Ahad, 4 November 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


apa ku nak kata: Akikah <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 04 Nov 2012 03:06 PM PST

Semalam, kami ke rumah kawan suami (geng superbike dia) untuk kenduri akikah anak sulungnya di Parit buntar. Punya bertuah, gambar baby tak sempat ambil pun,heheheh.
Cuma ada gambar dua baby besar ni,hiks....



Tak hairanlah kalau budak berdua ni besar sikit dan dilepaskan.......depa akan main parit dan menangguk ikan. Sekarang, pantang lepas, main tanah, main batu, berlari terus nak ke parit. 

Kawan-kawan suami, geng superbike. Tapi kami naik keretalah, sebab bawa anak-anak sekali. 

Jumpa pondok.......sakan abang seronok.
Pemandangan sekitar situ cantik, sawah padi tengah rancak hijaunya.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Batu Tepi Jalan ( BTJ ): 9 Nov Demo Bantah AES <b>Di Lumut</b>, Tempat <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 06:53 PM PDT

Perhimpunan aman bantah AES di Lumut 9 Nov - Mkini
Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 9 November depan untuk menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada menteri pengangkutan di pejabat Parlimen BN Lumut di Setiawan.
Perhimpunan tersebut digerakkan oleh NGO BANTAH AES yang ditubuhkan baru-baru ini.
Koordinator bersamanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (kiri) berkata penubuhannya adalah hasil satu mesyurat yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut yang sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA adalah ahli Parlimen Lumut.
Mohd Saifullah berkata perhimpunan aman itu adalah untuk mendesak menteri pengangkutan supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
"BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada menteri pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, perhimpunan rakyat itu akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.
P/s: Bantah dan terus bantah
Bantah hingga projek AES ini gagal
Bantah hingga kroni UmnoBN gigit jari
Tempat lain bila pula nak buat demo bantah AES?
Ayuh seluruh Malaysia demo bantah AES!!!
Ceramah umum dalam masa terdekat

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Panorama malam <b>di Pantai Remis</b>, Jeram | fais yusuf bun kassim

Posted: 24 Oct 2012 08:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Panorama malam di Pantai Remis, Jeram. 24 oktober 2012. Posted just now by fais yusuf · fais yusuf bun kassim. Subscribe. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Menginap <b>Di</b> Joy Chalet, <b>Bota</b> Perak - Flipping For Dummies

Posted: 29 Sep 2012 07:36 AM PDT

Dari sehari kesehari nak buat entry berkaitan dengan chalet ni nampaknya macam tak berkesempatan pula. Dan seperti kebiasaannya juga, aku memang tak menulis berkenaan dengan isu hartanah pada hujung minggu. Pengisiannya adalah lebih santai dan berkisar tentang travelling, makanan dan aktiviti-aktiviti kesihatan (larian).

Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca yang link-kan ENTRY INI dan ENTRY INI dalam forum popular lowyat.net. Menjawab soalan En. K - saya akan terus menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya kecuali entry yang berkaitan dengan projek perumahan baru ataupun project review di mana pembacaannya adalah lebih menyeluruh.

Aku menginap di chalet ini semasa majlis bertandang ke perkahwinan anak saudara (anak abang), yang beristerikan orang Bota. Kalau ikutkan hati, aku nak duduk di Lumut sahaja sebab lebih familiar dengan lokasinya. Tetapi bila memikirkan aku kena berulang-alik2 semasa majlis nikah then esoknya bersanding, nak memandu 35km one way tu (termasuk tengah malam), secara logistiknya kurang sesuai dan aku terpaksa mencari opsyen lain.

Lalu diusulkan menginap di chalet kat bawah ini yang jauhnya hanya 5 minit dari rumah pengantin. Duduk free je sebab anak saudara dah book-kan chalet ni awal-awal lagi.

Kreatif - Titi Gantung kat tengah-tengah.
Masa nak masuk tu memang agak suspen sikit, dahlah aku memandu MPV yang agak besar (dengan muatan 6 orang), kena pula menyusuri masuk jalan kampung yang tak berapa nak besar tu. Dalam hati tertanya-tanyalah juga, macam manalah boleh ada chalet kat tengah-tengah kampung ni. Perjalananan itu dikelilingi dengan kebun getah dan kelapa sawit dan agak jauh dari jalan besar.
Aktiviti memancing adalah percuma di sini. Tapi kena sediakan pancing sendiri.

Bila sampai kat chalet tu, memang terkejut dan tertanya-tanya sendiri, macam manalah owner chalet ni boleh terfikir nak bina dan memulakan perniagaan chalet tu, memang kreatif dan "out of the box" untuk kawasan kampung yang semacam tu. Terdapat 14 buah chalet dan FULL HOUSE malam tu (kecuali 2 unit yang dengarnya ada last minute cancellation.

Untuk menginap di sini, semalam harganya adalah RM80. memang berpatutan sangat sebab satu bilik tu boleh memuatkan 5 orang. Ada disediakan juga surau dan tempat berkumpul kalau kita nak buat meeting ataupun team building. Tapi parking agak limited dan kena parking pula kat tepi kebun-kebun orang.

Aku sempat berbual dengan seorang pekerja di situ. Diberitahu dulunya kawasan itu adalah kawasan projek penternakan air tawar. Tapi projek ini telah menjadi terbengkalai, tak tau sebab apa, tapi rasanya mungkin ilmu penjagaan dan pemasaran ikan tu tak cukup. Mungkin jenis macam pelabur hartanah juga, tengok orang lain beli rumah, kita pun nak beli juga tapi asas pengetahuan dan pelaburan tiada, so jadilah projek hangat-hangat tahi ayam.
Tengok pokok-pokok menjalar tu takutlah juga ada ular.
Biznes chalet ni diberitahu boleh tahan jua, terutamanya pada masa pendaftaran pelajar baru dan konvo UiTM Seri Iskandar dan Universiti Tenaga Petronas. Aku ada komen juga dekat pekerja tu produk yang baik (chalet ni) kalau kita tak dipasarkan dengan baik, returnnya tentulah tak memberansangkan. Kena tengok target market dan study lingkungan dan potensi market ni betul-betul. Barulah perniagaan kita boleh maju, (macam bagus je aku cakap, lagipun cakap memang senang, guna ayaq liur je). 

Aku rasa RM80 tu worth the money, janganlah expect service 4-5 bintang pula untuk harga sebegitu. Buat owner chalet ni pula, semoga berjaya dalam biznes chalet ni! Aku ni pula, bilalah nak start business homestay/chalet  ni?

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Tiada kelulusan projek nadir bumi <b>di Bukit Merah</b>: PKNP – Perak <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2011 09:48 AM PDT

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menjelaskan kerajaan negeri tidak meluluskan sebarang projek nadir bumi di Bukit Merah kepada mana-mana syarikat.

PKNP, sayap pelaburan negeri Perak berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 18 April dengan CVM Minerals Limited dari Hong Kong hanya membenarkan firma itu untuk mengkaji elemen daya maju operasi perlombongan nadir bumi di Bukit Merah.

"Kedua-dua pihak berhasrat untuk mengadakan kajian kebolehlaksanaan atau eksplorasi mengenai viabiliti perlombongan nadir bumi.

"PKNP dan CVM tidak berhasrat untuk membangunkan apa-apa projek memproses nadir bumi di Perak," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Samsudin Hashim dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, tempoh hayat MoU itu hanya enam bulan dan akan terbatal secara automatik jika firma itu tidak memperoleh sebarang kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa tempatan atau jika projek itu tidak berdaya maju.

Samsudin juga berkata, tiada "kesan terikat" MoU ke atas kedua-dua pihak dan CVM akan menanggung keseluruhan kos kajian daya maju.

"Jika kajian daya maju itu menyentuh kemungkinan diadakan perkongsian, ia akan bergantung pada kelulusan daripada kedua-dua pihak," katanya.

Dalam laporan pagi tadi, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan mendapatkan penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.

Zambry menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara PKNP dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

Bagaimanapun menurutnya PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu — perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

- The Malaysian Insider

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Kebakaran <b>Di Slim River</b>, Kanak-Kanak Rentung

Posted: 28 Sep 2012 05:25 AM PDT

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Lintah Tiong, Slim Village, Slim River hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata Muhammad Shahrizal Abdullah ditemui rentung di ruang tamu selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Md Zin berkata kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang dan ketika itu mangsa berada di ruang tamu seorang diri.

Ibunya Norlia Zakaria, 51, dan lima lagi adik-beradiknya berada di bahagian dapur dan sempat menyelamatkan diri ketika api pantas merebak.

Beliau berkata seramai 11 anggota bomba dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian belum diketahui.

 

- Bernama

 

 

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Taiping Mali: Pemimpin Pembangkang <b>Di Sungai Siput</b> Guna Politik <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 11:06 PM PDT

Pembangkang Hasut Setinggan Berdemonstrasi, Konon Mahu Jadi Jaguh:-Datuk Ahamad Pakeh Adam by PERAKBN 30/10/2012 -- Pembangkang hasut setinggan berdemonstrasi, konon mahu jadi jaguh: ADUN Lintang Sebanyak 63 daripada 226 kes setinggan di Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar berjaya diselesaikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar dalam tempoh dua tahun lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam berkata, antara kawasan penempatan setinggan yang dikenalpasti termasuklah Kampung Benggali, Kampung Veerasami, Batu 1, Lintang, Sungai Buloh dan setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). "Dalam tempoh dua tahun sahaja, saya bersama pegawai Pejabat Tanah dan Daerah turun padang ke kawasan penempatan setinggan untuk membuat bancian dan ketika ini, isu setinggan di kawasan Sungai Siput hampir selesai. "Namun, pemimpin pembangkang cuba mengambil kesempatan dengan menghasut penduduk setinggan supaya tidak berpindah ke tempat yang disediakan oleh pihak kerajaan. "Inilah politik murahan yang dipratikkan oleh pemimpin pembangkang di Sunga...

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


SUARA PERAK: SAMBUTAN DEEPAVALI <b>DI KINTA</b> VALLEY

Posted: 03 Nov 2012 08:37 AM PDT


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 3/11/2012 di Ladang Kinta Valley.
SAMBUTAN DEEPAVALI DI KINTA VALLEY
PKR Cabang Kampar telah menganjurkan jamuan makan di Ladang Kinta Valley sempena sambutan Hari Deepavali. Jamuan ini dihadiri lebih kurang 300 orang dari warga tempatan yang terdiri daripada semua kaum. Program ini dilaksanakan atas usaha saudara Baldip Singh. Selain daripada pemimpin-pemimpin tempatan, program jamuan makan ini juga turut dihadiri oleh YB V.Sivakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tronoh. Pihak penganjur membuat penghormatan kepada YB V.Sivakumar dan Sdr Baldip Singh.
Dalam ucapan YB V.Sivakumar, beliau menyentuh tentang pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan selama 11 bulan di Perak. Beliau juga menunjukkan bukti-bukti bahawa PR adalah kerajaan yang lebih prihatin kepada rakyat.
Selain daripada itu, YB V.Sivakumar juga memberi penjelasan yang terperinci mengenai isu Batu Caves yang begitu hangat dipermainkan dalam media massa baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab meluluskan projek membina bangunan 29 tingkat itu  di Batu Caves. Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan dengan semua dokumen-dokumen kerajaan yang relevan bahawa projek itu diluluskan oleh Barisan Nasional dengan restu MIC. Beliau merumuskan bahawa tindakan MIC menuduh Pakatan Rakyat dalam hal ini bagaikan 'meludah ke langit'.
YB V.Sivakumar juga menceritakan tentang kejayaan Pakatan Rakyat meluluskan 'Rajagopuram' (Bangunan Gerbang) untuk Kuil Sri Subramaniar (Kallumalai) Ipoh. MIC gagal mendapatkan kelulusan untuk projek tersebut untuk bertahun-tahun lama. Tetapi, Pakatan Rakyat  telah meluluskan projek itu dalam beberapa bulan sahaja. Projek itu  sudah dimulakan dan dalam pembinaan sekarang.
YB V.Sivakumar mendapat sambutan hangat apabila beliau berhujah mengenai polisi-polisi yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila menang Putrajaya dalam PRU 13 nanti. Antaranya ialah mengenai penurunan harga petrol, penghapusan tol di Lebuhraya Utara Selatan, pemberian RM1000 setiap tahun untuk warga emas, penurunan harga kereta dan pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


1 TAIPINGMALI: Kereta hilang <b>di Kamunting</b> Taiping Perak

Posted: 27 Oct 2012 11:33 PM PDT

Sebua kereta Honda civis jenis EK 4 pintu warna biru hilang dalam 5pagi-7.30pg tadi kawasan parking Hotel SS Trader Kamunting, nombor pendaftaran WFX7871..complete ek99 bparts dpn n blakang..Rim ek9 putih(5lug),cermin pintu virs..wiper blakang..jika tnmpak sila roger owner scpat mgkin.. 0133997871 arip..tq
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.