Isnin, 12 November 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: MBI bina jambatan baru elak banjir <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b>

Posted: 06 Jul 2012 11:33 PM PDT

Berita dan gambar dari peraktoday.com | 7 Julai 2012
Susulan kejadian banjir yang melanda Gugusan Manjoi pada Februari lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membina sebuah jambatan baru bernilai RM3.8 juta yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei, tahun depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim memberitahu, jambatan baru itu dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda perkampungan tersebut.

"Hasil kajian yang telah dibuat, saya yakin apabila jambatan baru ini mampu mengatasi masalah banjir di sini," kata beliau kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Jambatan Baru di Jalan Menteri, Kampung Manjoi dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan hadir sama, ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.

Beliau berkata, jambatan sepanjang 2.55 meter itu mampu di siap dengan jangka masa yang singkat jika mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Saya yakin dengan bantuan serta galakan yang diberikan, projek pembinaan jambatan baru di Manjoi ini dapat dilaksanakan secepat mungkin," tambahnya.

Selain menaik taraf jambatan di kawasan tersebut, Roshidi berkata pihak MBI turut mengambil beberapa inisitiaf lain seperti pemasangan pam serta penyedut tambahan  bagi mengelak berlakunya kejadian banjir yang menjejaskan ramai penduduk.

"Banjir di Manjoi yang serius boleh ditangani jika ada pam lain dipasang di kawasan yang terlibat," jelasnya lagi.

Ketika ditanya pemberita mengenai cadangan untuk menaik taraf beberapa jambatan lain di sekitar bandar raya Ipoh, Roshidi menjelaskan pihaknya akan melihat secara keseluruhan kawasan-kawasan yang dilihat berpotensi berlakunya banjir.

"Kita akan melihat secara berperingkat kawasan-kawasan seperti di Taman Lim, Taman Merdeka dan Sri Kinta yang sering terlibat dengan banjir," ujarnya.

Katanya, MBI akan memberi peruntukan yang mencukupi bagi memastikan segala projek menaik taraf yang telah diluluskan dapat dilaksanakan segera.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


KHUTBAH DAN KORBAN <b>DI PANGKOR</b> - Persatuan Kebajikan Al <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 08:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KHUTBAH DAN KORBAN DI PANGKOR. Posted by Persatuan Kebajikan Al-Furqan at 11:19 PM. No comments: Post a Comment · Newer Post Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). Salam Ukhwah ...

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Panorama malam <b>di Pantai Remis</b>, Jeram | fais yusuf bun kassim

Posted: 24 Oct 2012 08:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Panorama malam di Pantai Remis, Jeram. 24 oktober 2012. Posted just now by fais yusuf · fais yusuf bun kassim. Subscribe. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Batu Tepi Jalan ( BTJ ): 9 Nov Demo Bantah AES <b>Di Lumut</b>, Tempat <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 06:53 PM PDT

Perhimpunan aman bantah AES di Lumut 9 Nov - Mkini
Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 9 November depan untuk menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada menteri pengangkutan di pejabat Parlimen BN Lumut di Setiawan.
Perhimpunan tersebut digerakkan oleh NGO BANTAH AES yang ditubuhkan baru-baru ini.
Koordinator bersamanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (kiri) berkata penubuhannya adalah hasil satu mesyurat yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut yang sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA adalah ahli Parlimen Lumut.
Mohd Saifullah berkata perhimpunan aman itu adalah untuk mendesak menteri pengangkutan supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
"BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada menteri pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, perhimpunan rakyat itu akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.
P/s: Bantah dan terus bantah
Bantah hingga projek AES ini gagal
Bantah hingga kroni UmnoBN gigit jari
Tempat lain bila pula nak buat demo bantah AES?
Ayuh seluruh Malaysia demo bantah AES!!!
Ceramah umum dalam masa terdekat

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


berita bergambar!!!!...ibu pejabat dap perak <b>di ipoh</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 25 Oct 2012 07:15 AM PDT

Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning, Wong Kah Woh.

Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.

"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong ketika dihubungi.

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.

Speaker DUN Perak yang sah yang merupakan ADUN Tronoh, V Sivakumar menyifatkan serangan tersebut bermotifkan politik kerana ia jelas disasarkan ke atas pejabat parti itu dan tidak membabitkan pejabat bersebelahan.

Beliau mahu polis menyiasat kejadian itu dan mengumumkan hasil siasatan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kehilangan nyawa terjadi di premis itu.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Rakaman ceramah Anwar Ibrahim <b>di Slim River</b>: Saya Kuat Sebab <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 10:36 PM PST

[unable to retrieve full-text content]BlogCkChew – Stand Up, Be Counted;. « Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim di Kuantan: Sambutan baik dari warga Kuantan… Rakaman ceramah Anwar Ibrahim di Slim River: Saya Kuat Sebab Nak Lawan umno bn flip ...

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Pemeriksaan kesihatan percuma <b>di</b> Klinik Kesihatan <b>Jelapang</b> <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2011 06:42 AM PST

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Jelapang, Silibin dan Meru di sini berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Hari Terbuka Klinik Kesihatan Jelapang pada Sabtu ini.

Penyelaras program Nofan Md Zahir berkata pemeriksaan kesihatan yang disediakan ialah pemeriksaan BMI, ujian diabetes serta PAP smear bagi kaum wanita.

"Tujuan program adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang perkhidmatan kesihatan yang disediakan di klinik itu serta mendidik masyarajat men genai pentingnya mengikuti cara hidup sihat," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata beberapa agensi seperti Polis, Bomba dan AADK akan mengadakan pemaran sempena program itu yang bermula 8 pagi hingga 2 petang.

Orang ramai boleh menyertai acara senam robik beramai-ramai yang akan turut dianjurkan manakala kanak-kanak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai pertandingan mewarna, katanya.

Nofan berkata para pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik melalui acara cabutan bertuah.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon dijadual merasmikan program itu pada 10 pagi, tambahnya.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Treler rempuh tiga kedai <b>di Chemor</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 05 Jan 2011 10:11 PM PST

01 Safar 1432H.

IPOH: Seorang pemandu treler nyaris maut selepas merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi hanya cedera ringan di kaki.

"Mangsa yang tersepit dalam treler berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rodzi berkata, nahas berlaku ketika Lazim memandu treler membawa muatan simen dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh.

"Treler berkenaan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga buah kedai," katanya.

Katanya, sebuah Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap oleh runtuhan kedai terbabit.

Beliau berkata, pemilik kedai terbabit juag tidak berada di premis berkenaan ketika kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sinar Harian/-


07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Bas persiaran rempuh lori, 3 penumpang cedera <b>di Tapah</b> <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 09:47 PM PST

TAPAH - Seramai 37 penumpang bas persiaran cemas apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh sebuah lori membawa muatan amang di Kilometer 312.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Rempuhan dari arah belakang itu menyebabkan tiga penumpang bas cedera di bahagian bibir dan kaki.

Tiga penumpang berusia antara 18 hingga 39 tahun itu dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


PASPB: MARAHNYE DIA!!! YB Hamidah Osman 5 kali angin <b>di Bukit</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 03:28 PM PST


Berikutan sebuah program di jeti Kelip-Kelip Kampung Dew di DUN kuala Sepetang didalam Parlimen Bukit Gantang pada petang 11 Nov 2012.

Jam 4 petang.....Dalam keadaan hujan lebat ketika itu menjadi panas buat YB Hamidah Osman (exco pelancongan Perak).
Apa tidaknya...?? 

Hamidah naik angin 5 kali kata penduduk kampung....hehehe....
Naik angin 1: Hamidah terpaksa datang sendirian setelah MB Zambry tidak hadir tanpa sebab.

Naik angin 2: Udah le Hamidah datang sorang...sekor wakil dari UMNO Bukit Gantang pun tak sambutnya diprogram tersebut....hahaha....

Naik angin 3: Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) pun tak datang dengan alasan tiada dijemput,wahal dalam Bahagian-nya sendiri. 

Naik angin 4: Tapi aku dimaklumkan ada jemputan,sebab ada bukti surat jemputan kata seorang penduduk disini, jadi sebab YB Rosli tak mahu datang mungkin tak berapa sebulu dengan YB Hamidah...hahaha....

Naik angin 5: Paling kritikal apabila pengerusi persatuan Kelip-kelip (Kecap) yang juga Tok Ketua Kampung  Air Putih En. Mat Nor Saleh pun tak datang.

Hahaha.... Hamidah dikatakan amat berang diprogram tersebut yang dikatakan persiapan program amat gah dengan 9 agensi terlibat buat pameran dilokasi.
Hamidah hanya berucap pendek saja dan sempat menanam sepokok pokok berembang di tepi jeti tersebut...

Rata-rata penduduk di kampung Dew kecewa dengan program ini yang dikatakan hanya membuang masa mereka kerana tiada apa-apa kebaikan dengan kehadiran YB Hamidah....udah angin satu badan, tak ada apa2 janji le....hahaha....

Naik angin bonus: YB Hamidah sempat membelek kerusi-kerusi yang di sumbangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar yang berada di atas jeti kampung Dew...dengan kelu seribu bahasa.....hahaha.....Orang ni

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


YANAYONET ツ: Bercuti <b>di</b> Lost World of <b>Tambun</b> dan Cameron <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 02:57 AM PDT

Pantang diajak kemana. itulah saya. baru-baru ni saya telah diajak bercuti selama sehari di Lost World of Tambun dan sehari di Cameron Highlands. memang seronok bukan main. dalam masa dua hari saya berjaya bergambar sebanyak 700 keping. hebat tak hebat lah kan. tapi sikit je saya letak dekat sini. sikit lagi saya letak di instagram dan facebook. yang beratus-ratus saya simpan untuk saya sendiri. dan semestinya untuk tatapan saya anak anak dan suami. eh bakal. hehe. jujur cakap Lost World of Tambun memang best. mandi mandi sampai kuku biru pun masih rasa macam tak puas. memang saya nak pergi lagi. banyak lagi yang saya tak sempat nak main. kononnya lepas makan saya nak mandi lagi tapi silap. lepas makan saya mengantuk dan balik hotel sebab malam ada dinner dekat situ lagi. makanan dekat situ memang best. yang buat tak best, dekat meja aku masa tu ada 4 orang lelaki yang buat-buat terbeliak bila tengok badan aku yang macam gini tapi kuat makan. kacau betul. orang nak makan dia sibuk nak interview siapa nama kerja mana umur berapa segala. ini cerita sabtu.
ahad pulak aku gerak ke Cameron Highlands. Ipoh ke Cameron Highland memang agak dekat. makanya dah alang-alang sampai Ipoh aku pun berjalan lah ke Cameron. silap silap aku bukan berjalan tapi aku naik kereta. buat kedua kalinya yay! sumpah lama gila aku simpan dalam hati nak ke sana. seingat aku last aku sampai Cameron masa aku tingkatan 3. kalau tak silap lah. 
cop! apasal belah atas tulis saya belah bawah tulis aku? ah lenjan.
di Cameron saya ambil masa agak lama dekat Ladang Teh. bergambar macam orang gila. tapi segila gila saya ada lagi yang lagi gila. saya nampak ada dua orang budak berlari atas bawah bukit sambil terjerit-jerit 'go go running man running man'. ah kesian. jumpa ladang teh terus sawan. tapi sebenarnya saya pun hampir sawan. mana tak sawannya, dah lama saya simpan hasrat ni dalam hati. memang hebat penangan Cameron ni tau. destinasi seterusnya adalah Pick Your Own Strawberries. ini seronok. dapat makan strawberry yang dipetik sendiri you. siapa tak suka kan. dan percutian saya kali ini tidak guna duit saya langsung. itu paling best.
so geng, apa destinasi seterusnya? ajak saya. saya jom kan aje.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Pecah Berita! Calon pru13, Nazri Aziz Bakal Tersingkir Untuk <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 01:54 AM PDT

Bakal disingkirkan kerana tidak mendapat kepercayaan 
penduduk tempatan di padang rengas.

Kuala Lumpur - by @tiewnama. 
Pelbagai maklumat sulit ditujukan kepada tim era pasca telah sampai, 
melalui beberapa maklumat penting ini, umno bahagian padang rengas yang mana 
maklumat telah di bocorkan oleh wisma putra mendapati ketua umno bahagian iaitu 
dato sri nazri aziz akan hilang jawatan sebagai ahli parlimen kerana beliau didapati 
menjadi second winnable di kawasannya, 

apapun pemberi maklumat ini yang akan kami rahsiakan mengikut akta kerahsiaan 
pemberi maklumat atau whistle-blower kesatuan bloger bloger politik 1malaysia 
rakyat di dahulukan menteri di kemudiankan memberitahu bahawa calon boleh 
menang di kawasan padang rengas adalah ketua pemuda umno di kawasan itu  untuk 
di angkat ke parlimen malaysia, 

ketua pemuda umno bahagian padang rengas ismail nordin di dapati mendapat 
tempat di kebanyakkan kawasan kawasan di sana kerana umum tahu anak muda 
masa kini lebih tertarik kepada calon muda yang lebih lantang dan berkarisma, 
pertembungan 2 penjuru ini melibatkan keseluruhan umno cawangan padang rengas 
dengan menamakan ketua pemuda bahagiannya iaitu ismail nordin sebagai calon 
untuk parlimen padang rengas pasca pru13. 

tim muhyiddin ini akan di senaraikan sebagai calon muda yang berkemampuan 
untuk salah 1 kerusi parlimen bagi keseluruhan 166 kerusi parlimen yang Barisan Nasional 
yakini boleh menang. berita selanjutnya menyusul. perebutan kerusi parlimen ini bakal
menyaksikan tim najib akan cuba menyekat tim muhyiddin.

1Malaysia Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. 
Winnable Candidate bagi BN padang Rengas untuk Parlimen.

by @tiewnama - Rahsia Calon Pembangkang Juga Ada Pada UMNO kata Adnan Mansor.
kahkahkahkah


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Soi Lek hina Islam : Ratusan demo <b>di Lenggong</b> ~ Perakite Daily™

Posted: 09 Nov 2012 09:23 AM PST

LENGGONG, jumaat- 9 Nov - Kira-kira 300 umat Islam mewakili NGO Pertubuhan Kumpulan Islam Selamatkan Aqidah (PERKISA), berhimpun dan berarak dari masjid Jame' di sini menuju ke pejabat Umno Bahagian dan pejabat khidmat masyarakat Parlimen Lenggong untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin umno bagi membantah kenyataan pemimpin MCA menghina Islam.

Himpunan dan perarakan itu bermula sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Ah Beh dan S. Naliraja.

Himpunan dan perarakan aman untuk menghantar memorandum ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama baik daripada pihak polis. Namun begitu, tiada seorang pun pimpinan atau wakil daripada parti Umno dan Bn yang berani tampil untuk menerima memorandum bantahan tersebut.

Menurut wakil NGO PERKISA, Saidi Sabri, 40, Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan Bn di Parlimen Lenggong terhadap suara masyarakat Islam di sini hari ini, jelas membuktikan mereka tidak melaksanakan slogan rakyat didahulukan.

Dalam ertikata lain, pimpinan parti Umno Bahagian langsung tidak peka dengan sensitiviti umat Islam atau tidak mengendahkan langsung suara rakyat. Walaupun bantahan yang diadakan oleh pihak PERKISA ini sangat berkaitan dengan kesucian agama Islam.

Menurutnya lagi, Umno dan Bn terbukti gagal menunjukkan keikhlasan sebenar mereka didalam isu agama yang sedang dicanangkan oleh rakan parti komponen mereka (MCA). sedangkan dalam masa yang sama, Umno mendakwa merekalah parti orang melayu yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA.

Apalah gunanya masyarakat melayu memilih mereka sebagai Wakil Rakyat, sekiranya kecaman umat Islam terhadap rakan komponen Umno (MCA) supaya menghentikan penghinaan keatas kesucian Islam tidak di endahkan langsung oleh Yang Berhormat.

Untuk pengetahuan masyarakat Islam di sini, Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno (Melayu/ Islam) di Parlimen Lenggong pada hari ini juga, sudah jelas menunjukkan pendirian dan keikhlasan mereka mengenai kesucian agama Islam itu sendiri.

Persoalannya di sini;
1. Mengapa Wakil Rakyat Umno tidak mahu menerima Memorandum bantahan menghina agama daripada umat Islam, sedangkan rakyat telah melantik mereka sebagai pemimpin???

2. Mengapa tidak menentang MCA yang sudah terbukti anti Islam???

Adakah kerana;
1. MCA rakan parti komponen Umno maka, pemimpin Umno membenarkan sahaja Kesucian Agama Islam terus dihina dan seterusnya langsung tidak mahu mendengar bantahan daripada umat Islam???

2. Apakah lantikan jawatan YB oleh rakyat itu suatu keb

anggaan dan kesombongan???

3. Apakah tugas dan tanggungjawab sebenar YB sebagai seorang pemimpin kaum muslimin khususnya dalam hal-ehwal agama sehingga sanggup berdiam diri apabila Islam di caci-maki oleh rakan komponen Umno sendiri???

"OLEH KERANA YB-YB SEKELIAN, SEDANG BERKUASA MEMIMPIN KAUM MUSLIMIN DAN MENJADI WAKIL RAKYAT LENGGONG, MASYARAKAT ISLAM DI SINI MAHUKAN PENJELASAN DARIPADA YB MENGENAI TAPAK PENDIRIAN SEBENAR DALAM ISU INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KEIKHLASAN."

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Kawasan Perniagaan Petai <b>di Bidor</b> | | YA |

Posted: 05 Jun 2012 05:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rupanya di Bidor ini banyak lagi kedai-kedai tua menjual produk-produk tua. Paling menarik di sini terpusat segala hasil pungutan petai. 20120610-232013.jpg. 20120610-232025.jpg. 20120610-232030.jpg ...