Khamis, 1 September 2011

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Dia buat dah: Terkejut rumah dipecah masuk

Posted: 27 Aug 2011 07:13 AM PDT



BERCHAM – Salah seorang daripada tiga sahabat yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Shah Alam untuk bercuti sempena Aidilfitri ini terpaksa berpatah balik apabila rumah yang disewa hampir setahun lalu dipecah masuk di Taman Bercham Jaya, petang semalam.

Bagaimanapun, Nor Azrina Masani, 26, bernasib baik kerana belum memasuki Plaza Tol Simpang Pulai untuk meneruskan perjalanan ke kampungnya itu.

Beliau bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada seorang lagi rakan serumahnya, Nurul Farhana Mohd Hamidi, 25, berhubung kes pecah rumah itu kira-kira jam 2.15 petang.

"Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ketiga-tiga bilik kami digeledah teruk seakan-akan orang baru pindah rumah.

"Apapun, saya bersyukur kerana kami semua tidak berada di rumah sewaktu kejadian berlaku," katanya ketika ditemui di lokasi semalam.

Tada barang berharga yang hilang kerana mereka sentiasa membawanya ke tempat kerja.

"Setakat ini tiada barangan berharga yang hilang kecuali komputer riba milik seorang lagi rakan kami dikebas" katanya yang memberitahu seorang lagi rakan mereka Mahiran Mustapha, 25, sudah pulang ke Kelantan untuk menyambut hari raya.

Nor Azrina bersama dua rakannya yang bekerja sebagai Pegawai Sains Jabatan Patalogi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkata rumah hujung (corner lot) yang terletak selang sebuah dari mereka turut mengalami nasib yang sama.

Jiran yang tinggal bersebelahan rumah Fatimah Shaari, 60, mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena ketika tiba di rumah pada jam 1.20 petang yang sama.

"Setibanya di rumah saya terlihat ada sebatang tangga di halaman kemudian apabila menjenguk ke rumah sebelah saya dapati pintu pagar dan jeriji besi terbuka.

"Selepas itu saya menghubungi jiran berhampiran untuk mendapatkan bantuan," katanya yang bekerja sebagai pengusaha kantin di Sekolah Antarabangsa Ipoh.

Beliau percaya perompak terbabit melakukan jenayah itu sewaktu umat Islam sedang solat Jumaat.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Bercham dan akan menjejaki suspek.

Dia buat dah: Tauke rugi RM13,000, premis terbakar

Posted: 27 Aug 2011 07:08 AM PDT



BERCHAM – Seorang pengusaha pembungkusan makanan (bahan mentah) berputih mata, rugi kira-kira RM13,000 apabila premisnya yang baru beroperasi sejak setengah tahun lalu musnah dalam kebakaran di Taman Cahaya Bercham, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, pemiliknya, Wong Kun Fatt, 53, sedang menguruskan perkara lain di luar sebelum dihubungi rakannya mengatakan premis dua tingkat miliknya terbakar.

Kun Fatt berkata, sebaik sahaja menerima panggilan telefon beliau bergegas ke kedainya bagi melihat sendiri apa yang telah berlaku.

"Sebelum ini, saya menjalankan perniagaan 'kopitiam' (kedai makan) namun selepas itu saya mengubah fikiran dan membuat keputusan untuk menukarkan kepada perniagaan pembungkusan makanan (bahan mentah)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah selesai memadamkan kebakaran daripada terus merebak ke deretan kedai bersebelahan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas elektrik dari salah satu wayar di dalam kedai berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan, Abdul Manap Hashim ketika ditemui berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 9.30 pagi.

"Sewaktu kejadian kami sedang melakukan rondaan di sekitar Jalan Kuala Kangsar sebelum dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

"Dua jentera dengan kekuatan 11 anggota dan pegawai dikejarkan di tempat kejadian. Kami mengambil masa tiga minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke tingkat atas," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran bermula berhampiran akuarium dan rak fail sehingga memusnahkan mesin yang digunakan untuk pembungkusan bahan mentah.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan