Rabu, 9 Mei 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


noven sandi: puting beliung <b>di</b> desa sungai <b>langkap</b> 2009

Posted: 31 Mar 2012 11:38 PM PDT

tragedi ini terjadi di desa saya desa sungai langkap kecamatan siulak kabupaten kerinci, viedo ini hasil dari rekaman Handpone saya. rekaman ini saya ambil dari rumah saya sekitar jam 15.00WIB.

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


belog CIK WAN : kembara usahawan (KUS &#39;12) <b>di</b> felda <b>trolak</b> timur

Posted: 12 Apr 2012 03:43 AM PDT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
nanti nak ceritakan pengalaman yang sangat best!
semuanya baru bagi diriku ini
p/s: sebab jap lagi kena buat report jugak

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Images of Ipoh: Golden Sunset at <b>Bercham</b>

Posted: 08 May 2012 07:22 AM PDT

As dark clouds had dominated the sky in the east this evening, a golden sunset still seen at the west. Eventually rain did not fall in the city and the weather remain warm after a hot day.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh: APA KES : MENGAPA JADI <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 09:59 AM PDT


Kes buang bayi meningkat setiap tahun
IPOH - "Kalau tak mampu jaga, jangan buang di merata-rata, tempatkanlah bayi itu di tempat yang sepatutnya," tegas Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon ketika mengulas berhubung penemuan seorang bayi lelaki di sebuah lorong di Bercham, kelmarin.
Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana selain sebagai satu perbuatan tidak bermoral, ianya juga secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.
Menurutnya, bayi-bayi yang dibuang di kawasan berbahaya, diyakini bakal terdedah kepada pelbagai risiko seperti menjadi mangsa kepada serangan haiwan dan serangga serta keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Saya dimaklumkan, bayi berkenaan diserahkan polis kepada hospital sekitar 1 pagi tadi (semalam) dan saya dimaklumkan keadaan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan stabil," katanya mengadakan lawatan di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.
Bayi berkenaan difahamkan, akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan rapi.
Dalam perkembangan sama, Hang Soon berkata, berdasarkan kepada rekod, kes berkenaan adalah ketiga yang dirujuk kepada JKM, tahun ini.
Secara kronologi, sebanyak enam kes pembuangan bayi dilaporkan berbanding 2010 (lima kes), 2009 (dua kes) dan tiga kes pada 2008.
Hang Soong yang juga Adun Chenderiang berkata, orang ramai yang berada dalam kelompok masalah sama boleh menempatkan bayi mereka di tempat yang disediakan.
Katanya, Hospital Pakar KPJ Ipoh contohnya, ada menyediakan pusat perlindungan bayi atau dikenali 'babyhatch' demi kemudahan orang ramai untuk meletakkan bayi-bayi 'terbuang' secara selamat.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Gambar Dr Hasan Ali Program <b>di</b> adakan <b>di</b> Dataran <b>Malim Nawar</b> <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 08:22 PM PDT

 PAS sudah tidak keruan lagi dengan melihat ramainya yang datang ceramah Dr Hasan Ali....PAS rasa sudah tergugat akan menerima kesan yang amat mendalam yang dikupas oleh Dr Hasan Ali ...Siapa Sebenar PAS ini?Panassss Ahli PAS mendengarnnya..........





07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kembara YBU bantu Pusat Kebajikan <b>di Ipoh</b> – Perak Today

Posted: 09 May 2012 03:24 AM PDT

Yayasan Bina Upaya (YBU) benar-benar mengaplikasikan fungsi agensi itu dalam membantu kerajaan negeri untuk menangani isu-isu berkaitan kemiskinan selain menjadi pelopor ke arah usaha-usaha membina upaya masyarakat.

Hari ini buat pertama kalinya siri Program Kembara Komuniti 2012 diadakan di sekitar bandar Ipoh dimana lebih 10 konvoi berkereta dikalangan kakitangan dan sukarela YBU menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada 7 Pusat Kebajikan.

Ketua Pegawai Eksektutifnya, Datuk Zainal Abidin Omar memberitahu siri kembara berkenaan akan dijadikan program tahunan agensi terbabit dimana ia merupakan antara pendekatan terbaik yang dilakukan bagi meringankan bebanan Pusat Kebajikan terpilih.

"Jadi untuk hari ini kita telah ziarah ke 7 pusat kebajikan dan daripada kunjungan konvoi itu bantuan dari segi wang, hamper nutrisi serta kelengkapan harian telah diberikan.

"Kita tidak mampu memberi sumbangan yang besar kepada setiap pusat kebajikan, bagaimanapun bantuan kita adalah berdasarkan kemampuan," katanya

Jelas Zainal lagi, selepas ini kembara berkenaan mungkin akan melebarkan sayapnya dengan mengadakan misi jelajah bantuan ke setiap daerah.

Antara 7 badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima bantuan termasuklah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Buntong dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jasa Kinta yang masing-masing menerima peruntukkan sebanyak RM 1000.

Selain itu, 3 NGO lain iaitu Shanti Old Folk Home, Pusat Jagaan Seri Damai dan Persatuan Kebajikan Rumah Orang Kurang Upaya mendapat bantuan berbentuk hamper nutrisi berikutan kesemuanya menempatkan warga emas.

Manakala bagi Pusat Rumah Mesra dan Yayasan Latihan Insan Istimewa pula mendapat sumbangan barangan keperluan harian seperti tuala mandi, serta bahan makanan kering seperti beras, minyak, dan lain-lain.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Pusat Tuntung <b>di Bota</b> kotor – Perak Today

Posted: 06 Nov 2011 01:33 AM PDT

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang melawat ke pusat pemuliharaan sungai Tuntung Bota Kanan di tengah-tengah Perak terkejut dengan keadaan yang kotor.

Albert Low, yang melawat pusat konservasi  minggu lepas dengan isterinya, Michelle Boey, berkata kolam, di mana tuntung membiak  kelihatan keruh dan bau busuk.

"Air hampir hitam dengan lapisan buih di atas. Saya tidak fikir yang cara yang betul untuk menyimpan spesis terancam. Kita tidak dapat melihat tuntung kerana air jadi kotor. Sesekali timbul kepala tuntung untuk mengambil nafas, "kata penganalisis komputer dari Kuala Lumpur.

Beliau juga memerhatikan air keruh dalam kolam lain berjubin di mana tuntung dewasa dan anak yang menetas disimpan.

"Ia kelihatan seolah-olah kolam belum dibersihkan untuk sementara waktu. Bagaimana haiwan yang akan terus hidup atau membiak dalam keadaan yang tidak bersih itu? "Kata Low.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menjalankan pemuliharaan ex-situ sungai terrapins (tuntung) di kemudahan yang terletak di kampung Bota, kira-kira 50km dari Ipoh.

Selain meningkatkan terrapins ditawan sebagai pembiakan saham, telur yang diletakkan oleh terrapins liar di sepanjang tebing berpasir Sungai Perak juga digali dan dieram di tengah-tengah.

Anak-anak tuntung kemudiannya dilepaskan ke dalam sungai. Spesies telah menurun jumlahnya kerana telur dan daging yang dimakan dan habitat sungai yang semakin musnah,

Keadaan pusat tersebut seolah-olah tidak  terurus, Boey berkata kemudahan pusat itu penting untuk tujuan dan kajian dan pendidikan.

"Salah seorang kakitangan memaklumkan kepada kami fungsi pusat dan juga ancaman yang ditimbulkan oleh pengumpul telur dan pemburu haram. Tetapi pusat itu harus lebih baik disimpan jika kita mahu melindungi spesies, "kata Boey, eksekutif sumber manusia.

Pengarah Perhilitan Perak Nawayai Yasak berkata beliau akan meneliti aduan pelawat dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memperbaiki keadaan pusat.

Beliau berkata beliau masih belum melawat kemudahan itu kerana dia hanya mengambil alih kedudukan pada 1 Nov.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


saiful D Riverian: Sejarah <b>Slim River</b> yang harus dingati oleh kita

Posted: 05 Feb 2012 06:47 AM PST


Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.

Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.
Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.


Pertempuran di Slim River


Pertempuran di Slim River merupakan salah satu pertempuran yang singkat yang terkenal dalam Penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pertempurtan ini terkenal kerana kejutan sepenuhnya oleh sejumlah kecil tentera pejalan kaki dan kereta kebal Jepun terhadap tentera British. Secara tidak langsung, pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu, akibat korban yang tinggi dan kehilangan sejumlah besar peralatan ketenteraan dalam pertempuran tersebut. Pertempuran ini bermula dengan kepantasan tentera Jepun mengatasi pertahanan di Trolak, lima batu di utara Slim River, yang menonjolkan kecermelangan penggunaan kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II.
Sejumlah sedosen kereta kebal Jepun dan sepasukan 100 orang tentera dalam lori kemudiannya menyerbu ke arah jambatan Slim River bagi merampas jambatan tersebut sebelum ia dimusnahkan oleh tentera British yang sedang brundur. Dalam perjalanan mereka itu, tentera Jepun terserempak dan mengejutkan tentera British yang sedang berehat akibat kepenatan, antaranya termasuk Lt Hartley dan Bateri 501.


Tentera British tidak menjangkakan Trolak akan tewas dengan begitu pantas dan tiada amaran diterima bahawa tentera Jepun akan tiba. Payne merakamkan bahawa seorang pegawai Jepun, Leftenan Watanabe, melompat keluar daripada kereta kebal dan menghunus pedang lalu memotong fius bagi peletup pemusnah di jambatan. Burt-Bnggs teringat berjumpa dengan Leftenan Watanabe, di Tarsoa pada tahun 1943.
Kereta kebal Jepun tersebut memeranjatkan tiga batalion Brigade ke 12 - dua Gurkha dan satu Regiment Punjab 5/14 - berbaris sepanjang jalan dan menembak mereka. Tentera Jepun juga memeranjatkan Bateri 501 dan 349 bersarapan di tepi jalan di ladang getah Cluny, dan menembak mereka dengan meriam dan mesingan sebelum mereka sempat menyediakan kedudukan meriam mereka.


Kolonel Harrison, pegawai tentera British yang tiba di ladang Cluny selepas kereta kebal Jepun beredar menggambarkan keadaan sebagai:
"Lori peluru dan tundaan (limbers) marak terbakar, peluru meriam meletup dan peluru meletup dimerata tempat. Saya lihat sebuah ambulan terhoyong-hayang di jalan sehingga melanggar pokok dan terbalik.


"Seorang sub-leftenan (Lt Hartley?) kemudiannya melapurkan bahawa mereka sedang bersarapan di bawah pokok Getah 200 ela dari jalan apabila seseorang tiba dan memberitahu bahawa kereta kebal Jepun sedang mara. Major Drought meluru bagi menyiapkan dua meriam untuk menembak di jalan tetapi . . . lima kereta kebal Jepun tiba, berhenti di jalan dan menembak tempat berlindung. . ."
Harold Payne mengingati keputusan bagi memusnahkan meriam - "satu perkara yang dahsyat yang perlu dilakukan bagi pegawai artileri". Mereka meninggalkan kesemua 13 meriam yang mereka telah bawa dengan bersusah-payah dari Jitra.


Tentera Jepun merampas jalan jambatan Slim River pada 0830 pagi sebelum ia sempat dimusnahkan, memintas laluan mereka yang terselamat untuk lari keselatan.


Apabila CO bagi Regimen 137, Kolonel Holme, pegawai pemerintah Lt Hartley, diberitahu mengenai pertempuran ladang Cluny, dia berkeras untuk kembali bagi membantu. Dia melompat diatas motorsikal dan tidak pernah dilihat lagi.
Kekalahan di Slim River, dilakukan oleh sejumlah kecil tentera Jepun dengan penguasaan udara sepenuhnya, secara berkesan menghapuskan harapan bagi mempertahankan Malaysia dan Singapura.


saifulfromslim

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


ABPH VS ANUGERAH CALON PUPOLAR UMNO <b>PASIR SALAK</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 10:02 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]DAN SELAMANYA…mereka memang begitu di pasir salak ni.PRU 12 team Ramlee dan Tajuddin bercakaran itu sejarah yang tidak akan dilupakan…sekarang PRU13 mereka bacakor&begigit lagi kome…masing-masing ...

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


SERVANTHOOD: Soalan-soalan jawapan bertulis dan lisan bagi <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 03:10 AM PDT

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan mulai 3hb April, 2012.

Tarikh : 16hb Mac 2012

Daripada : YB DATO' NGEH KOO HAM (Kawasan Sitiawan)

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar kenapa Kerajaan Negeri Perak BN meluluskan projek pusat penagihan bijih besi Syarikat Vale International untuk dibina di kawasan pelancongan Teluk Rubiah dan tidak di Tanjung Hantu yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar menyatakan kenapa bayaran premium untuk tempoh pajakan 99 tahun lebih tinggi daripada tanah selama-lamanya seperti dalam kes Yeoh Woo Kiang di Kampong Jering, Ayer Tawar (Ruj Pejabat Tanah Manjung Bil(10)dlm PT MJG A2/452/08-5).

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar kenapa potongan premium 80% tidak diberikan kepada pemohon Lim Su choon dan Lim Su Jee (Ruj Pejabat Tanah Manjung: Bil(12)dlm PT MJG A2/20/08-3) di Changkat Keruing dan lot-lot kedai di Pasar awam, Ayer Tawar sungguhpun tanah-tanah tersebut adalah juga dalam kawasan kampung-kampung Baru.

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi Kerajaan Negeri berkenaan dengan lapuran SPRM No. 50/2011 yang dibuat oleh ADUN Sitiawan untuk mendapat senarai penerima-penerima 68,503 ekar tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dari 2009 hingga Julai 2011 dan sudahkah Kerajaan Negeri memberikan butir-butir yang diminta oleh SPRM?

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah keluasan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Yayasan Perak untuk menjana hasil bagi sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak dan sudahkah tanah tersebut didaftarkan atas nama Yayasan Perak.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan butir-butir 7 kes dalam Negeri Perak yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam lapuran Ketua Audit Negara bagi tahun 2010.

4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa tempat pembakaran yang tertutup (incinerator) di Pulau Pangkor sudah lama siap dibina masih belum boleh digunakan.

5. Bertanya kepada YAB Menteri Besar nyatakan jumlah wang yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada orang-orang berikut dan senaraikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh mereka sejak perlantikan mereka.

(a) Dato' Chan Ko Youn sebagai penasihat Menteri Besar.
(b) Dato' S. Veerasingham sebagai penasihat Menteri Besar.
(c) Dato' Hamdi Bin Abu Bakar sebagai pengarah penerangan Kerajaan Negeri.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


20000 Pemohon BR1M <b>Di</b> K.<b>Kerian</b> Terima Wang

Posted: 16 Apr 2012 02:12 AM PDT

KOTA BAHARU – Semua 20,000 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, sudah menerima wang bantuan itu.

Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Datuk Mohd Fauzi Ismail berkata sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada penduduk yang layak, dengan setiap pemohon menerima RM500.

"Semua mereka sudah menerima BR1M tanpa mengira fahaman politik dengan penuh gembira," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan wang itu bagi kumpulan terakhir di sini, Isnin.

Mohd Fauzi berkata setiap pemohon yang layak dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM3,000 menerima sebanyak RM500 disalurkan oleh kerajaan pusat bagi meringankan bebanan kos pebelanjaan harian.

Beliau berkata sebanyak 20 program (majlis penyerahan) diadakan bagi membolehkan wang itu diserahkan kepada pemohon. "Kita tidak kira siapa mereka, wang itu diberi oleh kerajaan untuk mereka yang layak menerima wang itu," katanya.

Beliau berharap penduduk yang menerima wang itu menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi menampung keperluan sara hidup harian keluarga masing-masing.

Seorang penerima BR1M, Rozaimi Ismail, 42, bersyukur kerana wang itu boleh menampung keperluan harian termasuk untuk anak-anaknya yang bersekolah.

"Hari ini saya beli sebuah beg sekolah untuk anak saya, ganti yang lusuh dan sebahagian lagi disimpan untuk keperluan anak-anak yang lain," katanya. -BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas <b>Kuala Kurau</b> Perak <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:24 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak-kawasan kampung rumah batu di Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak
Tuan Rumah: Melayu, Ada 2 bilik dan 1 bilik air. Mempunyai ruang tamu yang luas.
Dari luar jalan utama/besar hanya 500meter. Dekat pekan, dekat bank BSN dan RHB, dekat sekolah rendah kuala kurau, dekat masjid kuala kurau, Kedai-kedai pakaian, barang runcit dan pasar pagi/malam
Disekitar rumah- dekat surau 15m, dekat kedai runcit 10m, kedai jeruk 15m, kedai ikan masin 15m dan rumah jiran-jiran berdekatan.
Kuala Kurau merupakan kawasan berdekatan laut dan berdekatan dengan pusat pelancongan iaitu kuala gula.

Berminat-hubungi segera Pn Hajah Siti Sehah 60122853237 / Tn Hj Bakri 0175755230

By rumahsewa.com