Sabtu, 1 Oktober 2011

07 di hutan melintang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Sehari Beraya <b>di Hutan Melintang</b>, Perak.

Posted: 02 Sep 2011 04:13 AM PDT

Assalamualaikum semua. Apa khabar teman-teman.... agaknya sudah hampir selesai menziarahi sanak saundara sempena hari yang mulia ini. Raya ketiga, Amie sekeluarga, bonda, dan sanak saudara berkunjung ke Hutan Melintang, ke rumah saudara mara sebelah bonda. Bonda lahir di Kampung Belumbang Panjang, Bagan Datoh, Perak tapi saudara bonda menetap di sekitar Hutan Melintang. Kali terakhir Amie datang ke Hutan Melintang kira-kira 15 tahun yang lalu.... wah lamanya! Kali ini Amie bukan sahaja beraya tapi turut menikmati keindahan desa yang menghijau di sekitar rumah sepupu Amie.
Raya pertama bersama keluarga dari Perak di rumah bonda di Bukit Hijau.

Menurut bonda, keluarganya di Perak memang pandai membuat kuih tradisional. Di atas ialah kuih Sagon Bakar, Amie ambil gambar kuih ini di rumah Kak Halijah, sepupu Amie. Sebelum ini semasa hayat kakak bonda masih ada,  yang kami panggil Wak Perak,  memang macam-macam kuih raya yang dibuat secara tradisi dihidangkan.


Amie terpikat dengan suasana sekitar rumah Kak Halijah yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan menghijau termasuk pokok bunga, herba dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Sementara Kak Halijah sibuk memasak di dapur, dan yang lain sedang menikmati kuih raya, Amie ambil kesempatan mengambil gambar di luar rumah....
Orkid di tengah batang pokok kelapa.
Buah labu air yang Kak Halijah tanam di belakang dapur....panjangnya!
Buah petola cantik bergantung di bawah pokok kelapa sawit.
Pokok mata kucing sedang berbuah....
Pokok kecubung pun ada.... herba beracun tau!
Pokok limau nipis lebat berbuah.....
Belimbing buluh yang masih tinggal.


Lengkap dengan rumpun pandan nan menghijau.


Pokok herba... pecah beling.


Buah limau.... tak sempat tanya buah limau apa, tapi sempat makan 3 biji!

Pokok turi .... banyak ditanam sepanjang jalan di hadapan rumah.

Pokok belinjo.... pucuknya sedap dibuat sayur lemak!

Tuan rumah..... Abang Alias yang sentiasa ringan tulang mengusahakan pelbagai tanaman di sekitar kediamannya bersama Kak Halijah.

Sempat mengintai reban itik.....ada telurnya!

Setiap inci tanah dimanfatkan.... ini pokok ubi kucir, daunnya panjang-panjang, enak dimasak lemak!


Ha... ini telur ayam kampung!


Oleh kerana leka mengelilingi rumah, Kak Halijah sudah siap memasak di dapur bersama Kak Kamisah. Apalagi.... kami pun menjamu selera dengan lauk pauk kampung. Sebenarnya terlupa nak tangkap gambar hidangan tengahari tapi sempatlah juga ambil beberapa lauk termasuk sayur turi masak lemak dengan labu manis seperti di bawah ini.
Sayur Daun Turi Masak Lemak dengan Labu Manis.... bonda kata rasanya sangat sedap! Memang betul tu....

Antara lauk-pauk yang Kak Halijah sediakan tengahari itu termasuklah Udang Masak Sambal, Ikan Kembung Masak Asam Pedas dengan Kacang Bendi, Telur Itik Goreng, Sambal Belacan, Ikan Kering Bulu Ayam Goreng, dan pelbagai lauk lain seperti Ayam Masak Kicap dan Rendang Daging.


Selepas makan sempat lagi berkeliling rumah bertemu dengan sang monyet! Comelnya....
Dah kenyang perut... alangkah enaknya bersantai-santai di bawah pokok belimbing sambil berbuaian.... sambil menikmati angin semilir sepoi-sepoi meniup!

Apa di atas tu? Ha... walaupun dah kekenyangan tapi bila ternampak buah kelapa pandan bergayut di atas pokok.... kami pun keluarkan jakun (kata Lady Ayu).... memang betul-betul jakun.... apa tidaknya, entah berapa tandan buah kelapa diturunkan dan kami pun kenduri minum air kelapa pandan dan korek isinya makan bawah pokok! Kepada Abang Alias dan Kak Halijah yang baik hati, terima kasih kami ucapkan. Moga rezeki sentiasa menyebelahi keluarga kalian. Begitu juga dengan Kak Kamisah, Abang Nan dan Kak Ina yang sibuk melayan kami. Menurut Kak Halijah, setelah bondanya meninggal dunia 2 tahun lepas (Wak Perak), rumahnya pula menjadi tempat 'transit' saudara mara. Jadi rumah pertama yang kami ziarahi di Hutan Melintang ialah rumah Kak Halijah yang terletak di Parit 7, Sungai Sumun. 
Selamat tinggal Kak Halijah sekeluarga.... ada rezeki dan umur panjang kita pasti bertemu lagi.

Singgah sebentar di rumah Abang Saleh dan Kak Ros, dan juga rumah Kak Rohaniah. Oleh kerana bateri kamera Amie sudah habis, cerita pun berakhir di sini....

07 di behrang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di behrang - Google Blog Search


My LittLe WrLd: ~ BerNASI KERABU <b>di Behrang</b>~

Posted: 09 Jul 2011 09:49 PM PDT




Ni la nasik kerabu masakan lecturer kesayangan DKA CREW  
~Puan Haslinda n En.Mazly~
Ni sume underplanned punye..
Singgah makan malam b4 balik kl..
Diorang makan sampai licin hehehehe ~
Erm...tengah hari tadi lak sempat pusing~pusing PSAS..tengok class lama dulu..
wahhh.. da berubah..kaler oren..jalan pun da laen..
sume da cantek .. x cam dulu hehe ~
Kat uma kenduri lak..jumpa kawan yang da lama x jmpe..
Besh la.. orang cakap time kenduri la pun nak jumpa kawan~kawan lama kan?
n tengs kat incik Neo sebab tumpangkan me pegi n balik hehe

07 di bota - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bota - Google Blog Search


Kump Gendang Lela Rentaka: Majlis Kahwin <b>di Bota</b> Kanan..

Posted: 12 Jun 2011 06:10 AM PDT

12 hb Jun 2011 menjadi satu tarikh penting bagi semua ahli Lela Rentaka kerana hari ini kami akan mengiringi majlis kawin salah seorang dari ahli PSSTLKJ yang lebih kami kenali dengan gelaran Yob Alon. Difahamkan majlis hari ini bagi menyambut dua pasangan pengantin yang akan disandingkan serentak. Seperti biasa sebelum kami bertolak dari ipoh ke bota ,rumah khairul akan dijadikan sebagai tempat berkumpul semua ahli. Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu kami mulakan tepat jam 9.20 pagi, dengan menaiki 2 kereta dan 4 buah motosikal. Terdetik di fikiran untuk sesekali berkonvoi menaiki motosikal bersama ke majlis ini . Akhirnya kami tiba di Dewan tempat majlis itu diadakan namun memandangkan masih awal lagi kami beralih perjalanan mencari warung makan berdekatan untuk sarapan pagi. Setelah selesai menikmati juadah pagi, kami bergegas ke dewan dan bersiap-siap menantikan ketibaan pengantin sambil mengalunkan beberapa alunan lagu rakyat.


Jam 1.25 petang rombongan pengantin tiba , kami meneruskan tugas dengan memainkan alunan muzik berarak mengiringi pasangan pengantin ke tempat persandingan di dalam dewan . Tibalah giliran persembahan silat dari Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau Kuntau Jawa Perak menyambut ketibaan pengantin. Dengan diiringi alunan muzik silat ,pesilat mengatur langkah menambah seri bagi menyambut ketibaan dua pasangan pengantin yang dilangsungkan serentak ini.

Tugas kami bukan selesai di situ saja, setelah semua selesai makan tengah hari di majlis ,kami teruskan persembahan dengan diselangi nyanyian karaoke oleh tetamu yang hadir. Sempat juga kami bergambar dalam masa terluang itu. Sehingga jam 4 petang kami pun berkemas untuk pulang ke ipoh semula. Alhamdulilah cuaca cerah ,sedikit sebanyak memudahkan perjalanan pulang kami.

Setibanya di rumah khairul, kami berehat sebentar dan minum petang bersama.

Syukur kepada tuhan majlis hari ini berjalan lancar dengan izinnya. kami mendoakan pasangan pengantin yob alun dan pasangannya, serta adik beliau dan pasanganya berbahagia selamanya ..amin...


07 di ipoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


Anak Seberang: PAS Buat Hemoi Sambut PM Esok <b>Di Ipoh</b>

Posted: 23 Sep 2011 02:02 AM PDT

Macam ni lah yang AS mahukan. Sebagai sebuah parti pembangkang di negeri Perak, mereka seharusnya mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia.
Tinggalkan bab kepartian yang ketaksuban melampau sebentar, kedatangan PM ke tempat mereka seharusnya diraikan. AS bersangka baik dengan berharap apa yang dilakukan ini semuanya dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Mengikut jadual esok, beliau dijangka akan menghadiri Jamuan Hari Raya Bersama PM di Taman Song Choon, Ipoh. Dijangka 20,000 orang warga sekitar Ipoh dijangka menghadiri program tersebut. Diharapkan suasana Program itu berjalan dengan lancar dan teratur.

Ajijoi: Najib diperdaya Hamidah <b>di</b> Taman Song Choon, <b>Ipoh</b>

Posted: 24 Sep 2011 11:25 PM PDT


Gambar diatas adalah sebuah plak cenderahati yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak kepada beberapa Sekolah Agama Rakyat disekitar Dun Sg Rapat sempena kunjungan beliau ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Taman Song Choon, Ipoh semalam. Sekali lagi diulang, DISAMPAIKAN OLEH Najib kepada Sekolah Agama Rakyat.
Cuba kita baca dan teliti, apakah yang tertulis diatas plak tersebut. Terdapat beberapa kemusykilan dan benda pelik yang terdapat disana. Sesiapa yang terjumpa, tahniah namun tiada hadiah yang ditawarkan.
Siapa yang terterima kasih kepada siapa
Yang pertama, mengikut seperti yang tertulis dan tertera pada plak tersebut adalah sebagai penghargaan Sekolah Agama Rakyat kepada Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000. Jika mengikut logik akal sama ada yang waras ataupun putus wayar, sang penerimalah yang akan berterima kasih kepada sang pemberi, lalu suatu bentuk tanda penghargaan akan disampaikan.
Tetapi, apa yang berlaku semalam, sang pemberi (Perdana Menteri) telah menyerahkan plak sebagai tanda terima kasih itu kepada sang penerima (SAR). Sepatutnya yang berlaku adalah sebaliknya. Perdana Menterilah yang sepatutnya menerima dan menyimpan plak tersebut, bukannya sekolah agama rakyat.
Silap mata apakah yang dimainkan oleh Hamidah Osman, sebagai penganjur program ini dengan mempermainkan bukan sahaja Sekolah-sekolah Agama Rakyat sekitar Dun Sg Rapat malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Wajarkah seorang Adun BN yang juga Exco kanan sebuah kerajaan negeri yang mewakili parti Umno menipu, memutar-belit, mempermain serta memperdayakan seorang yang berjawatan bukan sahaja Presiden Umno tetapi juga Perdana Menteri Malaysia. Amat memalukan malah menjijikkan permainan politik kotor Hamidah semata-mata kerana mahu dilihat sebagai seorang yang bekerja, berkhidmat dan prihatin kepada rakyat berbanding dengan lawannya iaitu musuh dalaman partinya sendiri.
Ahli-ahli Umno terutamanya daripada Umno Gopeng sepatutnya berasa malu dan jengkel dengan gelagat Hamidah yang mempermainkan Perdana Menteri tanpa disedarinya.
Perkara yang kedua berkenaan dengan pemberian plak tersebut adalah mengenai wang RM100,000 yang terpampang megah diplak tersebut.
Ramai penduduk di Taman Song Choon telah mula menanyakan mengenai wang tersebut dan berharap dengan sejumlah wang yang begitu besar, pembangunan Sekolah Agama Rakyat ditempat mereka akan pasti dapat disiapkan dengan lebih lengkap dan cepat daripada yang dijangkakan.
Sekali lagi Hamidah memperdayakan semua orang termasuk Perdana Menteri berkenaan dengan pemberian wang tersebut. Wang yang berjumlah RM100,000 diperuntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat itu sebenarnya telah diberikan pada tahun 2005 dahulu. Ianya adalah cerita lama yang diungkit kembali melalui pemberian plak tersebut.
Mengapa sebuah Sekolah Agama Rakyat dihina sebegitu rupa dengan mempermain-mainkan seolah-olah mendapat peruntukan tambahan melalui pemberian plak tersebut sekarang. Kenapa tidak dahulu?
Tekanan kini dirasai oleh jawatankuasa pelaksana Sekolah Agama Rakyat tersebut apabila terpaksa menjelaskan kepada penduduk bahawa wang RM100,000 tersebut telahpun diberikan tahun 2005 dahulu, bukannya peruntukan tambahan.
Semakin dekatnya pilihanraya, semakin terdesak Hamidah untuk menaikkan semula namanya terutamanya di Dun Sg Rapat yang menjadi rebutan dalaman Umno sendiri.
Tetapi perbuatannya amatlah dikesali kerana demi untuk menyelamatkan air muka sendiri, air muka Perdana Menteri Malaysia pula yang sanggup dijatuhkan dengan membuat program celaru seumpama ini.

07 di bukit merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit merah - Google Blog Search


URA to put up <b>Bukit Merah</b> hotel site for sale | Wealth Bingo <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 11:57 AM PDT

 
1a489 phpenUvxC URA to put up Bukit Merah hotel site for sale
 

c2b52 dotline 240 URA to put up Bukit Merah hotel site for sale

 
 
 




SINGAPORE: The Urban Redevelopment Authority (URA) announced on Thursday that it will put up a hotel site at Jalan Bukit Merah/Alexandra Road for sale via public tender.

It has accepted an application from a developer after receiving a committed minimum bid of S$98 million.

URA said as the minimum price committed for the site is acceptable to the government, it is releasing the Reserve List site for sale by tender.

The land parcel is located at the junction of Alexandra Road and Jalan Bukit Merah and was first put on the Government Land Sales Programme Reserve List four years ago.

The 99-year leasehold land has a site area of about 7,950 square metres and a maximum permissible gross floor area of about 22,250 square metres.

It is linked to the rest of the island via Ayer Rajah Expressway and is served by the nearby Queenstown and Redhill MRT stations.

URA will launch the public tender for the site in about two weeks, and the tender period will be about eight weeks.

- CNA/al

<!– Zone Tag : Channel News asia In Text

innity_pub = "66368270ffd51418ec58bd793f2d9b1b";
innity_zone = "12251″;
innity_width = "**";
innity_height = "**";
innity_country = "SG";

–>

Article source: http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebusinessnews/view/1154921/1/.html

Tags: , ,

Common room for rent @ Blk 141 Jalan <b>Bukit Merah</b> / Selat Ave <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 04:02 AM PDT

Description

Common room for rent @ Blk 141 Jalan Bukit Merah / Selat Ave.

Asking $500 Fully furnished w Aircon, Light cooking is allowed. Indian owner, fully furnished, clean and Nice, WiFi, Amenties. Available from 1st Nov 2011. Near SGH . Just few bus stops away from China Town. No Agent fee. Pls call @ 98333393

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Tangkap Rambang <b>di Kuala Kangsar</b> « /// mohdNeoTech v3.2 ///

Posted: 26 Aug 2011 06:15 PM PDT

07 di taiping - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di taiping - Google Blog Search


Kiter-Kiter <b>di Taiping</b> « S A M S U L S A I D | M A L A Y S I A

Posted: 30 Sep 2011 02:49 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Charcoal in Kuala Sepetang, Perak. Kiter-Kiter di Taiping. Posted on September 30, 2011 by samsulsaid. Kiter-Kiter di Taiping Perak. September 30, 2011. Video by Carlos Nizam. Share. Like this: Like. Be the first to like this post. ...

07 di tapah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tapah - Google Blog Search


Karat E-jau: Kecohh...Gambar2 Sekatan Polis Ceramah PKR <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2011 09:02 AM PDT


07 di kuala sepetang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Vid kiter-kiter by Mr Carlos Nizam « S A M S U L S A I D <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 03:39 AM PDT

Thanks nizam kerna menemani aku di Kuala Sepetang dari jam 2am sampai 4pm, 3 jam perjalanan huh!!!!,terisi jugak masa cuti aku dari duduk rumah jer, lain tahun kiter pergi lain tempat pula :)

www.samsulsaid.com

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


Perkasa <b>Negeri Perak</b> kesal dengan perbuatan sesetengah <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 08:34 PM PDT

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perak kesal dengan perbuatan sesetengah pemimpin Umno di beberapa bahagian di negeri ini yang terus melobi untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perak, Ahmad Zaini Ismail berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan bahawa pemimpin tersebut tamakkan kuasa walaupun kepimpinan mereka sudah tidak relevan lagi.

"Keadaan ini menyebabkan pucuk pimpinan tertinggi Umno kerap mengingatkan ahli bahawa hanya calon 'likeable' dan 'winnable' yang akan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 nanti.

"Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN baru-baru ini turut mengingatkan wakil-wakil rakyat sedia ada supaya mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi menang dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun, nasihat tersebut tidak diambil peduli malahan mereka terus melobi dengan menghantar pelbagai memorandum dan helah termasuk membeli laporan agensi serta mesyuarat palsu mendesak mereka dipilh semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mereka sepatutnya sedar dan memahami tentang apa yang telah dibangkitkan oleh  pucuk pimpinan parti dan sedia melepaskan jawatan mereka secara baik.

Ahmad Zaini berkata, kita bimbang mereka yang tidak terpilih nanti akan memboikot calon pilihan BN sekaligus menyebabkan akan kehilangan kerusi pada PRU nanti.

Sementara itu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberitahu apa yang menjadi kepentingan dalam pemilihan calon adalah sama ada pempimpin berkenaan mampu menggalas tanggungjawab dan disukai rakyat.

Malah katanya, sama ada calon itu muda, tua, baru atau lama tidak harus dijadikan kayu ukuran kerana aspek 'likeable' dan 'winnable' merupakan salah satu faktor pemilihan calon bagi parti itu.

Apa yang kita mahu adalah… kita akan memperkenalkan calon-calon ini supaya apabila parti telah membuat keputusan mala rakyat tidak akan terkejut dengan pemilihan atau keputusan itu.

"Ini kerana kita tidak mahu timbul lagi cerita-cerita dulu dimana tiba-tiba sahaja wujud situasi seperti 'calon helikopter'.. jadi kita tidak mahu ia terjadi lagi," katanya. – Nooraini Mahamad.

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved