Rabu, 25 April 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


House PK: PANAS BERAPI! KISAH PENUH GANGSTER BERSIH <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 10:18 PM PDT

Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan menyerang satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Desa Pakatan, malam kelmarin.

Seorang ahlinya, Loh Kok Beng, 48, berkata, majlis itu adalah sebahagian aktiviti tahunan PPMPP dan mereka telah dikepung oleh kira-kira 50 orang yang memakai baju Bersih serta parti politik Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) dan Pas pada sekitar jam 10.30 malam.

"Penyokong parti pembangkang berkelakuan ala kumpulan samseng dan ketua mereka (Boon Chye) bertanya siapa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis ini lalu saya menjawab 'sayalah pengerusi majlis itu'.

"Dengan nada keras, Boon Chye mengarahkan supaya suara speaker diperlahankan tetapi saya menjawab orang yang mengendalikan pembesar muzik telah keluar dan berkemungkinan dalam perjalanan balik.

"Saya meminta mereka tidak mengganggu majlis PPMPP kami tetapi Boon Chye dengan tidak sopannya, terus memarahi saya," katanya.

Pada 23 April lalu, kira-kira 500 ahli PPMPP termasuk keluarga serta penduduk sekitarnya berkumpul di Padang Desa Pakatan di sini pada pukul 9 malam sambil dihiburkan dengan iringan persembahan nyanyian, tarian singa, naga dan bunga api.

Walaupun begitu, kurang daripada jarak 100 meter dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil, terdapat sebuah lagi majlis ceramah pelancaran kempen Bersih 3.0 dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Difahamkan, pihak pembangkang telah meninggikan bunyi pembesar suara mereka biarpun majlis yang dianjurkan oleh PPMPP telah bermula terlebih dahulu.

Disebabkan tindakan pembangkang tersebut, deejay yang mengendalikan majlis PPMPP turut membalas dengan meninggikan pembesar suara mereka sebelum diserang secara tiba-tiba.

Mengulas lanjut, Boon Chye katanya, terus mengarahkan pengikutnya untuk memberhentikan muzik selain bertindak membuka kanopi biarpun tanpa kebenaran kerana tidak puas hati.

"Tindakan pantas pihak polis yang sampai tepat pada masanya menyebabkan pengikut-pengikut Boon Chye terus beredar dari lokasi majlis berkenaan.

"Walaupun mereka sudah meninggalkan majlis kami, tetapi mereka masih memaki, mengugut serta menjerit perkataan-perkataan kesat terhadap saya dan orang ramai yang hadir. Ada juga yang membaling batu ke atas kereta penyanyi undangan kami," katanya.

Dalam pada itu, Kok Beng yang khuatir dengan keselamatannya serta jawatankuasa PPPMP, telah membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Simpang Pulai sekitar pukul 7 ke 8 malam semalam.

Kok Beng turut memohon kepada pihak polis dan kerajaan untuk membela hak-hak demokrasi mereka selain melahirkan rasa sangat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Boon Chye dengan bersikap seakan-akan samseng.

Sumber: Perak Today

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


JAWA BERNAM: GABUNGAN PAS DAN UMNO <b>DI BAGAN DATOH</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 01:00 AM PDT

Gambar di sebelah kanan DS Zahid adalah YDP PAS Bagan Datoh, Misbahulmunir. Beliau pun turut hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional Bagan Datoh hari ini untuk beri sokongan kepada DS Zahid katanya. Rambut sama hitam, hati lain-lain kan, so, JB tak suka nak buruk sangka ni. Bagus lah kalau dah ada momentum macam  ni. Ini bermakna DS Zahid berjaya merubah landskap politik kawasan luar bandar yang dapat menyatupadukan Melayu atas prinsip bangsa dan agama, bukan lagi berpaksikan politik dunia semata.
Tapi yang tak sedap didengar dari telinga informer JB kat sana YDP PAS ni seumpama memerli DS Zahid dengan bertanya kepada DS Zahid tak pergi ke kenduri Fakulrazi (calon pembangkang yang akan bertanding Parlimen Bagan Datoh)? "Kita kenduri tak kira parti politik, kita pergi semua kenduri..InsyaAllah kalau sempat singgah lah nanti," balas DS Zahid pada YDP PAS tersebut. Terus terdiam tak kata apa-apa si PAS tu. Kalau kena kat dorang confirm lah tak jenguknya pemimpin UMNO yang buat kenduri. Haram katanya.
DS Zahid memang berhati rakyat beb. JB tak nafikan. Sebab Bagan Datoh daerah jiran JB walaupun berlainan negeri. Solute DS Zahid!

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


QGIS MALAYSIA: Training: K-Perak GIS unit get trained in QGIS

Posted: 25 Apr 2012 09:00 AM PDT

Latihan: Unit GIS K-Perak GIS mendapat latihan QGIS
24-25.4.2012 merupakan dua hari di Ipoh dimana atas permintaan, kami telah memberi latihan QGIS kepada Unit GIS K-Perak. Walaupun ramai peserta masih baru dengan perisian GIS, semua cepat tangkap cara-cara untuk menggunakan QGIS dan ini memberi tanda bahawa QGIS betul-betul adalah perisian GIS yang amat mesra-pengguna. Mengajar disini juga sungguh menyeronokkan kerana kemudahan IT disini semuanya baru dan bagus serta talian Internet adalah baik. Saya percaya kumpulan ini lama-kelamaan akan menjadi pengguna setia QGIS. 
Training: K-Perak GIS unit get trained in QGIS
24-25.4.2012 were two days spent at Ipoh, upon their request, training QGIS to staff of K-Peraks's GIS unit. Although many were still new to GIS, I found that they took to QGIS very quickly showing that QGIS is indeed a user-friendly GIS tool. It was enjoyable training here because the IT equipment are new and very good at the same Internet bandwidth was comparatively responsive. Looking the way as it it, I believe this bunch will eventually be avid QGIS users.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Banjir <b>Di</b> kuala Dipang

Posted: 12 Apr 2012 05:04 AM PDT

Number of View :1574

GAMBAR BANJIR DI KUALA DIPANG

KAMPAR: Kira-kira 1,145 penduduk daripada beberapa buah kampung di Kuala Dipang dipindahkan akibat banjir yang melanda kampung tersebut selepas hujan lebat turun sejak malam Rabu hingga pagi Khamis.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, seramai 767 orang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar sementara 378 lagi di tempatkan di Dewan Pulau Bergading dekat Malim Nawar.

Beliau berkata hujan lebat yang turun sejak semalam menyebabkan banjir melanda di beberapa kawasan di negeri itu.

"Kira-kira 300 keluarga di sekitar Ijok di daerah Larut Matang turut terjejas dan dipindahkan akibat banjir," katanya.

Dr Zambry berkata beliau telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara memantau keadaan banjir dan operasi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

"Semua agensi perlu bekerjasama membantu memindahkan mangsa banjir," katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

10 Artikel Pilihan Ramai...

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Ride ke Kenduri Kahwin <b>di Slim River</b>

Posted: 25 Mar 2012 12:00 AM PDT

Program kali ni adalah escort pengantin di Slim River, Perak. Asalnya  weekend ride yang dikelolakan oleh Kawasaki HQ ke Hutan Lipur Lentang, Pahang. Kami berkumpul lebih kurang jam 8.30 pagi ( 23 Mac 2012) di Kawasaki Glenmarie. Lebih kurang jam 9.15, kami ke Restoran mamak untuk menikmati sarapan pagi dulu ( kawasaki blanja  ). Wa pun tak ingat restoran ni kat mana, rasanye dekat Glenmarie ni.
Tengah seronok sarapan pagi. Ambil apa saja. Tapi janganla sampai kenyang sangat, nanti tak larat plak nak bawak motor, maklumla free.
Minah ni duduk betul-betul depan wa,  dikenali sebagai topaz, dia sorang aje rider pompuan ni. Minah ni bawak ER 6n. Badan dia lebih kurang saiz badan wa. Yang dua orang lagi tu, wa baru kenal, tapi dah lupa nama dia. Brader yang baju hitam tu baru beli motor, kalau tak silap baru jalan 500 km. belum habis pantang lagi. Tapi nak buat camno, tak tahan nak weekend ride.Yang motor merah tu ada kursus plak kat Cameron, terus aje bawak motor dia ke sana.
Motor wa yang ada huruf  L tu. Belum ada kesempatan lagi nk ambik B Full.
Taklimat keselamatan oleh Marshal. Dongar ajolah, keselamatan tetap diutamakan. Khusyuk betul brader ni dengar taklimat. Ada di antara diorang ni baru pertama kali join weekend ride, termasuklah wa.
Motor wa parking belakang motor marsahal tu. Tak pe, satu hari nanti wa plak yang akan jadi marshal, yo ko?
wa baru kenal aje brader2 ni.
Kat Petronas Slim River, rehat jap, dah sejam ride ni.
Tengok riding gear masing2, dah mcm pahlawan, hahaha
Alamak, problem plak motor brader ni. radiator bocor. Kena panggil foreman daa. Rasanye brader ni tak dpt ikut konvoi.
Parking dulu kat rumah rehat ni pasal nak tunggu pengantin. Untuk makluman, wa pun tak kenal pengantin ni. Dari sini la kami escort pengantin terus ke dewan orang ramai.Yang bikers adalah pengantin pompuan, lepas ni mungkin dua2 jadi bikers kot Tersenyum lebar betul marshal ni. Maklumla, makan free, tapi duit kepok kena bagi gak.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


NUBE vs Maynue: Perjuangan kami berterusan <b>di Kuala Kangsar</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 05:45 PM PDT

Rizal Yob Ipoh

This slideshow requires JavaScript.

Kuala Kangsar, Rabu 18.04.2012 – Kesejukan akibat hujan lebat lebih 4 jam terus mengambarkan perjuangan menegakkan keadilan untuk NUBE bertambah kekuatanya apabila sambutan dari setiap ahli dari bank – bank disini tidak mengecewakan kami yang hadir.

Ianya dikuatkan lagi dengan sesi soal jawab yang meningkat kesedaran ahli terutama dari Maybnak daripada senior – senior NUBE yang hadir, bertapa kepentingan NUBE perlu didahulukan berbanding kepentingan diri atau yang lain – lain. (Video disediakan…saksikan)

Perjuangan yang tiada asas seperti Maynue perlu ditolak sama sekali kerana mereka menjanjikan "Harapan tinggi menggunung" tetapi belum nampak kejayaanya lagi hanya bualan kosong. NUBE yang telah berusia 50 tahun lebih lebih berupaya untuk memberi pekerjaan selamat dan perlindungan kepada ahli dengan baik selama ini.

"Kita tidak janjikan bulan dan bintang tetapi "secure" pekerjaan di tempat kerja. Mampukah kita jika gaji kita naik RM600 atau RM1000 kita diperah – perah, diinjak – injak oleh pihak majikan kita. Tentunya, ahli akan diarah untuk buat jualan (sales) di merata tempat tanpa sempadan yang memberikan masalah kepada ahli." menurut Sdra Osman Branch Committee Ipoh.

Sesi penerangan dari AJK NUBE Ipoh ini telah menjemput rakan – rakan dari bank – bank di kawasan Kuala Kangsar seperti CIMB Bank dan Public Bank untuk mendengar den melihat sendiri masalah utama di Maybank yang mempunyai kesatuan dalaman iaitu Maynue supaya mereka faham situasi yang ditempuhi oleh NUBE dan ahli – ahli di Maybank.

Kami terus memberikan info yang terbaik untuk ahli – ahli NUBE di serata tempat suapaya sedar tindakan NUBE kini dan selamanya

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Rashid Maidin | Budak Benteng

Posted: 25 Apr 2012 08:47 AM PDT

Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 - 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.
Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.
Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.

Rashid dilahir dalam sebuah keluarga miskin di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak pada bulan November, 1917 – tahun berlakunya Revolusi Bolshevik di Russia. Beliau adalah anak sulung daripada lapan adik-beradik. Beliau tamat pendidikan sekolah rendah sehingga darjah lima di sekolah Melayu tetapi kemudiannya mengikuti kursus bahasa Inggeris di sekolah malam dan juga belajar melalui pos.

Akhirnya, dia memiliki kemahiran yang mencukupi serta penguasaan bahasa yang baik untuk bekerja sebagai seorang juruteknik di lombong bijih timah British di kawasan Batu Gajah dan Tanjung Tualang di Perak.
Menurutnya, sejak kecil lagi, dia tertarik dengan cerita mengenai legenda panglima Melayu seperti Datuk Maharajalela berjuang menentang penjajahan British di Perak tetapi apabila dia mula bekerja, tumpuannya hanya untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung keluarganya di Gopeng.

Pada tahun 1939, ketika berusia 22 tahun, Rashid bertemu dengan Tu Lung Shan yang ditugaskan mencari ahli baru PKM di Tanjung Tualang. Kumpulan pimpinan Tu ditugaskan oleh pihak parti untuk menganjurkan aktiviti di kawasan sekitar Tanjung Tualang. Pada masa itu, Tu Lung Shan baru berusia 17 tahun dan Perang Dunia Kedua sudahpun bermula di Eropah yang menyaksikan tentera Jerman menyerang Poland.

Pada mulanya, Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara menyeluruh. Ketika berjuang dalam PKMM, Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.
Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930.
[sunting]Bersekutu dengan British

Pada 18 Disember 1941, PKM telah memeterai persefahaman dengan pihak British di Singapura untuk menubuhkan barisan bersatu untuk menghalang pergerakan Jepun ke selatan Semenanjung dan untuk melatih pemimpin PKM dan anggotanya dalam operasi khas menentang musuh.
Mengikut catatan sejarah di pihak British dan PKM, 165 anggota komunis, termasuk Tu Lung Shan dilihat menjalani latihan di Sekolah Latihan Khas 101 (STS101) di Singapura sebaik sahaja perjanjian itu dicapai sehinggalah kejatuhan pulau itu pada 15 Februari 1942.
Menurut Rashid, dia tidak menyertai MPAJA sewaktu pendudukan Jepun kerana dia ditugaskan oleh pihak parti untuk menjalankan tugas-tugas politik, organisasi dan publisiti di sekitar Gopeng, Tanjung Tualang, Malim Nawar dan kawasan lombong di Tronoh, Seputeh serta Nalla.

Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana, Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isteri Cina ini kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang dan Rashid Maidin menerima arahan secara langsung dari Ching Peng.

Rashid Maidin menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan selatan Thailand. Jumlah rumah adalah sebanyak 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang. Orang Melayu Malaysia ada tiga kelamin manakala yang lain semuanya adalah warga Thailand.
Rumahnya dua tingkat yang diubahsuai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, beliau mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Pak Sako berkata Rashid Maidin kuat dan mantap pegangan agamanya.

Di bawah urusan kerajaan Malaysia, Rashid Maidin pergi ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun 1999. Sahabatnya seperjuangannya, Tuan Haji Ahmad Boestaman dan Tuan Haji Ishak Haji Mohamad telah lama meninggal dunia.
Tubuh Rashid Maidin masih tegap dan selalu berpakaian serba putih lengkap berketayap. Wajahnya awet muda dan kelihatan seperti berusia awal 50-an.

Pada 1 September 2006, pukul 9 pagi Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).
Tuan Haji Rashid Maidin meninggal dunia kerana sakit tua pada umur 89 tahun. Solat jenazah dan pengkebumian telah dilakukan selepas solat Jumaat.

Rashid dikatakan mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Beliau juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Rashid yang dikatakan berada di situ.

Menurut sumber lisan daripada anak nya yang bernama Johan Ariffin, bapanya seorang yang kuat semangat dan tabah menempuh pancaroba. Dia merupakan seorang yang bijak dalam mengatur strategi dan mempunyai kebolehan yang baik dalam berpidato dan berhujah. Johan Ariffin pernah bertugas sebagai anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Sehingga kini, Rashid maidin ada meninggalkan cucu yang bernama Azman dan Hasnur Hadi, seorang usahawan dalam bidang penternakan Lembu tenusu di Ayer Kuning, Perak di bawah Syarikat Megaternak Sdn. Bhd.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tapah</b>

Posted: 24 Apr 2012 12:19 PM PDT

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-

1. Akauntan (W41)

2. Penolong Jurutera (J29)

3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29)

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17)

5. Juruteknik Komputer (FT17)

6. Penghantar Notis (N3)

7. Pemandu Kenderaan (R3)

8. Pekerja Awam (R1)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mei 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Pagi Khamis: Pengalaman gempa bumi kecil <b>di Taiping</b>

Posted: 11 Apr 2012 06:38 PM PDT


Petang semalam mungkin merupakan satu pengalaman yang jarang dirasai. Umumnya telah mengetahui bahawa Acheh sekali lagi ditimpa gempa bumi, dan kekuatan gegaran dikatakan hampir sama seperti peristiwa gempa tahun 2004 yang menyebabkan berlakunya tsunami.
Pada jam sekitar 4.38 petang, sewaktu sedang membaca novel The Great Gatsby tulisan F. Scott Fitzgerald (novel yang wajib dibaca untuk subjek Selected Novels and Short Stories), dan pada waktu itu adik saya Adrina sedang sibuk mewarnakan lukisan, manakala adik saya Izhar berbaring di sebelah Adrina, tiba-tiba kedengaran 'sliding door' rumah berbunyi seolah-olah angin kuat sedang bertiup. Kemudian, kelihatan pintu tersebut bergoyang-goyang walaupun di luar rumah tiada angin yang bertiup.
Adrina yang sibuk mewarna tadi terus berhenti dari kerjanya. Dia kemudian bangun melihat keadaan di luar rumah. Pada waktu itu jugalah, kedengaran pula gegaran pada pintu grill, dan gegaran tersebut agak kuat, seolah-olah  seperti ditiup angin kencang. Saya menyoal kehairanan, apakah terdapat angin di luar?
Izhar adik saya terus memberi respon. Katanya, bukan angin yang bertiup, tetapi mungkin rumah sedang bergegar. Lantas ditunjukannya akuarium di rumah. Kelihatan dengan jelas akuarium tersebut bergegar. Air di dalam akuarium berkocak dengan kuat, dan itu sesuatu yang jarang untuk berlaku. Pada waktu itu jugalah, lantai dirasakan bergetar dan kipas angin kelihatan bergoyang.
Secara spontan, keseluruhan keluarga keluar dari rumah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Rupa-rupanya bukan keluarga saya sahaja yang merasai situasi itu, malah keseluruhan penduduk di kawasan perumahan turut mengalaminya. Kebanyakan jiran turut keluar dari rumah. Masing-masing mula bersuara, dan situasi agak kecoh sedikit.
Mata saya terus melihat tiang elektrik di hadapan rumah. Ternyata dengan jelas, tiang elektrik tersebut bergoyang, dan menyebabkan berlaku pergerakan pada wayar elektrik. Wayar eletrik ini terus bergoyang untuk beberapa minit.
Mata kemudian melihat pada parit di hadapan rumah. Air di dalam parit juga turut berkocak. Kemudian seorang jiran menyatakan bahawa kereta Toyota Alphard milik jiran sebelah kelihatan bergoyang. Ternyata apa yang dinyatakannya itu benar.
Situasi tersebut terus berlaku dalam tempoh beberapa minit. Sewaktu berlaku, fikiran menyatakan bahawa mungkin inilah kejadian gempa bumi pertama seumpamanya di Taiping. Mungkin zon selamat dari gempa bumi yang dimiliki di kawasan Semenanjung Malaysia tidak lagi dapat dipertahankan. Mungkin keadaan geografi telah berubah, dan kawasan di Malaysia juga mungkin telah terdedah dengan ancaman gempa bumi.
Apabila merasai sendiri gegaran tersebut, segala logik berdasarkan ilmu geografi yang menyatakan bahawa Malaysia tidak berada dalam zon Lingkaran Api Pasifik seolah-olah dilupakan seketika. Fikiran pada waktu itu hanya memikirkan bahawa kawasan Taiping mungkin telah terdedah dengan bencana gempa bumi.
Hakikatnya, gegaran yang berlaku itu sangatlah kecil. Namun, bagi rakyat Malaysia yang tidak pernah merasai pengalaman gegaran sedemikian, situasi itu ternyata mencetuskan panik. Itulah yang berlaku di kawasan perumahan saya. Masing-masing keluar dari rumah tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.
Maka, sepantas kilat berita kemudian tersebar menyatakan bahawa gempa bumi telah berlaku di Acheh, Indonesia dengan kekuatan gegaran 8.9 skala ritcher. Maka tidak hairanlah andai gegaran itu dapat dirasai di Taiping.
Terdapat satu pengajaran yang boleh diambil. Sesungguhnya, manusia itu terlalu kerdil, dan Allah itu Maha Berkuasa. Apa sahaja yang mustahil bagi manusia, adalah sesuatu yang mudah untuk Allah laksanakan. Hanya dengan berkata 'jadi', maka akan jadilah setiap perkara yang mungkin mustahil.
Benar, Taiping bukan kawasan gempa bumi. Namun tak mustahil keadaan itu berubah jika Allah izinkannya. Maka, sama-samalah bersyukur dengan nikmat aman dan tenteram yang dirasai. Jangan kufur nikmat. Jangan suburkan maksiat dalam kehidupan.
Syukurlah, tiada kejadian tsunami berlaku selepas itu. Itu juga satu tanda kebesaran Allah buat hamba-Nya.
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Al Baqarah:117]

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


AZNi AUDiO SYSTEM: Majlis Perkahwinan <b>di Tanjung Rambutan</b> (3 <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 10:23 PM PST

Menyediakan Perkhidmatan PA System untuk majlis keraian dan keramaian seperti:

- Majlis Perkahwinan
- Majlis Pernikahan
- Majlis Pertunangan
- Hari Ulangtahun
- Hari Keluarga
- Hari Sukan
- Khidmat Deejay
- Acara-Acara Korporat
- Rumah Terbuka
- Persembahan Pentas dan sebagainya.

Alunan Muzik dari Pop Yeh-Yeh hingga masa kini. Tidak kira dimana jua majlis diadakan, di dalam DEWAN, KHEMAH, PENTAS, kami sedia memberi perkhidmatan terbaik.

Sekiranya berminat, sila berhubung dengan iJaT:-
019-5761823
ijat.azize85@gmail.com

Kami menerima tempahan di dalam Daerah KINTA, PERAK TENGAH & KUALA KANGSAR. Bagi daerah lain, ia bergantung kepada faktor masa perjalanan dan kekosongan pada hari berkenaan.

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


50000 peluang pekerjaan <b>di Sungkai</b> - Jinggo FotoPages - The <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]50000 peluang pekerjaan di Sungkai - Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik.. - UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, ...

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Orang ni: [Bukti Bersurat] Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 06:23 PM PDT

Surat  diatas bertajuk  PENANGGUHAN  TARIKH  MENSYUARAT  AGUNG  TAHUNAN  PKMM  NEGERI PERAK  KE-35  BAGI TAHUN  2011/2012 adalah suatu bukti yang jelas bahawa persatuan ini menjadi tunggangan Barisan Nasional, ini kerana tertera penyebab  tunggal utama mengapa  mensyuarat ini  terpaksa ditanggungkan oleh kerana  hanya  disebabkan  ARAHAN dari NGO yang bergabung  dengan Barisan Nasional diminta  menangguhkan mesyuarat. 
Keratan isi kandung penyebab yang menjadi bukti PKMM di perkuda oleh Barisan Nasional
Hendak tanggungkan  mesyuarat  tu…lantak la..mungkin kalau sebab-sebab tertentu  dalam organisasi atau  masaalah sebarang teknikal berkaitan persatuan,itu adalah lumrah berorganisasi. Tapi atas sebab arahan NGO yang bergabung dengan Barisan Nasional.. Apa kejadahnya..!!!  PKMM ni parti politik ke..??? 
Patutlah ramai dikalangan kontraktor melayu dinegara ini yang mencari sumber rezeki  dalam sektor kerjaya  ini ramai yang merunggut mengenai  ada sikap pilih bulu dalam mendapat  tender dalam sesuatu projek di tanah air khususnya di negeri Perak,rupa-rupanya memang jelas PKMM  yang menaungi golongan kontraktor ini dibelenggu oleh kuasa rakus Barisan Nasional, maka tidak hairanlah jika ada golongan kontraktor  orang melayu terpaksa gulung tikar dek kerana sikap pilih kasih dan pilih bulu ini banyak sekali berlaku. Untuk  senang  mendapat  sesuatu projek para kontarktor  yang lebih mengampu Najib dan yang lebih menyokong  UMNO BN  maka layaklah menerima tander dan keistimewaan,jika sebaliknya mereka bakal sukar menerima apa-apa  yang sepatutnya.
Disini dapat perhatikan  PKMM  hanya  sebuah persatuan yang berkepentingan politik kepada UMNO BN sahaja,tidak lebih dari itu. Dimaklumkan juga mejoriti  kontraktor  orang Melayu di Malaysia khususnya di negeri Perak  sudah terlalu ramai yang  sudah menolak  sepenuhnya  Barisan Nasional.
Maka tidak hairanlah surat bukti  ini dipertikaian mereka dan diserahkan kepada  aku untuk di kongsi bersama…betul tak..??? Tepuk dada….jangan tanya UMNO BN…tanyalah diri sendiri…haha….