pengedaran risalah di pasar Pengkalan Hulu






Pak Ali daripada PAS juga turut serta dalam program ini

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


GENG DOL MATI DITEMBAK <b>DI BATU GAJAH</b>

Posted: 20 Sep 2011 12:37 PM PDT

Number of View: 196

GENG DOL MATI DITEMBAK,Selepas merompak seorang ahli perniagaan di menglembu,batu gajah,Geng Dol hanya sempat menikmati keseronokkan hasil rompakan tidak lebih satu hari apabila kesemua mereka mati ditembak di batu gajah malam kelmarin.

Kumpulan perompak Geng Dol itu sempat melarikan dua komputer riba, tiga telefon bimbit, barangan kemas, dua utas jam tangan dan wang tunai berjumlah RM1,870 dari rumah mangsa di Menglembu sebelum ditembak mati.Namun belum sempat penjenayah itu berseronok, mereka telah ditembak mati kira-kira tujuh kilometer dari lokasi mereka melakukan jenayah.

Nama kumpulan Geng Dol itu diambil sempena nama ketua kumpulan itu mula aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah pada awal tahun ini dengan menumpukan lokasi jenayah mereka di Ipoh, Batu Gajah, Manjung dan Perak Tengah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, episod malang keempat-empat penjenayah itu bermula apabila sebuah kereta peronda polis terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja dinaiki suspek pada pukul 9.30 malam kelmarin di Jalan Kampung Changkat Larang di Batu Gajah di sini.

Pihak polis berhenti dan cuba menahan kereta suspek untuk pemeriksaan,tetapi pemandu kenderaan tersebut memecut laju sehingga melanggar bahu jalan.polis mengejar kereta suspek sehingga ia memasuki jalan mati,dan suspek mula panik dan mengundurkan kereta dan melanggar bahagian depan kereta polis.

sumber:kosmo

jom baca ni:http://ulanweblog.com/2011/09/bekas-kekasih-tuntut-kembali-wang-pinjaman-pembedahan/

Incoming search terms:

  • geng dol
  • geng dol mati di tembak
  • Dol Gang#sclient=psy-ab
  • Geng Dol Ditembak Mati
  • geng dol tumpas
  • geng JENAYAH
  • produk simplysiti
  • samun terbaru dimalaysia videos