Rabu, 13 Februari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Mempertahan Umno seperti menzalimi diri sendiri

Posted: 12 Feb 2013 11:44 PM PST

KUALA LUMPUR: Kita lupakan Umno buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk Umno, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.

Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Beliau menyatakan demikian ekoran di Hutan Melintang semalam, Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang.

Baginya, Zahid bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan Umno sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.

Berikut ulasan penuh beliau.

Di Hutan Melintang semalam Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan UMNO sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.

Kata-kata ini seolah-olah hendak mempersediakan pemikiran rakyat yang huru hara akan berlaku jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya kali ini. Tetapi sebaliknya UMNO lah yang mempunyai kecenderungan untuk melakukannya jika kalah dalam pilihanraya nanti. UMNO dan BN sebelum ini tidak pernah merasakan kekalahan dalam mana-mana pilihanraya, maka kekalahan mereka kali ini terpaksa kita berhati-hati menghadapi sentimen buruk yang akan ditunjukkan oleh UMNO itu nanti.

Pakatan Rakyat dan pembangkang telah biasa dengan kekalahan setiap kali pilihanraya dan tidak pernah melakukan huru hara kepada negara. Hanya kali ini pembangkang akan menerima giliran untuk memenangi PRU ini. Sebaliknya dalam rekod sejarah negara huru-hara hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah seperti yang berlaku pada tahun 1969 dahulu. Kejadian 13 Mei adalah hasil dari keputusan pilihanraya yang mengejutkan Perikatan semasa itu apabila parti-parti dalam Perikatan telah banyak yang kalah.

Semasa Zahid menyeru supaya Pakatan Rakyat tidak melakukan huru hara, di Pekan, kawasan Najib sendiri, seorang mahasiswa Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong UMNO kerana mengedarkan risalah untuk persediaan mahasiswa bertanding di kawasan itu menentang Najib. Oleh itu kita mesti ingat jika BN kalah lah yang memungkinkan huru hara itu akan berlaku kerana yang kalah (BN) akan berada di dalam ketakutan.

Saya membuat komen ini kerana tidak ada sesiapa di pihak pembangkang berniat untuk melakukan keresahan tetapi yang mempunyai kebarangkalian untuk melakukan huru hara itu ialah UMNO dan BN. UMNO mahukan kesempatan untuk membawa dan memaksa semua pihak bersatu dan UMNO tidak ditinggalkan dalam perbincangan untuk memulakan politik baru dalam negara ini.

UMNO telah menunjukkan bukti berkali-berkali mereka lebih beruntung jika ada kekecohan dalam negara. UMNO selama ini kekal di atas perpecahan rakyat. UMNO sekarang ini tidak seperti UMNO asal dahulu dalam mana parti yang asal itu diasaskan kerana penyatuan umat Melayu sedangkan UMNO baru ini terasas di atas perpecahan parti itu pada tahun 1987 dahulu.

Itu sebabnya saya dan ramai yang lain selalu menasihatkan orang ramai supaya jangan berbuat apa-apa selepas mengundi kerana UMNO hanya menunggu alasan untuk melakukan kerja yang tidak baik bagi membawa negara ke arah pembentukan pentadbiran ala MAGERAN dahulu.

Bagi saya, jika ada kekecohan ia akan datang dari pihak UMNO. UMNO adalah parti yang tidak 'gentleman' dan amat takut dengan kehilangan kuasa. Kita mesti ingat dan jangan mudah lupa yang Najib pernah berkata yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya, itu milik BN. Dan salah satu peristiwa awalan yang akan berlaku telah pun berlaku apabila Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong Najib di Pekan semalam.

Apakah itu bukan bayangan apa yang BN akan lakukan jika mereka kalah dalam pilihanraya nanti? Pandai-pandailah berfikir siapa yang akan melakukan jenayah jika kalah dalam pilihanraya ini nanti.

Tetapi kita wajar melaksanakan tugas kita dengan memberikan sokongan kali ini terhadap Pakatan Rakyat, kerana kecelaruan pimpinan BN tidak boleh kita biarkan berlarutan.

Kita lupakan UMNO buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk UMNO, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


[BERGAMBAR] Edaran Limau Dapat Sambutan Luarbiasa <b>Di Parit</b>

Posted: 10 Feb 2013 11:01 PM PST

Parit Buntar : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Shahrin berkata program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di Parit Buntar.

"Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina menyebabkan pihak kami kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan ke seluruh Pekan Tanjung Piandang.

"Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka datang menemui rombongan kami sebelum kami sempat berjalan-berjalan," katanya

Ahmad Azhar berkata, edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Kuala Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar, Pekan Titi Serong dan Ban Seng Hin diadakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru .

"Sebanyak 1,200 kotak limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutanTahun Baru Cina yang bertemakan ular hitam ini.

"Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka teruja dengan kedatangan rombongan kami" katanya Menurutnya, selain edaran limau, turut diadakan majlis sumbangan kepada 200 orang warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.

"Majlis sumbangan ini diadakan di empat kawasan komuniti orang Cina di Pekan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang "AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya Katanya, program edaran limau ini turut melibatkan DHPP Parit Buntar, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Unit Amal dan Nisa' Parit Buntar.

Sementara itu, pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua menjadi tonggak utama kejayaan program.

Ricky Tang selaku Pengerusi DHPP Pekan Parit Buntar menyatakan berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai.

"Sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat dan Pas begitu ketara ditunjukkan di semua kawasan komuniti orang Cina.

"Perkataan "Meng Lien" (Pakatan Rakyat) dan "Koyok" (Pas) kedengaran menyambut kedatangan rombongan" katanya.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 07:05 PM PST

Lokasi SK Bagan Datoh pada Hari Jumaat 18 Januari 2013

20130120-100411.jpg

20130120-100420.jpg

20130120-100427.jpg

20130120-100435.jpg

20130120-100444.jpg

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


AntoLoGi PuisI DaN CerPen: hidup <b>di Trolak</b>

Posted: 26 Dec 2012 05:00 AM PST

Harapnya selalu begini,
Keindahan sebegini,
Nun saujana rona dan tona menyegarkan,
Terang dan kabur berirama lagu alam,
Merdu dan mengasyikkan,
Makhluk2 tuhan mengembara mengisi kelaparan...dan mungkin utk anak2 di sarang,
Sang suria mula menjalarkan cahaya keemasan,
Terang itu ilmu,
Terang itu kesedaran,
Terang itu kebangkitan,
Di sini di saat ini...ruang dan waktu bagai terhenti,
Di sini di saat ini...tiada bayu berpuput,tiada daun berguguran,
Maka alam yang tersedia..abadi sentiasa..di sini di saat ini,
Sedarlah warga kota,pencinta kebisingan,
Di suatu sudut dalam duniamu...ada syurga..ketenangan itu patinya,keindahan itu intinya,
Di sini di saat ini..ruang dan waktu..sirna...

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Kisah seram <b>di</b> bilik mayat <b>di</b> Hospital <b>Teluk Intan</b>

Posted: 25 Jan 2013 03:54 AM PST

Posted by Azrul Zakuan Friday, 25 January 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Kisah seram di bilik mayat di Hospital Teluk Intan | Hasri terkedek-kedek berjalan di belakang Doktor Rasyid dan pembantunya, mengejar langkah mereka berdua yang berjalan dengan agak pantas. Itu hari pertama dia berada di Hospital itu. Setepatnya, itu malam pertama ia menjalani latihan di hospital itu. Mereka bertiga melewati koridor kecil yang menghubungkan bangunan utama kepada bangunan yang lebih kecil. Malam itu dia akan melihat bagaimana bedah siasat dilakukan. Perasaan teruja berbaur seram memaut tangkai hatinya, berbuai-buai hatinya digayut takut.

" Kita ada kes baru, dok..." Hasri terdengar pembantu itu melaporkan kepada Doktor Rasyid.

" Kes bunuh? " tanya Doktor Rasyid.

" Tak.... Eksiden Motor. Mangsa terperosok di bawah treler. Kena gilis..."

Hasri terkedu apabila mendengarkan itu. Dia bakal seorang doktor tetapi dia masih merasa ngeri jika terpaksa berdepan dengan mayat yang berkeadaan sebegitu. Sebaik sahaja pintu bilik bedah siasat dibuka, udara sejuk menerjah keluar, menyapu wajah Hasri. Sejuknya menggigit ke tulang pipi. Terngiang-ngiang cerita kawan-kawannya tentang bilik bedah mayat, tentang perkara-perkara aneh dan seram yang berlaku di billik itu.

Di atas meja besi tahan karat itu terbujur sekujur mayat ditutupi sehelai plastik putih. Pembantu itu pun menarik plastik putih itu. Hasri ternganga apabila melihat keadaan mayat itu yang sungguh mengerikan: kaki kanannya telah putus, sebelah kanan tubuhnya sudah melepek seperti terhempap benda berat, lehernya terkulai dan mungkin tengkuknya telah patah, kepalanya kemek manakala kulit mukanya seperti ditarik menyebabkan mukanya terherot seperti disiat.

Doktor Rasyid tidak membuang masa, dia terus mencapai gunting dan perkakasan lain manakala pembantunya menolong mana-mana yang perlu. Hasri hanya berdiri di sebelah Doktor Rasyid. Dia tak dibenarkan menyentuh apa-apa buat kali ini. Doktor Rasyid menggunting pakaian mayat dengan berhati-hati. Darah masih mengalir, belum beku. Pembantu itu pun segera jirus darah tu dengan air, darah itu pun mengalir ke satu sudut meja besi lalu mengalir turun melalui sebatang paip dan hilang entah ke mana. Bau hanyir menusuk hidung. Darah manusia memang hanyir.

Sebaik selesai mayat itu dibogelkan, Hasri dapat lihat tubuh mayat itu seperti dikecai-kecaikan. Tiba-tiba Hasri seperti melihat kaki mayat itu bergerak-gerak. Dia tersentak lalu melontarkan pandangan terkejutnya kepada pembantu itu. Pembantu itu hanya tersenyum memandang Hasri.

" Itu perkara biasa... tak ada apa-apa..." kata pembantu itu.

Doktor Rasyid menoleh sebentar kepada Hasri. Dari balik topeng putih itu, Hasri dapat rasakan doktor tua itu tersenyum menyindirnya. Hati Hasri bercelaru. Kaki mayat itu masih menguit-nguit seperti mahu bangun. Debaran jantung menggetarkan dadanya. Kali ini, tangan kiri mayat itu pula yang bergerak-gerak. Berbagai-bagai cerita seram yang pernah didengarinya kembali ke kanvas imaginasinya.

Tak lama kemudian, Hasri terdengar bunyi seperti orang mendengus. Cepat-cepat Hasri renung mulut mayat yang herot itu, mana tahu kalau-kalau mayat itu yang berkeluh-kesah. Sungguh besar dugaannya di bilik mayat, sama seperti cerita-cerita yang didengarinya sebelum ini.

" Saya... saya dengar macam....."

" Shhh....! " pembantu itu memotong kata-kata Hasri.

" Tapi... "

" Shhhh...!!! " kali ini pembantu itu sedikit jengkel dengan Hasri.

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Seram

FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : Kisah seram di bilik mayat di Hospital Teluk Intan
Ditulis oleh Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/01/kisah-seram-di-bilik-mayat-di-hospital.html. Fuh!! Harap maklom .

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Life Episode: My Abah Homestay - AZBA Homestay @ <b>Malim Nawar</b>

Posted: 11 Dec 2012 04:42 AM PST

Kepada sesiapa yang ingin mencari rumah penginapan boleh la berkunjung ke Homestay kami ini.

Bertempat di KG TANJUNG BANGKUNG MALIM NAWAR
Keluasan 30" X 50"
Homestay bersuasana kampung

  • Selesa dan Bersih
  • Berada di pekan Malim Nawar di antara Pekan Ipoh dan Pekan Kampar
  • Dekat dengan Pusat ILSAS Malim Nawar ( 500m sahaja)
  • Lokasi homestay yang berdekatan dengan Surau Kg Tg Bangkung
  • Berhampiran dengan kemudahan ATM (Maybank)
  • Berhampiran dengan kemudahan Pam Minyak ( Esso )
  • Terdapat kedai makan yang beroperasi 24jam di Pekan Malim Nawar
  • Boleh di sewa oleh staff2 TNB yang berkursus di ILSAS Malim Nawar.

Kelebihan di dlm rumah :-

* Kelengkapan perabot (semua baru)
* Ruang tamu yang besar
* Ada meja makan,mempunyai penghawa dingin di dalam bilik utama, peti ais, tv, dapur, cerek, katil, seterika, kipas , sofa dll
* Bilik tidur ada 2
* Bilik air 1
* Dapur yang selesa lengkap dan bersih
* Tempat letak kereta yang luas
* Bilik Pertama di lengkapi 2 katil double decker
* Bilik Kedua di lengkapi dengan set katil queen

Rm200 sehari (per day)
Jika customer menginap lebih dari 2 malam , customer akan di beri potongan harga.

p/s : Untuk tempahan (booking) bayaran hendaklah dijelaskan sebanyak 50% (RM100)



 Bilik Tidur 1 (Katil Queen)
Bilik Tidur 2 (Katil double decker - 2 unit - 4 orang) 
Dapur - Kettle, periuk nasi dan dapur utk memasak disediakan
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :
016- 2155067 (Pn. Sue) / 017-4612994 (En. Bahari)

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Treler rempuh tiga kedai <b>di Chemor</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 05 Jan 2011 10:11 PM PST

01 Safar 1432H.

IPOH: Seorang pemandu treler nyaris maut selepas merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi hanya cedera ringan di kaki.

"Mangsa yang tersepit dalam treler berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rodzi berkata, nahas berlaku ketika Lazim memandu treler membawa muatan simen dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh.

"Treler berkenaan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga buah kedai," katanya.

Katanya, sebuah Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap oleh runtuhan kedai terbabit.

Beliau berkata, pemilik kedai terbabit juag tidak berada di premis berkenaan ketika kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sinar Harian/-


07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>Jelapang</b> La Nie..: Gambar Anwar TIRU Najib pukul gendang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 02:16 AM PST



Bila Najib pukul gendang cina dalam iklan TV, ramai macai-macai penjilat punggung Anwar meroyan kata Najib gila publisiti.. Sekarang ni Anwar pun TIRU Najib beb pukul gendang cina di Sarawak.., apa kata macai-macai lalat taik semua?? Anwar gila apa pulak beb??

Gua diberitahu, tak sampai 2 ribu orang pun sambut Anwar di Sarawak tu.. Biar betul?? Kalau tengok gambar dibawah.., nampak macam 2 juta jee... Hahahahahaha..



07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Taiping Mali: Anwar jual minyak <b>di Tapah</b>

Posted: 18 Dec 2012 04:08 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Terkejut sakan aku mendengar kata-kata ANWAR di depan orang India.....di depan orang Melayu lain pula cakapnya..Penuh pembohongan...Apa jenis pemimpin ni?Tak teringat kubur ke? Betullah kata orang dia nI ...

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


1 MALAYSIA: 28 NGO <b>Di Bagan Serai</b> Serah Memorandum Sokong <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 07:00 AM PST


BAGAN SERAI: Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Bagan Serai hari ini menyerahkan memorandum menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).Memorandum itu diserahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr AhmadZahid Hamidi pada majlis di sini.Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Bagan Serai.Anggota Jawatankuasa Persatuan Bekas Angkatan Tentera Daerah Kerian,Ibrahim Ismail berkata penyerahan memorandum itu menunjukkan sokongan paduterhadap kepimpinan BN sedia ada yang memastikan negara aman dan pesat membangun.

Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Daud Zakaria berkata memorandum itu menunjukkan penyatuan pelbagai bangsa terutama dalamusaha menjamin perpaduan dan seterusnya menolak pembangkang pada PRU-13.Setiausaha Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising, Parmasivam Krishna berkata 500 anggota berdaftarnya akan turun padang membantu memastikan BN menang padaPRU-13.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata memorandum berkenaan akan diserahkankepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.-- BERNAMA

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


SUARA PERAK: SAMBUTAN DEEPAVALI <b>DI KINTA</b> VALLEY

Posted: 21 Nov 2012 12:12 AM PST


07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


IdaMan: Selepas Proton <b>Di Tanjung Malim</b>, DRB-Hicom Pekan <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 01:54 AM PST

Lebih 500 pekerja kilang DRB-Hicom, Pekan, Pahang berpiket di hadapan premis tersebut Sabtu lalu menuntut hak mereka untuk mendapat kenaikan gaji dan jawatan setara yang diperoleh pekerja baru.

Senator, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga Penasihat Kesatuan Pekerja-Pekerja DRB-Hicom Berhad, Pekan berkata, isu itu timbul ekoran penguatkuasaan gaji minimum kerajaan Umno BN RM900.

"Hanya mereka yang bergaji bawah RM900 dinaikkan. Manakala pekerja yang sudah lama dan bergaji atas sedikit dari RM900 tidak mendapat apa-apa kenaikan.

Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM920 misalnya? Sedangkan mereka sudah lama bekerja," jelas Syed Shahir ketika dihubungi.

Pekerja-pekerja tersebut juga tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat yang sepatutnya dinikmati tetapi diberi kepada 'orang luar'.

"Pihak pengurusan sepatutnya ambil kira sumbangan dan pengalaman yang ditunjukkan pekerja yang berkhidmat lebih 10 hingga 15 tahun.

Tetapi sampai sekarang tidak dinaikkan pangkat kerana pihak syarikat lebih gemar mengambil orang luar," katanya.

"Kita tahu persatuan tidak boleh masuk campur urusan pekerja yang diambil bekerja, tetapi kita nak pengurusan kaji dasar itu.

Peluang sepatutnya diberi kepada pekerja yang berkhidmat lebih lama," jelas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.

"Namun, apa yang berlaku sekarang, syarikat ambil pekerja luar dan nafikan peluang untuk pekerja lama naik pangkat," katanya lagi.

Menurutnya, perhimpunan itu bertujuan meminta pengurusan syarikat mengadakan rundingan dengan kesatuan berhubung tangga gaji bersesuaian untuk semua pekerja serta mengkaji semula dasar pengambilan dan kenaikan pangkat.

Bantahan ini besar kemungkinan bersangkutan tidak puas hati pekerja dengan RM900 gaji minimum yang dilaksana kerajaan Umno BN di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gaji minimum RM1,100 yang ditawar kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, majikan dan pakar ekonomi.~ kd

Berkaitan : [Gempar] 1,000 Pekerja Proton Protes, Tentang Gaji

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Republic Of <b>Bidor</b>

Posted: 10 Feb 2013 07:49 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Blog yang dicipta untuk kenangan ku di BIDOR ... Namun, menurut sumber, bidor akan digegarkan kembali dengan sumber ekonominya melalui hasil bumi yakni EMAS. In shaa ALLAH, Bidor bakal menjadi kembali meriah ...