Selasa, 31 Julai 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Cik Adila Amalyna: Kuih-muih <b>di</b> Bazaar Ramadhan <b>Kampar</b>!

Posted: 22 Jul 2012 06:57 AM PDT

Assalamualaikum

Selamat berpuasa untuk hari yang kedua di dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah :)

Kalau korang semua nak tahu, sejak hari pertama Ramadhan aku, emak & kakak ipar berniaga kuih-muih kat Bazaar Ramadhan. Nak cari duit poket lebih sikit untuk raya tahun ni lagipun nak masuk degree kan, yuran mahal jadi kenalah kerja keras sikit cari duit. Alhamdulillah, pengalaman berniaga sangat seronok tak terkata walaupun badan tersangat penat. Lepas sahur terus mula buat kuih untuk jual kat bazaar kemudian lepas berbuka buat tempahan biskut raya pulak. Nampak tak? Truly hectic!

Sempat pulak update belog?

Sempatlah. Sekarang ni tengah tunggu azan maghrib, hewhewhew. Sedang menanti saat untuk melahap je sekarang. Tapi agak pelik, langsung tak rasa lapar mungkin sebab aku terkejar-kejar buat kerja itu ini. Bagus jugak kan, cuma badan lemah/lesu. Tapi bila mak start bebel kalau ada nak curi-curi tulang, jadi segar balik tiba-tiba. Aura apa mak pakai ni?!


Dan banyak lagi..... Tadi baru ni je yang sempat tangkap :)
Kepada sesiapa yang duduk dekat-dekat kawasan (Kampar, Jeram, Temoh, Tapah etc), come to Bazaar Ramadhan Kampar. Macam-macam ada dan jangan lupa singgah gerai kami yow! Tapi aku tak jaga kat gerai pun, kite maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (Hiks). Eh mana ada, aku duduk rumah nak masak lauk untuk berbuka pulak. Nampak tak ciri-ciri isteri mithali yang amat sangat pada diri aku sekarang? *flip hair*
Okay. Excited benar berniaga sampai kecoh dalam belog. Seriously, berniaga ni sangat best sebenarnya. Sangat-sangat best. Kan 9/10 rezeki datang daripada perniagaan, marilah kita berniaga secara kecil-kecilan kemudian lama-kelamaan akan menjadi besar-besaran. InsyaAllah.
Happy fasting people :)