Rabu, 13 Februari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Mempertahan Umno seperti menzalimi diri sendiri

Posted: 12 Feb 2013 11:44 PM PST

KUALA LUMPUR: Kita lupakan Umno buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk Umno, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.

Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Beliau menyatakan demikian ekoran di Hutan Melintang semalam, Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang.

Baginya, Zahid bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan Umno sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.

Berikut ulasan penuh beliau.

Di Hutan Melintang semalam Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan UMNO sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.

Kata-kata ini seolah-olah hendak mempersediakan pemikiran rakyat yang huru hara akan berlaku jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya kali ini. Tetapi sebaliknya UMNO lah yang mempunyai kecenderungan untuk melakukannya jika kalah dalam pilihanraya nanti. UMNO dan BN sebelum ini tidak pernah merasakan kekalahan dalam mana-mana pilihanraya, maka kekalahan mereka kali ini terpaksa kita berhati-hati menghadapi sentimen buruk yang akan ditunjukkan oleh UMNO itu nanti.

Pakatan Rakyat dan pembangkang telah biasa dengan kekalahan setiap kali pilihanraya dan tidak pernah melakukan huru hara kepada negara. Hanya kali ini pembangkang akan menerima giliran untuk memenangi PRU ini. Sebaliknya dalam rekod sejarah negara huru-hara hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah seperti yang berlaku pada tahun 1969 dahulu. Kejadian 13 Mei adalah hasil dari keputusan pilihanraya yang mengejutkan Perikatan semasa itu apabila parti-parti dalam Perikatan telah banyak yang kalah.

Semasa Zahid menyeru supaya Pakatan Rakyat tidak melakukan huru hara, di Pekan, kawasan Najib sendiri, seorang mahasiswa Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong UMNO kerana mengedarkan risalah untuk persediaan mahasiswa bertanding di kawasan itu menentang Najib. Oleh itu kita mesti ingat jika BN kalah lah yang memungkinkan huru hara itu akan berlaku kerana yang kalah (BN) akan berada di dalam ketakutan.

Saya membuat komen ini kerana tidak ada sesiapa di pihak pembangkang berniat untuk melakukan keresahan tetapi yang mempunyai kebarangkalian untuk melakukan huru hara itu ialah UMNO dan BN. UMNO mahukan kesempatan untuk membawa dan memaksa semua pihak bersatu dan UMNO tidak ditinggalkan dalam perbincangan untuk memulakan politik baru dalam negara ini.

UMNO telah menunjukkan bukti berkali-berkali mereka lebih beruntung jika ada kekecohan dalam negara. UMNO selama ini kekal di atas perpecahan rakyat. UMNO sekarang ini tidak seperti UMNO asal dahulu dalam mana parti yang asal itu diasaskan kerana penyatuan umat Melayu sedangkan UMNO baru ini terasas di atas perpecahan parti itu pada tahun 1987 dahulu.

Itu sebabnya saya dan ramai yang lain selalu menasihatkan orang ramai supaya jangan berbuat apa-apa selepas mengundi kerana UMNO hanya menunggu alasan untuk melakukan kerja yang tidak baik bagi membawa negara ke arah pembentukan pentadbiran ala MAGERAN dahulu.

Bagi saya, jika ada kekecohan ia akan datang dari pihak UMNO. UMNO adalah parti yang tidak 'gentleman' dan amat takut dengan kehilangan kuasa. Kita mesti ingat dan jangan mudah lupa yang Najib pernah berkata yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya, itu milik BN. Dan salah satu peristiwa awalan yang akan berlaku telah pun berlaku apabila Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong Najib di Pekan semalam.

Apakah itu bukan bayangan apa yang BN akan lakukan jika mereka kalah dalam pilihanraya nanti? Pandai-pandailah berfikir siapa yang akan melakukan jenayah jika kalah dalam pilihanraya ini nanti.

Tetapi kita wajar melaksanakan tugas kita dengan memberikan sokongan kali ini terhadap Pakatan Rakyat, kerana kecelaruan pimpinan BN tidak boleh kita biarkan berlarutan.

Kita lupakan UMNO buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk UMNO, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan