Isnin, 12 November 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: MBI bina jambatan baru elak banjir <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b>

Posted: 06 Jul 2012 11:33 PM PDT

Berita dan gambar dari peraktoday.com | 7 Julai 2012
Susulan kejadian banjir yang melanda Gugusan Manjoi pada Februari lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membina sebuah jambatan baru bernilai RM3.8 juta yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei, tahun depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim memberitahu, jambatan baru itu dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda perkampungan tersebut.

"Hasil kajian yang telah dibuat, saya yakin apabila jambatan baru ini mampu mengatasi masalah banjir di sini," kata beliau kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Jambatan Baru di Jalan Menteri, Kampung Manjoi dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan hadir sama, ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.

Beliau berkata, jambatan sepanjang 2.55 meter itu mampu di siap dengan jangka masa yang singkat jika mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Saya yakin dengan bantuan serta galakan yang diberikan, projek pembinaan jambatan baru di Manjoi ini dapat dilaksanakan secepat mungkin," tambahnya.

Selain menaik taraf jambatan di kawasan tersebut, Roshidi berkata pihak MBI turut mengambil beberapa inisitiaf lain seperti pemasangan pam serta penyedut tambahan  bagi mengelak berlakunya kejadian banjir yang menjejaskan ramai penduduk.

"Banjir di Manjoi yang serius boleh ditangani jika ada pam lain dipasang di kawasan yang terlibat," jelasnya lagi.

Ketika ditanya pemberita mengenai cadangan untuk menaik taraf beberapa jambatan lain di sekitar bandar raya Ipoh, Roshidi menjelaskan pihaknya akan melihat secara keseluruhan kawasan-kawasan yang dilihat berpotensi berlakunya banjir.

"Kita akan melihat secara berperingkat kawasan-kawasan seperti di Taman Lim, Taman Merdeka dan Sri Kinta yang sering terlibat dengan banjir," ujarnya.

Katanya, MBI akan memberi peruntukan yang mencukupi bagi memastikan segala projek menaik taraf yang telah diluluskan dapat dilaksanakan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan