Khamis, 21 Februari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Labun Cikgu Lin: TINJAU "WINABLE CANDIDATE" PRU 13 (FASA I <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 08:38 AM PST

SEPANJANG MASA SAYA MENERIMA MAKLUM BALAS DARI AKAR UMBI MENGENAI PAPARAN DI BAWAH INI TERUTAMA BERKAITAN DENGAN TOKOH-TOKOH DI BAWAH.
TOKOH-TOKOH DI BAWAH AKAN DIDELETEKAN GAMBARNYA JIKA TIDAK MELEPASI "PIAWAIAN SAYA"
HARAP MAKLUM DAN MAAF DIPINTA.
Minggu ini, kemungkinan aku  ke Teluk Intan khasnya DUN N56 Changkat Jong untuk TINJAUAN FASA I dan seterusnya menuju ke N54 Hutan Melintang untuk membuat  TINJAUAN FASA III.
Jangan di tanya siapa yang suruh, kerana tak ada yang menyuruh sebabnya AKU MEMANG SUKA MENYIBUK.
Di antara TOKOH yang akan aku tinjau minggu ini UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT  dari SUMBER BERKENAAN adalah :-


MAKLUMAN : Gambar Tokoh di bawah ini KEMUNGKINAN AKAN BERUBAH (DIGUGURKAN) MENGIKUT KAJIAN DAN LAPORAN YANG DITERIMA DI AKAR UMBI NANTI.
N54 HUTAN MELINTANG

(SORRY .... TAK DAPAT DIKESAN)
P76 TELUK INTAN


Di antara maklumat yang aku perlukan adalah:-
1.   Nama Penuh :
2.   Kelulusan   :
3.   Umur :
4.   Jawatan dalam UMNO :
5.   Kerjasama :
6.   Tempat Tinggal Sekarang :
7.   Berasal (Ibubapanya) :
1.   Nama Isteri :
2.   Asalnya :
3.   Anak Berapa :



10 DUN TERTINGGI (Kaum India)



10 PARLIMEN TERTINGGI (Kaum India)
Ada lagikah yang tertinggal atau adakah kurang sesuai, sila berikan respon melalui INBOX. Terima kasih.

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


.: Konvoi Ustaz Azhar Idrus ( <b>Gopeng</b>, Perak )

Posted: 08 Feb 2013 12:00 AM PST

Serba Boleh & terbaikk...
 Jom Kita ramai ke sana...moh yop ..moh yong oiii...Macam Ilmu agama ada...
Aturacara & Jadual Konvoi untuk ahli dari 






12:00-1:00  Tengahari ( berkumpul RNR Sungai Buluh 
3.30 Petang : Di Jangka tiba di RNR Tapah
Di Kawasan Perhentian ini anda boleh mandi, makan & minum dan tempat persalinan pakaian.
Semua kemudahan ada di sediakan sini. ( Ate bawak tuala dengan sabun mandi jer )
Untuk keterangan lebih lanjut sila Klik: RNR Tapah
4:00 Petang Konvoi akan sampai di Tol Simpang Pulai :

Di Nasihatkan Pada Ahli-ahli yang dari Perak sila tunggu di Kawan Tol Simpang Pulai Pukul 3.30 Petang.
Di Jangka menyambut konvoi dari kuala Lumpur ialah Izz, N, Aboya, Zaid dan beberapa lagi ahli kita di Perak untuk menyambut kedatangan Konvoi dari Ahli luar dari Kawasan Perak. Semua peserta konvoi akan bergerak ke tempat berkumpul Bikers dan sama menunggu kedatangan Ustaz Azhar Idrus.
6:00 Petang : Ustaz Azhar Idrus bersama Bikers & Ahli-ahli E46 Bergerak bersama ke 
Masjid Jamek Gopeng, Melalui Pekan Gopeng dan seterus di bawa ke Majid Jamek Lama Gopeng.
 Pekan Gopeng ( Laluan Konvoi )
Laluan Konvoi - Warna Merah dan dari Logo ke Logo Kelab kita.. 
6.30 Petang: Konvoi mengiringi Ustaz Azhar Idrus dijangka tiba di perkarangan 
Eheh..ehehh..yang belakang tu adik Ustaz Azhar Idrus ker?? hehe...
Hidup Kelab E46 Malaysia..

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Treler Negara Berkebajikan disambut meriah <b>di Manjoi</b>

Posted: 21 Feb 2013 07:24 AM PST

IPOH: Treler jelajah Negara Berkebajikan PAS disambut meriah oleh penyokong parti dan penduduk setempat sewaktu tiba di Manjoi kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke Perak juga turut disambut dengan bunyi hon dari pemandu-pemandu kereta yang menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Pakatan Rakyat khususnya jelajah Negara Berkebajikan.

Ketibaan treler Negara Berkebajikan dinantikan lebih 200 penduduk di Manjoi walaupun sebelum masuk ke pekan kecil itu diganggu oleh sekumpulan kecil pemuda Umno dengan sorakan menghalau kembara Negara Berkebajikan.

Hujan renyai-renyai di pekan kecil tidak mematahkan semangat penonton untuk menyaksikan buat kali pertama kembara ini berjalan mengelilingi negara.

Di Manjoi, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menanti bersama pimpinan PAS Perak.

Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi memulakan ucapan di atas pentas treler tersebut dengan menghargai penghormatan yang diberikan terhadap program jelajah yang memilih Manjoi sebagai destinasi pertama.

Beliau yang turut memberitahu persinggahan sementara ini menunjukkan satu isyarat bahawa PAS akan memenangi Dun Manjoi pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Nizar yang memulakan aksi memukau ucapan tiga minit dengan memugar ekspresi penonton,  "Are you ready for Pakatan Rakyat, " disambut dengan laungan "yes". Dan are you ready for BN...dijawab "no".

Majlis ditutup dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Nizar.

Dalam pada itu, penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di atas pentas treler jelajah sebagai kenangan.

Treler jelajah akan meneruskan perjalanan di Pendang, Kedah bagi program seterusnya esok.

Treler Negara Berkebajikan disambut meriah <b>di Manjoi</b> - Rakyat <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 05:48 PM PST


IPOH: Treler jelajah Negara Berkebajikan PAS disambut meriah oleh penyokong parti dan penduduk setempat sewaktu tiba di Manjoi kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Sepanjang perjalanan menuju ke Perak juga turut disambut dengan bunyi hon dari pemandu-pemandu kereta yang menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Pakatan Rakyat khususnya jelajah Negara Berkebajikan.

Ketibaan treler Negara Berkebajikan dinantikan lebih 200 penduduk di Manjoi walaupun sebelum masuk ke pekan kecil itu diganggu oleh sekumpulan kecil pemuda Umno dengan sorakan menghalau kembara Negara Berkebajikan.

Hujan renyai-renyai di pekan kecil tidak mematahkan semangat penonton untuk menyaksikan buat kali pertama kembara ini berjalan mengelilingi negara.

Di Manjoi, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menanti bersama pimpinan PAS Perak.

Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi memulakan ucapan di atas pentas treler tersebut dengan menghargai penghormatan yang diberikan terhadap program jelajah yang memilih Manjoi sebagai destinasi pertama.

Beliau yang turut memberitahu persinggahan sementara ini menunjukkan satu isyarat bahawa PAS akan memenangi Dun Manjoi pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Nizar yang memulakan aksi memukau ucapan tiga minit dengan memugar ekspresi penonton,  "Are you ready for Pakatan Rakyat, " disambut dengan laungan "yes". Dan are you ready for BN...dijawab "no".

Majlis ditutup dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Nizar.

Dalam pada itu, penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di atas pentas treler jelajah sebagai kenangan.

Treler jelajah akan meneruskan perjalanan di Pendang, Kedah bagi program seterusnya hari ini.

IdaMan: Treler Negara Berkebajikan Disambut Meriah <b>Di Manjoi</b>

Posted: 15 Feb 2013 12:00 AM PST

                    
IPOH: Treler jelajah Negara Berkebajikan PAS disambut meriah oleh penyokong parti dan penduduk setempat sewaktu tiba di Manjoi kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke Perak juga turut disambut dengan bunyi hon dari pemandu-pemandu kereta yang menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Pakatan Rakyat khususnya jelajah Negara Berkebajikan.

Ketibaan treler Negara Berkebajikan dinantikan lebih 200 penduduk di Manjoi walaupun sebelum masuk ke pekan kecil itu diganggu oleh sekumpulan kecil pemuda Umno dengan sorakan menghalau kembara Negara Berkebajikan.

Hujan renyai-renyai di pekan kecil tidak mematahkan semangat penonton untuk menyaksikan buat kali pertama kembara ini berjalan mengelilingi negara.

Di Manjoi, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menanti bersama pimpinan PAS Perak.

Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi memulakan ucapan di atas pentas treler tersebut dengan menghargai penghormatan yang diberikan terhadap program jelajah yang memilih Manjoi sebagai destinasi pertama.

Beliau yang turut memberitahu persinggahan sementara ini menunjukkan satu isyarat bahawa PAS akan memenangi Dun Manjoi pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Nizar yang memulakan aksi memukau ucapan tiga minit dengan memugar ekspresi penonton,  "Are you ready for Pakatan Rakyat, " disambut dengan laungan "yes". Dan are you ready for BN...dijawab "no".

Majlis ditutup dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Nizar.

Dalam pada itu, penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di atas pentas treler jelajah sebagai kenangan.

Treler jelajah akan meneruskan perjalanan di Pendang, Kedah bagi program seterusnya esok.~ hd

                           
                         

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


kisah hidup si &#39;IR neeLofa&#39;: Hidup Berdikari <b>di Behrang</b> 2020

Posted: 02 Feb 2013 07:59 AM PST

Lepas tamat je MSK masa sem 3 aku jaga,, aku wat keputusan drastik tok dok Luar = RUMAH SEWA.. sebab apee??? x tahan dengan perangai DATO' AJ !! seyesss,,, rasa macam nak bg kaki tangan je kat dier !! fikirkan die org tua je !! tua dr aku La.. tp x kawen Lagi ponnngg... haiiisshhh..
nseb kawan sekeLas tengah carik Lagi sorg kwn tok kongsi byr sewa umah.. aku pon masok je dok ngn diorg.. so,, 1 umah ade 5 org..
kat jLn WM 1/19,, corner Lot kau !! haha.. yg penting,, ade tempat teduuhh time beLajar.. :)
ahLi rumah aku,, (1)org kuat,, tukang kutip segaLa duit,, azrina (2) si speaker behrang,, hasLiza,, (3) si hidong mancong,,kak krina (4) aku sendiri,, si neeLofa (5) si empunye kete,, zuren.. Ktorg g keLas ngn kete zuren :) nseb ade transport.. tp ktorg penah je naek bass,, so x djd haL pon.. :)
kebetuLan,, berjiran ngn dak Laki keLas aku sendiri,seLang 1 buah umah..umah daus,syed,ogy,fendi,akmal,sapik,haLim,hazwan,    SebeLah umah ktorg puLakk,dak Laki keLas DKA D..
seronok La berjiran ngn diorg.. beLajar sesama.. hehehe.. =p
seronok La study ngn diorg.. besstt... sejak aku dok Luar,, pointer aku naek teross... aLhamduLiLLah... aku bersyukur sangat..sume 3 pointer atas.. time sem 4 aku dpt 3.49.. Lagi 0.01 nak AKJ (Anugerah Ketua Jabatan) Dak umah aku 3 org kot AKJ time 2.. pergghhh... xpe,,, xde rezeki tme 2 :)
sepanjang dok umah sewa,, banyak aktiviti ktorg wat,, maen badminton,, majLs tahLiL,sambot birthday n majlis berbuka puasa,, sambut hari raya kat umah P.A & so on..
First2 dok umah sewa,, majLis berbuka puasa ramai2 dengan P.A & CLassmate ! awesome giLer !waLaupon penat ber'bengkeL' kan,, makLom La, budak civiL kan ,, ^_^
hitam geLap bagai muka ktorang ! tapi have fun giLer beb !
1st puasa sebagai peLajar PSAS
Seronok giLer time nih !! memang x fikir finaL Langsong !! dok fikir nak baLik raya !! hehehe..

Lepas sambot raya ngn famiLy kat kampung,, ktorg pon beraya ramai2 kat umah P.A.. seronoookkk sangatt... sume berkumpuL !!

SELAMAT HARI RAYA =)

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


4 sekeluarga rentung <b>di Ipoh</b> ABN News | BM

Posted: 04 Feb 2013 08:44 PM PST

IPOH — Empat sekeluarga rentung apabila rumah mereka di Taman Bukit Medan Sungai Siput di sini terbakar tengah malam tadi.

Mangsa yang rentung ialah suri rumah S. Jayalatchumy, 45, dua anak perempuannya, R. Thilagawati, 23, dan R. Puvaneswary, 21, serta anak lelakinya R. Suhan, 17.

Pegawai Operasi Balai Bomba Sungai Siput M. Raja Murthy berkata bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 12 tengah malam.

Dua jentera dari Balai Bomba Sungai Siput dan Ipoh melibatkan 12 anggota bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata jiran mangsa memaklumkan bahawa terdapat bunyi letupan kuat di bahagian dapur sebelum melihat api marak di rumah terbabit.

"Jiran mangsa memberitahu dia tidak nampak mangsa keluar dari rumah. Anggota bomba mencari di ruang dapur dan melihat keempat-keempat mereka rentung dan berada dalam keadaan berpelukan," katanya.

Raja Murthy berkata bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan namun terdapat sedikit keretakan di rumah bersebelahan akibat letupan itu.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan jumlah kerugian dianggarkan RM160,000, katanya.

Difahamkan mangsa baru lapan bulan tinggal di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Katanya keluarga itu dipercayai berada dalam keadaan kesedihan selepas bapa tiga beradik itu, M. Rajan, 48, meninggal dunia Jumaat lepas.

Polis, katanya, tidak menolak kemungkinan kejadian itu merupakan satu tindakan yang dirancang sendiri oleh mangsa.

"Kita tidak menolak kemungkinan kes ini berlaku disebabkan perasaan sedih mangsa dengan kematian ahli keluarga mereka dan mereka membuat tindakan melulu. Bagaimanapun polis akan menyiasat punca sebenar kejadian ini berlaku," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat sebagai kes laporan kebakaran dan kematian mengejut.  - Bernama

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


My Small World: Volkswagen <b>di</b> bumi <b>Jelapang</b> Padi

Posted: 17 Nov 2012 04:00 PM PST

Rupanya FA Wagen VW kat Glenmarie dah buka cawangan kat Alor Star Kedah dah. Nasib tak jumpa SA yang dikenali. Saje je nak datang sini kot2 ada key chain VW. Cari kat Glenmarie dah habis stok. Memang takde stok dah kot 1 Malaysia ni.
FA Wagen cawangan Alor Star Kedah
Kereta ni pernah menjadi kereta favourite i. I suka yang warna merah. Apa ke ruper gitu Dania ni???
Touareg yang berharga RM400,000 +++
Boot belakang yang sangat luas

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Rumah teres 1 tingkat <b>di</b> Taman <b>Chemor</b> Sejahtera untuk disewa <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 05:41 PM PST

Lokasi strategik

15 minit ke bandar ipoh

3 minit ke pekan chemor

Lebuh raya utara selatan

Bandar Meru Raya

Jabatan Kerajaan ( KDN, Audit)

Pasaraya besar Mydin

Bas Terminal 3 tingkat Ipoh

Perkelahan Chepor

deposit sewa 2 bulan deposit api air

RM [ 350(2)+50+50] = 800

kemasukan segera Mac2013

Tel : 0133990566 (Izzu)

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Muhyiddin lakukan tinjauan mesra <b>di Sungai Siput</b> ABN News | BM

Posted: 18 Feb 2013 08:08 PM PST

SUNGAI SIPUT  – Sejurus tiba untuk lawatan sehari ke Perak hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam Sungai Siput di sini.

Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman tiba di pasar awam itu pada pukul 9.45 pagi dan meluangkan masa bersalaman serta bertanya khabar golongan peniaga di situ sebelum bersarapan di sebuah gerai makan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany serta pemimpin masyarakat turut mengiringi timbalan perdana menteri.

Di gerai makan milik Norazlin Abdullah, 29, timbalan perdana menteri dan isteri dihidangkan dengan aneka juadah namun yang lebih istimewa beliau kelihatan berselera dengan ubi rebus, sambal tumis ikan bilis, pisang rebus dan kelapa parut.

Selepas hampir 20 minit bersarapan, Muhyiddin memasuki pasar basah yang menjadi tempat jualan ikan, sayur-sayuran dan daging untuk bertanya khabar dan mendengar sendiri suara golongan peniaga di situ.

Sejurus selepas itu, Muhyiddin menyampaikan replika kunci kepada sembilan pemilik lot kedai baharu di pasar berkenaan yang dibina Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan nilai RM938,000.

Selain orang awam yang berada di pasar itu, sekumpulan 40 murid dari Tabika Holy Infant Sungai Siput dengan iringan dua guru turut mengambil peluang bersalaman dengan pemimpin negara itu.

Timbalan perdana menteri kemudian ke Dataran Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini dengan menaiki bas untuk menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia.  – Bernama

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Kinta Menjerit : Pesta Durian <b>di</b> R&R <b>Bukit Gantang</b> Lebuhraya PLUS

Posted: 06 Dec 2012 03:04 AM PST


Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada 'Pesta Jom Makan Durian' di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Jumaat ini iaitu dari 7hb~9hb Disember 2012.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad Mohd Nizam Ismail berkata pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang. Program ini juga bertujuan mempromosikan Hentian ini sebagai pusat menjual buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata sebanyak 20 tan buah durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta tersebut bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya.

Pengguna lebuhraya boleh makan sebanyak mana yang mereka hendak dan larat...hoi komer mari-mari makan doyan!!!

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Sendang Asri Mandiri: Dijual Cepat-Tanah Kosong <b>di Tambun</b>

Posted: 13 Feb 2013 06:35 PM PST

INVESTASI MANIS di LOKASI STRATEGIS dengan HARGA yang REALISTIS.

Anda Tertarik?, Mari Kita Berbisnis................
 

Kunjungi FB Page kami : Sendang Asri Mandiri

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : Psy <b>di</b> bayar oleh siapa???...DAP ke

Posted: 13 Feb 2013 07:22 AM PST


Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada pemberita hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

<b>Kinta</b> Menjerit : Salah Pok Nik, budak 14 tahun kena rogol <b>di</b> Kelantan

Posted: 10 Feb 2013 01:13 AM PST


Nampaknya jenayah seks dan rogol berleluasan di negeri pemerintahan parti yang dipercayai berhaluan puak faham Syiah yang diterajui oleh tok guru Pok Nik.
Seorang pemotong rumput bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, semalam atas dua tuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun.

Mohd Fadli Zakaria, 29, dari Kampung Mak Jintan, Jedok, Tanah Merah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan selepas jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad. Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd Fadli yang ditangkap pada 14 Mac lalu didakwa merogol mangsa di rumah kosong yang masih dalam pembinaan di Lebuhraya Tanah Merah-Jeli kira-kira jam 1.30 hingga 1.35 pagi pada 25 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan kedua pula, dia melakukan perbuatan sama kira-kira jam 1.30 hingga 1.45 pagi di rumah tanpa nombor di Kampung Banggol Yek, Jedok Nibong, Tanah Merah, pada 25 Februari lalu. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Fadli didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.

Mohd Fadli yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin dan memohon mendapatkan khidmat peguam bela. Rofiah menetapkan 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


DSAI Ajar NAJIB Gangnam <b>di BIDOR</b>..... ~ Briged Kibaran Bendera

Posted: 14 Feb 2013 10:58 PM PST

Bateri BlackBerry Baru | Blog Adib

Posted: 18 Feb 2013 04:46 AM PST

Selepas saja aku pulang ke rumah dari Shah Alam bulan Januari lepas, bateri Blackberry aku menggelembung dan tak boleh digunakan lagi.

Pada mulanya aku ingat nak beli bateri ganti dekat Shah Alam sebab sebelum ini aku beli dekat Plaza Alam Sentral hanya RM35. Harga yang murah dan diberi 3 bulan jaminan. Bateri itu aku pakai selama 5 bulan.

Tapi aku kena tunggu sehingga bulan depan baru boleh beli sebab aku hanya akan balik ke Shah Alam pada bulan depan. Disebabkan aku tak sanggup nak tunggu, maka aku pun terpaksa mencari bateri Blackberry Bold 2 dekat Bidor. Pada mulanya aku sangsi ada ke tak bateri ini dijual di Bidor sebab waktu aku nak beli Blackberry dulu, satu kedai pun tiada jual Blackberry. Semua jual Samsung, Nokia dan jenama lain.

Jadi, petang tadi aku sengaja masuk ke kedai telefon yang ada di Bidor ini. Rupa-rupanya memang ada jual bateri Blackberry tapi bukan yang original dari pihak Blackberry. Berjenama Sun Global dan dijual pada harga RM69 dan setahun jaminan. Aku pun terus beli sebab malas nak fikir mahal atau murah.

Bateri yang dalam tu adalah bateri yang menggelembung

Bateri yang dalam tu adalah bateri yang menggelembung

2013-02-18 20.34.13

Khas untuk Bold 9000/9700

Bila balik dan tengok kat lelong.com.my , harga bateri Sun Global untuk Blackberry hanya murah RM10 dan dijual di pada harga RM59. Tiadalah jauh beza sangat dan aku pun rasa macam taklah rugi beli dekat Bidor ini.

Mulai malam ini, aku boleh layan twitter sebelum tidur. Yippie!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Latar Belakang Balai2 polis <b>di Pengkalan Hulu</b> - Weblog Rasmi <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2010 11:45 PM PDT

Latar Belakang Sejarah Polis Daerah Pengkalan Hulu

Kawasan pentadbiran di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu seluas 367.68 kilometer persegi dengan jumlah penduduknya seramai 25,111 orang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk keturunan Thailand. Terdapat 2 mukim iaitu Mukim Belukar Semang dan Mukim Pengkalan Hulu yang terdiri daripada 17 buah kampung serta 14 buah Taman Perumahan.Dari sudut geografinya Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu terletak di bahagian Utara Daerah Hulu Perak, bersempadan dengan selatan Negara Thailand dan di sebelah barat Daerah Baling, Kedah.Balai Polis Pengkalan Hulu pada asalnya merupakan sebuah rumah pasong (Balai Polis) yang terletak di kampung Tasek, Kroh disekitar tahun 1909. Kampung Tasek merupakan pusat pentadbiran kerajaan pada ketika itu. Keanggotaan Balai Polis seramai 12 orang bagi menjaga keamanan diseluruh kawasan Kroh. Pada tahun 1914 pusat pentadbiran awam dan Balai Polis dipindahkan dari Kampung Tasek ke pekan Kroh. Pada tahu 1918 Balai Polis ini dipindahkan ke tapak yang sedia ada sekarang. Keanggotaan ditambah menjadi 24 orang dan dinaik taraf kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kroh.Pada awal tahun 1974 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga bangunan-bangunan kayu Ibu Pejabat Polis Daerah lama telah dirobohkan dan didirikan bangunan seperti yang sedia ada. Pada tahun 1984 Daerah Kroh telah ditukar nama kepada Daerah Pengkalan Hulu yang diisytiharkan oleh Almarhum DYMM Sultan Idris Shah, Sultan Perak pada ketika itu, dengan perubahan itu Ibu Pejabat Polis Daerah Kroh ditukar menjadi Ibu pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu. Pada tahun 1992 satu lagi projek pembangunan telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu iaitu projek tambahan rumah-rumah pegawai dan anggota kelas 'C', 'E' dan 'G'.Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu & Balai Polis Pengkalan Hulu

Latar Belakang Sejarah Balai Polis Pengkalan Hulu

Kawasan pentadbiran di bawah Balai Polis Pengkalan Hulu (Kroh) seluas 216,05 kilometer batu persegi dengan jumlah penduduknya seramai 18,450 orang yang terdiri daripada kawasan pekan Pengkalan Hulu, 14 buah kawasan perkampungan, 17 kawasan taman perumahan serta terdapat 2 mukim iaitu Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Belukar Semang. Balai Polis Pengkalan Hulu (Kroh) terletak di bahagian selatan Daerah Hulu Perak (Gerik), iaitu bersempadanan di sebelah utara dengan Negara Thailand dan sebelah baratnya dengan Daerah Baling Kedah. Kedudukan Balai Polis Pengkalan Hulu sekali dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu. Pada sekitar tahun 1909 Balai Polis Pengkalan Hulu (Kroh) hanyalah merupakan sebuah rumah Pasong (Balai Polis) di Kampung Tasek. Pada ketika itu Kampung Tasek adalah merupakan Pusat Pejabat-Pejabat Kerajaan di kawasan ini. Keanggotaan Balai Polis pada masa itu seramai 12 orang anggota. Pasa tahun 1914 Pusat Pentadabiran Awam dipindahkan dari Kampung Tasek ke Pengkalan Hulu (Kroh) termasuk Balai Polisnya, dan pada tahun 1918 sekali lagi Balai Polis Pengkalan Hulu berpindah ke tapak yang sedia ada sekarang. Penduduk di Daerah Pengkalan Hulu terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Orang Asli, Melayu, Cina, India dan Thailand (pendatang) Pekerjaan penduduk di sini adalah bekerja sendiri, berniaga, petani dan kakitangan kerajaan. Jumlah penduduk di kawasan ini :

  • Bangsa Melayu - 9,960 orang
  • Bangsa Cina - 3,830 orang
  • Bangsa India - 2,530 orang
  • Lain-lain Bangsa - 3,350 orang
  • Tel.No: 04-477 8222
  • Latar Belakang Sejarah Balai Polis Ayer Panas

    Balai Polis Ayer Panas di bawah pentadbiran Polis Daerah Pengkalan Hulu. Memandangkan Kampung Ayer Panas dan kampung-kampung sekitarnya sering diancam oleh penganas komunis maka dalam tahun 1949 sebuah Balai Polis telah didirikan di Kampung Ayer Panas iaitu di tapak yang sedia ada sekarang dengan keanggotaan pada ketika itu 1 Koperal, 5 mata-mata dibantu oleh anggota Jungle Squard dan SC. Pada tahun 1961 bangunan balai polis yang diperbuat dari kayu telah dirobohkan dan diganti dengan sebuah bangunan batu berserta 8 buah berek kelamin. Balai Polis Ayer Panas mula ditubuhkan pada tahun 1949 di atas sebidang tanah dengan keluasan 1 ekar 9 pol. Keluasan kawasan pentadbiran Balai Polis Ayer Panas ialah 30 batu persegi atau 48 km persegi bersempadan di utara dengan Negara Thailand, di selatan bersempadan dengan kawasan pentadbiran Pengkalan Hulu, sebelah timur bersempadan dengan kawasan Gerik, manakala disebelah barat bersempadan dengan Baling, Kedah.
    Tel. No: 04-477 0807

    Latar Belakang Sejarah Balai Polis Klian Intan

    Balai Polis Klian Intan di bawah pentadbiran Polis Daerah Pengkalan Hulu. Kawasan pentadbiran/jagaan Balai Polis Klian Intan seluas 46 batu persegi (11,914 hektar) yang terdiri dari Kg. Bukit Buluh, Kg. Khek, Kg. Sun Heng, Kg. Sri Utara, Kg. Sri Utara, Kg. Kong Long, Kg. Kepayang, Kg. Tanah Hitam, Kg. Bukit Asu, Kg. Pong dan Kg. Pahit Luar. Manakala kawasan taman perumahan iaitu Pekan Klian Intan, Taman Intan, dan projek perumahan penempatan masyarakat setempat (PPMS) di Tanah Hitam.Dari segi kedudukan geografinya terletak di bahagian timur dalam Daerah Pengkalan Hulu. Di sebelah utara bersempadan dengan Balai Polis Ayer Panas (Pondok Polis Lepang Nenering), manakala di sebelah selatan dan timur Klian Intan bersempadan dengan Daerah Hulu Perak (Gerik) di Kampung Lalang. Dari segi bentuk muka bumi kawasan Klian Intan dikelilingi oleh kawasan bukit-bukit iaitu Bukit Paku setinggi 2011 kaki dan Bukit Asu 1010 kaki.Memandangkan aktiviti perlombongan bijih timah berkembang dengan pesat di samping pembangunan ekonomi, aktiviti ancaman pihak komunis dalam Klian Intan meningkat serta mengancam keselamatan penduduk awam. Balai Polis Pengkalan Hulu yang dahulunya dipanggil Kroh, menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas bagi mengekalkan keselamatan nyawa dan harta benda awam, maka pihak berkuasa berpendapat wajarlah ditubuhkan sebuah Balai Polis di Klian Intan, Perak.Bertindak atas kesedaran inilah pada tahun 1909 sebuah Balai Polis yang pertama telah dibangunkan yang kedudukannya di tengah pekan Klian Intan.
    Tel. No: 04-477 8202

    Dan 2 Pondok Polis

    • Pondok Polis Lepang Nenering
    *IPD Pengkalan Hulu

    di negeri perak - Google Blog Search

    di negeri perak - Google Blog Search


    Awekz Bukit Gantang: Ada Apa Dengan Rakyat <b>Negeri Perak</b>???

    Posted: 02 Jan 2013 07:59 PM PST


    Selama ni, kita sering disajikan 'surat terbuka' dari rakyat kepada pemimpin tapi hari ini, Awekz nak kongsikan surat terbuka dari rakyat untuk rakyat di negeri Perak khususnya. Awekz melihat, ia sesuatu yang boleh dikongsikan. Apa yang benar kita perjuangkan, apa yang salah kita cuba perbetulkan agar menjadi lebih baik.
    Surat terbuka dari DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN di atas isu tanah Ngeh dan Nga yang menjadi perbualan hangat dikalangan bukan sahaja pemimpin, malah rakyat secara amnya. 
    Diantara kandungan surat terbuka itu:
    Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,
    Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada 'kita' menjelang PRU13 nanti.
    Awekz: Kita semua diberikan akal untuk berfikir, mana yang baik dan sebaliknya. Namun, bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk menyatakan pendapat dan apa yang dirasakan benar, bukan bersifat peribadi sebaliknya untuk kebaikan bersama. Tidak dirasakan pandangan Dr. Airil ini bersifat rasis atau pesimistik kepada BN dan juga UMNO sebaliknya sesuatu untuk difikirkan dan diambil tindakan oleh semua agar kita UMNO/BN tetap menjadi yang terbaik. Fikir-fikirkan...

    07 di kuala kurau - Google Blog Search

    07 di kuala kurau - Google Blog Search


    Cuti-Cuti Malaysia <b>di Kuala</b> Gula Sanctuary Resort | Coretan Anuar

    Posted: 02 Feb 2013 10:43 AM PST

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
    Pada minggu lepas kami sekeluarga sempat bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula Sanctuary Resort yang terletak di Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak...
    Gambar yang tak reti nak Berposing Di Kuala Gula Sanctuary Resort
    Apa yang menariknya di Kuala Gula Sanctuary Resort??

    Boleh memancing ikan, cuci mata melihat keindahan alam, melihat burung-burung berterbangan, menangkap ikan, melihat arus sungai, sambil sekali sekala mendengar deruman enjin bot menyusuri arus Paya Laut... 
    Tempat kediaman kami di Kuala Gula Sanctuary Resort

    Bagi anda yang suka dengan pemandangan keindahan alam Ciptaan tuhan dan gemar memancing ikan, pasti anda suka datang ke tempat ini untuk menenangkan fikiran... 
    Yelah kita dah sibuk bekerja di tempat kerja, apa kata sekali sekala pergi ke tempat rekriasi macam ini untuk merehatkan minda..

    Kadar sewa penginapan yang dikenakan juga sangat berpatutan.. Rumah penginapan kami iaitu Standard room boleh di sewa pada harga RM110/hari pada hari biasa dan RM130/hari pada hujung minggu (cuti umum/cuti sekolah)
    Bilik idaman kami ialah Superior Room yang telahpun penuh ditempah.. dapat tengok jerlah
    Kemudahan/keselesaan yang disediakan di Standard Room ialah:
    Parking kereta betul-betul dihadapan pintu bilik (keselamatan lebih terjamin)
    2 katil single .. Nasiblah kami dapat duduk bilik yang ada dua katil single sahaja
    Percuma kupon sarapan pagi untuk dua orang (Tapi saya syorkan bawa makanan sendiri untuk sarapan pagi)

    Bilik kami betul-betul berada di atas air..

    Betapa gembiranya adik ipar saya dapat menenagkan fikiran di sini..

    Cuba nak berposing kali kedua, rupanya isteri saya tangkap gambar saya di hujung Camera..

    Sebaik sahaja sampai, ayah mertua saya terus bersedia untuk memancing.. Kaki pemancing tegarlah katakan..
    3 pancing sebagai permulaan... Merasmikan acara memancing ikan... 
    Adam bangun daripada tidur, terus menemankan atuk memancing ikan..
    Saya pula lebih selesa menikmati keindahan alam ciptaan tuhan..
    Snap gambar dari rumah yang berlainan pula..
    Hah.. Daripada sini baru boleh nampak gambar sangkar ternakan ikan..

    Dari bilik dapat melihat Restoran Terapung..
    Sekali-sekala mendengar deruan enjin bot merentasi sungai..

    Membiarkan bot berlalu pergi..

    dan berlalu pergi dalam pelbagai bentuk fizikal..

    Jauh di sebarang Paya Laut Matang kelihatan burung-burung bertenggek di atas dahan mati..
    Mujur pada ketika ini bukan musim burung berterbangan ke sini.. Kalau tidak mahu sahaja kami meyewa bot ke seberang sana untuk melihat "Kuala Gula Bird Sanctuary" di mana tempat persinggahan burung-burung hijrah dari seluruh dunia, yang biasanya berlaku pada sekitar bulan April dan Bulan Ogos setiap tahun..
    Untuk pengetahuan anda, terdapat bot sewaan disediakan mengikut kadar harga seperti berikut:
    Pelancongan Menarik menaiki Bot (Maksimum 13 orang)
    RM180/bot (maksima 2 jam)
    -Lawatan menyusuri Sungai
    RM300/Bot (Maksima 4 jam)
    -Melawat Tapak Arkeologi Sungai Buloh, Pulau Kalumpang
    -Berjalan kaki menyusuri Paya Bakau
    -Lawatan menyusuri Sungai
    Aktiviti Memancing menggunakan Bot (Maksima 6 orang)
    RM200 (Maksima 5 jam) atau RM300 (Maksima 9 jam)
    Naiklah bot kalau teringin nak tahu apa yang ada di sana..

    Dan kalau ada yang teringin nak memancing ikan di sana..

    Selain daripada memancing ikan di kawasan penginapan, anda juga boleh memancing ikan air tawar di parit yang terdapat dihadapan tempat penginapan..

    Kalau dah nama kaki pancing, dekat mana-mana pun boleh memancing ikan..

    Inilah hasil memancing ikan di belakang rumah... Dapat Rezeki Ikan duri jer..
    Walaupun dapat Ikan Duri, tapi feel memancing hanya kaki pancing sahaja yang tahu..

    Selepas itu berekor-ekor.. Kesudahannya semua ikan dilepaskan semula..
    Hasil tangkapan memancing ikan air tawar dekat depan rumah sewa lagi lumayan..

    Mula-mula akak ni dapat Ikan Puyu..
    Lepas tu dapat pula ikan Bulan..

    Besar juga Ikan Bulan yang berjaya ditangkap..

    Dengan izin Allah Ikan Bulan dapat hidup dalam Air Tawar... Subhan Allah..
    Tunggulah sampai masanya.. Kami akan datang semula ke sini untuk melihat lebih banyak kawan-kawan burung spesis ini..
    Kemudahan lain yang tutut disediakan di Kuala Gula Sanctuary Resort ialah:
    • Superior Room - RM130 hari biasa/RM150 Hujung Minggu
    • Family Room - RM250 hari biasa/RM280 Hujung Minggu
    • Asrama - Dorm A (Maksimum 33 pax)/Dorm B (Maksimum 30pax) pada harga RM350-RM450
    • Dewan Seminar (RM45/pax sehari) - lengkap dengan kemudahan LCD, PA Sistem dan Kelangkapan Asas yang lain
    • Surau

    Sekiranya anda berminat untuk bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula Sanctuary Resort, anda boleh menghubungi: