Selasa, 18 September 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MB Rai Aidilfitri Bersama Warga <b>Pangkor</b> – Perak Today

Posted: 26 Aug 2012 02:40 AM PDT

Kira-kira 5,000 masyarakat Pangkor hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Arena Square dekat sini, hari ini.

Menariknya tahun ini, jika sebelum ini sambutan Aidilftri diadakan di kawasan darat iaitu di Bandar Seri Manjung namun tahun ini Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor mengadakan sambutan itu di atas pulau.

Kepelbagaian juadah hari raya yang disediakan memperlihatkan masyarakat tanpa mengira kaum tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyambut perayaan itu bersama-sama pemimpin yang mereka sanjungi.

"Sambutan yang begitu baik tahun ini baik Cina, Melayu dan India sama-sama meraikan sambutan hari raya peringkat Pulau Pangkor dan kehadiran ini sudah cukup besar bagi jumlah penduduk di Pangkor sendiri," katanya.

Dalam majlis itu, Zambry bersama isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta kanak-kanak tanpa mengira bangsa.

Sementara itu beliau dalam ucapannya meminta supaya penduduk di Pulau Pangkor supaya terus mengekalkan semangat kekeluargaan diantara penduduk tanpa mengira bangsa mahupun agama.

"Kita di Pangkor baik Melayu, Cina, India kita adalah sebuah keluarga. Semua program yang dijalankan di sini kita dapat jalankan bersama-sama tanpa mengira kaum," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya masyarakat di Pulau Pangkor terus hidup bersatu hati bagi melestarikan keharmonian penduduk berbilang kaum di Pulau Pangkor.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


mediaumno : MENGINGATI MANGSA FERI KARAM <b>DI PARIT</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 12:00 AM PDT


13 September mungkin seperti hari-hari lain yang berlalu, tetapi pada tahun 1972, hari ini adalah satu tragedi yang telah melumpuhkan seluruh Parit Buntar kerana peristiwa feri karam yang membawa pada kematian 27 orang di mana 25 daripadanya adalah pelajar sekolah. Sungai Kerian menjadi saksi kejadian tersebut dan lebih menyedihkan kedengaran tagisan dan jeritan budak sekolah yang terperangkap dalam van sedikit demi sedikit hilang ditelan arus deras dalam peristiwa feri karam 40 tahun yang lalu seolah-olah baru berlaku.
Hari ini Bandar Bharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya 40 tahun yang lalu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja yang menghubungkan antara Bandar Bharu dan Pekan Parit Buntar. Semasa peristiwa itu berlaku hari ini, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus. Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras. Kisah van yang terkunci dan tidak dapat dikeluarkan mereka yang berada di dalam sedangkan orang lain yang berada di kedua belah sungai hanya dapat melihat dari jauh menambahkan kepiluan kisah ini.
Pagi tadi saya menghadiri majlis memperingati 40 tahun peristiwa tersebut dan menandatangani kehadiran tanda sokongan dan simpati. Seorang anak muda yang berpakaian segak duduk di belakang saya. Seorang wartawan India membisikkan kepada saya "tu lah cucu Anamalay, pengendali feri yang telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa karam" Selesai majlis saya bersalaman dengan anak muda ini dengan memulakan kata-kata semangat "I'm proud of your grandfather". Kisah lelaki India ini menjadi lagenda di kalangan mereka di Parit Buntar. Sebenarnya kisah ini dimaklumkan kepada saya oleh Siva (orang kuat Hindraf semasa PRU 12) sejak 2008 lagi, tetapi oleh kerana kesibukan urusan lain inisiatif mengenangkan peristiwa ini tertangguh. Sehinggalah 2012 apabila saya diwawancara oleh akhbar The Malay Mail beberapa hari lalu yang membuat liputan peristiwa ini dalam muka tengahnya hari ini, tragedi tersebut menjadi agenda saya yang tertangguh. Saya hadir dalam majlis peringatan 40 tahun pagi tadi untuk menyatakan sokongan saya kepada usaha mengumpul sejarah ini bagi pengajaran generasi hari ini. Saya juga difahamkan beberapa orang yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa turut dianugerahkan oleh YDPA ketika itu pingat Hang Tuah atas keberanian mereka. Bagi saya kisah ini menakjubkan di sebalik kesedihan tragedi yang menimpa rakyat di Parit Buntar ketika itu.
Walaupun kehadiran saya tidaklah secara resmi dijemput tetapi sambutan kedatangan saya disambut oleh jawatankuasa dengan penuh mesra malah saya diberi ruang untuk berucap. Berlatarbelakangkan Sungai Kerian di sebelah kiri saya, ucapan ringkas saya cuba mencungkil nilai keperwiraan di sebalik kesedihan tragedi untuk dijadikan semangat kepada hadirin yang mendengar. Saya juga menegaskan supaya pihak Majlis Daerah Kerian memberikan tapak untuk dijadikan memorial supaya peristiwa ini kekal sebagai memori kepada penduduk di sini. Majlis bertafakur sejenak dengan iringan pancaragam sekolah untuk mengingati mangsa terkorban. Selesai majlis saya bertemu dengan persatuan masyarakat sivil Parit Buntar yang mengambil inisiatif mengumpul bahan-bahan cerita malah mereka mahu mendirikan replika feri karam sebagai menghidupkan suasana tragedi itu. Saya menyatakan sokongan dan menghulurkan tangan untuk membantu demi rakyat Parit Buntar.
Suratkhabar Malay Mail telah mengambil inisiatif dua muka surat tengah memaparkan gambar-gambar yang menyayat hati dalam tragedi tersebut bagi memperingati 40 tahun sejak peristiwa itu berlaku, syabas saya ucapkan malah cucu Anamalay memberitahu tahu program Astro "My Hometown" telah memaparkan tiga siri peristiwa tersebut. Walaupun ia tragedi tetapi mengingati semula 40 tahun itu adalah sebagai mengingati detik pilu dan kesedihan yang diratapi oleh seluruh rakyat di negara ini, khususnya warga Parit Buntar dan Bandar Bharu. Pagi tadi adalah imbauan silam, walaupun semasa itu saya masih kecil tetapi hari ini sebagai Ahli Parlimen saya merasakan seolah saya berada dalam detik-detik itu. Semoga roh mereka berada dalam ketenangan.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Pak Ya Catering *since 1990* | Slim River » Kenduri <b>di behrang</b> 2020

Posted: 08 Sep 2012 06:40 AM PDT

Salah satu katerer yang berpengalaman di Bahagian Malaysia Tengah: Kawasan Perkhidmatan: Slim River, Tanjong Malim, Sungkai, Tapah, Bidor, Rawang, Puchong, Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak & Putrajaya.| One of the experienced caterer in the Malaysia West Region. Service Area: Slim River, Tanjong Malim, Sungkai, Tapah, Bidor, Rawang, Puchong, Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak & Putrajaya.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Jangan Salahkan Mark Zuckerberg! — illustrasiaku .com

Posted: 02 Sep 2012 08:30 AM PDT

Belum masuk sekolah menengah sudah pandai ponteng kelas untuk berjumpa teman lelaki. November lalu gadis berusia baru 12 tahun itu pertama kali dirogol oleh pakwenya yang berusia 16 tahun.

Selepas kejadian pertama itu pelajar tersebut, kini 13, mengakui beberapa kali dirogol remaja yang sama.

"Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya," kata si gadis seperti yang disiar media, kelmarin.

Perlu diingat, hubungan seks beberapa kali itu menjadi jenayah rogol sebab gadis masih di bawah umur. Sekiranya tidak berstatus bawah umur, perlakuan ketika ponteng sekolah itu tidak dikira rogol, dan dianggap hanya sebagai 'bertukar-tukar hadiah suka sama suka'.

Siapa agaknya yang patut disalahkan dalam kes malang ini? Adakah remaja 16 tahun yang pandai memujuk rayu, mungkin meniru ala-ala romantis dari filem Hindustan, atau dari siri drama Korea yang banyak ditayangkan di TV kita sekarang.

Boleh jadi juga salah si gadis sebab cepat tergoda dan menyerah. Atau adakah salah ibu bapa pelajar berkenaan yang gagal mengawasi pergerakan anak sehingga acap ponteng sekolah untuk bercumbuan.

Tetapi, rata-rata orang menyalahkan Facebook. Laman sosial itulah yang mula mengenalkan 'Romeo' dan 'Juliet' berkenaan. Seperti yang diakui Juliet, dia mula menjalin hubungan di alam siber pertengahan tahun lalu.

Dari alam siber ke alam nyata, dan… Apabila Mark Zuckerberg mula mencipta Facebook pada 2004 – ketika itu usianya baru 20 tahun – dia mungkin tidak terfikir sisi-sisi negatif yang bakal dicetuskan oleh hasil rekaannya itu. Atau, boleh jadi juga si genius komputer itu memang sudah menjangka akibatnya, dan hanya mengambil sikap 'ada aku kisah?'

