Jumaat, 10 Ogos 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


ieyra.com: Outing.

Posted: 20 Jul 2012 10:38 AM PDT

Ahad lepas, saya dan rakan-rakan buat aktiviti outing ke Ipoh. kami seramai 16 orang semuanya. konvoi habis empat kereta. kemain ramai kan kan. memula kami plan nak gerak pukul 7 pagi, tapi akhirnya pukul 8 pagi baru bergerak ke Buntong Falls. entah mana-mana entah si Fahmi ni plan bawak kami. terpencil je tempatnya sampai kami was-was betul ke dalam hutan ni ada waterfall? then, kami hiking...
panjat punya panjat...kendong beg banyak-banyak segala...akhirnya kami jumpa la...
ini aje? kecik bebenor kolamnya. batu je besar semua memenuhi. macam mana nak mandi 16 orang? beratur ikut turn? atas kekecewaan terhadap Buntong Falls, kami pun...


...menggedik ambil gambar je la. dah tak boleh mandi kan? maka ramai-ramai decide nak ke Ulu Chepor. tengok jam, nak dekat pukul 10 pagi dah masa tu. perghh...plan dah lari. cepat-cepat kami turun semula. penat betei hiking semata-mata nak main celup-celup kaki je dalam air kat Buntong Falls. 

masa ni,semua kalut masuk dalam kereta, dan menuju ke Ulu Chepor. sampai je kat Ulu Chepor, kena hiking lagi. hahahaha kurus peha semua orang! jumpa je sungai, semua terus rasa nak terjun tanpa ragu-ragu. hah, siapa tak mandi pagi tu? baik mengaku! 
 

yang tak reti berenang pun buat-buat macam reti. dah siap main game dalam air la apa sampai kecut jari, baru naik. masa tu dah tengah hari. eh, booking nak main laser tag pukul 1130 pagi macam mana? booking lunch pulak pukul 1 petang. disebabkan masing-masing lapar, terus kami menuju ke Royak Perak Golf Club untuk makan tengah hari!



on the way to Royak Perak Golf Club, terjumpa kereta katak hello kitty tu. kemain lampu dia siap ada eyelashes! haha~ actually pergi makan dekat The Fairway Restaurant, Royak Perak Golf Club ni sebab kami guna voucher groupon. dapat ler diskaun sikit kan. apa pun burger tu terbaik gila! besar sangat dan berlapis-lapis. habis segala lemak yang hilang masa hiking tadi, muncul kembali lemak baru. haha~~ then, lepas makan dan solat semua, kami plan nak ke Bercham untuk Laser Tag Battle! tapi...
kereta Myvi merah yang kami naik, dilanggar oleh Myvi hitam! tetibe entah dari planet mana masa kami duduk dekat lane kiri tu, ada pulak kereta lain muncul sebelah kiri. sebab rapat sangat, dia langgar side mirror tu sampai patah. masa tu Borg yang bawak kereta tu hon dan blur kejap. tengok-tengok je Keem da ada kat sebelah kiri sambil menjerit suruh kejar. maka, terjadi la adegan filem KL Drift. KL Gangster pun boleh. lepas tu India yang langgar kami tu dah macam tak boleh lari, dia stop kat tepi. terus semua lelaki ekluar ramai-ramai dari kereta, terjah dia. cuak gitu. then ajak pergi balai polis, dia macam nak lari lagi. nasiblah ada hero kami, Keem abam long gangster kejar kereta tu sampai dapat. masa ni skill memandu Keem tahap IMBA dah. haha~ dah setel apa semua, dapat la tuntut ganti rugi. hee~


mula-mula sampai tu, tak boleh masuk main laser tag lagi sebab full. so semua main boxing dulu. best jugak teknologi kinect kat Xbox ni. boleh kurus lengan duk boxing non-stop. lepas tu eksaited pulak nak main 2 game untuk Laser Tag!
FUN gila hoi! first time main terus teruja. tapi sekejap sangat masa. 1 game cuma 10 minit :'( 
apa pun, sangat FUN outing kali ni. walaupun penat gila sampai sakit badan. next trip pergi cameron jum, guys? haha~


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - TV3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan