Selasa, 29 Januari 2013

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Projek Tebatan Banjir <b>Di</b> Daerah <b>Kerian</b> Bermula Secara <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 12:44 AM PST

Projek tebatan banjir secara menyeluruh di kawasan Daerah Kerian sudah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat membabitkan peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM350 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM47O juta untuk projek tebatan banjir membabitkan tiga negeri bersempadan iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

"Ketika ini, projek tebatan banjir di Perak yang membabitkan kos RM350 juta sudah dilaksanakan secara berperingkat dan sebahagian lagi diagihkan untuk projek sama di negeri bersempadan iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

"Bagi mengelak masalah berulang lagi di masa depan, kita telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menyediakan pelan tebatan banjir secara menyeluruh di Daerah Kerian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pagi Bersama Menteri Besar dan Perasmian Kursus Kepimpinan Pekida negeri Perak di Semanggol, pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, walaupun banjir masih belum berlaku di daerah berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Persiapan katanya, perlu dilaksanakan di setiap daerah di negeri Perak di mana Pegawai Daerah akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.

"Selain menyalurkan keperluan harian seperti makanan dan tilam kepada mangsa banjir, saya juga mengarahkan pihak MKN supaya melihat sama keperluan mangsa selepas banjir surut.

"Kita mahu bantuan dari segenap aspek disalurkan kepada mangsa banjir bukan semata-mata dengan memberi RM100 atau RM200 kepada mangsa banjir," katanya lagi.

Mengulas banjir di Perak, Zambry berkata, seramai 7O keluarga masih ditempatkan dua pusat pemindahan banjir di Daerah Hilir Perak iaitu di Chikus dan Changkat Jong.

"Kejadian banjir tahun ini bermula di Hilir Perak apabila hujan lebat turun di kawasan berkenaan.

"Kita di pihak kerajaan negeri juga sudah meminta MKN memantau kebajikan mangsa banjir yang terbabit dari hari pertama sehingga ke hari ini," tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan