07 di pangkor - Google Blog Search |
Anak Sungai Derhaka: 'Miss Bikini' <b>di Pangkor</b>.. Jawapan dari <b>...</b> Posted: 20 Sep 2011 11:00 AM PDT Ini adalah artikel yang disiarkan oleh seorang Blogger yang di syaki sebagai 'Blogger Belaan Zambry' (gambar diakhir entry) mengulas tentang isu "Miss Bikini" yang bakal berlangsung di Pulau Pangkor, Perak. Menteri Besar Perak adalah Zambry Kadir dan ADUN bagi Pulau Pangkor adalah Zambry Kadir sendiri manakala Exco Pelancongan Perak pula adalah Hamidah Osman mereka adalah pemerintah yang berkuasa di negeri Perak. Segala aktiviti bercorak hiburan yang bakal berlangsung di Perak pasti memerlukan kebenaran dari mereka dan ianya sudah tentu diketahui oleh mereka tambahan pula Zambry Kadir sendiri adalah ADUN bagi Pangkor.
Mungkin kerana terdesak untuk mempertahankan Bossnya atau beliau menulis dalam keadaan mabuk blogger tersebut juga telah mendakwa bahawa kuasa utama di Perak adalah DAP yang mana dakwanya DAP bukan sahaja menguasai politik dikalangan Pakatan Rakyat malah mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO/BN.. Bacalah.. GEMPAR! PENGANJUR PESTA BIKINI DIDALANGI NGEH-NGA! Sudah tentulah, puak yang ingin benar melihat pertembungan antara Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman menjadi kenyataan adalah Ngeh-Nga bersaudara yang digerakkan menerusi mulut-mulut dan tangan-tangan PAS serta PKR Perak. Baiklah, dalam soal ini, kita tidak boleh menyalahkan PAS. PAS tidaklah sebijak mana pun di Perak. Kalau setakat pemikiran macam Ahmad Awang, aku tak fikir ancaman itu terlalu besar. Apatah lagi, PAS bersembang besar di Perak kerana satu kebetulan. Kebetulan yang akhirnya menyaksikan Nizar Jamaluddin naik sebagai Menteri Besar boneka yang digerakkan oleh Ngeh-Nga dalam setiap tindak-tanduknya. Perlu diingat, kuasa utama di Perak adalah DAP. DAP bukan sahaja menguasai politik sama ada di kalangan Pakatan Rakyat, bahkan turut mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO-BN yang menjadi kerajaan negeri. DAP juga merupakan antara dalang utama dalam permainan politik hiburan seperti yang bakal dilangsungkan di Pangkor Beach Resort. DAP tidak seperti UMNO atau PAS yang sangat mudah membuka mulut dan berbangga dengan apa-apa yang mereka lakukan. Perhatikan sahaja bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Lim Guan Eng akan berbangga-bangga dan bercakap besar apabila ianya membabitkan orang Melayu dan Islam. Namun apabila membabitkan kaum chauvinist, Lim Guan Eng akan cepat-cepat menutup mulut dan berpura-pura tuli. Justeru, ramai yang percaya, rancangan untuk memalukan Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman di Pangkor sebenarnya didalangi oleh Nga-Ngeh. Kedua-dua bersepupu ini adalah kuasa utama yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan polemik dan membuktikan bahawa kerajaan Zambry Abdul Kadir sebenarnya tidak sepandai dan sepintar mereka. Kenapa aku label beliau sebagai 'Blogger Belaan Zambry?' sila baca di SINI |
You are subscribed to email updates from di pangkor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan