Khamis, 21 Februari 2013

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Awekz Bukit Gantang: Ada Apa Dengan Rakyat <b>Negeri Perak</b>???

Posted: 02 Jan 2013 07:59 PM PST


Selama ni, kita sering disajikan 'surat terbuka' dari rakyat kepada pemimpin tapi hari ini, Awekz nak kongsikan surat terbuka dari rakyat untuk rakyat di negeri Perak khususnya. Awekz melihat, ia sesuatu yang boleh dikongsikan. Apa yang benar kita perjuangkan, apa yang salah kita cuba perbetulkan agar menjadi lebih baik.
Surat terbuka dari DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN di atas isu tanah Ngeh dan Nga yang menjadi perbualan hangat dikalangan bukan sahaja pemimpin, malah rakyat secara amnya. 
Diantara kandungan surat terbuka itu:
Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,
Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada 'kita' menjelang PRU13 nanti.
Awekz: Kita semua diberikan akal untuk berfikir, mana yang baik dan sebaliknya. Namun, bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk menyatakan pendapat dan apa yang dirasakan benar, bukan bersifat peribadi sebaliknya untuk kebaikan bersama. Tidak dirasakan pandangan Dr. Airil ini bersifat rasis atau pesimistik kepada BN dan juga UMNO sebaliknya sesuatu untuk difikirkan dan diambil tindakan oleh semua agar kita UMNO/BN tetap menjadi yang terbaik. Fikir-fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan