Khamis, 1 September 2011

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Sumbangan juadah berbuka <b>di</b> Stesen Bas Medan <b>Gopeng</b>

Posted: 31 Aug 2011 11:59 PM PDT

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu Al-E-Imran (118)

SLOGAN PERJUANGAN

"ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami". Takbir ALLAHUAKBAR!

PERTOLONGAN ALLAH

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong" (Surah An-Nashr Ayat 1 - 2)

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS <b>Bagan Datoh</b>: SALAM I&#39;DUL FITRI : DPPK <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 06:44 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS BAGAN DATOH
SELAMAT HARI RAYA I'DUL FITRI 1432
KEPADA SELURUH UMAT ISLAM & KHUSUSNYA DI KAWASAN BAGAN DATOH
" TARBIYYAH RAMADHAN MEMBINA TAQWA,
KEJAYAAN AIDILFITRI MENYUCIKAN JIWA"
ikhlas : Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


@sm@h@anizan: Kenduri <b>di Teluk Intan</b>

Posted: 21 Jul 2011 07:04 PM PDT

ni citer 2 minggu lps kot.. setelah lebih sebln x balik umah MIL.. awal julai aritu kami balik sana.. lagpun ade kenduri kawen kat hutan melintang.. adik ipar kpd biras aku.. jumaat 8 julai tu, mintak halfday ngan bos... boleh kan??.. kul 1 terus blk umah.. kemas2 baju dulu. basuhbaju... kemas umah.. en eddy kata nak balik kul 2.. lps zohor terus siap2 bagai.. tp en eddy x jugak sampai2.. bila call jap lagi, jap lagi... bengang makcik ok.. dah laa kiter dah siap semua.. dia x balik2.. dah laa selalu duk perli2. asal nak balik trgnu je mesti awal2 lagi dah kemas.. dia selalu duk ckp aku ni selalu wat2 lambat bila turn kg dia... sbb tu laa aku aku nak tunjuk ngan dia yang aku ni x bias... serupa je dua2 kg.. semua aku yg kemas... dia tlg isi beg lam keta je.. hahahahahha.. last2 kul 3 ptg baru dia sampai.. dia balik keja terus zassss ke TI.. sapa kat sg buluh MIL call suh terus ke hutan melintang.. aku mcm biasa laa.. kalu x lena lam keta mmg x sah.. itu yg aku xleh nak elak. ku 6.30 sapai hutan melintang.. semua tgh sibuk dgn kenduri.. seronok bila balik.. dapat jumpe sepupuy en eddy yg sporting gillerr.. (k long sayang kamu semua tauu) dua malam kat hutan melintang.. sudahnye mmg kami x balik TI.. ahad tu kul 12 kami gerak balik KL.. kul 2 lebih dah sapa umah.. bln depan balik lagi. balik bulan posa mesti best..

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Dia buat dah: Terkejut rumah dipecah masuk

Posted: 27 Aug 2011 07:13 AM PDT



BERCHAM – Salah seorang daripada tiga sahabat yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Shah Alam untuk bercuti sempena Aidilfitri ini terpaksa berpatah balik apabila rumah yang disewa hampir setahun lalu dipecah masuk di Taman Bercham Jaya, petang semalam.

Bagaimanapun, Nor Azrina Masani, 26, bernasib baik kerana belum memasuki Plaza Tol Simpang Pulai untuk meneruskan perjalanan ke kampungnya itu.

Beliau bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada seorang lagi rakan serumahnya, Nurul Farhana Mohd Hamidi, 25, berhubung kes pecah rumah itu kira-kira jam 2.15 petang.

"Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ketiga-tiga bilik kami digeledah teruk seakan-akan orang baru pindah rumah.

"Apapun, saya bersyukur kerana kami semua tidak berada di rumah sewaktu kejadian berlaku," katanya ketika ditemui di lokasi semalam.

Tada barang berharga yang hilang kerana mereka sentiasa membawanya ke tempat kerja.

"Setakat ini tiada barangan berharga yang hilang kecuali komputer riba milik seorang lagi rakan kami dikebas" katanya yang memberitahu seorang lagi rakan mereka Mahiran Mustapha, 25, sudah pulang ke Kelantan untuk menyambut hari raya.

Nor Azrina bersama dua rakannya yang bekerja sebagai Pegawai Sains Jabatan Patalogi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkata rumah hujung (corner lot) yang terletak selang sebuah dari mereka turut mengalami nasib yang sama.

Jiran yang tinggal bersebelahan rumah Fatimah Shaari, 60, mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena ketika tiba di rumah pada jam 1.20 petang yang sama.

"Setibanya di rumah saya terlihat ada sebatang tangga di halaman kemudian apabila menjenguk ke rumah sebelah saya dapati pintu pagar dan jeriji besi terbuka.

"Selepas itu saya menghubungi jiran berhampiran untuk mendapatkan bantuan," katanya yang bekerja sebagai pengusaha kantin di Sekolah Antarabangsa Ipoh.

Beliau percaya perompak terbabit melakukan jenayah itu sewaktu umat Islam sedang solat Jumaat.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Bercham dan akan menjejaki suspek.

Dia buat dah: Tauke rugi RM13,000, premis terbakar

Posted: 27 Aug 2011 07:08 AM PDT



BERCHAM – Seorang pengusaha pembungkusan makanan (bahan mentah) berputih mata, rugi kira-kira RM13,000 apabila premisnya yang baru beroperasi sejak setengah tahun lalu musnah dalam kebakaran di Taman Cahaya Bercham, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, pemiliknya, Wong Kun Fatt, 53, sedang menguruskan perkara lain di luar sebelum dihubungi rakannya mengatakan premis dua tingkat miliknya terbakar.

Kun Fatt berkata, sebaik sahaja menerima panggilan telefon beliau bergegas ke kedainya bagi melihat sendiri apa yang telah berlaku.

"Sebelum ini, saya menjalankan perniagaan 'kopitiam' (kedai makan) namun selepas itu saya mengubah fikiran dan membuat keputusan untuk menukarkan kepada perniagaan pembungkusan makanan (bahan mentah)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah selesai memadamkan kebakaran daripada terus merebak ke deretan kedai bersebelahan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas elektrik dari salah satu wayar di dalam kedai berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan, Abdul Manap Hashim ketika ditemui berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 9.30 pagi.

"Sewaktu kejadian kami sedang melakukan rondaan di sekitar Jalan Kuala Kangsar sebelum dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

"Dua jentera dengan kekuatan 11 anggota dan pegawai dikejarkan di tempat kejadian. Kami mengambil masa tiga minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke tingkat atas," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran bermula berhampiran akuarium dan rak fail sehingga memusnahkan mesin yang digunakan untuk pembungkusan bahan mentah.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Marhaban <b>di</b> Astro @ Bazar Ramadan Pasar Awam <b>Seri</b> <b>...</b> - Kirapu

Posted: 16 Aug 2011 10:29 AM PDT

Sabtu baru ni masa balik Manjung, singgah kejap di Bazar Ramadan Pasar Awam Seri Manjung untuk beli juadah buka puasa. Tak sangka pula waktu tu ada program Marhaban di Astro betul-betul kat bazar Ramadhan tu. Antara artis yg ada waktu tu ialah Akil Hayy, Hazama AF9, Zahid, Maulana dan ramai lagi. Orang masa tu tak la ramai sangat, dapat plak tengok persembahan artis-artis ni begitu dekat.


07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Fakta mengenai keganasan Parti Komunis Malaya (PKM <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 12:00 AM PDT

Fakta mengenai keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang pemberontakan mereka dari tahun 1948 hingga 1989:

1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

P/s : Penulis teringat pada cerita patriotik Bukit Kepong. Al-Fatihah buat semua pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Sisa radioaktif masih bertaburan <b>di</b> Bukit Merah

Posted: 05 May 2011 07:00 PM PDT

Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi.  Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.

Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun.

Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar.  "Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!

Apa yang mengejutkan, pihak yang berkenaan tidak memanggil Ng untuk menunjukkan lokasi di mana sisa itu dibuang, selepas pendedahan ini pada tahun 1985.  Justeru itu, sebahagian sisa tersebut masih berselerak di sekitar kawasan kilang Asian Rare Earth.  Menurut laporan akhbar ketika itu, Ng berkata sisa thorium itu bertaburan di kawasan bekas lombong, kebun, tepi kawasan perumahan dan jalan raya di sekitar Menglembu, Lahat, Jelapang, Pengkalan, Buntong, Simpang Pulai dan lain-lain lagi.

Lokasi buangan sisa

MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu.  Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan.  Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut.  Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.

Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik.  Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput.  Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut.  Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.

Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini.  Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.

Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat.  Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau.  Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.

Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif.  Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik.  Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.

Tiga daripada empat mati

Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati.  Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya.  Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya.  Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.

Beliau enggan diambil gambar.  Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."

Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya.  Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.

Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun.  Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu.  Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.

Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja".  Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang.  "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".

Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam.  Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga).  Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.

Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun

Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini.  Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata.  Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.

"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu.  Benda yang beracun adalah merbahaya.  Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar?  Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih.  Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.

"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu.  Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya.  Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia.  Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.

Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan.  Ng mempersoalkannya, "Buang di mana?  Tunjukkan saya!  Manakah lokasi pembuangannya itu?  Tunjukkan saya.  Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa?  Hanya muncul selepas itu!"

Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun.  Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.

AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara.  Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.

Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik.  Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.

Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah.  Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.

*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal. Gambar-gambar lama di atas diambil daripada Hew Yoon Tat.

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Sejarah <b>Manjung</b> | Wadah Informasi Komuniti <b>Manjung</b>

Posted: 26 Apr 2006 12:00 AM PDT

Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri.

Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung yang mempunyai penduduk seramai 191 ribu orang.

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri – Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat – kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.

Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan – kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

Pusat Pentadbiran Daerah Manjung kini terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang merupakan sebuah kawasan perbandaran baru yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980′an.

Daerah Manjung mempunyai beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Beruas yang merupakan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Daerah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Red Ink: [Parlimen <b>Sungai Siput</b>] Laporan Polis Untuk Pembebasan <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2011 01:45 AM PDT



 Hari ini 16/7/2011, kempen laporan polis terhadap pihak kerajaan dan polis yang menyalahgunakuasa menangkap PSM EO6 , telah dibuat mula dibuat di seluruh negara dan di Perak, kempen ini dimulakan di balai polis IPD Ipoh yang dihadiri antara lainnya Sdr Rani, ahli Pusat PSM, Menteri Besar sah Perak, YB Dato Sri Nizar, YB Lee Boon Chye, rakan seperjuangan dari PSM, DAP, Keadilan dan PAS. Turut hadir kumpulan sokongan NGO dan perseorangan yang membuat laporan polis tersebut.

Format Umum Laporan ialah : 
1.                 DATUK HISHAMUDDIN, MENTERI DALAM NEGERI;
2.                 TAN SRI ISMAIL OMAR,  KETUA POLIS NEGARA,;
3.                 DATUK KHALID ABU BAKAR,TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA,
PENAHANAN TIDAK SAH 6 ORANG AHLI PSM : DR.JEYAKUMAR, CHOO CHON KAI, SARATBABU, SARAVATHY, LETCHUMANAN & SUKUMARAN DI BAWAH ORDINAN DARURAT
Saya ___________________________ no kad pengenalan ____________  ingin membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar kerana:
1.    Telah menangkap 6 orang ahli dan aktivis PSM di bawah Ordinan Daururat (EO) yang tiada hak untuk membela diri dan dibicarakan di Mahkamah dan biasa digunakan terhadap penjenayah berat. .
2.    Melakukan penyiasatan dan penderaan  ala ISA walaupun ke-6 mereka di tahan di bawah EO.   
3.    Telah membuat tuduhan palsu dan cuba mengaitkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang mereka tidak terlibat seperti melancarkan perang keatas DYMM Agung atau memulihkan PKM antaranya.
4.    Risau akan keadaan kesihatan mereka memandangkan mereka berada ada dalam sel berasingan
5.    Penahanan tanpa bicara dibawah EO/ISA  adalah satu pencabulan hak asasi manusia dan dikutuk oleh semua Institusi hak Asasi Antarabangsa dan oleh semua amalan agama di dunia,.
Saya/Kami sebagai rakyat Malaysia amat kecewa dan dukacita atas penahanan keenam aktivis ini. Saya meminta mereka dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah terbuka dengan serta merta. Saya membuat aduan polis ini kerana ke 6 ahli aktivis PSM ini ditahan secara tidak sah. Saya bimbang akan keselamatan mereka dan membuat aduan polis ini kerana mahukan mereka dibebaskan dengan serta merta atau didakwa di mahkahmah.

--
Posted By Pemuda Sosialis to Parlimen Sungai Siput at 7/16/2011 12:10:00 AM


07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Dua wanita maut akibat dirempuh van <b>di</b> Km202, Lebuhraya Utara <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 11:57 PM PDT

No of View :620

Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di Km202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian awal pagi Ahad.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan telah dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah, katanya ketika dihubungi.

Fauzi berkata suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat, katanya.

Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya, katanya.

Beliau berkata pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan. BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


YB membela Tonto dadah <b>di Kuala Sepetang</b> | peraktoday.com

Posted: 21 Jun 2011 06:19 AM PDT

Ini kisah yang tak ingin kita dengar tetapi terpaksa dikongsikan di sini untuk dijadikan penilaian kita

Ini kisah mantan YB Kuala Sepetang ( Port Weld) Perak yang bawa seorang anggota Rela duduk di sana. Anggota Rela tersebut adalah seorang tonto pengedaran dadah dan kini menetap di Kampung Seberang

Baru baru ini anggota keselamatan telah membuat satu operasi di kampung tesebut.

Si tonto ini pun mula masuk daun kononnya dia adalah pegawai Rela yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung dan mula sebuk menyebuk dan mengganggu tugas pasukan keselamatan

Akibahnya. tauke dadah berjaya melarikan diri dari kepungan pihak keselamatan. Semunya gara gara angkara pegawai Rela yang menjadi tonto.

Kerana geram dengan tonto tadi, seorang anggota keselamatan telah menolak tonto tersebut.

Akibat daripada kejadian itu, si tonto laknat itu membuat laporan kononnya dia ditumbuk dan dipukul teruk oleh anggota keselamatan.

Paling tak seronok ialah mantan YB tersebut telah membawa tonto ke balai polis. Kononnya untuk menjaga hati pengundi Kg Seberang tetapi apa pula yang jadi kepada adun Pkr yang menjadi YB sekarang? Nak duduk saja kah kalau dah tahu tempatnya menjadi sarang penagih dan lokasi penjualan dadah secara besar-besaran.

Apakah Mantan YB dan YB sekarang bersekongkol dengan taiko pengedaran dadah. Adakah mereka mendapat habuan masing-masing.

Kuala Sepetang dari zaman mantan jadi YB sehingga jatuh ke tangan PKR, Kuala Sepetang terkenal sebagai kawasan hitam pengedaran dadah. pembeli dan pengedar dadah akan ke sana untuk mendapatkan bekalan. Malah nelayan juga hanya digajikan dengan dadah.

Oleh kerana sikap kedua-dua pemimpin yang membela taico dadah, jumlah penagih dari Kuala Sepetang sampailah ke Kampung Dew, Selingsing semakin parah.

Dengar cerita dari orang kampung terdapat dan ada cawangan baru jual dadah ditempat bakar arang dan  ramai juga orang luar datang untuk mendapatkan bekalan dadah dari situ

Selain dari dadah , Kuala Sepetang juga terkenal dengan tempat pembelian minyak subsidi nelayan, masih ingat pendedahan Razak Baba?

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Menara Kehidupan: Kunjungan kami ke <b>Kuala Kurau</b>

Posted: 03 Jul 2011 11:55 PM PDT

Sepintas lalu mengenai Kuala Kurau


Kewujudan Kuala Kurau dipercayai bermula dari abad ke 17 dahulu, iaitu pada tahun 1800an masehi.  Nama Kuala Kurau itu sendiri dipercayai diambil dari sebutan kuala iaitu kedudukan sebagai muara sungai dan ikan kurau yang banyak terdapat pada suatu ketika itu. Pada awal penerokaan dahulu dipercayai dilakukan oleh segolongan orang melayu perak yang bertani dan nelayan.


Selepas itu, Pelbagai peneroka memenuhi Kuala Kurau sehinggalah sekarang termasuklah moyang, nenek, atok dan pakcik kami yang menetap di kampung Tok Hin di dalam kawasan Tanjung Piandang iaitu juga asal usul keluarga sebelah isteri kami .Kebanyakkan penduduk di sini terdiri dari berbilang suku keturunan banjar , perak, kedah dan lain-lain. Dialek yang digunakan kebanyakkan menggunakan dialek kedah dan perak.
Di zaman penjajah, pihak inggeris telah memajukan kawasan tersebut dengan tanaman tebu dan kelapa. Manakala purata hujannya sepanjang tahun sebanyak 2,500 mm (97 inci) dan kandungan tanahnya yang terdiri daripada Tanah Lanar iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah liat yang berwarna kelabu memang amat bersesuaian dengan tanaman padi sehingga kini. Pada kunjungan kami kali ini tanaman sawah padi sedang menguning dan sedang menanti masa untuk dituai.
Jambatan di sungai Kuala Kurau telah siap untuk dilalui dan memendekkan masa untuk ke Kuala Gula. Kami sempat memberhentikan kereta kami untuk merakamkan keindahan sungai Kuala Kurau dan pekan yang terdapat berhampiran dengan sungai. Di sepanjang muara tersebut juga ada mempunyai sangkar Ikan yang diternak untuk pasaran tempatan. Panorama yang kami ambil di waktu petang begitu mengamit kenangan kami sekeluarga di atas jambatan Kuala Kurau.