Selasa, 29 Januari 2013

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


UIA <b>di Gopeng</b>, Perak - persatuan siswa siswi islam

Posted: 27 Jan 2013 11:27 PM PST

" ); (function(){ var nnx = document.createElement('script'); nnx.type = 'text/javascript'; nnx.async = true; nnx.src = "http://tr.nuffnangx.com/nnx.js"; var x = document.getElementsByTagName('script')[0]; x.parentNode.insertBefore(nnx, x.nextSibling); })();

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


cweet PINKY: Kem silat kali ke-2 <b>di pangkor</b>

Posted: 23 Jan 2013 09:43 AM PST

 

      
Perasan tak ? CP dah lame tak terhupdate blog nih , berapa hari ek , hehehe , tak ingat lak , CP taip nih pown dalam microsof word  dulu , then publish bile line wifi ade ..
Kali nih CP nak cerita pengalaman CP ke Pulau Pangkor hari tuh , bes ! CP ke sana under Kelab Pencak Silat UPSI , bukan pergi sajer2 suker2 jer , kitorang buat latihan jugak taw , tough atau tak latihan tuh , CP tak tataw nak cakap la , sebab nak kater tough , ade lagik latihan lagik tough tapi latihan kat pangkor nih , cukup tough bagi CP larr …
Kem Latihan di Pulau Pangkor nih berlangsung selama 3 hari 2 malam *tak lama pown kan?* dari 17hb Januari hingga 19 Januari 2013 , kitorang bertolak dari UPSI jam8 pagi and sampai dalam jam5 petang kowt , kurang pasti la plak , hehehe ~ rasenye macam tuh la , sampai je kat sane cek in homestay *untuk perempuan* dan 3 chalet *untuk lelaki*
Perempuan ditempatkan kat homestay sebab kitorang kena masak2 nih , lelaki lak tukang makan2 nih , nanti kalaw bagi lelaki masak kang hancur , bukan takut tak sedap , takut perempuan tak sempat nak makan
Lepas je cek in , perempuan start masak nasi goreng , lelaki lak ditugaskan carik port untuk BBQ malam tuh ~ lelaki jadik tukang carik port ngan pasang api then yang tukang bakar akhirnya si gadis2 juge sambil dibantu la sedikit oleh si teruna , teruna yang selebihnya lebih kepada makan…
Malam tuh kitorang satu team dan tentunya dengan coach sekali ber BBQ di tepi pantai , wah ! memang bes sangat ! kitorang ber BBQ sambil pasang lagu , bernyanyi ikut lagu yang dipasang , ade la joget2 ringan sikit *bukan joget sangat , gerak2 badan je* kitorang melepak kat situ sampailah jam1pagi , then balek lepas dengar sedikit pesanan dari coach
Esok paginya plak , bermula la cabaran ekstrem kitorang iaitu berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor *ye la kowt mengelilingi* sepanjang 9KM , kitorang kena berbasikal sambil bawak barang amanah , ape ye barang amanah ? barang amanah kitorang ialah dumbell , yang tak leyh belah , ade 9kg dumbell kat dalam beg sandang CP , sepanjang berbasikal tuh , bukit jangan cakap la , ade bukit tuh , curam giler , korang pernah naek cameron highland or genting or mane2 tanah tinggi kan ? macam tuh la curamnye , berapa kali CP benti tarik nafas , basikal kalaw ade gear takpe gak , nih takde …
Time nak turun tuh lagik satu hal , break tak berapa nak makan ah lak , hampir terbabas la , lutut CP ngn jalan tar hampir berciuman , tapi nasib tak bercium kerana …. Takde kerana apa lah …
Kali kedua selekoh , CP try guna brek kaki lak :P acano tuh ? basikal ade break kaki ? ape lagik , break natural menggunakan kaki ke tayar beskal la … sambil tuh guna break tgn gak depan belakang … sekali , kaki CP yang duk jadik break tuh , kasut tertanggal , hahahaha ! ke tengah jalan lak tuh terbangnya , then CP g la amek , elok je CP ankat kepala , lori turun dari atas , kus semangat ~
Ops ! tapi CP sempat elak la , gile betul la …
Lepas berbasikal , petang tuh kitorang naek bot , g snorkeling lak , huhuhuhu ~ bes ! hilang kengerian nak kena langgar lori tuh …
Tapi sayang la , air keruh je mase tgh snorkeling tuh , mana tak nya ramai tul orang , ada rombongan dari korea la , endon la , Sabah la , siyes penuh , lame2 CP pown takde hati nak tgk ikan2 , coral apetah lagik kan ,  CP berenang je … 
Malam tuh kitorang ade wat perjumpaan sikit then kitorang rehat la , tapi , CP tak jugak rehat , g amek basikal berjalan2 jap ngan membe , tgk ape yang ade tapi mase tuh dah jam10malam sumting la , siyes , kat situ jadik macam pekan mati la , aiyak , semua kedai dah mula nak tutup , yang dah tutup pown ade , , dahsyat !
Pagi esok , kitorang diarahkan berkumpul jam 6.45 untuk training , lepas berkumpul kitorang pown bergerak ke pantai , maen bola tampar , tanam diri lam pasir , buat istana pasir , pastuh training silat lorrr … kejap training , kejap berendam , hahahaha , bes ~ happy jerr …
So , macam biasa , CP selitkan gambar :D













okei ! tuh je hupdate tuk kali nih , hadios !!

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Catatan perjalanan <b>di Kampar</b> « Lampu dan mentol&#39;s Blog

Posted: 19 Dec 2012 06:49 AM PST

Oleh Rizal Yob Ipoh

image

Kampar, 19hb Disember 2012 – Kisah "Sharing password" menjadi topik utama disini selain "Piket" yang baru berlaku di CIMB Ibu pejabat. Ahli – ahli yang bertanya di Maybank ini ingin tahu lanjut mengenai perkembangan serius ini yang telah menjadi bualan di bank terbabit.

image

Mereka yang hadir mendengar dengan tekun penerangan yang disampaikan oleh Sdra Damanhuri Ajk Nube Ipoh mengenai kes beliau kendalikan yang masih dalam sisatan. Selain itu, sesi penerangan juga berbicara mengenai "Piket-piket" yang telah diadakan sebelum ini dimana ianya adalah "legal" mengikut undang – undang.

image

Sebelumnya, kami juga menemui ahli – ahli Nube di kawasan sekitar seperti CIMB dan Public Bank. Maklumat tepat telah kami di CIMB dimana rata – rata ahli – ahli dihalang dari buat kerja lebih masa "Ot". Isu ini diperjelaskan lebih lanjut dan kami ambil perhatian atas peneranganya, maka kami berhajat untuk bertemu dengan pengurusan CIMB ini tidak lama lagi. Namun, kami terpaksa menunda isu untuk ditanyakan kerana pengurus berkaitan bercuti.

image

Dalam hal lain pula di Public Bank, kami dimaklumkan pengurus bahawa ada antara ahli – ahli "datang lewat" ke tempat kerja.
Ia mengejutkan kami yang datang ke cawangan ini dan terus sahaja kami bertanya dakwaan kepada Irc.

image

Jawapan yang didengar Irc dibidas dan dinafikan oleh Irc kerana cerita itu hanya direka-reka oleh pengurusnya supaya kenyataan itu diperbesar – besarkan dan diputar belitkan untuk mengalih pandangan kami yang hadir ke banknya.

Laporan GGIT untuk Nube

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Dee: Ronda2 <b>di Teluk Intan</b>...

Posted: 06 Jan 2013 05:00 PM PST

Hari tu dah cerita pasal Menara Condong Teluk Intan kan?  Sambung baliklah story Teluk Intan saya.  Ni ada yang kena gelak ni kang.  Yelah..orang gi HK Disneyland pun seminggu je entry.  Kalau saya, mau sebulan lebih pun tak abis2..hahaha.  Oklah, nampak durian kat atas tu?  Ha...mmglah sepanjang jalan ke sana kiri kanan org berniaga durian.  Tak tahan wei.  So, gigih ni cari durian kat pekan Teluk Intan.  Murah2 pulak tu.  RM1 sebiji pun ada.

Belasah 2 biji durian yang besar2.  RM7 je.  Makan pun berdiri je tepi jalan, tepi longkang.  Beli air mineral botol besar kongsi ramai2.  Eh..seronok tau.
Balik tu, budak2 pakat berendam kat hotel.  Hotel murah je.  Sebab tu tak buat entry khas utk hotel ni.  Swimming pool pun sempoi habis.  Jadilah..buat budak2 enjoy.  Nak tau hotel mana?  Kat sini.  Satu je pesan saya, jangan terpedaya dengan gambar2 kat website...hahaha.  Boleh tahanlah, bersih gak.  What do u expect from a 3 star hotel kan..hehehe.
Petang tu kitorang round2 lagi Teluk Intan   Ada River Front.
Tapi kitorang pergi jeti.  Tengok view kuala sungai yang cantik sgt.


Ha..cantik tak?  Mestilah cantikkan...indahnya ciptaan tuhan.  Mendamaikan.  Ok, esok entry makan2 ye..hehehe.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Penjelasan Awie Buka Kelab Malam <b>Di Ipoh</b> Perak | melvister.com

Posted: 23 Jan 2013 09:26 PM PST

Berikut adalah penjelasan Awie mengenai buka kelab malam sendiri di Ipoh Perak. Beliau ternyata berang dengan sikap sesetengah pihak yang telah memandang serong terhadapnya. Ramai yang beranggapan bahawa membuka sebuah kelab malam bukanlah tindakan yang bijak bagi artis seperti Awie. Ini kerana sumber pendapatan itu adalah haram kerana hasil penjualan minuman keras dan sebagainya.

kelab malam

Penjelasan Awie Isu Buka Kelab Malam

"Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo — kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concord. Untuk sembahyang ke?"

Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau.

"Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi — so better stop this stupid question," tambah Awie yang jelas kesal dengan isu ini.

awie kelab malam

awie

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Pabila Penaku Menari: Muzium getah dicadang <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 15 Jan 2013 04:00 AM PST


KUALA KANGSAR - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mencadangkan penubuhan sebuah muzium getah kebangsaan di bandar ini.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pembinaan muzium komoditi berkenaan sangat signifikan kerana pokok getah pertama negara yang berusia 136 tahun masih terdapat di bandar tersebut.

Menurutnya, perintis pekebun getah negara iaitu Mohammad Isa Pandak Mat Aris juga berasal dari Ulu Kenas di sini.

"Penubuhan muzium getah itu bukan sahaja berorentasi pelancongan semata-mata tetapi memberi pengiktirafan kepada pemain industri getah tempatan.

"Ia jug memberi pendedahan kepada generasi muda tentang industri getah yang pernah menjadi tulang belakang ekonomi negara suatu masa dulu," katanya selepas merasmikan majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getah Pertama di Malaysia di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zaki Mohamad.

Pada majlis itu juga, tujuh waris Mohammad Isa iaitu individu yang bertanggungjawab menanam benih pokok getah pertama di negara ini pad a20 Julai 1877 menerima penghargaan daripada agensi tersebut.

Sehubungan itu, Rahim mencadangkan agar kerajaan negeri Perak membawa usul penubuhan muzium getah tersebut dalam mesyuarat Exco.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Kedah Bakal Jadi Negeri <b>Jelapang</b> Lumpur – Perak Today

Posted: 18 Dec 2012 02:58 AM PST

Utusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing.

Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat.

Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya.

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan 'standard' kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar.

Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang 'menggila' iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan.

Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya. Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: "kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.

Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal.

Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang."

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka.

Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri."

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui 'tender terbuka' tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut.

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan. Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan.

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato' Seri Syed Razak dan Dato' Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan.

Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL. Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap 'menggila' sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali.

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka 'buat tak tahu'. Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang 'tidak tahu apa-apa' ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan.

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco. Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur. Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri. Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar.

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun. Kata beliau:

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la. Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

- Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar 'buat-buat tak tahu'? Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur…

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.

- BERUANG BIRU

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 03 Nov 2012 01:14 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


Taiping Mali: Pertandingan Catur <b>di</b> UTP <b>Tronoh</b>. Cepat Daftar segera

Posted: 28 Jan 2013 11:04 PM PST

Satu pertandingan catur pelbagai peringkat umur akan berlangsung di UTP Tronoh bermula Jumaat ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar segera secara online, tarikh tutup pendaftaran ialah jam 12.00 malam esok.

Tan Seri Ramle Mantan MB Perak berkata rakyat Perak yang tidak dikenakan denda yuran lewat.
Sila layari blog ini untuk download borang dalam bentuk pdf

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Pilih Calon Yang Terbukti Mampu Berkhidmat: Pengerusi BN <b>Bukit</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 07:02 PM PST

Pengundi kawasan Parlimen Bukit Gantang diingatkan supaya tidak tertipu buat kali kedua oleh pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin, berkata peringatan itu perlu bagi memastikan hanya calon yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk sahaja dipilih pada PRU13 nanti.

Menurutnya, mereka diminta sentiasa berwaspada dengan setiap janji yang ditaburkan serta fitnah yang dijalankan pihak pembangkang di kawasan itu.

"Saya ingin menyeru kepada pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang agar mereka tidak tertipu untuk kali kedua.

"Tidak tertipu lagi dengan apa yang dicakap atau pun diwar-warkan oleh pihak pembangkang.

"Cukuplah dengan apa yang mereka hadapi sekarang. Tidak dihiraukan wakil rakyat mereka yang asyik berceramah dan memfitnah orang tidak berhenti-henti," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong.

Menurutnya, Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang (PKR) yang mereka pilih di lihat gagal membawa pembangunan di kawasan tersebut.

"Sebagai contoh, Ahli Parlimen kita terdiri daripada PAS, DUN (Kuala) Sepetang daripada PKR dan kita bersyukur kerana YB Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersama dengan kita semula.

"Kita dapat lihat wakil rakyat ini (Bukit Gantang dan Kuala Sepetang) tidak membawa sebarang keuntungan kepada pengundi-pengundi di kawasan ini, terutamanya dalam pemberian projek-projek.

"Tak ada satu pun projek yang telah dibawa masuk ke dalam kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Getah Taiping (LGT) di Trong, dekat Taiping.

Seramai 65 orang murid masing-masing menerima RM100 setiap seorang yang disampaikan Rosli kepada ibu bapa dan penjaga mereka.

Rosli berkata, beliau berharap pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang akan sedar dan memilih calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13 nanti.

"Jadi saya rasa kali ini, pengalaman pahit ini tidak akan berulang lagi dan berharap mereka akan memberi kepercayaan kepada BN pula pada PRU13 nanti," katanya.

- NORAINI MAHAMAD

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Projek Tebatan Banjir <b>Di</b> Daerah <b>Kerian</b> Bermula Secara <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 12:44 AM PST

Projek tebatan banjir secara menyeluruh di kawasan Daerah Kerian sudah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat membabitkan peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM350 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM47O juta untuk projek tebatan banjir membabitkan tiga negeri bersempadan iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

"Ketika ini, projek tebatan banjir di Perak yang membabitkan kos RM350 juta sudah dilaksanakan secara berperingkat dan sebahagian lagi diagihkan untuk projek sama di negeri bersempadan iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

"Bagi mengelak masalah berulang lagi di masa depan, kita telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menyediakan pelan tebatan banjir secara menyeluruh di Daerah Kerian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pagi Bersama Menteri Besar dan Perasmian Kursus Kepimpinan Pekida negeri Perak di Semanggol, pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, walaupun banjir masih belum berlaku di daerah berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Persiapan katanya, perlu dilaksanakan di setiap daerah di negeri Perak di mana Pegawai Daerah akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.

"Selain menyalurkan keperluan harian seperti makanan dan tilam kepada mangsa banjir, saya juga mengarahkan pihak MKN supaya melihat sama keperluan mangsa selepas banjir surut.

"Kita mahu bantuan dari segenap aspek disalurkan kepada mangsa banjir bukan semata-mata dengan memberi RM100 atau RM200 kepada mangsa banjir," katanya lagi.

Mengulas banjir di Perak, Zambry berkata, seramai 7O keluarga masih ditempatkan dua pusat pemindahan banjir di Daerah Hilir Perak iaitu di Chikus dan Changkat Jong.

"Kejadian banjir tahun ini bermula di Hilir Perak apabila hujan lebat turun di kawasan berkenaan.

"Kita di pihak kerajaan negeri juga sudah meminta MKN memantau kebajikan mangsa banjir yang terbabit dari hari pertama sehingga ke hari ini," tambahnya lagi.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Katak gergasi 2 kilo <b>di Gerik</b> ditemui - laman kl-today.com

Posted: 24 Jan 2013 07:39 PM PST

Posted by admin on January 25th, 2013

Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .

Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.

Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.
Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.
"Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.

"Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak berkenaan bergerak-gerak," katanya.
Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.

"Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari," katanya ketika ditemui.