Rabu, 13 Februari 2013

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


IdaMan: Selepas Proton <b>Di Tanjung Malim</b>, DRB-Hicom Pekan <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 01:54 AM PST

Lebih 500 pekerja kilang DRB-Hicom, Pekan, Pahang berpiket di hadapan premis tersebut Sabtu lalu menuntut hak mereka untuk mendapat kenaikan gaji dan jawatan setara yang diperoleh pekerja baru.

Senator, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga Penasihat Kesatuan Pekerja-Pekerja DRB-Hicom Berhad, Pekan berkata, isu itu timbul ekoran penguatkuasaan gaji minimum kerajaan Umno BN RM900.

"Hanya mereka yang bergaji bawah RM900 dinaikkan. Manakala pekerja yang sudah lama dan bergaji atas sedikit dari RM900 tidak mendapat apa-apa kenaikan.

Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM920 misalnya? Sedangkan mereka sudah lama bekerja," jelas Syed Shahir ketika dihubungi.

Pekerja-pekerja tersebut juga tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat yang sepatutnya dinikmati tetapi diberi kepada 'orang luar'.

"Pihak pengurusan sepatutnya ambil kira sumbangan dan pengalaman yang ditunjukkan pekerja yang berkhidmat lebih 10 hingga 15 tahun.

Tetapi sampai sekarang tidak dinaikkan pangkat kerana pihak syarikat lebih gemar mengambil orang luar," katanya.

"Kita tahu persatuan tidak boleh masuk campur urusan pekerja yang diambil bekerja, tetapi kita nak pengurusan kaji dasar itu.

Peluang sepatutnya diberi kepada pekerja yang berkhidmat lebih lama," jelas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.

"Namun, apa yang berlaku sekarang, syarikat ambil pekerja luar dan nafikan peluang untuk pekerja lama naik pangkat," katanya lagi.

Menurutnya, perhimpunan itu bertujuan meminta pengurusan syarikat mengadakan rundingan dengan kesatuan berhubung tangga gaji bersesuaian untuk semua pekerja serta mengkaji semula dasar pengambilan dan kenaikan pangkat.

Bantahan ini besar kemungkinan bersangkutan tidak puas hati pekerja dengan RM900 gaji minimum yang dilaksana kerajaan Umno BN di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gaji minimum RM1,100 yang ditawar kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, majikan dan pakar ekonomi.~ kd

Berkaitan : [Gempar] 1,000 Pekerja Proton Protes, Tentang Gaji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan