Khamis, 12 Julai 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Ceramah Anwar <b>di Langkap</b> - Media Tukanglawan

Posted: 01 Jul 2012 04:37 AM PDT

[postlink] http://tklmedia.blogspot.com/2012/07/httpwww.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=QQIQ4_sWuDA&feature=relatedendofvid [starttext] Sentul, Kuala Lumpur 29/04/2012[endtext]

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


100 year old <b>Hutan Melintang</b> Mariaman Hindu temple to be <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 11:38 PM PDT

Sponsor a candidate for Hindraf & HRP Project 7/14 Focus Selangor @ 13th General elections expected in June 2012. Pathmarajah & Co. Chartered Accountants - Maybank Acct No. : 514075011112 - "You Must Be The Change You wish To See In The World" ~ Gandhi - Follow us on www.hindraf.org , Twitter - HINDRAF1 or Facebook Hindraf Support Group.

') g_aths_startcontent(); //if (document.all || document.getElementById) //window.onload=g_aths_startcontent

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


misbahul munir: PEKEBUN PISANG <b>DI BAGAN DATOH</b> TIDAK <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 09:51 AM PDT

PAS Bagan Datoh simpati terhadap nasib pekebun pisang yang tidak dibantu oleh kerajaan Perak setelah ribuan hektar tanaman pisang musnah akibat serangan penyakit Moko atau dikenali sebagai penyakit layu bakteria pisang. Para pekebun pisang hilang punca pendapatan, tanaman pisang adalah sebahagian punca pendapatan orang kampung. Bagi menyara kehidupan sekeluarga.

Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bacteria. Nama saintifiknya adalahRalstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, dan kacang tanah.

Penyakit ini adalah 'soil-borne', iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Penyakit ini sukar dikawal kerana ia berjangkit melalui penggunaan peralatan seperti parang, cangkul atau pisang. Pokok lain akan dijangkiti Moko sekiranya peralatan yang sama digunakan.


Di atas keprihatinan terhadap masa depan para pekebun, Pakatan Rakyat Bagan Datoh telah menubuhkan Badan Bertindak Pekebun-pekebun Pisang yang diketuai oleh Sdr. Ramle @Arifin Husein. Badan Bertindak yang ditubuhkan ini akan berfungsi mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu ini. Badan Bertindak ini juga akan menuntut pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian negeri agar memberi pampasan kepada para pekebun sebagaimana pekebu pisang di Sabak Bernam, Selangor  yang diberi pampasan RM 1500 setiap hektar ke atas tanaman pisang yang musnah akibat serangan penyakit Moko.


PAS Kawasan Bagan Datoh juga kesal di atas sikap kerajaan yang langsung tidak peka terhadap kesengsaraan para petani yang kehilangan punca pendapatan akibat serangan penyakit Moko. PAS Kawasan mendesak kerajaan memberi saguhati pampasan ke atas para petani sebagaimana petani di Sabak Bernam yang diberi saguhati sebanyak RM 1500 setiap hektar.

Bersama Ariffin Husein di kebun pisangnya, beliau antara penanam pisang yang rugi puluhan 

ribu akibat serangan penyakit Moko.



Misbahul Munir bin Masduki
YDP Kawasan Bagan Datoh

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Peragut berjaya diberkas | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 11 Jul 2012 08:28 PM PDT

22 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH – Polis berjaya memberkas seorang lelaki selepas sejam meragut seorang wanita ketika menunggang motosikal di Bercham di sini, petang kelmarin.

Suspek berusia 25 tahun itu dikehendaki polis apabila terlibat dalam 30 kes samun dan ragut sekitar bandar raya itu sejak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, hasil siasatan mendapati suspek aktif melakukan aktiviti itu di Taman Canning, Taman Ipoh dan Sungai Senam.

Menurutnya, suspek juga didapati positif dadah menjadikan kerjaya ragut dan samun sebagai sumber pendapatannya mensasarkan pelajar kolej dan wanita.

"Kita merampas pelbagai beg tangan, dompet, empat telefon bimbit, 11 kad pengenalan, 10 lesen memandu, 22 kad bank, enam kad pelajar dan sebuah buku bank simpanan di rumah sewanya di Bercham.

"Dengan tertangkapnya suspek, kita dapat selesaikan 30 kes ragut dan samun yang aktif kebelakangan ini," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Ahmad Termizi berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau iaitu cuba mendatangkan kecederaan kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian


07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di Teluk Intan</b> | Saari <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 08:59 AM PDT

Teluk Intan, 22 Jun 2012 – Saari telah diundang oleh PAS Kawasan Teluk Intan untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di markaz PAS Teluk Intan, Kampung Padang Tembak.

Adun Changkat Jong, YB Mohd Anuar Sudin menyampaikan ceramah beliau mengenai penghijraan artis dan pegawai tinggi kerajaan ke dalam PAS membuktikan PAS sebuah parti yang disenangi dan diterima oleh semua golongan

Pegawai Khas Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Sdr Amran Harun menyampaikan ceramah beliau mengenai hutang negera yang semakin meningkat kesan daripada perbelanjaan tidak berhemah dan boros oleh pimpinan Umno-BN

Saari menyampaikan ceramah beliau membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir Putrajaya berdasarkan bukti pantabdiran di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang dipuji oleh Ketua Audit Negara

Penduduk hadir mendengar ceramah yang disampaikan

Saari beramah mesra bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


3 lelaki bersenjata larikan wang tunai RM93,000 <b>di Seri Manjung</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 02:38 AM PDT

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Keshvinder dicabar hadir <b>di Malim Nawar</b> esok | Free Malaysia <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2010 01:40 AM PDT

ngeh Oleh Qayum Rahman

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mencabar Adun Malim Nawar Keshvinder Singh hadir di pasar pagi Malim Nawar esok bagi bersemuka bersama pemimpin DAP dan juga rakyat untuk menjelaskan tindakan beliau meninggalkan parti DAP.

Menurutnya, Keshvinder dicabar berhadapan rakyat bagi menjelaskan isu mengapa beliau meninggalkan parti supaya rakyat mengetahui kebenaran tanpa berselindung.

Ngeh berkata, tindakan Keshvinder meninggalkan parti langsung tidak menjejaskan DAP tetapi DAP tetap menyaman beliau selepas bermesyuarat pada 21 Jun ini kerana melanggar perjanjian menjadi seorang wakil rakyat dalam DAP.

"Rakyat Malim Nawar perlu tahu mengapa wakil rakyat mereka lari meninggalkan parti tanpa penjelasan. Jika dia (Keshvinder) berani, datang esok di pasar Malim Nawar untuk bersemuka," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau berkata, jika Keshvinder gagal hadir esok, jelas menunjukan bahawa beliau adalahJun 14 - Keshvinder seorang Adun yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan juga seorang pengecut.

"Kalau dia benar, dia mesti datang kepada rakyat yang telah menyokong dia hingga dia jadi Adun. Kita nak lihat bagaimana kejujuran dia pada rakyat di Malim Nawar yang ingin mengetahui kisah dia sendiri," katanya.

Tambah beliau, DAP telah menubuhkan jawatankuasa khidmat yang diketuai oleh Chin Fook Chy untuk membantu rakyat di Malim Nawar yang memerlukan bantuan.

"Kita dah tahu Keshvinder tidak bertanggungjawab, jadi kita tubuhkan segera jawatankuasa baru untuk membantu kawasan Malim Nawar.

"Bagaimanapun kita tetap menjalankan tanggungjawab kepada rakyat di Malim Nawar, walaupun Adun tidak bertanggungjawab itu meninggalkan parti," jelasnya.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Anak Seberang: Tu dia! Disneyland <b>Di Ipoh</b>. Zambry Bikin Pecacai <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 03:31 AM PDT

Negeri Perak dilihat makin maju dan makmur sejak dibawah tadbiran DS Zambry Kader. 
Biarpun ada puak rasis yang biadap sering menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran negatif diatas warna kulitnya, itu hanyalah umpama langau yang menghurung taik yang tak menjejaskan langsung konsentrasi DS Zambry untuk memakmurkan Perak.


Perak makin maju dan makmur di bawah kepimpinan UMNO/BN. Jika dibawah pakatan haram, tunggang langgang negeri dibuatnya, pusat hiburan dibukan tanpa sebarang kawalan dan negeri boleh berlubang teruk sebagaimana Selangor akibat pengambilan pasir yang berleluasa.


Apa yang Nizar buat? Nizar kerjanya hanya tau menderhaka dan biadap kepada orang lain macamlah dia maksum.. Pigidah Nizar...
PRU13 InsyaAllah BN akan terus memerintah Perak kerana rakyat Perak semakin yakin dengan karisma dan aura yang ada pada DS Zambry yang lebihkan bekerja, bukannya mencerca..

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia. Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.

 Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu 'fantasy forest', 'wacky world', 'pirates cove', 'lost canyon' dan 'pixel planet', selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

 "Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu," katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.

 Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa. Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.-HM

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Teratak Kehidupan: Pengalaman <b>di</b> Tanah Suci: Bahagian I – Dari <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 07:24 AM PDT

"Labbaik Allah humma labbaik.. Labbaik la sharika laka labbaik.. Innal hamda, Wan-ni'mata Laka walmulk.. Laa sharika lak"

Gemaan talbiah yang dialunkan oleh sejumlah 29 orang peserta kumpulan Umrah termasuk diri ini mengundang rasa sayu sewaktu bas yang dinaiki mula memasuki ke Kota Makkah. Rasa sayu tersebut semakin kuat membungkam tatkala diri lengkap diselubungi pakaian ihram – putih dan suci. Syukur padaMu Ya Allah, diri ini telah terpilih dan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama ahli keluarga yang lain pada 30 Mei sehingga 11 Jun 2012 baru-baru ini. Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci, terutama dalam usia muda sudah pasti menggamit seribu macam memori indah yang bakal dibingkiskan kelak. Tambahan pula, kembara julung saya dan ahli keluarga ke Tanah Suci kali ini turut membawa misi nan satu – menziarahi pusara bonda tercinta yang telah selamat bersemadi sejak 1 tahun 6 bulan yang lalu di bumi Makkah Al-Mukarramah. Keberangkatan kami ke Tanah Suci diiringi oleh sanak saudara dan sahabat handai pada petang 30 Mei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Setelah menjamakkan solat Maghrib dan Isyak, kami berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi dengan menaiki pesawat Etihad Airways. Di sana, kami transit hampir 2 jam. Masa yang ada ini digunakan untuk menyalin pakaian ihram dan melakukan solat sunat Ihram. Setelah itu, dengan bimbingan mutawwif dari Tiram Travels & Tours, kami berniat ihram semasa di dalam perut kapal terbang sewaktu kapal terbang menghampiri bumi Jeddah. Maka, dengan itu, termaktublah segala 13 perkara pantang larang sewaktu berihram ke atas kami.

20120531_043752

Menyalin pakaian Ihram di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi 

Sewaktu di Jeddah, kami ditempatkan di Terminal Haji, Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Kawalan keselamatan dan imigresen di sana agak ketat, namun tetap berjalan lancar. Di situlah juga buat pertama kali saya merasai keenakan air jus buah-buahan negara Arab bagi menghilangkan dahaga. Di situ jugalah kali pertama saya melakukan transaksi bayaran menggunakan matawang Saudi Arabia Riyal (SAR). Tepat pada jam 5.30 pagi, kami bertolak ke Makkah dengan menaiki bas. Sewaktu dalam perjalanan, saya hanya melayan perasaan dan menikmati pemandangan melalui tingkap bas. Indahnya bumi suci ini, walaupun bangunan-bangunannya tidaklah begitu moden seperti yang ada di negara kita, namun tetap terbit ketenangan yang tersendiri pada pandangan sudut mata. Paling mencuit hati apabila melihat kereta Toyota Camry dan Innova digunakan sebagai teksi di sini. Subhanallah. Bunyi hon kereta seolah-olah seperti alunan muzik yang sudah sebati dengan kehidupan para pengguna jalan rayanya.

20120531_182524

Al-Hamdulillah, dah sampai Mekah!

Kami tiba di Makkah tepat jam 9.30 pagi. Pengalaman pertama memijakkan kedua-dua tapak kaki ini di atas tanah bumi Makkah dari mulut pintu bas mengungkap kenangan manis peribadi yang tersendiri. AlHamdulillah. Cuaca di Makkah pada ketika itu amat panas. Deretan-deretan kedai yang menghiasi pinggir bahu jalan memeriahkan suasana. Para peniaga Arab yang ramah sentiasa memanggil-manggil para pelanggan. Ada juga yang berbahasa Melayu. Walaupun tidak begitu fasih, namun masing-masing mempunyai cara tersendiri memancing pelanggan - "Haji.. Haji... Laykhat dholu! (Haji, haji.. Lihat dulu!!)".

20120601_073913

Deretan kedai-kedai di laluan sepanjang dari hotel ke Haram

Setelah mendaftar masuk bilik di Hotel Barakah Al-Mawaddah dan bersarapan pagi, kami bersiap sedia untuk melakukan Umrah. Dari lobi hotel, kami bertalbiah sehinggalah tiba ke pintu bernombor 10 di Masjidil Haram – pintu Ismail (Bab Ismail). Di pintu tersebut, kami diarahkan oleh mutawwif untuk memasukkan selipar ke dalam beg plastik sebelum melangkah masuk ke Masjidil Haram. Seorang anggota polis dan seorang penjaga ditempatkan di setiap pintu masuk Masjidil Haram. Jutaan manusia telah memenuhi kawasan dataran Haram pada ketika itu. Masing-masing berpusu-pusu untuk berpesta ibadah di Masjidil Haram. Dari celah-celah penjuru pintu tersebut, tersergam indah sebuah binaan yang menjadi idaman kedua-dua anak mata ini untuk melihatnya sendiri – Kaabah. AlHamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Pandangan pertama melihat Kaabah cukup menginsafkan dan mengujakan. Jika dahulu diri ini hanya melihatnya di atas sejadah dan di televisyen, namun sekarang – nah, di depan mata!. Syukur.

20120601_075956

Suasana Haram di waktu pagi

20120601_160624

Indahnya Kaabah!

 

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Pemandu maut, empat cedera dalam nahas <b>di Slim River</b> - Inimajalah

Posted: 17 Jun 2012 12:10 AM PDT

Who's Online

6 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Hati Ema: Riadah <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 11 Jul 2012 08:39 PM PDT

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


4fn1mf-family: Seharian <b>di Kuala Sepetang</b>.

Posted: 11 Jul 2012 08:00 PM PDT

Tapi masih tergedik nak tepek jugak kat sini.
Semua ini adalah kenangan
kan..kan..kan....
Hari ke 2 lawatan kami bergerak ke negeri Perak pulak setelah
Tempat yang jarang kita masukan dalam list lawatan
ialah ke Tempat Pembuatan Arang di Kg Dew, Kuala Sepetang......
Bukan pergi cari mee yang femes ames tu tetapi mencari arang.....
Ini pun kali pertama ibu sampai ke tempat pembuatan arang nie.
Mak aiiiii...baru tahu bertapa sukar nak hasilkan arang.
Perlu banyak tenaga, memakan masa dan berisiko
kerana kawasan tu dipenuhi dengan abu, habuk, asap dan bahang kepanasan.
Ibu masuk sekejap pun dah rasa tak tahan.
Statement mengada-ngada..sila jangan muntah ye!!!!!!
Terpaksa mencari inhaler dalam handbag untuk legakan nafas yang mula sesak....

Dapur pembakar arang berbentuk iglu.
Di sinilah proses pembuatan arang berlaku selama 1 bulan........

 Naurah dan rombongan meminang..Oppss!!! rombongan murid sekolah.
Yang kelakarnya  Naurah melaram dengan skrit kembang berwarna putih.
Bayangkan pergi ke tempat macam tu...
Apa-apa jelah kakak....Nak buat macam mana, si Naurah ni dah mula
menunjukkan ciri-ciri suka melaram macam si ibu masa zaman muda-muda dulu dan 
hingga sekarang...hehehe......
 Tetapi yang pasti Naurah akan tekun mendengar setiap apa yang diterangkan.
Itulah Naurah, dia seorang yang serius dalam setiap pembelajaran...
Membuat catatan setiap apa yang didengar.....

 dan si adik,Farouk dengan cara yang tersendiri.
Catatannya diproses di otaknya (kata si farouk..)
Suka suki meninjau sendiri apa yang menarik minatnya...berbezakan mereka berdua....
Farouk cuba mengikis kulit-kulit kayu sebelum bermulanya proses pembakaran arang.
Baru dia tahu bertapa sukarnya untuk mendapatkan wang...
Kalau tak silap ibu, kerja mengikis sebatang kayu ni cuma dibayar 18 sen sebatang..
Sedangkan 1 iglu tu mampu menghasilkan Rm16,000-RM18,000 sebulan.
Iglu di situ saja ada dalam 5-6 buah.....

 2 orang BFF ni dah mula kepanasan di dalam bangsal tu.
Lepak-lepak ambil angin kat tepian sungai kecil.....
 Dah penat bertenggek kat batu, Farouk bertenggek pulak di tepi sungai........

Dah mula meneroka ke tempat lain.

Katanya nak tangkap ikan la, nak tangkap sotong la, nak tangkap kuda laut la..
Alahai macam-macam la auta budak sorang nie.
Ibu tahu farouk dah bosan dok kat dalam tu.
Lagi pun cuaca hari itu memang membahang........
Selepas selesai acara lawatan ke sini kami bergerak untuk
solat dan makan tengahari (di taja) di Masjid Kg Dew.... 
Selesailah siri jelajah ke Pulau Pinang dan Perak.........

p/s:
2 hari ibu kena menghadiri bengkel.
Bukan bengkel baiki kereta ye tetapi Bengkel berkaitan
dengan talian internet......

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


SUARA PERAK: CERAMAH PERDANA TAMIL PR <b>di BATU GAJAH</b>

Posted: 04 Jul 2012 08:11 PM PDT

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Taiping Mali: Abby Inspektor shahab buat kecoh <b>di Kamunting</b>

Posted: 08 Jul 2012 04:33 PM PDT

Satu lagi kempen untuk mengujudkan gelombang anti kerajaan bagi isu ISA nampaknya gagal lagi. PM dah umumkan untuk memansuhkan ISA, tunggu sajalah. Kerajaan BN tak mcm pakatan dok asyik cakap kosong, tapi setiap janji ditepati.

Bagi penyokong mcm Abby ini kita tolak tepilah sebab orang baru mestilah kena tunjuk hebat sikit. Lagi pun dia juga dah gian tu lama tak berlakon depan kamera. Bagilah can.....he he.

Buat Abby ingatlah pepatah "habis madu sepah dibuang"
begitulah nasib yg bakal dialami oleh anda....orang pas hanya mahukan glamor anda saja tapi lepas tu bersedialah untuk dicampakkan ke longkang....

BalasPadam

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


tok gajah: PRU 13 Pakatan Rakyat tawan <b>negeri Perak</b>?

Posted: 11 Jul 2012 07:35 AM PDT



Tok yakin rakyat negeri Perak tidak mudah terpedaya dengan ceramah2 Pakatan Rakyat terutame nye PAS. Rakyat negeri Perak sedo sesangat tentang kedudukan bilangan EXCO negeri semase negeri Perak di perintah oleh PR. Kalau sekali pandang pun kite dah boleh tahu siapa yang sebeno nye lebih berkuasa di negeri Perak.
 Tok mintak semua peratikan muke2 EXCO negeri Perak ni, berape kerat aje yang melayu nye? Tok tak dapat bayangkan ape yang akan berlaku jika sekira nya PR dapat terus berkuasa di negeri Perak. Tentang mane yang orang2 PAS boleh kate pemerintahan PR tu baik dan sesuai bagi memerintah negeri Perak.


Cube le kita bayangkan pule bila perkara yang sedemikian berlaku pule di peringkat persekutuan. Walau pun PM nye melayu tapi semua jawatan2 menteri yang penting di pegang oleh kaum mate sepet ni ape akan jadi kepada nasib orang2 melayu.
Yang kat atas ni pule ade sedikit cerita tentang negeri P Pinang. PAS banyak membantu rakan2 nye dari PKR dan DAP untuk menawan P Pinang, malang nye PAS di anjing kurap kan oleh DAP. Tidak ade sebab kenape DAP tidak mahu masuk kan PAS ke dalam EXCO negeri tu. Kerana PAS ade se orang ADUN nye yang layak.

Kepade para penyokong PAS sedo le sikit tentang perangai buruk pemimpin2 DAP dan PKR ni. Jangan salahkan sesape bila kerajaan PR tumbang di negeri Perak. PR negeri Perak tumbang kerana dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP lompat keluar PR.

Same ade tiga orang tu di rasuah atau tidak itu tidak penting, yang nyata mereka tu dah khianati PR. Yang terima padah nye MB PAS dan penyokong2 PAS. Tok tak pelek bila tiga ADUN tu lompat keluar. sebab nye yang sorang tu DAP dan yang dua lagi tu memang berasal dari keturunan UMNO yang dah terbuang.

Tok yakin sesangat pada PRU 13 akan datang ni orang2 melayu tidak akan mengulang lagi kesilapan yang di lakukan pada PRU 12 yang lepas.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Fooyooo: Manjungmari miliki rumah berkembar <b>di Manjung</b>.

Posted: 02 Apr 2012 11:07 PM PDT

Sebelum ini TM pernah dedahkan identiti MM dengan beberapa cerita tak sedap didengar berkaitan Ostad Kopiah kita ni. Tidak dinafikan bahawa terdapat rasa tidak puas hati dipihak Mat Desa aka Manjung Mari sebab identiti dan keburukan dia terdedah, terutama Pak Haji Imran. Apa tidaknya, rahsia ORANG KANAN dia untuk burukkan imej Kerajaan Negeri Perak dan TLDM telah terbongkar. Berbagai kritikan diberikan terhadap TM.

Namun demikian sebagai blogger yang berwibawa, TM tidak pernah gentar dan hairan dengan semua itu. Kali ni TM nak ajak pembaca untuk sama-sama renung kehidupan mewah Manjung Mari si Koperal Pencen. Ini baru keadaan luar rumah, belum lagi dalam rumah. So kali ini terbuktilah dakwaan bekas Pegawai Si Mat Desa ni adalah benar….renung-renungkanlah….

Kalau teringin nak lihat sendiri, ini ialah alamat dan gambar rumah dia: No 78-79, SM 5A/26, Taman Fasa 2D, 32040 Seri Manjung, Perak

No kenderaan ialah: Nissan Ad Resort-BEK 4908 dan Datsun 120Y-AAA 3738 (Disahkan oleh kawan rapat beliau bahawa dia bayar beribu RM untuk dapatkan kereta buruk ni sebab nak kan no AAA 3738). Pemilik asal ialah seorang cina. Hebat..memang hebat Mat Desa ni kalau bab telan duit.