Hari ini, tidak sampai sepuluh tahun, laman sosial ciptaan pelajar tercicir Havard itu mempunyai pelanggan lebih 250 juta di seluruh dunia, dan Zuckerberg menjadi jutawan, sekali gus selebriti dunia. Tidak dinafikan banyak manfaatnya. Maklumat dan data tersebar dan diterima di hujung jari.

Apa yang terjadi di sebelah sana glob, diketahui di sebelah sini dalam beberapa saat. Pasaran saham, keputusan pilihan raya, perlawanan bola sepak Piala Eropah, semuanya boleh diketahui dalam sekelip mata.

Tetapi banyak juga kesan buruknya. Orang boleh melakukan jenayah menerusi laman maya ini. Seperti yang diberitakan dari London kelmarin, maklumat yang dikumpulkan akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.

Menurut laporan itu, tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu. Bukan setakat itu, laman tersebut juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.

Di tempat kita Facebook menjadi medan peperangan, lebih-lebih lagi pada musim-musim pilihan raya seperti sekarang. Siapa sahaja boleh menuduh apa sahaja menerusi laman popular ini. Detik demi detik telefon bimbit kita berdecit, pasti ada fitnah baru yang masuk dalam Facebook kita.

Malah, sudah banyak juga kes orang kita terpedaya menerusi laman maya ini. Ada lelaki tampan, bahasanya indah dan amat mendayu, hingga memikat hati seorang wanita.

Apabila hati sudah terpikat, masa akan banyak dihabiskan melayan jejaka tampan itu menerusi maya. Hari demi hari saling berbalas bahasa indah, tidak disedari cinta telah bersemi di alam maya. Meski hanya dalam maya, keasyikannya amat luar biasa.

Gambar bertukar gambar, termasuk aksi paling menggiurkan. Kemudian si jejaka mula meminta wang untuk urusan yang kononnya membolehkan mereka bertemu di KL.

Demi cinta wang dimasukkan dalam akaun tanpa sedikit pun rasa ragu. Hanya setelah beberapa bulan berlalu, dan RM puluhan ribu telah diberi, barulah diketahui jejaka yang dipuja dan didodoikan menerusi maya itu, rupanya satu penipuan terancang.

Cerita seperti ini semakin kerap kita dengar. Facebook, sama seperti Internet, sentiasa ada manfaat dan kebaikan. Tetapi, sentiasa juga ada bahaya dan keburukan. Jangan salahkan Zuckerberg. Kita tidak perlu lari dari kecanggihan maya. Tetapi perlu menggunakan fikiran, bukan perasaan.

Rating: 1.0/10 (1 vote cast)
Jangan Salahkan Mark Zuckerberg!, 1.0 out of 10 based on 1 rating

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


My Keju & Coklat: Menyusuri Sejarah Pasir Salak dan <b>Teluk Intan</b>

Posted: 10 Sep 2012 10:44 AM PDT

Tajuk dah macam cikgu sejarah nak buat lawatan sambil belajar bersama anak murid. hehe..
Niat asal adalah untuk menziarahi Opah En Bapak di Teluk Intan. Kami bergerak awal pagi untuk bersarapan di restoran mamak di Jelapang.
Cadangnya adalah untuk melawat tempat menarik dalam perjalanan ke kampung Opah. Akhirnya kami bersepakat untuk melawat Kompleks Sejarah Pasir Salah di Kampung Gajah. Memandangkan jaraknya hanya kira-kira 25 km dari Teluk Intan kesempatan ini sukar kami abaikan.
Ketika sampai matahari hampir berada tegak di atas kepala. Hari yang kami lawati adalah bukan hari cuti, maka diibaratkan kunjungan berkenaan macam biasa seperti kompleks atuk nenek yang punya. Mula-mula kita harus menapak kira-kira 500 meter untuk masuk ke kompleks utama. 
Kita bergambar dulu dengan jam suria sebagai simbolik kepada pembinaan terowong sejarah,
Kemudian, kita bayar tiket dan bergambar lagi depan pintu masuk terowong. hehe...Famili gila merakam memori ginilah. 
Dah nama terowong, haruslah laluannya adalah bergelap. Apa yang bercahaya adalah paparan 42 diorama berkaca lengkap dengan ilustrasi lukisan, replika manusia yang menggambarkan keadaan sebenar sesuatu peristiwa. Plot kronologi yang dipersembahkan sangat menggagumkan kerana secara tidak langsung kami dapat mengimbas kembali sejarah tanah air bermula dengan penempatan awal di Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara. .
Selain itu, ada sebahagian diorama diperkukuh dengan kesan bunyi bagi menghidupkan perjalanan plot sejarah yang amat berharga ini. Hinggakan Khalish dan Ilhan terpegun dengan susun atur yang berwarna warni. Anak-anak masih kecil tidak faham apa-apa, tapi ini adalah peluang permulaan memperkenalkan mereka dengan kisah sejarah. 
Usai menatap kesemua kisah sejarah, kami bergerak ke tingkat bawah untuk ke Galeri Keris yang mempamerkan koleksi 180 keris dari Kepulauan Melayu Nusantara. Sayangnya gambar tidak dibenarkan dirakam di galeri ini.
Kemudian kami melawat ke bahagian luar kompleks berkenaan yang memaparkan tapak asal J.W.W. Birch dibunuh serta tugu peringatannya (beliau dikatakan mati dibunuh ketika sedang mandi di tepi sungai). Selain itu,  turut terdapat tugu peringatan pahlawan Melayu, rumah Kutai, kubur Si Puntum dan replika perahu naga.



Selesai sesi merakam memori, kami kemudiannya bergerak ke rumah Opah. Sebelah petangnya, kami meneruskan perjalanan ke Menara Condong di Teluk Intan. Bolehlah pulak si Ilhan sedap tidur tak nak bangun walaupun dikejut beberapa kali.

Sudahnya saya menggagahkan diri mendukung si kecil yang sudah melebihi berat 10kg beras mendaki anak tangga dua tingkat dalam menara berkenaan. Alang-alang dah sampai haruslah dijejaki hingga ke dalam menara. Ye tak?


Ketika di sana, En Bapak berjumpa rakan kerjanya untuk membawa kami ke tepi sungai bagi membeli udang galah. Sudahnya melepaslah saya untuk menikmati mee rebus dan rojak Mastan Ghani yang dikatakan femes itu kerana kami kemudiannya dijemput beraya di rumah rakannya itu. 
Tak mengapalah, kata En Bapak rasanya sama sahaja dengan restoran cawangannya di Silibin. Ok, jangan lupa belanja saya kelak ye, B. hehe...

Era Pasca: video ceramah Pelakon Hairie Othman <b>di Teluk Intan</b> 26 <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 08:54 AM PDT

@hairieothman
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
Do you Like this story..?

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Kuliah Ustaz Azhar Idrus <b>Di Kuala Kangsar</b> Cuba Digagalkan

Posted: 12 Sep 2012 09:18 PM PDT

Blog mtdchenderoh.blogspot.com
Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.
Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.
Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.
Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.
Golongan ini juga sudah sudah pastilah akan bertambah migrin bila melihat lautan manusia akan hadir terutama anak- anak muda dalam majlis tersebut.
Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya yang sedang berusaha gigih bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


SBDJ (Jilid 01) Siri 20: Memburu Raja Pukau | cerita.pun.bz

Posted: 16 Sep 2012 06:58 AM PDT

Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu. Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok. Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya. "Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk. "Kita tak percaya, awak memang handal." "Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum
lalu merapati Bah Lanjut. Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya. "Ke mana?" balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung
muka Bah Lanjut mengajukan pertanyan. "Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan
oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu. Sebelum panas terik mencengkam
perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri. Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat- kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali. "Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas. "Ini kerja mati," Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, "Kau jangan banyak kerenah," cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya. "Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu.
Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan ka¬wasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain. "Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu,
saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan
kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam
kebanyakan gua di Malaysia. Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan-Iahan pada akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah. "Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh
kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang. Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di bawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang
berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki. Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut. Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat -cepat datuk mengelak. "lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang secara mendadak
menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah. "Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut. "Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan
dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh
ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung. "Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya. "Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membalas dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut. Sejak dari peristiwa itu kawasan
perkampungan orang asli di Kampung Raja- Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat-ayat al Quran. Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Islam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya me¬nganut agama Islam. Dua hari sebelum meninggalkan kampung
orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang. Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya. "Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia boleh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin. Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong. Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Cameron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis. Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya. Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan
rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda- tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan. Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya. Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang paling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan. Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu- ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walau bagaimana pun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi. Pengalaman-
pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar
keistimewaan-
keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya. Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang
berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini. "Kau jangan ikut macam
datuk kau," kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk yang duduk disisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan. "Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia
merenung muka nenek sambil berkata, "Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?" "Sudah." "Sudah bagaimana?" balas datuk lagi. "Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama." "Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?" "Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna", begitu nenek memberikan
pendapatnya dalam hal tersebut. Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman. Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya. Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas. "Apa hajatnya'?" tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Mai-din dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya. Datukpun
mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka. Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah. "Perkara yang benar- benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah", Din Kerani memberitahu datuk. Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama. "Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk. "Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup." "Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada di rumah." "Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang. "Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus. "Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya." "Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang. "Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?", soal datuk. "Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani memberikan
penerangan. Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka
jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun tidak tahu. Malam itu selepas menunaikan
sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya. "Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil
memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding. "Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk. Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu. "Kenapa pula?" "Saya sudah malas dengan kerja ini." "Orang minta tolong, mestilah ditolong." "Saya faham, tapi ... ," datuk tidak meneruskan kata-kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya. Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain. Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ. "Kenapa tok?" tanya saya. datuk renung muka saya. "Perkara ini berat," jawabnya. "Sebab?" "Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat. "Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan
penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur. Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh kawasan
kampung itu sudah dijalaninya. Datuk sudah
memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan
kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau. Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya. Alasan datuk memerlukan pondok itu
ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan. Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani. "Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan
kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia. Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang
yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai. "Orang ini menggunakan
tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa," datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ. Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki. "Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya lihat tangannya tidak apa- apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus. "Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya.
Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang. "Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak
silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung," tambah datuk. Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibu jarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya orang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek. "Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok. "Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang- barang yang di rumah," tambah datuk lagi. "Kenapa jadi begitu tok?" "Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya
dan dia menguji." "Siapa yang handaI dalam hal ni tok?" "Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu." Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya. Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua kampung. Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak- geri manusia bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali. Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam-hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak. Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak.
Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau
busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat. "Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Teratak Rohas: Kenangan Raya <b>Di Tapah</b>, Perak

Posted: 17 Sep 2012 09:56 PM PDT

Kelmarin raya sempat juga Rohas sekeluarga pulang beraya di kampung sebelah bapa mertua di Kg. Chenderiang, Tapah Perak. Kalau ada yg duduk di Perak pasti tahu tempat ni sebab ianya terkenal dengan air terjun Lata Kinjang. Kampung ni terpencil di sebalik bukit bukau & gunung ganang, sebab tu ler banyak punca air terjun & sungai. Bila berada di sini rasa sangat suasana kampung dan kenyamanannya.
Syukur alhamdulillah masih berkesempatan datang ke sini walaupun bapa mertua telah 6 tahun pergi menghadap Yang Maha Esa. Silaturrahim yang telah lama terjalin masih erat di sanubari.
Lihatlah betapa syahdunya suasana kampung ni.....
Walaupun kita sampai waktu tengahari tetapi masih nampak kabus lagi......
So, cuba anda bayangkan betapa sejuknya kalau di waktu malam......
Sampai2 jer Syahir dan sepupunya dah terjah kolam ikan di belakang rumah Mak Chor.
Syahir excited sangat2, maklum ler 1st time balik ke kampung Tapah.
Kolam ni dibina atas bekas lombong, maknanya air di kolam ni sangat2 dalam.
Kalau nak tangkap ikan kena guna perahu, so derang tengok jer la Pak Long yang jaring ikan ya sbb orang yg expert dlm kerja2 ni jer yg boleh turun ke kolam.
Duduk berbaris semuanya menunggu ikan :D
Ikan dah masuk jaring.....ikan lampan ni.....
Cer tengok cara orang kampung ikat ikan2 tu....guna tali rapia jer.
Ikan2 fresh dari kolam......ada lampan, jelawat & talapia.
Ini ler yang Syahir suka.....naik motor kelliling kampung.
Mama Syahir pun suka jugak naik motor......naik motor duduk style kampung :)

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


<b>Taiping</b> Mali: Khutbah Politik oleh khatib Pas : Masjid <b>di</b> Perak juga <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 07:26 PM PDT

Pas sangat terdesak untuk mencari sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan khutbah Jumaat. Parti Islam Sesat ini dilihat sangat terdesak serta gentar dengan gelombang biru dan gelombang merah, di mana-mana pun rakyat sudah kembali memberi sokongan kepada Umno dan BN. Program Pas terkulat-kulat sepi tanpa sokongan rakyat.

Bukan sahaja di negeri Kelantan, ia juga berlaku di Perak tetapi kebanyakan makmum tak ambil kisah dan tidak membuat bantahan atau laporan polis.

