Khamis, 18 Oktober 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Walkabout Community Policing <b>Di</b> Bandar <b>Lumut</b> – Perak Today

Posted: 21 Sep 2012 03:36 AM PDT

DS Zambry Bersama Ketua Polis, Datuk Mohd Shukri Dahalan Mengedarkan Risalah Pencegahan Jenayah Kepada Orang Ramai Sempena Program Walkabout Community Policing Di Bandar Lumut Petang Tadi

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


<b>Manjung</b> Mari: Najib promosi jenama barunya dalam lawatan <b>di Seri</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 01:32 AM PDT

Kerana Najib nak turun melawat ke Manjung, penduduk Manjung dahjadi kelam kabut, banyak jalan dipersekitaran Stadium Manjung dah kena tutup,,, 
Dah timbul masaalah, sehinggakan berlaku kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung pagi tadi,, 
Aku tak mau cerita masallah, itu, tetapi cerita hal lain sebenarnya.. 


Berapa banyak MPM bayaq kat tokeh banner tak tahulah, Banner Zambry kena simbah cat dah tiga,, banner yang duk tergantung pada setiap tiang lampu entah berapa ratus helai,, dan gambar yang kat bawah ni satu banner yang agak grand. 


 .Tengok tajuk,,,amboi sedap jamuan ditepati,,,OKlah tolong lihat dan perati baju kemeja putih Najib... 
 .OK..kkkk...inilah gambar tengahari tadi,, Najib bersalama dengan rakyatnya,,, lagi sekali lihat apa yang tertera di kemeja putih Najib,, dan cuba perati kat kemeja Zambry dibelakang Najib.. 
 .Konon-kononnya ikut tajuk gambar ni, puteri UMNO Perak, lantak pilah, jangan duk tanya aku anak siapa,, manalah aku tau,,, cuma aku nak minta hangpa tengok logo yang tertera kat t-shirt budak perempuan tu....  
 .Ini ka jamuan ditepati,, he he he.. sendiri fikirlah wei,,, kesian orang-orang UMNo dan yang sewaktu dengannya,, asyik kena tipu hingga ke akhir hayat... tapi apa pun cuba perati kat kemeja putih pencacai najib tu,,, nampak tak... 
Ha ha ha kalau tak nampak lagi ,, tak tahulah.... 
Ni lambang apa ni?  bila pulak keluar ?,, rasanya ni mai rasmi inilah agaknya,, tak terlihat lagi sebelum ni...
Apa cerita bro... kalau dulu 1Malaysia boleh dikatakan untuk negaralah,masih boleh diterima pakai, walaupun aku 102% tak setuju..,, sekarang ni apa hal,,, negara kita ni Najib yang punya atau Rosmah yang punya...
Ataupun Najib jadi proxi Rosmah,,, ha ha ha,,,hangpa yangg sokong dia. ...eeiiii ...tak tergamak aku nak sebut... . 

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


BICARA PERJUANGAN: SEPAGI BERSAMA PM <b>DI TELUK INTAN</b>

Posted: 18 Oct 2012 01:02 AM PDT

TELUK INTAN – Agenda pembangunan negara untuk memberi manfaat lebih besar kepada rakyat oleh Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik dan unggul daripada apa yang dikemukakan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak .

Perdana Menteri berkata pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman dan trek rekod, turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh dan kukuh daripada BN yang telah diuji sejak 50 tahun.
"BN sebagai kerajaan, memahami bahawa dalam menunaikan tanggungjawab ini, perlu ada rasa 'kemanusiaan' dan 'tawadduk' untuk memahami aspirasi rakyat, merasai denyut nadi rakyat," katanya ketika berucap di hadapan hampir 10,000 masyarakat pelbagai lapisan pada program Sepagi Bersama Perdana Menteri di Arena Square di sini pada Khamis.
Beliau berkata walaupun zaman telah berubah, namun prinsip BN sebagai kerajaan tetap sama.
"Zaman berubah. Dulu 'stail' lain tetapi prinsip (BN) tetap sama, stail sahaja berubah. Kalau dulu bertongkat dan berpakaian 'bush jacket', sekarang berkemeja 1Malaysia, simple dan tidak mahal. Kerajaan perlu ada kesinambungan sebab kalau tidak ada, kerajaan tidak dapat membuat perancangan jangka masa panjang," katanya.
Najib berkata bertukar kerajaan bukan seperti menukar menu makanan kerana ia tidak akan menguntungkan negara dan rakyat.
"Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, yang mempunyai masa depan, kita memerlukan kesinambungan, kita perlukannya bukan semata-mata mahukan kuasa tetapi rakyat akan mendapat manfaat lebih besar di bawah BN," katanya.
Beliau berkata pembangkang menghasut supaya rakyat membenci kerajaan namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya demokrasi adalah mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.
Katanya seperti Belanjawan 2013 yang dibentang baru-baru ini, di mana ia berteraskan keadilan sosial dengan bersifat 'inklusif' dan lengkap yang mengambil kira semua keperluan lapisan masyarakat.
Beliau turut menolak dakwaan yang ia 'belanjawan pilihan raya' kerana jika benar sepatutnya kerajaan sedia memberi lebih daripada yang dibentang.
"Sebab itulah bajet kita adalah bajet yang bertanggungjawab. Tidak ada satu pun penganalisis antarabangsa dan dalam negara mengatakan bajet kita tidak ada kreadibiliti dan tidak bertanggungjawab.
"Namun banyak yang mempertikai bajet yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang, sampai mereka (penganalisis) tidak menilainya sebab tidak ada asas kreadibiliti pada bajet mereka itu," katanya.
Najib berkata kerajaan pimpinan BN turut mempunyai perancangan besar untuk pembangunan negeri Perak seperti lebuh raya pantai barat yang akan memberi kesan positif kepada kemajuan rakyat dan kawasan seperti di Bagan Datoh dan Teluk Intan.
"Projek lebuh raya itu akan menjadi kenyataan dalam beberapa tahun akan datang sebab kawasan pantai dari Selangor ke Perak tidak begitu membangun berbanding tempat yang dilalui Lebuh Raya Utara-Selatan. Saya percaya kawasan seperti Teluk Intan akan menjadi lebih hebat pembangunannya," katanya.
Program Sepagi Bersama Perdana Menteri itu turut dihadiri beberapa pemimpin antaranya Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel yang bersama-sama hampir 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar Teluk Intan, Pasir Salak dan Bagan Datoh. – BERNAMA

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Pegawai Polis Terbunuh Dalam Nahas Helikopter <b>Di Malim Nawar</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2010 08:07 AM PST

KAMPAR: Seorang pegawai polis terbunuh apabila helikopter jenis Robinson 44 (R-44) yang dipandunya ketika dalam latihan terhempas dan terbakar di kawasan lombong, Malim Nawar di sini, Selasa.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang tadi ketika mangsa Inspektor Mohd Shukri Othman, 31 yang bertugas di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang menjalani latihan memandu solo dari sebuah pusat latihan penerbangan swasta di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata Insp Mohd Shukriyang mengendalikan helikopter R-44, dengan empat tempat duduk itu, dipercayaihilang kawalan ketika berada di ruang udara lalu terhempas dan terbakar.

Mangsa yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami kecederaandengan kesan kebakaran di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Shukri yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak dikatakan menjalanilatihan memandu helikopter sejak pertengahan tahun ini.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untukmembantu memadamkan kebakaran. - BERNAMA


07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>Jelapang</b> La Nie..: Panas !!! Mat Komunis Syiah Tetap Akan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 06:17 AM PDT


ALOR SETAR - Pas Kedah tidak menolak kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Kedah.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, tidak mustahil Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu kembali bertanding di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang PRU 1999 di negeri ini.

"Ada kemungkinan besar beliau bertanding di Kedah, namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan. Jika benar beliau berminat jadi calon di Kedah, kita tiada halangan," katanya.

Menurutnya, bagaimana pun cadangan itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat perhubungan Pas Kedah, sebelum dimuktamadkan.

"Jika Mat Sabu bertanding di Kedah, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau masih kuat di sini, terutama Kuala Kedah. Pas Kedah sedia timbang cadangan itu, namun perlu persetujuan semua pihak," katanya.

Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah berkata, sebelum ini Mat Sabu pernah bertanding di empat negeri, selain Kedah, iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

"Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU13, termasuk calon import, tetapi ianya masih belum muktamad. Keputusan rasmi hanya akan diumumkan menjelang tarikh pilihan raya," katanya.

Mat Sabu menang dalam PRU tahun 1990 di Parlimen Nilam Puri dan kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam PRU tahun 1995. Pada PRU 1999, beliau menang Parlimen Kuala Kedah, tetapi tewas di Kuala Terengganu dalam PRU 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.

Nama Mat Sabu kini kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah.Pada Mac lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pihaknya bersedia menerima Mat Sabu bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini, sekiranya mendapat 'restu' Pas kawasan atau menerima pencalonan yang mahu beliau mewakili kerusi di Kedah.

Ini ekoran ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat bertanding di kerusi parlimen Pendang.

Pada Februari, krisis dalaman Pas Kedah membabitkan dua Exco Kerajaan Negeri, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Dr Ismail Salleh dan Phahrolrazi, turut dikaitkan dengan usaha pihak tertentu untuk menempatkan Timbalan Presiden itu bertanding di Kedah pada PRU13, yang didakwa tiada dalam percaturan politik Azizan. -SH


Penerimaan Mat Sabu di Kedah oleh Azizan Razak dan orang yang pro kepadanya hanyalah lakonan semata-mata demi nama baik PAS untuk berhadapan PRU 13 yang bakal tiba bila-bila masa sahaja sedangkan hakikatnya Nama Mat Sabu tidak ada dalam senarai pencalonan di Kedah ( maklumat dari pihak dalaman PAS ).

Di sebabkan Phahrolrazi yang PRO kepada Mat Sabu telah melobi di PAS pusat, arahan telah di keluarkan PAS pusat supaya PAS Kedah dapat menerima Mat Sabu dan Azizan Razak yang pentadbirannya yang di kawal oleh Jawatankuasa Pemandu PAS pusat terpaksa akur dengan kehendak PAS pusat.

Walau pun terpaksa Akur dengan kehendak pusat, Azizan Razak secara rahsia telah mengatur langkah untuk mencantas Mat Sabu di mana saja tempat yang di tandingi di Kedah.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Misai Merah: "Sharizat tanding <b>di Menglembu</b>. Shapie Apdal di <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 11:45 PM PDT

Kawan saya sms kat saya suruh baca dalam blog Umno The Antics of Husin Lempoyang dalam posting Shahrizat dan Shafie Apdal bertanding di mana?Antara lain Hussin Lempoyang tulih ;

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya  

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."Baca di sini.


Ada pulak orang melawak kat saya,"Ustaz Nasharuddin Mat Isa bertanding di mana?"Depa jawab bertanding di Baling!

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina <b>Di Sitiawan</b> – Perak Today

Posted: 28 Jan 2012 02:48 AM PST

Majlis Rumah Terbuka Tahun baru Cina Bersama Pertana Menteri Di Padang Lapangan Terbang Manjung,Setiawan Meriah dengan kehadiran Rakyat

MB Kerah Bantuan Segera Dihulur Kepada Mangsa Banjir <b>di Sitiawan</b>

Posted: 27 Sep 2012 01:46 AM PDT

"Tunggu kami jadi kerajaan, baru kami tolong", demikian jawapan wakil kepada Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham apabila ditanya berhubung bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan itu, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau difahamkan ada wakil bagi pihak Koo Ham datang meninjau kejadian itu tetapi sekadar berpeluk tubuh tanpa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

"Dan apabila diberitahu perkara ini, saya terus mengarahkan bantuan segera diberi bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.

"Seperti biasa, Barisan Nasional (BN) datang membantu tetapi pihak di sebelah pembangkang sekadar datang dan berpeluk tubuh tanpa memberi bantuan kepada rakyat.

"Difahamkan juga, apabila ditanya rakyat Kampung Teluk Muroh apa bantuan yang boleh dihulurkan kepada mereka, wakil pihak pembangkang itu sekadar memaklumkan tunggulah mereka jadi kerajaan baru tolong," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Parit Haji Wahab, hari ini.

Zambry berkata, penduduk di situ kemudiannya meminta wakil pihak pembangkang pulang sahaja kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan itu.

Hujan lebat yang bermula seawal jam 1 pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan dalam DUN Sitiawan dilanda banjir kilat dan salah satunya ialah di kawasan Taman Mawar yang terletak dalam peti undi Kampung Cina.

Beberapa buah rumah dimasuki air hingga ke paras lutut menyebabkan barangan rumah dan peralatan elektrik rosak.

Pihak penduduk ada menghubungi Pejabat Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham namun jawapan yang diterima amat mengecewakan mereka.

Kakitangan pejabat itu menyatakan ianya bukan masalah mereka sebaliknya menyuruh penduduk  berhubung terus dengan wakil Parlimen.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Kes gaduh <b>di Kuala Kurau</b> : 4 ditahan reman. | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 02 May 2009 12:45 PM PDT

PARIT BUNTAR : Kes pergaduhan yang berlaku di Kula Kurau semalam telah ditangani oleh pihak Polis dengan menahan reman 4 orang yang terlibat dalam pergaduhan itu termasuklah seorang wanita. Pembantu Peribadi kepada ADUN Kuala Kurau, sdr. Adnan yang telah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata corta dan senjata tajam juga termasuk yang di reman. Mereka direman bagi membantu Polis menyiasat kes tersebut.

Saya bersama bekas ADUN Titi Serong pada tahun 1999 En. Ahmad Azhar Shshrin telah ke Balai Polis Parit Buntar tempat mangsa di reman. Mereka akan dihadapkan di Mahkamah pada hari Isnin nanti.


di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: Sultan <b>Perak</b> Atau Kerabat <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 02:36 AM PDT


 Almarhum Ayahandaku bersantapan disamping Raja DiHilir Perak, Raja Hisham (Orang Besar Jajahan Hilir Perak, di sebelah kiri bercermin mata) dan Raja Muda Musa Aziz di sebelah kanan. Gambar di Kelab Golf Sultan Idris Shah Teluk Intan... Paling kanan adalah isteri kepada Raja Muda Musa...


Anonymous said...

semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh almarhum. sebagai hamba rakyat negeri perak izinkan saya untuk bertanya sebuah kisah yang barangkali boleh pak engku kongsikan bersama. ianya mengenai peristiwa sekitar tahun 81 atau 82 dimana negeri perak merayakan hariraya aidilfitri sehari lebih awal dari negeri2 lain di malaysia masa itu atas perkenan almarhum. barangkali ada cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama sekelian hamba rakyat yang tidak mengetahuinya. wallahualam!!

10/15/12 2:03 PM

 Gambar bersama nenda (atuk) Sultan Alang Iskandar Shah (kiri), Tengku Ahmad Shah (kini Sultan Pahang)
 dan ayahanda ku Raja DiHilir Raja Idris Shah (kanan Tengku Ahmad). Sultan Ahmad Shah adalah cucunda kepada Sultan Alang Iskandar.

Jawapan

Assallamualaikum...Ada pembaca yang masih teringat Negeri Perak Darul Ridzuan berhari raya sehari cepat dari negeri negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia, di ikuti negeri Johor Darul Takzim (semasa pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar)...

Orang-orang dari Negeri Kedah dan Pulau Pinang serta Selangor termasuk Negeri Perak berhari raya, walhal di negeri mereka masih lagi berpuasa...

Saya masih didalam umur 20-an semasa itu... teringat amat murka Almarhum apabila titahnya untuk berhari Raya di abaikan oleh Menteri Besar DS Wan Mohammed... 

Almarhum telah keluarkan titah dengan tandatangan nya disebelah kanan di atas surat  mohor peribadi, yang bermaksud, surat ini adalah titah keras yang harus dilaksanakan dengan serta merta...Saya teringat almarhum ayahanda berkata

"Aku kesian oghang-oghang yang dah siapkan lauk-lauk masakan untuk berraya tapi masih tak menentu bila nak raya... Kalau tak jadi Raya, basi lauk-lauk tu nak buang saje ker...???"

Kata beliau lagi

"Berdasarkan hukum falaq, anak bulan tu takkan boleh tak timbul... Dah berkurun2 kita mengikut bulan yang sama, baik bangsa Cina ataupon Melayu"...

Saya masih ingat malam yang di keluarkan titah supaya beraya, siren di bunyikan di Kuala Kangsar dan rakyat terpinga-pinga tak faham apa dah berlaku... Apabila pegawai pegawai memaklumkan besok hari Negeri Perak akan berraya, bersorak ria orang-orang yang mendengar...Tetapi sebagai biasa ada juga manusia yang tak setuju dan menyalahkan Almarhum atas melanggar peraturan...

Pada keesokan hari, maka berHari raya lah negeri Perak dan Johor... Terdapat berberapa orang yang masih tak puashati yang menyalahkan Almarhum...Mereka kata,

"Sultan dah gila...!! 


 Bulan sabit yang di panggil anak bulan...


Tetapi apabila ternampak  bulan yang keluar bertanduk dilangit, mereka terus diam... Teringat kawan saya, Pak Tam nama dia... orang Kpg Ketior, Kuala Kangsar... dia berkata pada diri saya,
"Takkan ayahanda tu pandai pandai jer suruh berraya... mesti dah tanyer segala ulamak dan Mufti dia"...
Saya teringat Almarhum bertitah,
"Akan aku usulkan perkara ini pada Mesyurat Majlis Raja Raja nanti"...
Ada yang mengadu kepada PM (Tun Mahathir) dan Tun berkata,
"Bab ugama dan adat itu dibawah kuasa mutlak Raja negeri masing masing... Kerajaan pusat tiada kuasa menhalang atau mencampuri hal sedemikian"..
Bak kata didalam bahasa omputih, itu adalah Prerogative Powers of the Sultan...

Ku Syah