Selasa, 21 Februari 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Kekalkan kuasa BN <b>di</b> Perak – Perak Today

Posted: 21 Feb 2012 06:44 PM PST

Ahli UMNO seluruh negeri Perak digesa membantu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengekalkan kuasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan BN amat penting kepada masa depan rakyat pelbagai kaum di negeri ini terutama orang Melayu.

Beliau berkata, tanggungjawab mempertahankan kuasa BN di negeri ini bukan terletak di bahu Menteri Besar semata-mata, malah semua ahli UMNO yang mendokong perjuangan parti itu.

Menurutnya, selain beliau, dua menteri daripada kalangan UMNO iaitu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut bertanggungjawab membantu dan memastikan lebih dua pertiga kerusi BN dimenangi dalam PRU-13 nanti.

"Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan pemimpin UMNO pelbagai peringkat, kami turut membantu memperkukuhkan sokongan terhadap BN dan memantau perkembangan politik semasa di negeri ini atas rasa tanggungjawab bersama," katanya ketika berucap di majlis perasmian Kursus Transformasi Minda Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, di Ulu Kenas, dekat Kuala Kangsar, kelmarin.

Sementara itu, beliau menggesa semua jentera parti komponen BN menggandakan usaha kerana persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, DUN Hutan Melintang dan Parlimen Bagan Datoh dalam pilihan raya kali ini dijangka sengit.

Beliau berkata, pembangkang telah merasa nikmat memerintah negeri Perak dalam pilihan raya lalu dan ketagihan memperoleh kuasa semula mendorong mereka menggunakan segala taktik kotor untuk mengulangi kemenangan lampau.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian seluruh negeri ini hendaklah memastikan calon BN menang di tempat masing-masing.

Katanya, setiap kerusi DUN yang dimenangi amat penting dalam pilihan raya kerana ia boleh membantu penubuhan kerajaan negeri,

"Kekalahan calon BN di Hutan Melintang dalam pilihan raya lalu menyumbang kepada kejayaan pembangkang membentuk kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan Bahagian Bagan Datoh perlu bekerja keras mengembalikan kerusi berkenaan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.

"Kita harus memujuk majoriti pengundi Melayu di Bagan Datoh supaya mengundi calon BN dalam pilihan raya akan datang di samping meningkatkan majoriti besar undi bagi calon Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup," katanya.

- UTUSAN MALAYSIA

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


55 mangsa banjir <b>di Manjoi</b> masih di pusat pemindahan – Perak <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 11:31 PM PST

Seramai 55 orang daripada 14 keluarga mangsa banjir di Manjoi masih berada di pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manjoi, Datuk Nazri Ismail, berkata mereka ditempatkan di dewan orang ramai di sini sehingga keadaan banjir di rumah mereka pulih.

"Walaupun banjir sudah surut tetapi air masih bertakung di rumah mereka dan perlukan masa untuk dibersihkan," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, mereka dapat pulang ke rumah masing-masing esok.

Semalam, 500 orang daripada 140 keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntung dipindahkan ke dua pusat pemindahan selepas air naik akibat limpahan dari Sungai Tapah dan Sungai Pari berikutan hujan lebat lebih lima jam.

- BERNAMA

Banjir <b>di Manjoi</b> Perak | gambar banjir diperak mummycute

Posted: 20 Feb 2012 06:00 PM PST

Banjir di Manjoi Perak | gambar banjir diperak 

Beratus rumah di sekitar Manjoi dan Buntong dekat Ipoh, Perak ditenggelami banjir. Kejadian disebabkan hujan lebat sejak jam dua pagi tadi. Akibat kejadian itu, lima sekolah terpaksa ditutup.

Hujan lebat lebih empat jam menyebabkan paras air Sungai Pari melimpahi tebing di kawasan Manjoi dan Buntong. Akibatnya, beratus rumah di pinggir sungai ini dinaiki air. Di Manjoi, lebih 100 rumah terjejas dan 20 keluarga terpaksa dipindahkan. Mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Manjoi.

Punca limpahan air Sungai Pari dipercayai akibat sampah sarap yang menyekat aliran air.Serentak itu, Majlis Bandaraya Ipoh, MBI menempatkan kakitangannya untuk membersihkan sampah sarap di kawasan terbabit. ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


sawah padi <b>di parit buntar</b> (rm50K) - CariGold Forum

Posted: 21 Jan 2012 12:00 AM PST

Forum Jump

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pendidikan Seni Muzik Berada <b>Di</b> Landasan <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 19 Feb 2012 05:27 AM PST

TANJUNG MALIM, 15 Feb (Bernama) -- Pendidikan seni muzik tempatan berada di landasan yang betul dengan memberi perhatian yang lebih terhadap elemen kreatif dan inovatif, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau juga berkata tenaga pengajar dalam bidang muzik telah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan bakat muzik tanah air malah menzahirkan karya seni muzik yang bakal menjadi khazanah negara.

"Kita imbas kembali, banyak juga lagu-lagu dan karya muzik yang membawa kenangan manis atau nostalgia dalam perjalanan hidup kita," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia Ke-4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini Rabu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hassan Abdullah berkata persidangan seperti itu perlu diadakan dengan turut melibatkan institusi pengajian tinggi swasta.

Persidangan selama tiga hari ini dianjurkan oleh UPSI dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumber: BERNAMA

Persefahaman Untuk Hormati Satu Sama Lain Perlu Mula <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:55 AM PST

PETALING JAYA, 21 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah untuk mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam mengenai pentingnya menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama, haruslah bermula di peringkat sekolah.

Beliau berkata negara akan dapat menjana suatu kekuatan yang lebih besar pada masa akan datang apabila rakyat tidak melihat kelainan dan perbezaan antara satu sama lain.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu akan membolehkan warga pendidik, guru, ibu bapa dan pelajar mengutamakan kepentingan untuk tidak menyentuh dan menghormati sensitiviti kaum lain.

"(Sebaliknya) kita menghormati kelainan kita, menerimanya sebagai suatu warisan yang kita hargai yang mungkin tidak banyak terdapat di negara lain seperti Malaysia. Ada negara yang mempunyai satu agama tetapi mempunyai pelbagai puak, bergaduh dan berperang sesama sendiri.

"Ada negara mempunyai pelbagai agama tetapi hubungan antara mereka sentiasa tegang. Kadang-kadang berlaku pertempuran sehingga berlaku pertumpahan darah dan negara seperti ini tidak mengecapi kemajuan berikutan tidak aman. Dan apabila tidak aman, tidak ada kemajuan dan pembangunan yang boleh dinikmati oleh rakyat," katanya ketika melancarkan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Peringkat Sekolah di SMK (P) Sri Aman, di sini Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata pelbagai program dan aktiviti yang bukan sahaja menjurus kepada memupuk semangat kerjasama tetapi juga toleransi dan penerimaan kepada kepelbagaian agama, budaya dan kaum, boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

Katanya kemajuan amat pesat yang dicapai negara pada hari ini merupakan hasil kerjasama rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang dapat menerima perbezaan itu sebagai suatu keistimewaan.

Sebagai rakyat Malaysia di bawah Gagasan 1Malaysia, katanya semua pihak mahu melihat negara mencapai kejayaan pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, Malaysia ialah sebuah negara yang amat istimewa, dan kita harus bersyukur dan semua agama menuntut supaya bersyukur kepada Tuhan apabila suatu nikmat diberikan kepada kita, maka kita harus menghargainya.

"Satu nikmat yang diberikan ialah adanya perasaan persefahaman, menghormati antara satu sama lain dan wujud perpaduan yang dapat menjalin kerjasama lebih baik, dan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada hari ini," katanya.

Sumber: BERNAMA

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


ten little fingers: majlis hitam, putih & kuning <b>di Ipoh</b>, PERAK

Posted: 14 Feb 2012 03:33 PM PST

Salam Muhibbah... 
11hb eB sambot besday kat IPOH...
sbb kami ader kenduri....
yg menariknyer kolor pilihan pengantin betol2 kolor bendera negeri PERAK...
Tahniah Nurul Huda & suami (Lt. M Muammar)
fuyoooooooooo kwn bwh pedang.....
tapi kami x sempat nk tgk... 
sbb x ikot hntr pengantin ke Sungai Besi... ;p

Oma memberi restu pd permaisuri....
lamer dh x tgk Oma menepung tawar....
Aerish laks beri restu pd raja sehari....
tapi Mama dier kena la tlg.... sbb Aerish x sampai....
dok intai kecantikan hantaran pengantin...
bab nih mmg eB suker pn.... 
bkn suker jerk tau.... sgt2 suker... ;p
Aeeky ralit (leka dlm bhs perak)... jerk tgk org menepung tawar...
kalo dh dpt kaki tuh rasernyer....
biler tgk cu Thong eB tuh... musti tringat ngan arwah Opa...
Aed laks hepi sbb dpt mkn ngan pengantin....
wahhhhh Aed makan beradap yer?
ngan Opah Neni dier laks tuh.... heven...
yg seblah Oma tuh kakak pengantin pompuan....
ader nmpk cam muker eB x? ;p
okeh... dlm org dok sebok shooting gambor pengantin...
PG notti yg wat cam umah sendiri nih...
curik amek gambor kat camera Pro PG laks...
ekekekekek.... nasib drg rileks jerk x marah....
oopsssssssssss... i dh terbiaser ler dok menembak sampai luper i kat ner.... 
antara juadah pengantin yg dh jarang2 kiter tgk....
cantek kan bakul buahnyer...
pn dh jarang jumper.... bestkan? (",)
epi besdayyyyyyyyy to meeeeeeeeeeeee...
epi besdayyyyyyyyy to meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
epi besdayyyyyyyyy to meeeee....... eeeeeeee...
jom mkn kenduriiiiiiiiiii....
rupernyer Aerish tgh sebok mkn cupcakes...
sekali la ngan aunties dier tuh....
say cheeesssssssssssssssssse
sebok nk tlg kemas meja mkn beradap...
cam men polis sentri (police & thief)...
aduhhhhhhhhh pancit la mama deq.... huwaaaaaaaaaa
gambor agak blur sbb PG tuh x besa ngan camera eB... hik3
tapi tau apa yg paling bestttttttt ari tuh?
eB dpt jumper 'arwah Abah' lagi....
"abah.... ari nih hari jadi Along...."
sebak tapi sgt2 terharu sbb dpt sambut birthday dgn family members yg lengkap....
semuernyer ada disisi....
bkn sng kan? Alhamdulillah....
trus tringat seminggu sblom arwah meninggal,
eB satu2nyer anak yg sempat kal arwah utk ucap "Happy Birthday Abah"
setelah hampir 2 thn x dpt berbicara & bertemu....
jadi mungkin ini hadiah yg Allah swt berikan padaku....
 * hugs *
eB ader di IJN...

update 1 (10:40 am):
eB kat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)....
bestttttttttttttt oooooooooooo....
cam jakun skit sbb walopn since matrics dolo eB dok KL...
nih la 1st time gi PNM.... ngeeeeeeeeee....
1st time gaks dating kat Library ngan Shah... 2-2 bkn library person...
comel kan? ;p...
pkl 2 nanti baru msk IJN balik...
(baru pas bukak poser.....poser yang yuk... he he he... )

 :: Aerish & Aed coin box ::

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


PM meriahkan karnival <b>di Tanjung Tualang</b>, Sabtu – Perak Today

Posted: 21 Sep 2011 11:48 PM PDT

Orang ramai diminta tidak melepaskan peluang melihat dan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencuba kebolehan memancing udang galah di sebuah kolam pada program Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang, kira-kira 50 km dari Ipoh sempena lawatan sehari ke Perak, Sabtu ini.

Program itu adalah sebahagian acara menarik disediakan sepanjang karnival berkenaan yang bermula jam 7 pagi hingga 11 malam dan dijangka dihadiri 20,000 hingga 30,000 pengunjung.

Selain merasmikan karnival itu kira-kira jam 11 pagi, Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, dijangka turut menanam pokok tualang di SJKC Thung Hon dan beramah mesra dengan penduduk setempat dalam program Walkabout.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong, berkata rakyat di sini amat teruja kerana inilah julung kali seorang Perdana Menteri turun padang ke Tanjung Tualang.

Katanya, program dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan itu juga bertujuan mempromosikan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan.

"Sepanjang karnival itu, pelbagai program diadakan seperti pertandingan memancing udang galah, futsal, bola keranjang, melukis, mewarna gambar udang galah serta persembahan kebudayaan dan nyanyian pelbagai kaum," katanya di SJKC Thung Hon Tanjung Tualang, semalam.

Sementara itu, lawatan sehari Perdana Menteri ke Perak bermula dengan program Sepagi Bersama Perdana Menteri dan Jamuan Aidilfitri di Taman Soon Choon, di Ipoh.

-BERITA HARIAN

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Lelaki Lepaskan Enam Das Tembakan Rambang Dalam Kejadian <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 09:15 PM PST

Gambar Hiasan

Polis sedang mengesan tiga lelaki berumur dalam lingkungan 30-an seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol melepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian samun di sebuah rumah di Jelapang di sini Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ahmad Termizi Abd Haq berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi satu keluarga enam orang telah dikejutkan oleh tiga lelaki, dua daripadanya bersenjatakan parang.

Mangsa yang berkerja sebagai pendawai elektrik bersama isteri telah diugut oleh supsek supaya menyerahkan barang kemas dan wang, dan seorang ahli keluarga tersebut yang menyedari kejadian itu telah cuba melawan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Termizi berkata, seorang daripada suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan rambang bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Tiga suspek kemudian melarikan diri dan mengambil barang kemas milik mangsa bernilai RM15,000, katanya.

Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan telah menemui beberapa kesan tembakan di dinding rumah tersebut serta menemui enam kelongsang peluru bertaburan di lantai.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkongan 30-an itu sedang diburu dan sehingga hari ini belum dapat dikesan.

Pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan ketiga-tiga supsek, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor telefon : 05-2451500 untuk membantu siasatan.

-Peraknews

Tags: , , ,

Category: Community, Daily News

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Hujan Lebat <b>Di Chemor</b> | CHEMOR PERAK UPDATES

Posted: 10 Mar 2011 05:29 AM PST

This blog title has been optimized using

Hujan yang lebat turun hari ini di Chemor bermula pukul 4 petang hingga pukul 5:30 petang. Ianya telah menyebabkan kesesakan lalulintas di pekan Chemor. Walau bagaimana pun tidak ada mana mana kawasan yang terkena banjir kilat.

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


mi1: MP <b>Pasir Salak</b> guna &#39;billboard&#39; aibkan Anwar

Posted: 21 Feb 2012 02:25 AM PST

Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.

PETALING JAYA: PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2)

Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.

"PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan.

Beliau menegaskan "ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan.

Rugi RM250 satu tan

"Ini bermakna penanam padi di Felcra Seberang Perak mengalami kerugian sebanyak RM250 satu tan setiap kali musim menuai," kata Razak kepada FMT.

Ujar beliau, "Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu."

Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000.

Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan

Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh.

"Jabatan Audit Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) digesa menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan dana Felcra dalam penganjuran program Perhimpunan Warga Felcra tersebut yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM17 juta," katanya.

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina <b>Di Sitiawan</b> – Perak Today

Posted: 28 Jan 2012 02:48 AM PST

Majlis Rumah Terbuka Tahun baru Cina Bersama Pertana Menteri Di Padang Lapangan Terbang Manjung,Setiawan Meriah dengan kehadiran Rakyat

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


No Turning!: Bertapa <b>di Tapah</b>

Posted: 08 Feb 2012 09:50 AM PST








07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


DPPK PDG <b>RENGAS</b>: ANAK MUDA SEDIA TUMBANGKAN BN

Posted: 20 Feb 2012 09:55 AM PST


Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Kuala Kangsar pada hari Ahad yang lalu menjadi titik tolak memacu kemenangan PAS bersama Pakatan Rakyat pada PRU ke- 13. Pelancaran jentera pemuda Pas peringkat daerah Kuala Kangsar mempunyai signifiken yang tersendiri.

Ini disebabkan di daerah Kuala Kangsar mempunyai 3 buah parlimen iaitu Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput. Peringkat Parlimen, Pakatan Rakyat berjaya menguasai parlimen Sungai Siput, manakala peringkat DUN Pakatan Rakyat berjaya memenangi DUN Lubuk Merbau dan Jalong.

Oleh yang demikian, pelancaran tersebut bukan sahaja disertai oleh pemuda- pemuda dari Kuala Kangsar malah turut disertai oleh Pemuda Padang Rengas dan Sungai Siput.

Program dimulakan dengan Konvoi dari tiga penjuru Parlimen dan akhirnya bertemu di Dataran Sayong, Kuala Kangsar.

Seterusnya peserta konvoi bersolat jamaah di Dataran Sayong yang dipimpin oleh Ustaz Zawawi (Ketua Pemuda Pas Perak) diikuti dengan taujihad oleh Ustaz Zawawi dan Ustaz Nasaruddin Tantawi.
Selepas itu pemuda- pemuda berkonvoi dengan diketuai oleh Ustaz Nasruddin Tantawi dengan melalui jalan Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri, Bandar Kuala Kangsar dan berakhir di Dataran Kg. Ketior, Kuala Kangsar.

Seterusnya Ustaz Nasruddin Tantawi dengan rasminya melancarkan jentera pilihanraya pemuda dan penyerahan bendera kepada ketua- ketua pemuda Pas cawangan.

Majlis di akhiri dengan ceramah pada sebelah malamnya yang membariskan Sdr. Salman Salleh (Setiausaha Pemuda Pas Perak), Dr. Raja Al- Hiss (Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia) dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda Pas Malaysia).

Penyertaan anak muda yang datang dari segenap pelusuk daerah Kuala Kangsar tanpa sebarang bayaran menggambarkan semangat anak muda yang berkobar- kobar dan bersedia untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU ke- 13 akan datang.

Dalam ucapan pelancaran tersebut Ustaz Nasruddin Tantawi mengingatkan kemenangan Pakatan Rakyat di parlimen Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput akan menjadi sinar kejayaan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.







07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


My Furkids Diaries: Kitten comel <b>di Kuala Sepetang</b>

Posted: 31 Jan 2012 07:37 AM PST

Time cuti2 Malaysia Chinese New year tempohari, on the way Pegi penang for majlis sepupu bertunang, singgap jap pekena mee udang yang pemes di Kuala Sepetang. Kitorang naik Persona yg agak mempersonakan tu. Dalam keta yang padat berisi 5 ketol manusia yg terliur2 mau menjamah udang yg dikhabarkan terdapat dlm pinggan sebanyak 10 ekor udang setiap sorang kami pon menuju ke sana dgn semangat yang berkobar2..Ngeh2...
Actually malas ah nk crita psl mkn2 di situ. Aku juz nak share picture kitten bercorak makarel yg comel yg aku jmpa time kt Kuala Sepetang.

Klu x kerana kami nk singgah di Penang, musti aku dh kidnap wak blk KL kitten ni. Kakak aku cuba membuatkan aku xsenang duduk dgn berkata      " Macam nii lah baru kucing yg comel, x mcm kucing hang yg kt umah tu, xcomel langsung"..
 Elehhh....Camni kira xcomel ke????

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Taiping Mali: Banjir <b>di Batu Gajah</b>. mana bantuan Pas?

Posted: 20 Feb 2012 06:55 AM PST

Watch "Banjir Kilat Di Batu Gajah" on YouTube


Published with Blogger-droid v2.0.4