Dua minggu lepas, khutbah Jumaat bertajuk 'Fitnah', Teks khutbah dikeluarkan oleh Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak telah diubah suai oleh khatib tersebut yang pro Pas.

Ianya berlaku di Masjid Kampung Expo Kamunting, Imam Osman Noh bekas pesara Kagat yang menjadi imam no 2 di masjid tersebut telah mengubah dan mengolah semula teks sesuka hati beliau.

Antara nya ia menuduh fitnah dilakukan oleh penulis-penulis blog dan juga melalui sms. Fitnah dilakukan oleh Umno terhadap Pas dan sebagainya.

Seorang makmum masjid tersebut sedar bahawa ada yang tidak kena dengan teks khutbah telah menghubungi TM dan bertanyakan tentang teks khutbah di masjid lain.

TM memaklumkan memang khutbah minggu tersebut berkaitan dengan tajuk 'Fitnah'. Khatib membaca teks dan fokusnya ialah mengajak dan memperingati makmum tentang bahaya dan dosa fitnah yang dilakukan. Tak ada pula menyebut fitnah dibawa oleh bloggers dan fitnah disebar melalui sms untuk memburukkan Pas.

TM cuba meminta seorang rakan untuk mendapatkan teks khutbah Jumaat 2 minggu lepas tetapi gagal diperolehi.

Harapan TM ialah pihak Nazir Masjid atau mana-mana pegawai agama dapat menyiasat kes ini dan mengambil tindakan terhadap khatib yang suka menyelewangkan fakta dan mengubah suai teks khutbah mengikut selera beliau yang pro PAS.

Osman Noh harus sedar akan kesalahannya dan dialah sebenarnya bapa penyebar fitnah di Taiping. Ini kerana beliau juga merupakan penceramah agama yang bergerak aktif di sekitar daerah Larut, Matang dan Selama.

Untuk maklumat pembaca, Osman Noh bekas PTB Kagat kini hidup mewah kerana isteri beliau makan gaji dengan kerajaan bergred DG 41 atau mungkin DG 44 sekarang. Memilik dua kereta mewah walaupun tak sehebat Azhar Idrus.


Dalam program politik di masjid Kampung Expo, dia lah peneraju utama tetapi tak suka tunjuk muka apa lagi untuk bergambar bersama-sama jawatan kuasa yang lain.

Jumaat lepas 14 September teks khutbah dibacakan oleh Imam Wahid, awal-awal lagi Imam Wahid menyebut bahawa teks ini ditulis oleh Majlis Islam Perak.

TM cuba membuka laman web majlis agama islam dan adat istiadat perak untuk memuat turun teks khutbah tetapi tak jumpa. Yang hariannya bagaimana teks 14 September 2012 boleh berada dalam blog Pas dalam bentuk PDF. Perkara ini juga perlu penjelasan daripada pihak Majlis Islam Perak

MASJID DAN SURAU MENGIKUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM PERAK

Blog yang menyiarkan enakmen ini pun kepunyaan orang Pas. Nampak sangat bahawa pegawai agama di Perak dikuasai oleh Pas. Ini termasuk Pejabat Agama Taiping.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


BN tepati janji selesaikan masalah rakyat <b>Kuala Sepetang</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 07:34 AM PDT

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Berkat kerjasama penduduk Kampung Seberang Kuala Sepetang akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan negeri Perak meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi membina jejantas pejalan kaki dan motosikal, sekaligus menepati slogan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Meskipun kawasan itu dikuasai parti pembangkang, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak pernah lepas tangan dalam membantu serta menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Kuala Sepetang.

Hari ini, sejarah terlakar apabila penantian lebih 30 tahun penduduk terutamanya yang tinggal di seberang sungai untuk menggunakan jejantas yang baru telah berakhir, semuanya kerana bantuan dan sokongan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Zambry, projek itu adalah sebahagian daripada janji kerajaan BN kepada rakyat sejak mengambil tampuk pemerintahan negeri kira-kira tiga tahun lalu.

"Kita (BN) tak tunggu pilihan raya untuk bantu atau tunaikan janji kepada rakyat sebaliknya kita terus berusaha menyelesaikan masalah rakyat Kuala Sepetang seperti isu tapak sekolah Cina dan penduduk setinggan yang tinggal di tanah rizab milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Jejantas Pejalan Kaki dan Motosikal di Kampung Seberang Kuala Sepetang, hari ini.

Projek yang menggunakan teknik DURA itu dijangka siap pada November 2013 dan membabitkan pembinaan jejantas sepanjang 111.9 meter dengan lebar tiga meter.

Ia juga merupakan satu-satunya projek jejantas yang menyeberangi sungai di negeri Perak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry meminta penduduk agar tidak mudah termakan hasutan pihak pembangkang yang akan cuba menggagalkan projek itu, sebaliknya memberi kerjasama kepada kontraktor agar ia berjalan lancar dan siap mengikut jadual.

"Kerja pembangkang memang senang ….cucuk rakyat untuk gagalkan projek tapi kita harap rakyat di sini dapat beri kerjasama dan jangan percaya dengan cakap mereka," katanya lagi.

Tegasnya lagi, kemudahan jejantas itu dapat memudahkan perjalanan penduduk dan murid-murid yang bersekolah di pekan Kuala Sepetang.

"Selama ini, penduduk Kampung Seberang Kuala Sepetang menggunakan sampan khas untuk berulang-alik ke pekan.

"Menyedari kesukaran yang dihadapi penduduk, kita akhirnya meluluskan projek jejantas pejalan kaki dan motosikal ini hasil peruntukan kerajaan negeri sendiri.

"Lebih membanggakan teknologi DURA yang diperkenalkan oleh anak tempatan dari Perak ini bukan sahaja dapat menghasilkan binaan jejantas yang kukuh dan tahan lama tetapi juga menjimatkan kos," kata Zambry lagi.

Sementara itu, penduduk Kuala Sepetang yang ditemui Peraktoday.com menyambut baik projek itu yang disifatkan sebagai kena dan tepat pada masanya.

Nelayan, Ho Ah Ba, 60, berkata projek itu dapat memudahkan urusan penduduk untuk berulang-alik ke pekan Kuala Sepetang.

"Saya berasa gembira kerana projek ini akhirnya dapat direalisasikan dengan sokongan dan bantuan kerajaan negeri," katanya.

Ng Chye Hock, pula menegaskan kerajaan BN berjaya menyelesaikan banyak masalah di Kuala Sepetang yang dikuasai wakil rakyat pembangkang.

Katanya, hampir 70 peratus setinggan yang menduduki tanah rizab KTMB sudah mendapat Surat Tawaran 5A daripada kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat.

"Saya yakin sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat hasil pelbagai usaha dan pendekatan yang diambil kerajaan dalam membantu dan menyelesaikan masalah mereka," katanya lagi.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Jemputan Majlis Rumah Terbuka Gelanggang <b>Kinta Di</b> JPA IPOH <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:42 PM PDT

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Dd i n b u n g a: GELOMBANG BIRU <b>DI</b> PARLIMEN <b>TAMBUN</b> <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 08:41 PM PDT

15 SEPTEMBER 2012 SEJARAH DICIPTA OLEH BN PARLIMEN TAMBUN

5,000 ORANG PERWAKILAN, JENTERA PILIHANRAYA BN DAN NGO BERKUMPUL

DI PERHIMPUNAN PEMIMPIN PEMIMPIN PARLIMEN TAMBUN SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN 2012

UMNO BAHAGIAN TAMBUN MEMECAH TRADISI DI MESYUARAT PERWAKILANNYA DENGAN MENGHIMPUN SEMUA PIMPINAN BAGI BERSAMA - SAMA MERAIKAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN

YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN SENDIRI YANG MEMBENTANG USUL MENYOKONG KEPIMPINAN YAB DS NAJIB TUN RAZAK
DAN AKAN BERSAMA - SAMA KEPIMPINAN PERINGKAT PUSAT, NEGERI DAN BAHAGIAN BAGI BEKERJA KERAS MEMASTI BARISAN NASIONAL TERUS MEMERINTAH NEGARA

TETAP PENUH DIDALAM DEWAN SEMASA YB DS AHMAD HUSNI MEMBENTANG USUL DAN MENDAPAT SORAKAN SEMANGAT DARI PERWAKILAN DAN TETAMU
BUKTI BAHAWA BN PARLIMEN TAMBUN TERUS KUAT DAN BERSEMANGAT

KEHADIRAN BERBILANG KAUM MEMBUKTIKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA DI TAMBUN

TUA, MUDA, LELAKI, PEREMPUAN, REMAJA, KANAK - KANAK MEMENUHI DEWAN

NYANYIAN LAGU SEPERTI NEGARA KU, LAGU UMNO, LAGU BARISAN NASIONAL, LAGU 1MALAYSIA DAN LAGU JIKA KAU BOLEH DAN LAGU 'WE ARE ONE' BERKUMANDANG DAN DINYANYI DENGAN PEBUH SEMANGAT

MESYUARAT BERLANGSUNG DENGAN PENUH PENGISIAN USUL YANG DIBENTANG SENDIRI OLEH KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN DAN DI SOKONG OLEH YB DATO NADZRI ISMAIL, TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN DAN DIBAHAS OLEH DATUK AMINUDDIN HANAFIAH , NAIB KETUA BAHAGIAN TAMBUN, DATO USTAZAH HJH FAEZAH, KETUA WANITA BAHAGIAN TAMBUN, SDR MAZLAN ABD RAHMAN, KETUA PEMUDA BAHAGIAN TAMBUN DAN SDRI AZANARITA, KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN TAMBUN MELIHATKAN KELAINAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN, PENDEK DAN PADAT.

YB DS AHMAD HUSNI MENYAMPAIKAN UCAPAN PENANGGUHAN DI HUJUNG MESYUARAT
SEMPOI, YB DS AHMAD HUSNI MENGETUAI NYANYIAN LAGU - LAGU PATRIOTIK
SIMBOLIK PERASMIAN YANG UNIK, ROBOT YANG MEMAKAI LENGKAP T'SHIRT BN DAN TOPI BN DAN MEMBAWA BENDERA BN MENYAMPAIAN PLAK PERASMIAN KEPADA YB DS AHMAD HUSNI

YB DS AHMAD HUSNI, YB DATO NADZRI ISMAIL DAN ENCIK SUHAIMI DIN, PEGAWAI KHAS MKII BERBINCANG SESUATU

ENCIK SUHAIMI DIN, PEGAWAI KHAS MENTERI KEWANGAN 2 MENYANYI DENGAN PENUH SEMANGAT LAGU 1MALAYSIA
BARISAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN
PENULIS BEGITU TERUJA SEKALI APABILA MEMASUKI DEWAN MELIHAT LAUTAN BIRU MEMENUHI DEWAN MALAH WALAUPUN MAJLIS ADALAH MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN SUDAH TENTU DALAM INGATAN PENULIS AKAN DIPENUHI OLEH AHLI UMNO, SEBENARNYA TIDAK, DEWAN DIPENUHI JUGA OLEH KAUM CINA, INDIA, PUNJABI, BAWEAN, ORANG ASLI YANG TURUT MERAIKAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN, MELAMBANGKAN KEAKRAPAN KELUARGA BN TAMBUN.
SEHINGGAKAN DEWAN KONVOKESYEN YANG BOLEH MEMUATKAN 4,000 ORANG PENUH SESAK DAN KELIHATAN KERUSI PLASTIK TERPAKSA DIBAWA MASUK BAGI MENGISI DIRUANG - RUANG KOSONG DI BELAKANG MALAH KELIHATAN JUGA YANG DUDUK DIATAS LANTAI DAN TANGGA. MANAKALA DI LUAR MASIH RAMAI YANG TIDAK DAPAT MASUK DAN TERPAKSA DUDUK DI BAWAH KHEMAH MAKAN YANG DISEDIAKAN.
PENULIS AMAT BANGGA DENGAN KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI YANG SENTIASA MEMBUAT KEJUTAN DAN PEMBAHARUAN DIDALAM SETIAP PROGRAM DAN CORAK KEPIMPINAN BELIAU, TERUTAMA INI ADALAH MESYUARAT PERWAKILAN UMNO YANG TERAKHIR SEBELUM PILIHANRAYA UMUM KE 13, PENGLIBATAN SEMUA HARUS DI TOTALKAN.
CUKUP BERSEJARAH BUAT BARISAN NASIONAL PARLIMEN TAMBUN, MEMANG BERSEJARAH BUAT UMNO BAHAGIAN TAMBUN, MALAH KESELURUHAN KEPIMPINAN DI SEMUA PERINGKAT TERMASUK KOMPONEN BN DAN  NGO - NGO DALAM PARLIMEN TAMBUN SEHARUSNYA BERBANGGA DIATAS PENCAPAIAN BN PADA HARI TERSEBUT, PASTI INSYAALLAH BN AKAN MENANG BESAR DI PARLIMEN TAMBUN, DI DUN MANJOI DAN DI DUN HULU KINTA.
SELAMAT MAJU JAYA BN PARLIMEN TAMBUN
"TAMBUN, KATAKAN TAK NAK ORANG LUAR"