Selasa, 24 Julai 2012

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Nizar dinasihat jangan bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Bukit Gantang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2012 02:00 AM PDT

IPOH - Mohammad Nizar Jamaluddin dinasihatkan supaya melupakan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata adalah lebih baik mantan Menteri Besar Pakatan itu berbuat demikian berikutan adanya 'petanda' dan isyarat yang menunjukkan sokongan terhadap Nizar sudah beralih arah.

Katanya ramai pengundi yang dahulunya mengundi Nizar kini mengembalikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.

"Lupakanlah, sia-sia saja dia bertanding..rakyat sudah tahu tembelang dia'' katanya kepada media di majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, petang tadi.

Rosli yang juga ADUN Trong berkata, perubahan sokongan itu dapat dilihat apabila ramai penyokong pembangkang khususnya PAS sudah mulai menemui beliau dan mengikrarkan sokongan kepadanya.

Menurut beliau, ramai penyokong tegar PAS dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang menyatakan kekesalan mereka kerana menyokong Nizar kerana banyak janji yang dibuat langsung tidak dapat ditunaikan.

"Nizar adalah pemimpin yang suka berceramah daripada mengutamakan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat,'' kata Rosli.

Beliau menceritakan bagaimana dalam dua insiden dimana dua penyokong tegar PAS berpatah hati kerana tidak diberikan pembelaan .

Dalam insiden pertama, seorang wanita penyokong PAS telah datang mengadu masalah penyakit kulit yang dihidapi anaknya, katanya.

Menurut beliau, berikutan pengaduan itu dia telah menyelesaikan masalah wanita berkenaan dengan mambawa anaknya mendapatkan rawatan perubatan dihospital pakar, Ipoh.

Katanya lagi, dalam insiden kedua seorang penyokong tegar berbangsa India meluahkan rasa kecewa dengan janji yang tidak ditunaikan PAS dengan memberi jaminan untuk menyokong BN di masa akan datang.

Ditanya mengenai ceramah ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Taman Damai dalam Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini, Rosli berkata, jika dibandingkan dengan program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah diadakan di sini tidak lama dulu ternyata tidak ramai orang yang datang.

"Orang dari luar kawasan Parlimen Bukit Gantang dilihat lebih ramai yang datang mendengar ceramah Anwar ,'' katanya.

Menurut Dato' Rosli lagi, tidak ada perkara baru yang dicakapkan oleh Anwar Ibrahim, asyik-asyik menabur janji seolah-olah 'bulan akan jatuh keriba'.

"Dia berjanji jika pakatan pembangkang memerintah, harga barang-barang akan diturunkan, yang turun hanya buah kelapa sahaja dan ini adalah realiti pasaran,'' ujarnya. - PerakNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan