Jumaat, 10 Ogos 2012

07 di lekir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lekir - Google Blog Search


Ibu Meraung Lihat Jasad Dua Anak , Kemalangan <b>Di Lekir</b>

Posted: 01 Jan 2012 06:52 PM PST

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.
MANJUNG: "Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar," kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.

Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.
Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.

"Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM)," katanya.
Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.

Tiga lagi penumpang MPV itu hanya cedera ringan manakala pemandu treler terbabit, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang, cedera di kaki dan kini dirawat di HSM.
Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.

"Pada petang sebelum kejadian, dua anak saya ada memberitahu ingin ke Sitiawan bagi menyambut tahun baru. Kami memberi kebenaran kerana tidak mahu menghampakan mereka," katanya.

Bagaimanapun, kata Sulaiman, isterinya menghubungi mereka kira-kira jam 10 malam meminta pulang awal kerana Mohamad Hadi perlu berkumpul di Sitiawan bagi menaiki bas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah.

"Ketika isteri saya telefon, mereka mengatakan sudah bersiap sedia untuk pulang. Itulah kata-kata terakhir yang kami dengar kerana sejam telefon mereka sudah tidak dapat dihubungi," katanya.

comments

Kemalangan Ngeri <b>Di Lekir</b> Menjelang Tahun Baru 2012 <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 04:40 PM PST

Kemalangan Ngeri Di Lekir Menjelang Tahun Baru 2012.. | Sembang Hari-Hari
'; if(isPage || isFirstPage || isLablePage){ var pageArea = document.getElementsByName("pageArea"); var blogPager = document.getElementById("blog-pager"); if(postNum 0){ html =''; } if(blogPager){ blogPager.innerHTML = html; } } }

Arkib Blog Sembang Hari2..

07 di bercham - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bercham - Google Blog Search


ieyra.com: Outing.

Posted: 20 Jul 2012 10:38 AM PDT

Ahad lepas, saya dan rakan-rakan buat aktiviti outing ke Ipoh. kami seramai 16 orang semuanya. konvoi habis empat kereta. kemain ramai kan kan. memula kami plan nak gerak pukul 7 pagi, tapi akhirnya pukul 8 pagi baru bergerak ke Buntong Falls. entah mana-mana entah si Fahmi ni plan bawak kami. terpencil je tempatnya sampai kami was-was betul ke dalam hutan ni ada waterfall? then, kami hiking...
panjat punya panjat...kendong beg banyak-banyak segala...akhirnya kami jumpa la...
ini aje? kecik bebenor kolamnya. batu je besar semua memenuhi. macam mana nak mandi 16 orang? beratur ikut turn? atas kekecewaan terhadap Buntong Falls, kami pun...


...menggedik ambil gambar je la. dah tak boleh mandi kan? maka ramai-ramai decide nak ke Ulu Chepor. tengok jam, nak dekat pukul 10 pagi dah masa tu. perghh...plan dah lari. cepat-cepat kami turun semula. penat betei hiking semata-mata nak main celup-celup kaki je dalam air kat Buntong Falls. 

masa ni,semua kalut masuk dalam kereta, dan menuju ke Ulu Chepor. sampai je kat Ulu Chepor, kena hiking lagi. hahahaha kurus peha semua orang! jumpa je sungai, semua terus rasa nak terjun tanpa ragu-ragu. hah, siapa tak mandi pagi tu? baik mengaku! 
 

yang tak reti berenang pun buat-buat macam reti. dah siap main game dalam air la apa sampai kecut jari, baru naik. masa tu dah tengah hari. eh, booking nak main laser tag pukul 1130 pagi macam mana? booking lunch pulak pukul 1 petang. disebabkan masing-masing lapar, terus kami menuju ke Royak Perak Golf Club untuk makan tengah hari!



on the way to Royak Perak Golf Club, terjumpa kereta katak hello kitty tu. kemain lampu dia siap ada eyelashes! haha~ actually pergi makan dekat The Fairway Restaurant, Royak Perak Golf Club ni sebab kami guna voucher groupon. dapat ler diskaun sikit kan. apa pun burger tu terbaik gila! besar sangat dan berlapis-lapis. habis segala lemak yang hilang masa hiking tadi, muncul kembali lemak baru. haha~~ then, lepas makan dan solat semua, kami plan nak ke Bercham untuk Laser Tag Battle! tapi...
kereta Myvi merah yang kami naik, dilanggar oleh Myvi hitam! tetibe entah dari planet mana masa kami duduk dekat lane kiri tu, ada pulak kereta lain muncul sebelah kiri. sebab rapat sangat, dia langgar side mirror tu sampai patah. masa tu Borg yang bawak kereta tu hon dan blur kejap. tengok-tengok je Keem da ada kat sebelah kiri sambil menjerit suruh kejar. maka, terjadi la adegan filem KL Drift. KL Gangster pun boleh. lepas tu India yang langgar kami tu dah macam tak boleh lari, dia stop kat tepi. terus semua lelaki ekluar ramai-ramai dari kereta, terjah dia. cuak gitu. then ajak pergi balai polis, dia macam nak lari lagi. nasiblah ada hero kami, Keem abam long gangster kejar kereta tu sampai dapat. masa ni skill memandu Keem tahap IMBA dah. haha~ dah setel apa semua, dapat la tuntut ganti rugi. hee~


mula-mula sampai tu, tak boleh masuk main laser tag lagi sebab full. so semua main boxing dulu. best jugak teknologi kinect kat Xbox ni. boleh kurus lengan duk boxing non-stop. lepas tu eksaited pulak nak main 2 game untuk Laser Tag!
FUN gila hoi! first time main terus teruja. tapi sekejap sangat masa. 1 game cuma 10 minit :'( 
apa pun, sangat FUN outing kali ni. walaupun penat gila sampai sakit badan. next trip pergi cameron jum, guys? haha~


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - TV3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

07 di malim nawar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di malim nawar - Google Blog Search


Realiti Kehidupan: Kenangan <b>di Malim Nawar</b>...:)

Posted: 01 Aug 2012 11:05 PM PDT

    Salam...pengalaman sgt brmakna..:) hanya tu sje yg aku bole kata kn setelah mnjalani prkatikal di beberapa buah sekolah sepanjang 2 tahun terakhir nie.. mula2 aku masuk sekolah nie mmg aku xtau cmne nk tackle bdk2 kt sni...mereka umpama golongan murid yang unik bg aku..mgkin ini prtama kali aku brada di sebuah sekolah yg betul2 terletak dalam sebuah kampung..100% murid nye adalah penduduk kampung yg brpunca pndapatan dr hasil pertanian dan juga perikanan...mmg janggal rse nye pd mggu2 awal brada di sekolah tersebut...haa??? 110 orang je muridnye??? tu la prkataan yg mula2 kluar dr mulut aku bile dpt tau hanya sjumlah itu sahaja murid di sekolah trsebut...pe yg boleh dibuat ngn murid sramai itu?? msti bosan..:( tu la pndangan awal aku trhadap sekolah tersebut... 

tp ia bkn mcm aku sngka kn..makin hari makin aku seronok dduk di sekolah ini...sgt tenang..jauh dr ksibukan kota n pencemaran bunyi..yg hanya kedengaran kicauan burung di pg hari.. udara yg nyaman (sbb di kelilingi pokok2 besar).. tiada perasaan tertekan sepanjang aku brada di sana...pihak seklah n guru2 yg sgt sporting n bnyk mmbantu buat aku lg seronok...kt sni aku kenal suasana kampung...sronok melihat aktiviti2 petang bdk2 kmpung disini...menjala n mentaut ikan adalah aktiviti wajib bg mereka...brbasikal keliling kampung sudah mnjadi kebiasaan, brmain bola brsama mereka adalah wajib bg aku ketika disana..:) bdk2 ini umpama rakan2 aku disana...enjoy lepak dgn diorg..tiada perasaan ego yg prlu ditonjolkan, tiada prasaan sombong yg prlu dilemparkan, xprlu menunjuk2 n xperlu berasa bangga n riak sbg org luar di sini...dgn itu perasaan hormat n senang brgaul lahir dr dlm diri knak2 ini...:)

apa yg bole aku kata kan yg knk2 ini sgt mmerlukan prhatian...dgn sdikit prhatian yg dberi, umpama satu prhargaan yg bermakna bagi mereka..tgk la, wajah2 yg dulu nye pemalu utk braksi..tp skrg, mengalah kn ckgu diorg lak...:)

07 di ipoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


Richard Clayderman - Lady <b>Di</b> - <b>Ipoh</b> Community Forums

Posted: 05 Aug 2012 06:57 PM PDT


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 

Posting Rules

You may not post new threads

You may not post replies

You may not post attachments

You may not edit your posts


HTML code is Off

Forum Jump

All times are GMT +8. The time now is 06:10 AM.


07 di kerian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kerian - Google Blog Search


.: Istana Kubang <b>Kerian</b> Catat Sejarah

Posted: 09 Aug 2012 11:53 PM PDT


Ketika timbul masalah Ustaz Azhar Idrus dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan, (mungkin disebabkan masalah teknikal) saya menyatakan kekesalan atas kejadian itu menerusi sebuah catatan di dalam blog ini. Dalam catatan itu saya menyebut dan mempersoalkan kenapa masalah itu berlaku. Bagi saya Kelantan sebagai sebuah negeri dikenali dengan serambi Makkah tidak seharusnya timbul soal-soal sebegitu. Apa lagi dengan pembawaan dan keperibadian Tuanku Sultan yang dilihat jinak dengan agama tidak patut sama sekali kalau salah teknikal itu terjadi. Ustaz Azhar dikatakan perlu memohon permit untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan. Saya persoalkan kenapa perlu memberi syarat-syarat ketat kepada Azhar untuk menyampaikan kuliyyahnya misalnya seperti diperlukan mengambil tauliah. Kata saya apa yang sepatut berlaku, Azhar tidak payah diminta mengambil tauliah sebaliknya Maik perlu memberi tauliah kepadanya. Kerja-kerja baik dilakukan Azhar perlu dipermudahakan bukan kena melalui banyak birokrasi.

Semasa salah seorang mediator Azhar di Kelantan menelefon saya memaklumkan perkara ini, saya menyebut kepada orang itu dan berjanji akan membela kerja-kerja Azhar itu. Saya juga memberi tahu orang itu, Ustaz Azhar tidak sepatutnya dihalang malahan dialu-alukan kedatangannya. Suasana di Istana Kubang Kerian itu juga perlu diubah dan diberi pandangan baru. Ditambah eksesori baru sesuai dengan jiwa dan keinginan Tuanku.

Kalau dulu istana itu boleh dibolosi para penyanyi dan penghibur dan berbagai masjlis keduniaan lain, maka hari ini sesuai dengan keperibadian dan syaksiyah Sultan Mohammad Ke V, maka istana perlu membawa masuk orang-orang seperti Ustaz Azhar. Istana adalah lokasi terbaik untuk menyemaikan benih dan menyuburkan sulur-sulur ad-deen.

Kata kepada orang itu, kita mahu tenguk istana Kubang Kerian bergema dengan ayata-ayat Quran, tahlil dan majlis-majlis penuh keberkatan serta tiada lagi bunyi-bunyian yang melalaikan berkumandang di sekelilingnya. Itu kata saya... dan pesan saya kepada orang itu perkara ini harus didoa dan dilakukan.

Alhamdulilah, apa yang saya idamakan itu telah menjadi kenyataan kini. Semalam telah berhimpunan ribuan rakyat di dalam Istana Kubang Kerian untuk sama-sama berqiamulai bersama Tuanku Sultan, Tengku Mahkota Kelantan dan para kaum kerabatnya berserta para pembesar negeri. Dewan Jubli Intan di istana itu penuh sesak sehinggakan ada yang terpaksa sembahyang di luar dewan. Kehadiran sungguh merujakan sekaligus menunjukkan bahawa menggunungkan kasihnya rakyat kepada Tuanku Sultan.

Semua pemimpin negeri diketuai Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir. Paling menggembirakan dan boleh menitiskan air mata rakyat yang berjiwa damai apabila Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga hadir. Kehadiran Mustapa ini memberi pengertian kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa Tuanku Sultan tidak pernah atau tahu mengasingkan rakyatnya mengikuti ideologi politik.

Peristiwa malam semalam ada sejarah putih dan indah bagi istana Kelantan khasnya dan sejarah juga bagi negeri Kelantan. Bagi Kelantan ia sejarah besar kerana mencatat permulaan itu yang belum pernah berlaku di lapan istana lain di negara ini. Unutk Tuanku Sultan sendiri adalah sejarah peribadi paling manis buat baginda. Ia akan dikenang selamanya oleh setiap lapisan rakyat hingga ke padang Mahsyar apa yang Tuanku perlakukan itu.

Sayang ... saya tidak sempat menghadiri majlis penuh keberkatan Qiam with me itu.  Bertuahlah setiap orang yang berada di istana dan berqiamulail. Semalam adalah malam kedua 21 Ramadhan, malam 10 malam terakhir yang diceitakan banyak membawa berkat. Sebagai rakyat Kelantan merasa bangga apa yang berlaku. Bangga memiliki seorang sultan yang prihatin dan mengambil berat terhadap agama. Mudah-mudahan saja semua orang yang berada di dalam istana malam tadi menerima tempias Lailatul Qadar bersama Tuanku Sultan.

Sejahtra Tuanku Sultan Mohamnaed di atas singgansana pemerintahannya. Sejuring hati dari mana-mana rakyat Kelantan tidak ada yang tidak berkenan dengan apa yang Tuanku lakukan. Semoga majlis-majlis kegamaan seperti itu lebih kerap lagi diadakan dan biarlah rakyat mengenali Istana Kubang Kerian sebagai istana tempat berhimpunnya orang-orang soleh.

Di sini saya cuplikkan beberapa keping gambar di sekitar majlis malam tadi dari album Fb sdr Zam Zamani Mohd Zzain. Semoga dengan pencurian gambar ini dimaafkan dan semua pahala terhasil dari tulisan ini saya harap diterima tuan punya gambar ini. Saya pohon banyak kemaafan kerana mencurinya, tanpa bagi tahu. [wm.kl.2:28 pm 10/08/12]

07 di gerik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gerik - Google Blog Search


Coretan Siti: CBS KV/SMT/SMV <b>Di</b> SMT <b>Gerik</b>

Posted: 16 Jul 2012 05:07 AM PDT

Salam semua...
Bermula dari 13 - 15 Julai 2012 bermula Program CBS yang dijalankan di SMT Gerik diwakili oleh 6 pelajar untuk setiap subjek dari setiap KV, SMT dan SMV di Perak semua sekali ada 10 sekolah.  Pelajar diambil dari mereka yang cemerlang dalam subjek tertentu dengan harapan apa-apa input yang mereka dapat dalam program ini akan dapat disampaikan kepada rakan-rakan mereka bila balik ke sekolah masing-masing.  Kira jadi mentor atau fasilitator untuk subjek yang mereka wakili.
Nie semasa slot pertama untuk subjek sejarah yang bermula pukul 8.00 pagi di Bilik Seminar.  Bila pelajar-pelajarnya antara yang terpilih jadi tidak ada masalah semasa seminar teknik menjawab sejarah SPM sedang dijalankan.
Mungkin belum mengenali rakan-rakan dari sekolah lain jadi mereka semua memberi tumpuan kepada apa yang diterangkan.
Oh ye untuk CBS nie mata pelajaran yang terlibat adalah BM. BI, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Matematik dan Matematik Tambahan. Setiap sekolah perlu menghantar seorang guru  dan 6 pelajar untuk setiap subjek.
Cikgu Sirus dari SMT Gerik memulakan sesi pertama dan kemudian baru sambung untuk selesaikan slot yang pertama.  Kerjasama dari cikgu-cikgu semua menjadikan program kali ini lebih baik dari yang lepas.  Bahan-bahan P&P juga lebih berkualiti.
Semoga pelajar-pelajar mendapat manafat dari program ini dan seterusnya GPS sekolah dalam SPM juga dapat ditingkatkan.  Insyaallah.

07 di lenggong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lenggong - Google Blog Search


Waktu Operasi Kaunter Hasil Majlis Daerah <b>Lenggong di</b> bulan <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 01:13 AM PDT

PENGUMUMAN!!!
==============

Sempena bulan Ramadhan ini, waktu kutipan kaunter hasil Majlis Daerah Lenggong adalah seperti berikut:-

Isnin - Khamis : 08:00 pagi ~ 04:15 petang
Jumaat : 08:00 pagi ~ 12:15 tgh hari & 02:30 ptg. ~ 04:15 ptg.

Kami mengucapkan selamat menjalani ibdah puasa di bulan Ramadhan ini.

Sekian, Terima Kasih.

07 di sungkai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sungkai - Google Blog Search


QASEEH HATIKU QASEEH: <b>sungkai di</b> RCH

Posted: 04 Aug 2012 03:48 AM PDT

arini aku mo cuti dr masak2...hihi...penat bah dr lps sahur tidur kjb bgn mandi terus berusah2 d dapur..doin my bisnes...ntah brapa tahun sda aku jd penjual kerepek sambal nestle cornflakes...secret recipe of me...teda bljr dr mn2...tp bljr dr kesilapan...klu ikut hati mmg x larat

. ..penat owh...mn lg kerja mn da masa kn...wik n ja ada tp x cukup tu masa jgk tau...tp psl my napsu bsr mo be soping maka terpaksa la rajin kn diri...1st yr doin this bisnes aku promot kwn2 ja...2nd yr promot thru fb...lps tu x pyh promot pn...semua nya yg prna bli akn tnya...tahun nie teda jual kah...ada jual tp x mo order byk2 psl x larat...kunun jak ckp bgtu...tp akhir nya mo jgk lbi 100 balang org

. ..itu pn ada jgk yg d rejek...

aiya...lari tajuk sda...maka itu la dgn k

epenatan yg ada...aku bw tu laki sungkei cni...kami b

ertiga saja sm c adik...c kakak balik kg bongawan...ikut babu nya...aku plk smpi skrg blm ada masa lg mo blik kg...semua nya psl bisnes aku yg x seberapa itu..tmbh2 lg masa sda terbuang masa c adik ad

mited  last wiks....nah x la chan aku mo mkn mskn kg..n sungkai ramai...hrp2 dpt blik awal b4 raya nnt...

ok la..tgl brapa minit lg mo sungkai...

pilihan napsu mkn arini...mee kari..utk aku...nasi pandan utk laki...bubur utk c adik share wit me..abc tapai..teh tarik n sirap selasih...total rm36..sen nya lpa...alhamdulillah..knyang sda...mo balik rmh cpt...




Published with Blogger-droid v2.0.4
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved