Sabtu, 29 Disember 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pangkor - Google Blog Search


XTVT cuti sekolah 2012~percutian keluarga <b>di pangkor</b> - lyn at <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 10:59 PM PST

Assalammualaikum,,

percutian di pulau pangkor kita org booking bilik di Sandy Beach Resort selama 4hari 3malam..booked 2 bilik Super Deluxe ,memang best!anak2 pun enjoy,Hotel bersih pantai dekat, makan sedap & yg best x crowded !! hehehe..abah mak & makcik kak lyn pun suka ....
                     Rutin harian selepas Subuh kak lyn & adik berbasikal sekitar pulau pangkor, balik dari berbasikal kita makan Breakfast bufet kat hotel,,,lepas bfast gi pantai ke, boat trip,masuk swimming pool ke..seblm berehat & lunch,petang gi shopping & ke pantai lagi...bestnya tinggalkan Dapur sekejap..hehehe
Inilah antara kenangan kitaorang disana..




















kenangan terindah bersama keluarga <3

07 di hutan melintang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


ride to wedding day ~ <b>hutan melintang</b>, perak - kembara jalanan <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 12:47 AM PST

Salam Sejahtera diucapkan,
Post kali ni aku nk share kt korang pasal ride ke kenduri kawen kawan aku Sani@John di Hutan Melintang, Perak pada bulan November 2012 yang lalu. Dah lama kan baru nk post? xpelah at least ada jgk di post utk tatapan umum. Last call utk menutup tirai 2012.... tp xtau la kot2 ada lg post2 last call 1, last call 2 last call 3 lps ni.... muahahaha....oklah, ride ni bermula dan berkumpul di Pekan Kapar, Klang. Ride yg sempoi, enjoy dan xde rushing2. Kitaorg berkumpul seawal jam 9 pagi dan bertolak dalam sekitar jam 10.30 pagi. Permulaan ride so far ok xde masalah. Kitaorg melalui jalan Klang - Sabak Bernam. Bermula dari sekumpulan kecil pemuda pemudi gang2 RXZ menjadi segerombolan rxz group setelah pick up rakan2 dr Tg. Karang dan Sungai Besar. Gambar kt bawah ni yang akan menceritakan segala2nya..... layannnnnn.......






Careful you are being watched.....!!!!




 X laju pun, 120km/sejam jer.... jalan kampung xleh bwk laju2... nk fly2 kang kena baling kayu plak.... hahahaha.....


 Ni aku dlm kebosanan menanti rakan2 dari Sungai Besar kata nk saing ride sekali.


Inilah dia pacaran yang sudah pun berpacar. Pengantin lelaki siap pakai kasut Red Wing lg tuuu... bakar line sungguh...!!! huh!!!  ;p

07 di trolak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di trolak - Google Blog Search


<b>TROLAK</b> SELATAN: FELDA vs 3 NG .....

Posted: 23 Dec 2012 04:45 PM PST


Aku masih ingat, pada bulan November 1975 aku bersama-sama keluargaku pertama kali menjejakkan kaki ke Felda Trolak Selatan. Pada ketika itu aku hanya berumur 10 tahun. Seronok sangat apabila di sepanjang jalan masuk ke Felda kami melalui jalan yang berbukit-bukit serta pemandangan anak-anak pokok sawit saujana mata memandang. Berbeza sekali dengan kawasan bendang di Bagan Serai tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sebelum ini.

Kami sampai di perkarangan Pejabat Felda Trolak Selatan kira-kira jam 1.30 tengah hari. Selepas menunggu hampir setengah jam, abah mendapatkan kami sambil tersenyum dan berkata, "Dah. Dah dapat dah. Nombor 380. Jom kita ikut pegawai tu tunjukkan rumah."

Sampai saja di lokasi yang ditunjukkan, kami sekeluarga terus sahaja turun daripada van meredah lalang tebal yang tumbuh di sekeliling rumah.

"Wah, bestnyer. Inilah rumah kita. Jom kita sapu lantai. Lepas ni bolehlah bawa masuk barang-barang."

Di sebelah rumah kelihatan juga kesibukan sebuah keluarga mengemas rumah kerana mereka juga baru sampai seperti kami. Masing-masing ceria kegembiraan.

Abah terus sahaja mengeluarkan sebilah parang lalu menebas lalang untuk laluan kami masuk. Rumah kayu dengan dua bilik tidur, dinding kayu "berkambi" serta berberanda merupakan kediaman yang begitu indah buat kami. Tidak ada sesiapa pun yang kedengaran merungut tentang apa-apa kekurangan pada masa itu. Semua diterima dengan rasa syukur dan hati yang terbuka walhal keliling rumah semak, ruang rumah sempit, jalan ibarat lorong balak, tiada elektrik, paip air berkongsi dengan 5 rumah yang berdekatan dan mungkin banyak lagi jika hendak disenaraikan kekurangan yang terpaksa dihadapi.

Abah kata esok kena bangun awal sebab ada "rokal" (rollcall). Pagi-pagi lagi dah kena berkumpul di perkarangan pejabat Felda. Berbekalkan parang panjang, masing-masing berbasikal menuju kawasan ladang yang akan diusahakan. Waktu pergi, banyak bukit yang perlu "dicanggah". Jika tidak mampu berkayuh dek kerana jalan berbukit maka basikal terpaksa dituntun. Keadaan waktu balik lebih baik kerana kebanyakannya menuruni bukit. Tak perlu banyak berkayuh tetapi pastikan brek basikal baik.

Susah. Payah. Jerih. Perit. Tetapi abah tak pernah mengeluh sebaliknya sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Kenapa dan mengapa????????

Kami bukanlah berasal daripada keluarga yang senang atau berada. Abah dan mak sebelum ini hanya mengusahakan bendang yang disewa. Setiap hari abah dan mak berbasikal dari Bagan Serai ke Bukit Merah yang jauhnya kira-kira 12 kilometer jika mengikut jalan taliair. Pergi selepas sembahyang subuh dan sampai semula di rumah lepas asar dan kadang-kadang hampir maghrib.

Tapi aku masih "Bengang" .....

Yang aku "Bengang" ada orang yang dah kaya senang-senang dapat lebih 10,000 ekar tanah di Gua Musang. Dengarnya tanah anugerah pulak tu. Sedangkan kami yang susah pun Felda bagi 10 ekar jer. (Alhamdulillah). Kalau dibahagikan, tidak kurang 1,000 orang peneroka dapat ditempatkan di kawasan tu. Ni cuma 2 orang ...... Alahai ..... simpati tak bertempat .... Kesian kepada kuluarga @ kulaan aku yang masih tak bertanah dan berumah di Bagan Serai .....

Dengar cerita, 3 Ng ni la yang punya angkara .......

Hati-hati Tok Guru ... Depa berdua ni bukan boleh percaya ....... Anti Islam .... Anti Melayu .....
Tok Guru tahu ker kisah 3Ng ni ...... 
Nampaknyer Felda lebih adil mengagihkan tanah kepada ribuan rakyat yang susah berbanding ribuan ekar tanah diberikan hanya kepada 2 orang rakyat kaya hanya demi survival politik yang amat merugikan orang Melayu......
Fikir-fikirkan ..... Wallahuaklam.
Terkini : Baca DISINI

07 di parit buntar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di parit buntar - Google Blog Search


:: albanjari online V2 |: Polis tewas, perompak lolos <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 27 Dec 2012 01:15 AM PST

27 Disember 2012 | Parit Buntar

Rompakan nekad 3 penjenayah bersenjata di sebuah kedai emas ditengah-tengah pusat bandar parit buntar benar-benar mencemaskan warganya lewat tengahari tadi dimana dentuman das bedilan senjata api dari berbagai arah ditembak secara rambang oleh penjenayah kearah orang awam dan polis. Beberapa warga yang lalu di hadapan kedai emas berusaha melarikan diri dilihat tewas akibat peluru sesat. 

Kedai Emas Ridzuan milik seorang peniaga emas dari Kelantan ini diganyang perompak ketika pekerjanya masih melayan beberapa pelanggan dipremisnya. Nekad dan sangat berani, perompak yang bersenjata itu meluru masuk dan memecahkan cermin, manakala 2 perompak yang bersenjata rifel dipercayai 'styr' pula berkawal di luar kedai. 70% emas yang dipamerkan di ruang pameran lesap dirompak. 

Drama cemas yang memakan masa kurang 5 minit ini juga turut mencedera kan beberapa warga yang lalu lalang di situ. Nampaknya polis terus gagal mengatasi aksi perompak itu apabila kesemua perompak bersenjata lolos dan berjaya melarikan diri bersama hasil rompakan. Foto dibawah kredit untuk FB Mohamad Anwar.

:: albanjari Online Popular Posts ::

:: List Blog menyokong Program IKON MUSLIMAT MUDA ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

07 di kampar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kampar - Google Blog Search


Kinta Menjerit : Kasino-kasino <b>di Kampar</b> Punah Diserbu PDRM

Posted: 06 Oct 2012 05:35 AM PDT

Polis Daerah Kampar melumpuhkan sindiket perjudian haram dan merampas 461 komputer bernilai lebih RM400,000 dalam beberapa serbuan di sekitar pekan Kampar dan Gopeng, sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata sebanyak 31 serbuan dilakukan sepanjang sembilan bulan itu dan seramai 33 individu berusia lingkungan 17 hingga 55 tahun ditahan.

Beliau berkata sebanyak 31 kes dicatat dengan 18 dibawa ke mahkamah manakala 13 lagi masih dalam siasatan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seskyen 4B(a) Akta Rumah Judi dan Terbuka 1953, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun, katanya pada satu sidang akhbar di sini Jumaat.

Ng turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi premis perjudian haram di sekitar pekan ini dan Gopeng bagi mengelak tindakan terhadap mereka.

07 di ipoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


BERGAMBAR - Kelab Greenboc - Blogspot

Posted: 28 Dec 2012 03:17 PM PST


Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.

Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah - kosmo

Hasil carian Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages di link ini - menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":

Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012: Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style >>> PESTA BIKINI DERRR...

Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH DERRR...

*Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" & betul jugak cakap "Ayahanda" Awie, dia bukan jual dadah... Dia jual MINUMAN KERAS jerrr... Hahaha... -fb

9 comments:

View Comments/Post a Comment

07 di bota - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bota - Google Blog Search


Telok Bakong Online: Calon Bebas akan Betanding <b>Di</b> Dun <b>Bota</b> <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 04:14 PM PST

                     Rumor rumor mengenai calon calon BN dan PR akan ditandingi juga oleh calon calon bebas kini kian tersebar dengan begitu meluas sekali di Perak Tengah.Cerita ini telah mula menjadi perbualan yang hangat oleh pengunjung pengunjung kedai kopi.Dikalangan penganalisa dan strategi politik,perkara ini akan diberi perhatian yang mendalam untuk dikaji kesan dan impaknya kepada pola pengundian.
                    Khabar khabar angin sedang bertiup hebat mengenai DUN Belanja akan mendapat tentangan tiga penjuru iaitu dari calun BN,calun PAS dan calun bebas.Dikatakan calun bebas ini akan digalas oleh Kamarul Ramizu Idris.Beliau sebelum ini pernah menjadi calun bebas untuk Piliharaya Kecil Penanti 2009 Beliau tewas dengan mendapat cuma 56 undi.Beliau turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 dan tewas dengan hanya memungut 62 undi.
                    Untuk DUN Bota pula,dikatakan bahawa seorang bekas ahli Parti Keadilan turut berminat untuk mengisi kerusi bekenaan.Ini bermakna perlawanan 3 penjuru bakal terjadi di DUN Bota antara Ustaz Zulkifly Ibrahim (PKR),Calun BN (UMNO) dan Calun bebas. Calun bebas ini pernah terlibat dengan kes  didakwa bersama beberapa orang yang lain.Walaubagaimanapun mereka  didapati tidak bersalah oleh mahkamah.Keputusan untuk menjadi calun bebas ini dibuat beliau kerana dia merasakan bahawa beliau telah tidak diendahkan oleh kepimpinan parti.Terdapat usaha usaha pimpinan PKR untuk memulihkan hubungan ini,tetapi gagal setelah beliau tetap berkeras juga untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Bota.

Msinc-membuat kajian terhadap semua calun bebas yang bertanding..dari segi motif dan strategi politik.Didapati mana mana calun bebas di Semenanjung akan mendapat undi yang rendah sehinggakan ramai yang hilang wang pertaruhan.Mengapakah mereka masih berminat untuk bertanding walaupun boleh dijangkakan sememangnya akan kalah.Sanggup hilang wang pertaruhan.Mengapa?..atau ada tangan tangan ghaib yang menyuruh atau mengadunnya.Dari mana dapat sumber?..Kita akan kenal siapa mereka...

ZAKRI ALI: PANAS...Calon Bebas akan Bertanding <b>Di</b> Dun <b>Bota</b> Dan <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 09:00 PM PST

 
Rumor rumor mengenai calon calon BN dan PR akan ditandingi juga oleh calon calon bebas kini kian tersebar dengan begitu meluas sekali di Perak Tengah.
Cerita ini telah mula menjadi perbualan yang hangat oleh pengunjung pengunjung kedai kopi.
Dikalangan penganalisa dan strategi politik,perkara ini akan diberi perhatian yang mendalam untuk dikaji kesan dan impaknya kepada pola pengundian.

                    Khabar khabar angin sedang bertiup hebat mengenai DUN Belanja akan mendapat tentangan tiga penjuru iaitu dari calun BN,calun PAS dan calun bebas.Dikatakan calun bebas ini akan digalas oleh Kamarul Ramizu Idris.
Beliau sebelum ini pernah menjadi calun bebas untuk Piliharaya Kecil Penanti 2009 Beliau tewas dengan mendapat cuma 56 undi.Beliau turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 dan tewas dengan hanya memungut 62 undi.
Untuk DUN Bota pula,dikatakan bahawa seorang bekas ahli Parti Keadilan turut berminat untuk mengisi kerusi bekenaan.Ini bermakna perlawanan 3 penjuru bakal terjadi di DUN Bota antara Ustaz Zulkifly Ibrahim (PKR),Calun BN (UMNO) dan Calun bebas. 
Calun bebas ini pernah terlibat dengan kes  didakwa bersama beberapa orang yang lain.
Walaubagaimanapun mereka  didapati tidak bersalah oleh mahkamah.Keputusan untuk menjadi calun bebas ini dibuat beliau kerana dia merasakan bahawa beliau telah tidak diendahkan oleh kepimpinan parti.
Terdapat usaha usaha pimpinan PKR untuk memulihkan hubungan ini,tetapi gagal setelah beliau tetap berkeras juga untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Bota.
Msinc-membuat kajian terhadap semua calun bebas yang bertanding..dari segi motif dan strategi politik.Didapati mana mana calun bebas di Semenanjung akan mendapat undi yang rendah sehinggakan ramai yang hilang wang pertaruhan.
Mengapakah mereka masih berminat untuk bertanding walaupun boleh dijangkakan sememangnya akan kalah.Sanggup hilang wang pertaruhan.
Mengapa?..atau ada tangan tangan ghaib yang menyuruh atau mengadunnya.Dari mana dapat sumber?..Kita akan kenal siapa mereka...

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Syamsul Haq: PERKAHWINAN <b>DI KUALA KANGSAR</b>, PERAK

Posted: 18 Nov 2012 12:32 AM PST

Sabtu 17/11/12, Kami telah dijemput meriahkan majlis perkahwinan di Sayong, Kuala Kangsar Perak. Majlis berlangsung dengan lancar..










nampak MICHELLE YEOH <b>di Kuala Kangsar</b> - Maza Mohd

Posted: 22 May 2012 06:24 AM PDT

memang tak salah lagi, apa yang Jal nampak
kat pekan Kuala tadi memang MICHELLE YEOH
ala pelakon kelahiran PERAK, yang berlakon di HOLYWOOD tu
eh silap DATUK SERI MICHELLE YEOH
silap tadi tak SNAP gambar ingatkan amoi2 biasa jer..
tapi memag betol lah MY sebab ri ni beliau
dianugerahkan DARJAH SERI PADUKA PERAK (SPMP) kat
istana kat Kuala Kangsar ni….
nak baca lagi tentang berita tu sila ke blog MR ERAZ
CAIYOK Datuk Seri Michelle Yeoh
saya bangga jadi anak jati perak
hahah tak de kena mengena…

07 di pasir salak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pasir salak - Google Blog Search


Our Wonderful Simple Life: Kompleks Sejarah <b>Pasir Salak</b>

Posted: 19 Dec 2012 04:30 PM PST

Kalau mike orang Perak kenalah melawat Kompleks Sejarah Pasir Salakni.. Banyak maklumat sejarah yang boleh kita dapat di sini. Tapi memang sayanglah sebabnya banyak kemudahan yang ada di sini terbiar. Oleh kerana kamera akak dah kehabisan bateri maka tidak banyak gambar yang boleh dirakamkan di sini. Tambahan pula akak pergi waktu tengahari dan cuaca memang sangat panas, anak-anak dah tak berapa nak memberikan kerjasama..  
Terletak kira-kira 70km dari Ipoh, Kompleks Sejarah Pasir Salak memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela. Terdapat memorial yang didirikan untuk menghargai pengorbanan mereka, dalam bentuk sundang (pedang), satu replika berbentuk pisau yang digunakan dalam pembunuhan Mr. Birch. Kompleks ini memberi penghormatan kepada pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela, yang mengetuai penduduk tempatan menentang kuasa pentadbiran penjajah British.
Ia merupakan tempat di mana api semangat kebangsaan Melayu mula bertiup. Setelah Residen British Perak, J.W.W. Birch dibunuh di tebing Sungai Perak, ketegangan antara pentadbiran penjajah British dan orang Melayu meningkat. Ia menjadi bertambah buruk sehingga menjadi konflik terbuka yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan negara.
 Bergambar di depan Terowong Sejarah Pasir Salak.
Masuk ke Terowong Sejarahni sahaja dikenakan bayaran.
Bayaran yang amat murah RM4 untuk dewasa dan kanak-kanak RM2
Tapi dia mintak akak RM4 sahaja... 
Terowong Sejarahtu memang best pada akak..
Banyak maklumat yang boleh diperolehi..
kalau anak kita nak periksa sejarahtu bolehler datang sini.. senang nak paham
Tapi yang sebenarnya tak boleh ambil gambar kat dalamni .. 
Inilah rupa rumah Kutai.. rumah tradisional orang Perak... comelkan...

Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak, Malaysia. Rumah ini banyak terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar
Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang. (dari Wikipedia)
Bergambar dengan meriam Rentaka yang ada di situ...
Bergambar dengan jam suria
~ jam ini adalah bertujuan digunapakai bagi mengetahui waktu dan masa pada zaman Kesultanan dahulu kala. Jam ini masih lagi berfungsi dan boleh digunakan lagi. Jam ini bergantung kepada sinaran matahari untuk mengetahui waktu dan masa.
Bergambar di Menara Pandang ... tak naikpun.. budak dah letih...
Di luar Kompleks Sejarah Pasir Salak tu ada satu Galeri Sejarah Perak Darul Ridzuan, tak sempat nak masuk sebab bawak Marcella yang terkenal ngan banyak ragam.. Kalau anak akak boleh gak akak jegilkan mata sikit.. Takper lain kali boleh datang lagi sebab rasa macam tak puas pulak.. tapi serius cakap tempatni macam dah tak berseri sejak Tan Sri Ramli Ngah Talib tak jadi menteri besar Perak.. Harap dikekalkan apa yang ada dan ditambah baiklah kemudahan di sini.. semoga sejarah negeri Perak akan terjaga selamanya...

07 di taiping - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di taiping - Google Blog Search


Seram! Kisah Banglo Lama <b>Di Taiping</b> |Blog Isu Hangat

Posted: 13 Dec 2012 06:54 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Seram! Kisah Banglo Lama Di Taiping | Mendiami rumah banglo pada zaman dahulu dianggap paling kaya di daerah tersebut. Biarpun banglo itu tidak semoden hari ini, tetapi ia lambang kemegahan pada ketika itu. Namun banyak ...

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Bukan blog cikedis: Sepetang <b>di Kuala Sepetang</b>.

Posted: 28 Dec 2012 09:16 PM PST

Atas godaan daripada rakan-rakan internet Ayah, Ayah terpengaruh nak cuba Mee Udang Banjir Mak Jah yang terletak kat Kuala Sepetang. Kitorang bertolak dalam pukul tiga petang gitu. Hari memula cerah tapi kemudiannya hujan. Walaupun begitu demi Mee Udang Banjir Mak Jah segala hujan ribut sanggup kami redahi.
Sesampainya kat warung Mak Jah. Pehhh. Kereta banyak gilos. Berjembik alun orang nyer - kata orang Perak! Fuhh. Pikirkan sebab kitorang datang dari jauh, takkan nak patah balik kan. So sebelum makan kitorang cari mesjid dulu, solat. Masa tu dah pukul nam petang. Bayangkan tiga jam perjalanan! 
Siap solat, Kitorang pegi balik kat Warung Mak Jah tu. Rupanya bertentangan dengan Warung Mak Jah ade surau daaa. Buat penat je cari mesjid jejauh, isk isk.
Kitorang pun turun dari kereta dan tunggu turn nak duduk. Orang dia usah cakap lah. Memang ramai yang teramat ramai. Melayu cina india semua ade. Cina Singapore pun ade - sebab aku nampak kereta ber-nombo-plat Singapore. Boleh kata kebanyakan yang datang situ semua orang luar daerah dan luar negeri. Semuanya berkongsi satu matlamat - makan MEE UDANG BANJIR.
Agak lama jugak la tunggu turn. Itu pun kitorang dapat meja sebab Ayah yang cepat-cepat cop meja, kalau nak harap kitorang.. Hmmm alamat nya balik dengan perut kosong lah, hihi. Kitorang ode 4 Mee Udang Special, 2 Mee Udang biasa, ngan 1 Nasi Goreng Udang. Biasalah Shemi memang perut Melayu, mesti nak makan nasik.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, Nasik Goreng Udang sampai dulu. Tunggu dan tunggu lagi. Mee Udang sampai. Horray dah boleh makan. Tapi, air tak sampai-sampai. Takpe lah kitorang pun makan je dulu tanpa menunggu air. Kalau tersedak nasib lah kan.
Overall, udang dia memang banyak gila. Puas makan udang. Dalam satu mangkuk Mee Udang Biasa ade 8 ekor udang, kalau yang special memang berganda lah banyak nya sebab aku tengok adik aku makan memang banyak kulit udang. Tapi mee nya sikitt jek, huhu. Kalau perut macam saya boleh makan dua mangkuk kot wahaha dasar batak memang macam tu. Dan, mee tu kuah dia tak pedas langsung. Takde cabai potong atau cabai jeruk disediakan. So bagi orang-orang yang suka pedas macam saya (lagi) agak kurang la adventur nya gitu.
Harga setiap hidangan adelah standed Secret Recipe. Mee udang biasa RM7.00 dan kalau yang special tu RM11.00. Dalam mee tu cuma ade mee, udang, bawang goreng, dan daun sup bawang siket. Taugeh dan sayur-sayuran langsung tiada.
Oh ya. Pasal air kitorang yang tak sampai-sampai tu. Sudahnya kitorang bungkus je air tu. Lambat benor. Customer ramai, tukang buat ayor nya dua orang je, yang tukang hantar air pun sorang, memang tak menang tangan.
Selain daripada Mee Udang Banjir Mak Jah, Warung Mee Udang Banjir Mak Teh jugak popular kat Kuala Sepetang tu. Walaubagaimanapun. Hasil research aku kat pakcik google, ramai yang cakap mee udang banjir yang the best adelah kat TRONOH! Susah-susah je mencari Mee Udang Banjir sampai ke Kuala Sepetang, padahal yang kat Pekan Tronoh tu tak try lagi. Nama warung nya adelah Warung Selera Matang Mee Udang Banjir Tronoh. Haa amek kau punya panjang namanya.
Haih neguk ayor liyor tengok gambor mee kat google tadi. -___-
Disebabkan kitorang tak puas makan mee udang, so Mama pun buat la Mee Udang Banjir Sendiri Bikin~
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved