Jumaat, 1 Jun 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


EXPO Perniagaan "Karnival Gegar Aidilfitri 2011" <b>di Seri Manjung</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2011 10:48 PM PDT

JOM BERNIAGA !!!
Karnival Jommmm berniaga 1Malaysia.....

Sempena menyambut musim perayaan yang semakin hampir, saiz pasaran yang meningkat dan kuasa beli yang besar, kami akan menganjurkan satu EXPO "karnival gegar aidilfitri" bertempat di Seri Manjung, Perak.


Tapak/lot perniagaan yang di sediakan adalah terhad,
Jumlah tapak keseluruahan : 24 lot
Jumlah yang masih kosong setakat 4/7/2011 : 19 lot

Kelebihan@Lokasi Yang Strategik:-

1.Kemudahan parking yang luas dan juga selesa untuk pengunjung EXPO

2. Bersebelahan jalan besar utama, yang menghubungkan Lumut- Seri Manjung - Sitiawan

3. Keluasan Khemah 20' x 20' (jenis arabic)

4. Kemudahan untuk pengujung membeli belah menggunakan kredit kad (EXPO yang pertama menyediakan kemudahan sedemikian)

5. Pengiklanan yang meluas di kawasan2 sekitar yang berhampiran
-banner & streamer 300-500pcs
-flyer 20,000pcs

6. Berhampiran Pengkalan TLDM, Lumut(terbesar di Malaysia)

7. KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM

8. Bendera fair(warna warni), belon angin untuk menarik perhatian pengunjung dan memeriahkan lagi suasana EXPO

9. Hadiah percuma untuk pengunjung dan kanak-kanak, DAN PERBAGAI AKTIVITI UNTUK KEMERIAHAN.

Provide/disediakan: Kanopi 20'x20', kipas, plugpoint, kerusi dan meja

DALAM PERANCANGAN:

Sasaran @ target pengunjung melebihi 100,000 orang

Cara bayaran bole nego lagi... sila call:-
012 - 509 9605 - am
atau
019 - 478 3891 - shahril

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


sengal - sengal ubi cik yanie: senja <b>di pantai remis</b>..

Posted: 22 May 2012 08:43 PM PDT

masa datang tak de matahari lagi... 
ni nama nya lale laleh.. 
lagi sedap dari remis.. 
macro~ matahari da terbenam.. menandakan sudah masuk waktu maghrib... 

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Banjir: 36 dari tiga kampung <b>di Teluk Intan</b> dipindahkan

Posted: 03 Mar 2012 01:46 AM PST

Banjir: 36 dari tiga kampung di Teluk Intan dipindahkan

03/03/2012 1:28pm

IPOH 3 Mac – Seramai 36 orang daripada sepuluh keluarga di dipindahkan apabila tiga buah kampung di Teluk Intan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang ketika dihubungi berkata, semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam sejak awal pagi tadi berikutan air naik sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Bidor.

Kampung terlibat ialah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tengah dan Kampung SC.

Beliau berkata, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu memindahkan mangsa terlibat.

Katanya, seramai 200 orang daripada 76 keluarga terjejas akibat banjir semalam, bagaimanapun hanya 36 orang daripada 10 keluarga sahaja dipindahkan. – BERNAMA

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


BN prihatin, ambil berat kebajikan bekas Adun <b>Bercham</b> - Perak Today

Posted: 31 May 2012 11:57 PM PDT

Barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan bekas wakil rakyatnya yang banyak menabur jasa dalam usaha membangunkan negeri itu.

Hari ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkesempatan melawat bekas Adun Bercham, Gooi Seng Teik di rumahnya di Taman Tawas Gemilang yang baru pulih daripada serangan angin ahmar.

Bercakap kepada pemberita, Zambry berkata, bantuan sewajarnya akan dihulurkan kepada bekas wakil rakyat yang mewakili MCA itu selepas penilaian dan kajian dibuat oleh pihaknya kelak.

Beliau sendiri katanya, berasa gembira melihat Seng Teik semakin sihat dan boleh berjalan walaupun menggunakan tongkat sebagai alat bantuan untuk bergerak.

"Beliau telah diserang penyakit angin ahmar dan hari ini saya datang untuk melihat sendiri keadaannya yang semakin bertambah baik.

"BN negeri Perak akan cuba membantu Seng Teik bagi meringankan beban yang ditanggungnya selepas bersara daripada arena politik," katanya.

Hadir sama, Ketua Pemuda MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Seng Teik yang diserang angin ahmar pada 2010 berkata, beliau berasa terharu dan gembira di atas kesudian Zambry melawatnya, sekaligus membuktikan keprihatinan pemimpin nombor satu Perak itu terhadap kebajikan rakyat jelata.

Beliau katanya, pernah bekerjasama dengan Zambry dan menyifatkan Menteri Besar itu seorang yang serius dalam memperjuangkan nasib rakyat Perak.

"Rakyat negeri Perak perlu bersyukur kerana mempunyai pemimpin dan kerajaan yang begitu serius memperjuangkan nasib rakyat jelata.

"Oleh itu, kesetiaan perlulah disematkan dalam hati kita dengan terus menyokong pemimpin dan kerajaan BN," katanya lagi.

Pada PRU Ke-12, Seng Teik yang bertanding mewakili DUN Bercham tewas kepada calon DAP, Sum Cheok Leng dengan majoriti undi 6,012.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Uthaya Sankar SB: Kelantan <b>di</b> Mata Rakyat

Posted: 31 May 2012 04:00 PM PDT

[Penulis juga berkongsi pandangan dan pengalaman beberapa individu lain mengenai Negeri Cik Siti Wan Kembang.]
Kelantan bukan negeri yang mundur walaupun keadaan di sana tidak secantik negeri-negeri di pantai barat Malaysia.
Demikian mesej yang dikirim oleh Izan Ali, seorang penulis yang berasal dari Malim Nawar, Perak dan kini bekerja di sebuah syarikat penerbitan swasta di Kepong.
"Terdapat enam laluan bagi kereta di jalan raya utama. Maknanya, jalan raya di Kelantan setanding apa yang ada di pantai barat," kata novelis itu yang ke Kelantan tahun lalu (2011) dan tinggal di rumah kawannya.
Reaksi yang diberikan Izan adalah berikutan paparan saya di Facebook di mana saya meminta rakan-rakan dari luar Kelantan yang pernah pergi ke negeri itu supaya berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman sendiri.
Jamal bin Ludin yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan kini menetap di Lahad Datu pula menceritakan bahawa dia pernah tinggal di Kampung Paloh Rambai, Ketereh pada 2007-2008 dan mempunyai keluarga angkat di Pasir Puteh, Kelantan sejak 1994.
"Saya pernah berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Negeri Serambi Mekah itu selama beberapa tahun, serta mempunyai saudara-mara yang bertugas di Kota Bharu.
"Pengalaman mengunjungi sekitar Negeri Cik Siti Wan Kembang, bekerja dan tinggal di sana membawa kenangan manis dalam hidup saya. Saya masih teringat-ingat kenangan manis bertemu Tok Guru dulu," katanya yang sedang dalam proses menulis berdasarkan pengalaman mengunjungi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Pandangan yang saya kumpulkan ini adalah wajar sebagai tambahan kepada "pengalaman" saya sendiri yang saya catatkan menerusi dua tulisan saya di FMT sebelum ini.
Malah, agak menarik untuk diperhatikan bahawa pengalaman dan pandangan saya hampir sama dengan kisah yang dikongsikan beberapa individu berdasarkan pengalaman peribadi mereka.
Maknanya, tidak timbul soal saya diberi "layanan istimewa" semasa saya berada di Kota Bharu pada 11-14 Mac 2012  kerana "layanan" dan "pengalaman" saya sama sahaja dengan beberapa individu lain yang berasal dari luar Kelantan.
Perkara ini wajar dinyatakan kerana khabarnya semasa sebuah festival sastera di Melaka pada hujung Mac 2012, beberapa individu mengemukakan pertanyaan kepada pengarang dari Kelantan, Leo AWS mengenai "motif sebenar" saya ke Kelantan; kononnya ada "agenda politik" sehingga diberi layanan khas oleh "parti pembangkang".
Tentu sahaja omongan puak cetek ilmu seperti itu wajar diabaikan kerana ternyata bodoh serta tidak membawa apa-apa faedah kepada sesiapa. Biarkan Luncai dengan labu-labunya!
Sementara itu, Mohidin Yahya yang berasal dari Muar, Johor dan kini tinggal di Johor Bahru mempunyai pengalaman manis yang sukar dilupakan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya pernah duduk mendengar tazkirah pada pagi Jumaat di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati, Kota Bharu dan sempat juga bersalam dengan Tok Guru. Alangkah bertuah kalau dapat kerap bersama Tok Guru; menimba ilmu daripada pendakwah yang tulus dan pemimpin yang bersih," katanya sebagai reaksi selepas membaca catatan saya pada minggu lalu.
Nik Faridah Mamat yang pernah menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menjelaskan bahawa pada setiap pagi Jumaat, orang ramai berpusu-pusu di tengah bandar raya Kota Bharu "untuk menadah ilmu daripada Tok Guru".
"Orang ramai akan duduk beralaskan surat khabar atau tikar untuk mendengar kuliah tafsir al-Quran. Peluang ini juga digunakan oleh peniaga kecil-kecilan untuk mencari rezeki. Orang Islam dan Bukan Islam sama-sama terlibat. Suasana seperti ini terlalu jarang berlaku di tempat-tempat lain," katanya.
Shan Narayanan dari Ipoh, Perak pula mengucapkan "dirgahayu Tok Guru" kerana kagum dengan cara ulama itu mentadbir Kelantan sejak 1990. Seorang lagi pembaca dari Ipoh, Jason Ng turut meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap penduduk negeri Kelantan.
"Bagi penduduk di luar Kelantan, pergilah untuk melihat dan mengalami sendiri segala kehebatan yang ada di sana," katanya.
Cadangan dan saranan Jason adalah sama dengan pandangan saya. Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah betapa penduduk di luar Kelantan "jahil" atau "dijahilkan" mengenai keadaan sebenar di negeri yang mengamalkan konsep "Membangun Bersama Islam" itu.
Misalnya, pemimpin dan penduduk Melayu-Islam di Kelantan berpegang teguh pada akidah Islam, namun tidak menunjukkan sebarang permusuhan atau penentangan terhadap penganut agama-agama lain.
Sebaliknya, apa yang saya lihat dan alami sendiri adalah keikhlasan dan "roh" sebenar Islam; dengan penuh kesedaran bahawa Tuhan menciptakan kita berbeza-beza untuk kita saling mengenali dan saling menghormati.
"Realiti di Kelantan tidaklah teruk seperti dimomokkan pihak tertentu. Penduduk di sana ramah dan mesra. Isu kononnya orang Kelantan suka cari gaduh langsung tidak timbul sepanjang saya berkawan dengan orang Kelantan," kata Izan lagi.
Pada pandangannya, orang Kelantan suka menerima tetamu dan sangat menghormati tetamu yang datang ke rumah.
"Mereka akan masak beria dan hidangkan makanan yang sedap-sedap kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah; tak kira kaum, agama dan fahaman politik. Saya duduk di rumah kawan dulu, asyik makan sahaja!" Izan menambah.
Amalan menerima dan meraikan tetamu bukan hanya di rumah. Sebaliknya, pekedai dan peniaga juga amat gembira menerima kunjungan orang luar dan dilayan pula sebagai tetamu.
Misalnya, saya bersama-sama Rohani Deraman, novelis dari Johor Bahru dan Zainab Ngah, penulis dari Kuala Terengganu bersarapan dengan Mohammad Faizal Che Yusof (peguam OKU) dan Roshidayu Che Mat dari Shah Alam di Selera Daun Pisang, Jalan Pengkalan Chepa.
Pemilik restoran itu tidak melepaskan peluang merakam foto bersama-sama kami sebagai kenangan bertemu kelompok penulis. Malah, semasa saya bersarapan di Kedai Kopi White House, Jalan Sultanah Zainab, ada pengunjung yang datang bersalam dan mahu ambil foto bersama saya.
Dalam pada itu, Zawawie Abdullah yang berasal dari Pasir Mas dan kini tinggal di Kota Bharu mengakui bahawa keharmonian sejati memang wujud di negeri kelahirannya.
"Bukan politik yang kita nak ketengahkan tapi keharmonian perhubungan antara insan berlainan darjat dan pangkat. Orang biasa dengan Tok Guru pun macam tak ada sempadan. Nak ajak beliau ke rumah untuk kenduri pun boleh dan beliau pasti hadir, insya-Allah.
"Nak jumpa Tok Guru tak payah ada protokol. Pergi saja solat subuh, pasti dapat berjumpa beliau. Pangkat MB dah tak ada masa tu. Itulah kehebatan Tok Guru," katanya sambil mengakui bahawa sikap mulia Tok Guru menjadi cerminan sikap penduduk Kelantan keseluruhannya.
Bercakap mengenai bertemu Tok Guru, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru mengimbas kenangan pada 13 Mac 2012.
"Semasa saya dan rakan-rakan penulis pergi ke kediaman rasmi MB Kelantan di JKR 10, kami terkejut kerana tiada pengawal di pintu masuk dan tidak ada protokol seperti yang lazim ada di kediaman rasmi MB negeri-negeri lain," katanya.
Rohani juga masih ingat Tok Guru bertanya, "Ho guano ramai-ramai ni heh?" (Ada apa hal datang ramai-ramai ni?) dan penulis sepenuh masa itu pula menjawab, "Ambo rakyat Kelate, tak salah ke kalu rakyat nak jupo MB" (Saya ni rakyat Kelantan, tak salah kan kalau ingin berjumpa MB).
Cadangan ikhlas saya adalah supaya sesiapa yang pergi ke Kota Bharu harus singgah di pejabat Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan yang pasti mampu membuka minda.
Dapatkan juga maklumat sebenar mengenai kehebatan Kelantan daripada penduduk setempat. Sekurang-kurangnya orang ramai tidak akan terus tertipu dengan pelbagai dakyah dan fitnah yang disebarkan pihak tertentu.
(© Uthaya Sankar SB. Catatan ini ditulis pada 10 April 2012 dan disiarkan di Free Malaysia Today pada 16 April 2012. Sila baca juga beberapa tulisan terdahulu berkaitan Kelantan.)

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kembara YBU bantu Pusat Kebajikan <b>di Ipoh</b> – Perak Today

Posted: 09 May 2012 03:24 AM PDT

Yayasan Bina Upaya (YBU) benar-benar mengaplikasikan fungsi agensi itu dalam membantu kerajaan negeri untuk menangani isu-isu berkaitan kemiskinan selain menjadi pelopor ke arah usaha-usaha membina upaya masyarakat.

Hari ini buat pertama kalinya siri Program Kembara Komuniti 2012 diadakan di sekitar bandar Ipoh dimana lebih 10 konvoi berkereta dikalangan kakitangan dan sukarela YBU menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada 7 Pusat Kebajikan.

Ketua Pegawai Eksektutifnya, Datuk Zainal Abidin Omar memberitahu siri kembara berkenaan akan dijadikan program tahunan agensi terbabit dimana ia merupakan antara pendekatan terbaik yang dilakukan bagi meringankan bebanan Pusat Kebajikan terpilih.

"Jadi untuk hari ini kita telah ziarah ke 7 pusat kebajikan dan daripada kunjungan konvoi itu bantuan dari segi wang, hamper nutrisi serta kelengkapan harian telah diberikan.

"Kita tidak mampu memberi sumbangan yang besar kepada setiap pusat kebajikan, bagaimanapun bantuan kita adalah berdasarkan kemampuan," katanya

Jelas Zainal lagi, selepas ini kembara berkenaan mungkin akan melebarkan sayapnya dengan mengadakan misi jelajah bantuan ke setiap daerah.

Antara 7 badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima bantuan termasuklah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Buntong dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jasa Kinta yang masing-masing menerima peruntukkan sebanyak RM 1000.

Selain itu, 3 NGO lain iaitu Shanti Old Folk Home, Pusat Jagaan Seri Damai dan Persatuan Kebajikan Rumah Orang Kurang Upaya mendapat bantuan berbentuk hamper nutrisi berikutan kesemuanya menempatkan warga emas.

Manakala bagi Pusat Rumah Mesra dan Yayasan Latihan Insan Istimewa pula mendapat sumbangan barangan keperluan harian seperti tuala mandi, serta bahan makanan kering seperti beras, minyak, dan lain-lain.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Kuehbangkit ~ the story of us: Menjala <b>di Bota</b>

Posted: 05 Feb 2012 06:32 AM PST

Balik kampung baru ni sempena cuti 4 hari Maulidurrasul dan Thaipusam, abang ambil kesempatan utk menjala di bendang kt Bota. Alahai bendang tu blkg rumah aje. Tapi anak tuan rumah pun tak pernah masuk dlm bendang, menantunye pula yang gian nak ke bendang, maklum le, suami teman ni orang kampung aje, dah jenuh berkubang mase kecik2 dulu. Kira kali ni lepas rindu menjala le tu. Yang best nye, Opah teman langsung tak sangka yang suami teman terer menjala, mengagau dan etc yg sewaktu dgnnya, Opah ingat kami beli ikan, bila dia dengor abang yang jala ikan, tersangat la Opah kagum! katanya "gheti kamu menjala ye Zun, cucu2 opah hagham soghang pun tak gheti, nama aje oghang duk kampung"....muahahah! Suami teman sangat le kembang mendengo nye!.

p/s: Zun adalah panggilan mesra manja oleh Opah kat abang, jenuh lidah nye nak nyebut Zul! tak maunye!
Gambar kabur sikit sbb dah maghrib dah time tu, jadi kene le adjust sikit brightness gambar ni.
Alhamdulillah, ni la hasil jalaan abang ptg tu. Merasa la sikit sorang bagi sikit kat opah dah jiran.

itu la lebih kurang size tangan ikan

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


JELAJAH 1 MALAYSIA melalui <b>CHEMOR</b>! (9 APRIL 2012)

Posted: 10 May 2012 05:46 AM PDT

JELAJAH SATU MALAYSIA (acara berbasikal) . Acara Berbasikal di Malaysia adalah salah satu bidang sukan yan amat diminati oleh masayrakat di Malaysia . Permainan Bola sepak,Sepak takraw, Badminton dan Berbasikal adalah senarai nama permainan sukan yang sering kali mendapat sambutan yang hebat.

Pada hari Rabu ( 9 April 2012) DM ke Pekan Chemor,Nadi bagi Penduduk di Chemor .DM agak pelik kenapa begitu banyak Polis yang berada di sekitar pekan Chemor. Di setiap Lorong juga terdapat seorang atau dua orang anggota polis yang bertugas.Dalam hati ini berkata " ini mesti VVIP nak lalu ni,sebabnya banyak jalan nak ditutup"..." ataupun nak buat "roadblock " besar-besaran sebab dari Chemor Ramai yang pergi ke perhimpunan bersih 3.0 yang lalu".maklumlah Chemor antara Kubu Kuat Pakatan Pembangkang yang senantiasa membuat Bangkangan . :) 

Sekitar jam 11.00pagi kelihatan sebuah Kereta Polis yang berjenama luar negara membuat pengumuman bahawa pelumba-pelumba basikal yang menyertai JELAJAH 1 MALAYSIA akan melalui Pekan Chemor tidak lama lagi.Teruja hati ini apabila dapat tahu Pelumba basikal JELAJAH 1 MALAYSIA akan melalui Pekan Chemor.DM persiapkan Telefon Bimbit untuk menangkap gambar dan video amatur untuk tatapan anda semua!

video para pelumba melintasi Pekan Chemor



Lelaki yang di Gari oleh Pihak Polis Selepas Mengganggu Jalan Utama Pekan Chemor.

*Suatu kenangan yang bermakna,bukan selalu boleh merasakan perkara seperti ini!...
www.cahayakeagungan.blogspot.com
akan terus berusaha mencari dan menyimpan bahan  sejarah di blog ini!

Terima Kasih Kepada Kalian...

Doakan DM lulus peperiksaan Akhir yer :) ~~~


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


<b>Kuala Kangsar</b> Bandar DiRaja: FESTIVAL HARI GURU 2012 <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 09:07 PM PDT


Tempat : Padang Smk Clifford Kuala Kangsar


Tarikh   :  12 - 16 Mei 2012


Masa     :   10 Pagi hingga 10 Malam

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


NUBE Ipoh Sana Sini: Melawat dan prihatin ahli – ahli NUBE <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 12:00 AM PDT


Rizal Yob Ipoh

Selasa, 29.05.2012 – Kehadiran kami skuad tempur NUBE Ipoh ke Langkap mengejutkan ahli – ahli disini yang tidak menduga kami sampai beramai – ramai ke kawasan itu demi menyampaikan cerita terbaru NUBE di samping mendengar masalah ahli NUBE di Langkap dalam lawatan kami ke 3 bank iaitu Hong Leong Bank, CIMB Bank dan Maybank.

Kehadiran kami kali ini amat menarik kerana berpeluang berjumpa dengan bekas ahli NUBE di Maybank Langkap yang telah dinaikan pangkat ke pegawai 2 bulan lalu dari Slim River yang berperanan membawa ahli-ahlinya di Slim River menyertai Maynue. Hasil perjumpaan antara kami dan beliau, pihak kami akan ke Maybank Slim River dalam jangka terdekat untuk merekrut semula ahli-ahli disitu setelah menurutnya pihak Maynue menganggu ahli – ahli disitu setiap minggu hingga Maynue berjaya mendaftarkan ahli-ahlinya semua seramai 8 orang.

Selain itu, pihak kami juga mendapat maklumat anak kepada ejen utama Maynue di Perak bekerja di Maybank Langkap dan beliau kini telah menyertai Maynue. Ketika kami memanggil mengadakan taklimat ringkas di bank terbabit ahli Maynue ini tidak hadir dan keluar dari banknya meninggalkan kami. Dalam keadaan sama, kami juga cuba diganggu oleh pengurusnya di situ yang tidak puas hati pihak NUBE menjalankan takilmat di dalam premis bank berkenaan, menurut sumber pegawai disitu.

Sebelumnya, kami juga hadir dan melawat 2 buah bank lain disekitar Langkap antaranya CIMB dan Hong Leng Bank. Di CIMB pihak kami memohon ahli -ahli di bank itu mempromosikan laman sosial NUBE di facebook untuk "LIKE" di muka depan NUBE MALAYSIA supaya segala penyaluran maklumat dapat dilaksanakan kepada setiap ahli yang mempunyai facebook.

Ternyata kunjungan kami juga dihujani oleh persoalan sorang ahli NUBE di CIMB Langkap yang berdepan masalah "Transfer" dari basenya di Hutan Melintang Perak. Beliau kini adalah kakitangan (MOS Poll – Hutan Melintang) dan kini ditugaskan untuk "relief" CIMB Langkap. Dikhabarkan MOS/cawangan di Hutan Melintang akan ditutup tidak lama lagi dan mereka disitu akan ditukarkan sama ada ke merata Ipoh atau Perak dan terjauh Sungai Besar Selangor. Pihak kami dalam pada itu memeberitahu kepadanya supaya segera memaklumkan perkara ini dari masa kesemasa dan berkemungkinan NUBE Ipoh akan mengadakan mesyuarat khas di Hutan Melintang tidak lama lagi.

Kunjungan kami di Hong Leng Bank juga tidak banyak bezanya, walau bagaimanapun kami dilaporkan ada seorang ahli kita akan mengambil VSS yang ditawarkan oleh pihak HLBB. Namun begitu ahli – ahli disitu nampak ceria kerana mereka baru sahaja berpindah ke premis bank baru kurang 1oo meter dari premis bank lama.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


PRU13: Shahrizat Bertanding <b>Di Menglembu</b>, Shapie Apdal Di <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 03:29 AM PDT


 
 KELAB GREENBOC

Hari minggu lepas, Husin pergi ziarah kawan di Bangi. Sambil makan tu, member Ana tanya, bila agaknya pilihanraya.

"Manalah ana tahu benda-benda ni ...," Husin jawab, "Ana hanya saudagar unta dari Cairo."

"Sudahlah Husin. Jangan kau bawak temberang blog Husin Lempoyang kau di sini. Kamu tahu tu!"

"Sumpah ana tak tahu. Ana rasa Dato Najib pun tidak tahu tarikh pilihanraya. Lagikan ana ni ...," ana cuba yakinkan.

"OK lah Husin. Aku kasi kamu info ini, Kamu kasi aku tahu tarikh pilhanraya. Aku nak buat gathering kawan-kawan tapi masing-masing tunggu ditentukan tarikh pilihanraya," Sahabat ana terangkan.

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."

"Hahahaha ... siul la lu brader. Macam gitu aku tahu bila pilihanraya?"

"Bila? Bila? ..." tertanya kawan ana.

Nak tahu bila pilihanraya? Sabar dulu .... hehehe. -husin lempoyang

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


SUARA PERAK: Program Semakan Pengundi DUN <b>Tronoh</b>

Posted: 01 Jun 2012 01:33 AM PDT


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 1/6/2012 di Bemban, Batu Gajah.
Program Semakan Pengundi DUN Tronoh
Program semakan pengundi telah dibuat di Pasar Awam Kampung Baru Bemban, Batu Gajah pada pagi ini.  Yang turut hadir ialah YB V.Sivakumar ( ADUN Kawasan Tronoh), Pengerusi DAP Kampung Baru Bemban, Saudari Kong Lai Ling ( Pembantu Khas kepada ADUN Tronoh) dan ahli-ahli DAP Kampung Baru Bemban.
Program semakan mengundi ini adalah penting untuk memastikan nama pengundi-pengundi yang sudah berdaftar terdapat dalam senarai daftar pengundi SPR.  Sering kali kita dengar rungutan daripada pengundi-pengundi bahawa nama mereka tidak terkandung dalam senarai daftar pemilih walaupun mereka pernah mengundi sebelum ini. Ada juga pengundi-pengundi yang mendakwa bahawa tempat mengundi mereka telah dipindahkan ke tempat lain apabila mereka pergi ke tempat yang biasa mereka mengundi.
Oleh yang demikian, adalah penting  untuk membuat semakan seperti ini bagi mengelakkan kekeliruan pada hari mengundi nanti.  Kami sedang membuat semakan ini  untuk memastikan tidak terdapat sebarang penipuan atau 'pengundi hantu' di kawasan DUN Tronoh.
Dalam usaha penyemakan hari ini kami juga dapat mengesan seorang pengundi yang menetap di Kampung Baru Bemban  tetapi mengundi di kawasan Bruas. Beliau tidak pernah menetap di Bruas. Bagaimana ini boleh berlaku? Mengikut undang-undang,  kawasan mengundi seseorang itu  adalah berdasarkan alamat kad pengenalan. Tetapi dalam kes ini, alamat kad pengenalan adalah di Kampung Baru Bemban tetapi  beliau didaftarkan untuk mengundi di Bruas.
Kami akan buat semakan seperti ini di seluruh kawasan DUN Tronoh. Setiap pengundi harus memastikan nama mereka terkandung dalam senarai daftar pengundi SPR dan juga kawasan mereka mengundi supaya dapat mengelakan sebarang kemusykilan pada hari pilihanraya. Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak status mereka sebagai seorang pengundi dalam laman web : www.spr.gov.my

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Rumah Terbuka Malaysia <b>di Sitiawan</b>

Posted: 21 Jan 2012 11:17 AM PST

Rumah Terbuka Malaysia di Sitiawan


RAIS Yatim ketika membuat tinjauan di Pekan Titi sempena Program Kunjungan Mesra Pekedai-Pekedai dan Masyarakat Tionghua di Jelebu, semalam. - BERNAMA


JELEBU 21 Jan. - Kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam dijangka hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 di Sitiawan, Perak, pada 28 hari ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, majlis sambutan yang dijangka paling hebat itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perayaan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina itu anjuran kementerian adalah yang paling hebat dan kami menduga mungkin hampir 40,000 ke 50,000 orang akan bersama-sama.

"Di situ semua pemimpin terutama dari parti MCA akan bersama-sama Perdana Menteri dan kami akan mempunyai satu kumpulan besar di mana kita akan meraih perasaan cintakan budaya masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Pekan Titi, di sini hari ini.

Rais berkata, terdapat pelbagai pengisian menarik akan disediakan untuk pengunjung termasuk persembahan dari artis popular antarabangsa dan tempatan.

Beliau berkata, persembahan pada majlis sambutan itu nanti juga akan dicerminkan dengan inspirasi dalam gagasan 1Malaysia yang akan memberi gambaran perpaduan seluruh masyarakat di negara ini.

"Saya berharap rakyat Malaysia akan terasa bahawa kita satu untuk semua dan semua untuk satu," katanya.

Pada tinjauan mesra itu, Rais bersama isteri, Datin Masnah Rais berjumpa dan bermesra dengan penduduk pekan Titi, selain memberikan sumbangan berupa limau Mandarin dan angpau sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina Isnin ini. - BERNAMA