Selasa, 24 Julai 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


SERABUT...: Ronda <b>di Pangkor</b>

Posted: 12 Jun 2012 11:52 PM PDT

Pangkor Island / Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.

Nota keyboard: 2 hari 1 malam rasanya tak cukup untuk menikmati keindahan pulau ni, lebih-lebih lagi bila drive dari JB ke Lumut pergi dan balik...hmmmm penat woooo so tak dapat nak cerita banyak :D

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - TV3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Sektor Hartanah <b>Di Ipoh</b> Tidak Ketinggalan, Semakin Berkembang <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 10:39 PM PDT

Kerajaan Perak akan memastikan pembangunan sektor hartanah di bandar raya Ipoh dapat diseimbangkan dengan harga bersesuaian yang mengikut pasaran dan kemampuan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberitahu bahawa apa yang kerajaan laksanakan adalah untuk memastikan supaya sektor hartanah terus meningkat dan masih dapat mengekalkan harga berdasarkan kemampuan rakyat.

"Sektor hartanah di Ipoh tidak ketinggalan sebenarnya malah harga hartanah di bandar raya ini semakin meningkat.

"Walaupun hasrat kerajaan untuk terus mengembangkan sektor hartanah, namun  kita akan pastikan harga itu tidak terus keterlaluan kerana salah satu faktor rangsangan dan faktor permintaan bergantung kepada aspek harga suasana.

"Atas sebab itu kita kena mengimbangkan antara permintaan dengan harga kerana bagi kita apa yang paling penting adalah harga yang berpatutan dan juga bilangan rumah ataupun hartanah yang dapat diwujudkan," katanya.

Dalam pada itu, sebagai bukti pembangunan pesat dalam sektor terbabit menurut Zambry, permintaan hartanah kawasan utara Perak dilihat semakin berkembang berdasarkan permohonan tanah di sekitar Parit Buntar penuh.

Katanya lagi, iklim permintaan terhadap sektor hartanah di kawasan sempadan Perak terutama Kerian, Parit Buntar dan Bagan Serai semakin tinggi.

"Saya ingin maklumkan bahawa pemohonan tanah di Parit Buntar sudah tidak ada maksudnya tanah milik kerajaan negeri sendiri sudah tiada berikutan permintaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan ini begitu tinggi sekali.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan wujudnya permintaan di atas setiap pengeluaran dalam industri hartanah dalam usaha untuk mengelak dari berlakunya ketirisan," katanya ketika hadir di Majlis Penyempurnaan Pembinaan Struktut Bangunan The Haven pagi tadi.

Pembinaan Kondominium Mewah, The Haven dibina di Ipoh dengan berkonsepkan hotel bertaraf lima bintang.

Terletak di seberang Tasik Rockhaven, tersergam tiga blok bangunan kondominium The Haven Lakeside Residence yang menjadi saksi keindahan alam semula jadi.

Suasana damai memang dapat dirasakan sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kawasan kediaman elit setinggi 26 tingkat ini.

Tiga blok yang dibina pula seakan-akan mengepung tasik bekas lombong dengan sebuah tugu batu kapur setinggi 56 meter berusia 280 juta tahun di pinggir tasik.

Projek yang dimajukan oleh Superboom Project Sdn. Bhd itu menelan belanja RM270 juta itu bakal siap pada tahun 2013 ini menawarkan 497 unit kediaman eksklusif yang dilimpahi dengan gaya hidup mewah.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Warga emas meninggal dunia dalam samun <b>di Kuala Kangsar</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 11:19 AM PDT

KUALA KANGSAR: Seorang warga emas ditemui mati dengan kedua-dua tangannya diikat selepas disamun empat lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Seri Melati di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad berkata, mangsa Mohamad Ali Samsuddin, 61, ditemui mati di rumahnya dalam kejadian samun pada jam 3.30 pagi tadi.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Ghaffar berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu baru sampai di rumah selepas selesai menguruskan perniagaan pasar mini mereka yang terletak 3 km dari rumah mereka.

Tiba-tiba, empat lelaki menyerbu masuk lalu mengikat mangsa, tetapi isterinya Rajiah Kamaruddin, 62, sempat menyelamatkan diri dengan meminta bantuan penduduk berhampiran menghubungi polis, katanya.

Katanya polis yang mendapat laporan berhubung kejadian itu dapat menangkap seorang lelaki berumur 47 tahun di rumah tersebut.

Mangsa ditemui rebah di lantai dan didapati sudah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya terikat dengan kesan cedera di bawah dagunya.
Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun itu.

Beliau berkata, lima jam kemudian polis memberkas dua lagi lelaki berumur 30-an di pekan Kuala Kangsar, manakala seorang lagi lelaki menghilangkan diri.

Pasangan suami isteri itu turut kehilangan barang kemas bernilai RM20,000 yang dilarikan oleh seorang lelaki yang masih menghilangkan diri.

- BERNAMA

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Allied Health Science <b>Bukit Merah</b> School | Best pharmacy - best life

Posted: 20 Jul 2012 09:31 AM PDT

July 20th, 2012    Posted by: admin

allied health science bukit merah school

22 Apr 2012 action of hytrin terazosin hytrin url allied health science bukit merah school

CONSIDERING A CAREER IN NURSING We OfferDiploma in NursingLAN KN 6533Duration 3 years course Intake Starting in May 2008 Entry Requirements Male Female

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Nizar dinasihat jangan bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Bukit Gantang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2012 02:00 AM PDT

IPOH - Mohammad Nizar Jamaluddin dinasihatkan supaya melupakan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata adalah lebih baik mantan Menteri Besar Pakatan itu berbuat demikian berikutan adanya 'petanda' dan isyarat yang menunjukkan sokongan terhadap Nizar sudah beralih arah.

Katanya ramai pengundi yang dahulunya mengundi Nizar kini mengembalikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.

"Lupakanlah, sia-sia saja dia bertanding..rakyat sudah tahu tembelang dia'' katanya kepada media di majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, petang tadi.

Rosli yang juga ADUN Trong berkata, perubahan sokongan itu dapat dilihat apabila ramai penyokong pembangkang khususnya PAS sudah mulai menemui beliau dan mengikrarkan sokongan kepadanya.

Menurut beliau, ramai penyokong tegar PAS dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang menyatakan kekesalan mereka kerana menyokong Nizar kerana banyak janji yang dibuat langsung tidak dapat ditunaikan.

"Nizar adalah pemimpin yang suka berceramah daripada mengutamakan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat,'' kata Rosli.

Beliau menceritakan bagaimana dalam dua insiden dimana dua penyokong tegar PAS berpatah hati kerana tidak diberikan pembelaan .

Dalam insiden pertama, seorang wanita penyokong PAS telah datang mengadu masalah penyakit kulit yang dihidapi anaknya, katanya.

Menurut beliau, berikutan pengaduan itu dia telah menyelesaikan masalah wanita berkenaan dengan mambawa anaknya mendapatkan rawatan perubatan dihospital pakar, Ipoh.

Katanya lagi, dalam insiden kedua seorang penyokong tegar berbangsa India meluahkan rasa kecewa dengan janji yang tidak ditunaikan PAS dengan memberi jaminan untuk menyokong BN di masa akan datang.

Ditanya mengenai ceramah ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Taman Damai dalam Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini, Rosli berkata, jika dibandingkan dengan program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah diadakan di sini tidak lama dulu ternyata tidak ramai orang yang datang.

"Orang dari luar kawasan Parlimen Bukit Gantang dilihat lebih ramai yang datang mendengar ceramah Anwar ,'' katanya.

Menurut Dato' Rosli lagi, tidak ada perkara baru yang dicakapkan oleh Anwar Ibrahim, asyik-asyik menabur janji seolah-olah 'bulan akan jatuh keriba'.

"Dia berjanji jika pakatan pembangkang memerintah, harga barang-barang akan diturunkan, yang turun hanya buah kelapa sahaja dan ini adalah realiti pasaran,'' ujarnya. - PerakNews