Selasa, 6 November 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


NORZAILINA&#39;s PONDERINGS: Demo Masakan <b>di Hutan Melintang</b>

Posted: 06 Nov 2012 10:53 PM PST

Atas jemputan En Sharif Apen dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama SMK Hutan Melintang dan Grup Buku Karangkraf, saya telah mengadakan Demo Masakan pada pagi Ahad, 04 November 2012 yang lalu. 

Selama hampir 2 jam saya berkongsi pengalaman dan dua resipi bersama para hadirin. Mereka yang datang sungguh mesra dan kami sempat berbual tentang banyak perkara. Harapan saya semoga mereka manfaatkan resipi yang saya tunjukkan untuk dihidangkan kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Terima kasih jua pada mereka yang membeli buku-buku masakan dan novel saya di gerai GBK yang dikendalikan oleh Annas dan Kiki.

Sehari Saya Bertemu Rakyat <b>Di</b> Parlimen Bagan Datoh | Ahmad <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 01:38 AM PST

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia.

Semalam jam 9.30 pagi saya telah merasmikan Mesyuarat Veteran UMNO Bahagian saya bertempat di Wisma UMNO Bagan Datoh. Ramai pemimpin dan ahli veteran telah datang memenuhi dewan.  Saya memberitahu kepada ahli veteran UMNO semasa berucap bahawa hari ini kebencian kepada UMNO adalah datang dari bekas orang UMNO sendiri. Saya juga meminta perjuangan UMNO ini diteruskan walau saya sudah tidak ada lagi.

Saya juga meminta agar golongan veteran membantu Pemuda dan Puteri bukan menghentam mereka. Akhir sekali saya meminta ahli veteran bersama-sama memastikan kemenangan UMNO dan BN di Perak dan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.  

image

Melancarkan Page FB Ahli Veteran UMNO Bagan Datoh

image

Ahli Veteran UMNO yang hadir semalam

Selepas itu jam 10.30 saya telah merasmikan Majlis Penutup Kembara Buku 1Malaysia dan pelancaran Wakaf Buku yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan dan Pejabat Pelajaran Hilir Perak dengan kerjasama Sekretariat Pelajatan Parlimen Bagan Datoh  di sekolah Menengah Hutan Melintang.  

image

Gambar semasa perasmian penutup Kembara Buku 1Malaysia dan Wakaf Buku

Saya juga berkongsi pengalaman membaca buku semasa darjah 4 bertajuk 'Khalilah Wa Dhimnah' setebal 600 halaman dalam masa enam hari kepada pelajar yang mengikuti perasmian tersebut. Beberapa buah syarikat telah mewakafkan buku antaranya Karangkraf, Sasbadi dan PTS.  

Jam 11.30 pagi saya bersama dengan Menteri Pertanian Dato' Seri Noh Omar menyampaikan bantuan kepada petani-petani peserta projek pemulihan kelapa Matag dari kawasan Bagan Datoh. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada  Dato' Seri Noh Omar atas bantuan begitu besar kepada petani Parlimen Bagan Datoh kali ini.  

image

Selepas itu saya membawa Dato' Seri Noh dan rombongan ke rumah saya sebelum kami hadir ke program Hari Ladang Kelapa 2012 di Pejabat Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang dari 2.30 hingga 5 pm. Dua program kami bersama semalam melibatkan peladang petani Parlimen Bagan Datoh.

image

Saya bersama Dato' Seri Noh di rumah ayahanda saya

Sekali lagi saya berterima kasih atas kesudian beliau membantu rakyat di Bagan Datoh.

image

Saya bersama Noh Omar di Hari Ladang Kelapa 2012

Pukul 5.30 petang selepas acara di Pejabat Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang saya dan rombongan bergerak ke Dewan sebelah Kuil Sri Maha Mutu Mariamman Batu 9 bagi acara penyerahan hemper sempena Hari Deepavali.

Selepas itu Rombongan saya bergerak pula ke Ladang Jenderata Hutan Melintang merasmikan konvensyen pelajar tadika dan penyerahan sumbangab sempena Hari Deepavali. Saya sempat menyampaikan ucapan sebelum beredar untuk program seterusnya.

image

Sebelah malamnya selepas selesai membersihkan diri menjamu selera serta mengadap Ilahi di rumah ayahanda serta bertemu tetamu-tetamu yang setia menunggu untuk berjumpa, saya bergerak ke Ladang Jendarata 3 bagi menyampaikan sumbangan sempena Deepavali bersama rakan parti komponen Barisan Nasional dari IPF.

image

Sambutan sangat meriah diiringi persembahan dari penyanyi popular masyarakat India menghiburkan rakyat yang hadir semalam. Dalam ucapan saya nyatakan bahawa saya akan membela nasib semua bangsa dan agama selaras dengan semangat 1Malaysia YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Sokongan yang kuat dari masyarakat India yang saya dapat lihat, tidak mustahil akan menjadi faktor memungkinkan DUN Hutan Melintang dirampas PRU 13 tidak lama lagi.  

Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara semalam termasuklah media massa dan media baru yang mengikuti acara yang begitu padat semalam dan sesungguhnya saya ingin menyatakan perasaan dari hati sanubari bahawa saya sungguh gembira dapat berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Bagan Datoh dan juga Malaysia amnya.  

Semoga ia menjadi amal soleh saya untuk kehidupan di akhirat kelak Insya Allah.

Ahmad Zahid Hamidi
5 Oktober 2012

07 di behrang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di behrang - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Behrang</b>: Kempunan beraya kereta baru <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2012 05:11 PM PDT

- Aug 17, 2012 08:11:31.

Saiful (kiri) dan Muhammad Hanif melihat keadaan kereta Iswara yang mereka naiki

Hasrat seorang penuntut sebuah kolej dekat sini untuk pulang beraya dengan kenderaan yang baru  diambil dari keluarganya tidak kesampaian setelah terbabit dengan kemalangan awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, kereta Proton Iswara dinaiki Saiful Amirul Abdul Rahim, 19, bersama rakannya, Muhammad Hanif Ismail, 19, terbabas setelah cuba mengelak kereta yang secara tiba-tiba membrek di hadapannya.

Menurut Saiful, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Sungai Behrang selepas bermain futsal di Tanjung Malim.

"Ketika tiba dekat persimpangan Plaza Tol Behrang, sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita mengekori rapat di belakang kami tetapi setelah kereta itu memintas secara tiba-tiba dia membrek.

"Saya cuba mengelak melanggarnya tetapi gagal dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi pengadang jalan dan berpusing sebelum terhenti di bahagian tengah pembahagi jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saiful berkata, dia mengalami kecederaan bibir kanan akibat terhantuk pada stereng sementara rakannya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Muhammad Hanif berkata, Saiful baru saja mengambil kereta tersebut dari kampung di Pulau Pinang pada Ahad lalu dan bercadang menggunakannya untuk balik bercuti menyambut Aidilfitri.

Katanya yang mengambil jurusan Mekatronik Semester 3, kejadian itu cukup mencemaskan dan jika Saiful gagal mengelak berkemungkinan mereka jatuh ke gaung.

"Saiful bertindak memutar stereng ke kanan selepas melanggar besi pengadang jalan kerana menyedari terdapat gaung di bawah.

"Nasib baik dia bertindak pantas jika tidak tak tahulah bagaimana nasib kami," katanya yang berasal dari Johor.

Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

Posted by on Aug 17, 2012 08:11:31. Filed under Am, BERITA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Rehat Penyamun Tak Panjang | MyNewsHub

Posted: 02 Nov 2012 07:25 PM PDT

TAPAH – Nikmat rehat enam lelaki anggota sebuah kumpulan samun dan curi kereta di sebuah rumah sewa tidak panjang.

Keenakan waktu senggang sebelum merancang 'projek' baru punah selepas kesemua mereka yang berusia lingkungan 30 ke 45 tahun ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Ops Tapis dan Cantas di Kampung Baru Chenderiang, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, kesemua ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan dua daripada enam ahli kumpulan itu adalah warga Indonesia yang baru masuk ke negara ini menggunakan dokumen yang sah.

Katanya, salah seorang daripada lelaki warga Indonesia itu mempunyai kepakaran dalam membuat kunci pendua.

Menurutnya, empat lagi ahlinya berasal dari Tanjung Tualang dan pernah menetap di negeri lain sebelum bertemu semula untuk menubuhkan kumpulan tersebut.

"Ketika serbuan dilakukan di tempat persembunyian kumpulan itu, kami menemui dua buah kenderaan yang dilaporkan hilang di Puchong dan Kajang pada 12 dan 29 Oktober lalu.

"Selain penemuan kereta jenis Honda City dan Mitsubishi Triton, kami turut merampas satu tiub dadah dan satu paket lutsinar dipercayai dadah jenis heroin yang disimpan di dalam rumah tersebut," katanya pada sidang media di IPD Tapah, semalam.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati dua daripada suspek merupakan bekas tahanan Ordinan Darurat manakala seorang lagi ahli kumpulan mereka pernah dibuang daerah.

"Kesemua ahli kumpulan terbabit mempunyai rekod jenayah lampau kes curi kereta dan samun di sekitar Lembah Klang.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.

Abdullah berkata, ahli kumpulan terbabit akan ditahan sehingga 5 November ini sebelum diserahkan kepada IPD Puchong dan IPD Kajang untuk tindakan seterusnya. – Sinar Harian Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di slim river - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di slim river - Google Blog Search


Bas melekat belakang treler <b>di Slim River</b> | Abg Cik Punyer Belog

Posted: 30 Aug 2012 09:26 PM PDT

Klik sini untuk dapat iPhone 5 dengan harga tak masuk akal !!

"Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk."

Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Agaknya pemandu mengantuk tu kot .

Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.

Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.

Kumutha yang juga penuntut Sarjana Sumber Manusia, Universiti Selangor (Unisel) berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tidak jauh dari pemandu bas itu.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku dan hanya tersedar apabila saya tercampak. Saya tidak dapat bergerak dan berasa sangat sakit.

"Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ramai orang menjerit kesakitan serta meminta tolong," katanya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, orang awam dan penumpang bas kemudian membantu memapahnya keluar dari bas berkenaan sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Slim River di sini.

Kumutha yang ditemui di Hospital Slim River (HSR) semalam berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan dan imbasan X-Ray memberitahu tulang pinggangnya patah dan dia perlu menjalani pembedahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu Hussain gagal mengelak treler yang bergerak perlahan di depan.

Menurutnya, impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan kebanyakan kerusi penumpang di bahagian hadapan bas tercabut dan penumpangnya tercampak "Pemandu bas ekspres itu maut di tempat kejadian. Kedua-dua kakinya hancur akibat tersepit.

"Mayat pemandu bas dan empat penumpang yang parah serta lapan yang cedera ringan dihantar ke HSR," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Othman berkata, ada penumpang mendakwa bas itu dipandu keadaan terhoyong-hayang sebelum nahas dan kemungkinan pemandu bas berkenaan mengantuk.

Menurutnya, pemandu kedua bas ekspres itu dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati bas ekspres itu melekat di belakang treler. -metro



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni ...

Klik sini untuk dapat iPhone 5 dengan harga tak masuk akal !!

07 di bukit merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit merah - Google Blog Search


Kaji semula projek Lynas, elak tragedi <b>Bukit Merah</b> berulang – Anwar

Posted: 05 Nov 2012 07:15 PM PST

(Oleh Sidiqin Omar & Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 6 November: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan mengkaji semula dan mendapat pandangan rakyat sebelum meluluskan pembinaan loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan bagi mengelak tragedi Bukit Merah berulang.

"Ini nyawa orang. Ini bukan politik. Jangan sombong. Kaji semula sama ada berisiko atau tidak," kata Ketua Umum KEADILAN itu di depan 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Batu 11, Taman Mahkota Aman, Kuantan, Ahad lalu.

Beliau merujuk kelulusan yang diberi kepada loji penapisan nadir bumi Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak pada 80-an.

"Masa (projek itu) lulus, saya jadi Menteri. Ramai yang bantah. Tapi Dr Mahathir (Mohamad) kata 'jalan' (teruskan projek). (Konon) Semua bagus walaupun ada kajian EIA (Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar) dan Jabatan Alam Sekitar. Kerajaan sahkan selamat.

"Tapi, selepas 20 tahun ada banyak laporan. Ada (penduduk) mengalami penyakit kulit, malah ada yang mati sebab 'rare earth' ini," katanya.

"Kita bukannya anti pembangunan. Tapi cara macam ini (pembangunan tanpa rundingan) tak boleh lagi dilakukan, jangan
sombong…," tegas Anwar.

Golongan ibu serah memo bantah Lynas

Dalam perkembangan berkaitan, dua bas rombongan golongan ibu dari Kuantan hadir ke Parlimen dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Serahan memorandum yang diketuai Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan 11 wakil lain itu diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Wakil rombongan, Rahiza Zulkifli berkata, mereka tidak akan berhenti memperjuang keselamatan alam sekitar, termasuk
menghalang kilang nadir bumi Lynas dari beroperasi.

"Sebagai ibu, kami ingin yang terbaik buat keluarga, terutama anak-anak dan negara.  Kami inginkan pembangunan yang tidak mengancam alam sekitar dan masa depan," katanya pada sidang media selepas itu.

"Dengan berjuta tan sisa toksik berbahaya yang kekal untuk berbilion tahun di tempat tinggal kami, kami akan selamanya hidup dibayangi pencemaran ini.

"Justeru, kami minta Perdana Menteri selaku anak Pahang tunjukkan keprihatinan dan kepimpinan untuk campur tangan dalam hal ini demi kepentingan rakyat dan pembangunan jangka panjang negara sebelum ia terlewat," sambung Rahiza.

Turut sertai rombongan itu adalah kaum bapa dan mereka senada membantah projek Lynas.

Sementara itu, Fuziah berkata, beliau memahami perasaan golongan ibu terbabit lantaran beliau sendiri adalah seorang ibu.

"Saya dapat rasa kesedihan mereka…Seorang ibu pasti akan buat apa sahaja untuk jamin masa depan anak mereka," katanya.

Pelbagai pihak membantah operasi kilang Lynas melalui kempen risalah, memorandum, perhimpunan raksasa termasuk melalui proses undang-undang yang masih berjalan.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan memulakan ekspedisi berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen pada 18 November ini, untuk membantah operasi kilang kontroversi ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38962

Kaji semula projek Lynas, elak tragedi <b>Bukit Merah</b> berulang

Posted: 05 Nov 2012 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR 6 November: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan mengkaji semula dan mendapat pandangan rakyat sebelum meluluskan pembinaan loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan bagi mengelak tragedi Bukit Merah berulang.
"Ini nyawa orang. Ini bukan politik. Jangan sombong. Kaji semula sama ada berisiko atau tidak," kata Ketua Umum KEADILAN itu di depan 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Batu 11, Taman Mahkota Aman, Kuantan, Ahad lalu.
Beliau merujuk kelulusan yang diberi kepada loji penapisan nadir bumi Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak pada 80-an.
"Masa (projek itu) lulus, saya jadi Menteri. Ramai yang bantah. Tapi Dr Mahathir (Mohamad) kata 'jalan' (teruskan projek). (Konon) Semua bagus walaupun ada kajian EIA (Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar) dan Jabatan Alam Sekitar. Kerajaan sahkan selamat.
"Tapi, selepas 20 tahun ada banyak laporan. Ada (penduduk) mengalami penyakit kulit, malah ada yang mati sebab 'rare earth' ini," katanya.
"Kita bukannya anti pembangunan. Tapi cara macam ini (pembangunan tanpa rundingan) tak boleh lagi dilakukan, jangan
sombong…," tegas Anwar.

Golongan ibu serah memo bantah Lynas
Dalam perkembangan berkaitan, dua bas rombongan golongan ibu dari Kuantan hadir ke Parlimen dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Serahan memorandum yang diketuai Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan 11 wakil lain itu diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Wakil rombongan, Rahiza Zulkifli berkata, mereka tidak akan berhenti memperjuang keselamatan alam sekitar, termasuk
menghalang kilang nadir bumi Lynas dari beroperasi.
"Sebagai ibu, kami ingin yang terbaik buat keluarga, terutama anak-anak dan negara.  Kami inginkan pembangunan yang tidak mengancam alam sekitar dan masa depan," katanya pada sidang media selepas itu.
"Dengan berjuta tan sisa toksik berbahaya yang kekal untuk berbilion tahun di tempat tinggal kami, kami akan selamanya hidup dibayangi pencemaran ini.
"Justeru, kami minta Perdana Menteri selaku anak Pahang tunjukkan keprihatinan dan kepimpinan untuk campur tangan dalam hal ini demi kepentingan rakyat dan pembangunan jangka panjang negara sebelum ia terlewat," sambung Rahiza.
Turut sertai rombongan itu adalah kaum bapa dan mereka senada membantah projek Lynas.
Sementara itu, Fuziah berkata, beliau memahami perasaan golongan ibu terbabit lantaran beliau sendiri adalah seorang ibu.
"Saya dapat rasa kesedihan mereka…Seorang ibu pasti akan buat apa sahaja untuk jamin masa depan anak mereka," katanya.
Pelbagai pihak membantah operasi kilang Lynas melalui kempen risalah, memorandum, perhimpunan raksasa termasuk melalui proses undang-undang yang masih berjalan.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan memulakan ekspedisi berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen pada 18 November ini, untuk membantah operasi kilang kontroversi ini.

07 di sungai siput - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sungai siput - Google Blog Search


Taiping Mali: Pemimpin Pembangkang <b>Di Sungai Siput</b> Guna Politik <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 11:06 PM PDT

Pembangkang Hasut Setinggan Berdemonstrasi, Konon Mahu Jadi Jaguh:-Datuk Ahamad Pakeh Adam by PERAKBN 30/10/2012 -- Pembangkang hasut setinggan berdemonstrasi, konon mahu jadi jaguh: ADUN Lintang Sebanyak 63 daripada 226 kes setinggan di Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar berjaya diselesaikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar dalam tempoh dua tahun lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam berkata, antara kawasan penempatan setinggan yang dikenalpasti termasuklah Kampung Benggali, Kampung Veerasami, Batu 1, Lintang, Sungai Buloh dan setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). "Dalam tempoh dua tahun sahaja, saya bersama pegawai Pejabat Tanah dan Daerah turun padang ke kawasan penempatan setinggan untuk membuat bancian dan ketika ini, isu setinggan di kawasan Sungai Siput hampir selesai. "Namun, pemimpin pembangkang cuba mengambil kesempatan dengan menghasut penduduk setinggan supaya tidak berpindah ke tempat yang disediakan oleh pihak kerajaan. "Inilah politik murahan yang dipratikkan oleh pemimpin pembangkang di Sunga...

07 di taiping - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di taiping - Google Blog Search


Open Minda: Kisah Seram Banglo Lama <b>Di Taiping</b>

Posted: 20 Oct 2012 05:00 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah seram yang berlaku di Taiping sekitar tahun 1990 an.. Kisah berlaku di sebuah banglo lama..

Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la..

Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.

Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…

Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang.. Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu. Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu..

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Malam ke-2 pulak…

Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu… Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?
islam itu suci

07 di sungkai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sungkai - Google Blog Search


TIntATariAnpEna: Sosioekonomi <b>di Sungkai</b>

Posted: 18 Oct 2012 07:26 AM PDT

Asalamualaikum semua...
Selamat Malam...Da 4hari berturut2 Tg Malim nie dingin je....mana xnye, asal petang je ujan membawak sampai ke mlm...nie pun still ujan..emmm hope semuanya sihat2 je k...=)
owh ye..da bace tajuk? konfirm xmenarik minat nak bace kan....haha..pedulikk la..janji aku ade benda nak dihupdatekan..lame plak ase blog aku nie xhidup.. hee..

Disebabkan kekurangan waktu senggang, banyak kali la aku terpaksa  melupakan hasratku utk mengupdate blog..haha...emm..ha..mlm nie selesai sudah kerja bagi subjek Sosioekonomi Malaysia bagi tugasan kumpulan...Alhamdulillah..huhu..yang bestnye kajian mengenai aspek sosioekonomi nie aku buat kat Sungkai...kat kampung aku nie..aish..bangga la jap..(oo) haha..

(Skop Kajian: Sosioekonomi di Kampung2 Tradisional dalam Mukim Sungkai)

  • Kg S/C Menderang - En Haron b Ahmad
  • Kg Perlok/Guntong- En Yusuf b Jamit
  • Kg Pekan Lama- En Ahmad Rafix
  • Kg AA Tin- En Ghaffar
  • Kg Tiang Bertarah- En Zambri
  • Kg Rahmat Changkat Sulaiman- En Mohd b Jaafar
  • Kg Klah Baru- En. Radhi

Oke...seeeee......?? brapa byk Kampung2 tradisional dlm Sungkai nie..haha..jadinya kami nie p la jumpa dgan sume ketua kampung nie n menjalankan temubual mengenai aspek sosioekonomi di kampung masing2...ape2 pun bahagia rase bila kawan2 group cakap kerjasama yg diberi oleh setiap ketua kampung mmg tiptop la..huhu....trima kasih semuaaa...=)

Oke la..malas nak merepek pepanjang da..jz nak share dgan korang ttg serba sedikit mengenai kajian yg da kami buat ritu..meh nengok meh...















Ha...sebenarnya banyakkkkkk sgttttt gambar yg aku n da geng snap ritu..tp xlarat la nak masuk sume..haha..nie je yg sempat nak masuk pun..serius sonok wat tugasan nie...dapat taw dgan lebih lanjut pasal Kg sendiri~~.. haha...

emm..ape2 pun thankz sgt2 pada ahli2 group yg terlibat..korang mmg best...! farah, ekin, cety, n pretty..heehe..

oke la, mate pun da ngantuk nie..ujan2 nie mmg kalah la..huhu..

semoga berjumpa lagi di lain crita. Salam n Nytez semua..=)

p/s : Moh ler dtg Sungkei wehhh..*owh ye, kalau sape2 nak taw more detail about sejarah atau ape2 jela pasal kampung2 nie jgn lupa contact ek.. kei3.

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


PAS <b>Perak</b> tawar khidmat guaman percuma

Posted: 04 Nov 2012 05:47 PM PST

http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/s480x480/44554_500755533276941_1093625465_n.jpg 

Muhammad Faeez Azahar

IPOH: PAS Perak menerusi Jawatankuasa Strategik dan Isunya hari ini menyatakaan kesediaannya untuk memberi khidmat guaman secara percuma kepada mangsa kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, ini adalah respon daripada kenyataan Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry kadir yang enggan menangguhkan sistem pemantauan trafik itu.

Menurut Misbahul, tawaran tersebut adalah untuk rakyat Negeri Perak yang telah menerima notis saman tersebut tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik.

Katanya, barisan peguam daripada Jawatankuasa Strategik dan Isu akan mengelola proses saman tersebut.

"Tawaran ini adalah untuk mangsa saman AES yang inginkan pembelaan dan mempertahankan haknya dan kami secara terbuka akan membantu mereka tanpa sebarang caj guaman," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Safarizal Saleh serta barisan peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni.

Misbahul Munir menjelaskan, PAS Perak telah menyediakan perkhidmatan talian secara hotline kepada mangsa sistem tersebut.

"Kepada yang inginkan bantuan guaman bolehlah menghantar butiran kepada pihak kami di talian 0133493848.

"Kami sekali menggesa kerajaan negeri Perak untuk menanggungkan perlaksanaan sistem tersebut seperti yang dilakukan oleh negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana ianya jelas ditentang oleh rakyat yang melihatnya sebagai cara kerajaan membolot duit rakyat," tegas beliau.

Sementara itu, Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) berkata, berdasarkan penelitian pihaknya, saman yang dikeluarkan mengelirukan kerana menggunakan seksyen79(2) yang tiada kena mengena dengan had laju.

Menurutnya, kesalahan had laju mempunyai seksyen khusus yang termaktub didalam Akta Pengangkutan Jalan.

Kata beliau, tawaran ini juga telah dibuat oleh Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Dato' Mahfuz Omar baru-baru ini diparlimen dan pihaknya telah meneruskan usaha yang dilakukan itu untuk membela mangsa sistem yang mendapat bantahan ramai itu.

Zamri berkata, pihaknya telah menerima banyak respon daripada rakyat yang telah menerima saman tersebut dan secara keseluruhannya tidak berpuas hati dan ingin mencabar di mahkamah.

"Pihak kami akan memaklumkan kepada semua mangsa saman yang telah menghantar butiran kepada kami untuk mengadakan perjumpaan serta memberi taklimat tentang proses tersebut," jelasnya lagi.


busy
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved