Isnin, 20 Februari 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Majlis Sambutan Tahun Baru Cina <b>Di Pangkor</b> Meriah – Perak Today

Posted: 20 Jan 2012 05:33 AM PST

DS Zambry dan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Kong Cho Ha hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina di Arena Square, Pulau Pangkor

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


5 Sekolah Ditutup Akibat Banjir <b>Di Manjoi</b> - TV3

Posted: 19 Feb 2012 09:54 PM PST

20/02/2012 13:54:00

Beratus rumah di sekitar Manjoi dan Buntong dekat Ipoh, Perak ditenggelami banjir.

Kejadian disebabkan hujan lebat sejak jam dua pagi tadi.

Akibat kejadian itu, lima sekolah terpaksa ditutup.

Hujan lebat lebih empat jam menyebabkan paras air Sungai Pari melimpahi tebing di kawasan Manjoi dan Buntong.

Akibatnya, beratus rumah di pinggir sungai ini dinaiki air.

Di Manjoi, lebih 100 rumah terjejas dan 20 keluarga terpaksa dipindahkan.

Mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Manjoi.

Punca limpahan air Sungai Pari dipercayai akibat sampah sarap yang menyekat aliran air.

Serentak itu, Majlis Bandaraya Ipoh, MBI menempatkan kakitangannya untuk membersihkan sampah sarap di kawasan terbabit.

ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail berkata banjir kali ini disifatkan terburuk dalam tempoh 10 tahun.

DATUK NADZRI ISMAIL/ADUN MANJOI
"Jingga ini bermaksud ia tidak bergitu selamat untuk penduduk. Hujan akan turun lagi. Jadi kita minta penduduk berwaspada."

Sementara di Buntong, beberapa rumah di Taman Lim, Taman Merdeka dan Kampung Sungai Pari ditengelami banjir.

Jumlah sebenar mangsa sedang dibanci.

Lebih 150 penduduk <b>di Manjoi</b>, Buntong terjejas akibat banjir <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 04:34 PM PST

Posted on February 21, 2012, Tuesday

MANGSA BANJIR: Anggota pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kinta membantu menyelamatkan mangsa banjir Rodhiah Nasir, 78, yang terperangkap apabila rumahnya di Jalan Raja, Gugusan Manjoi dinaiki air sejak pagi semalam. — Gambar Bernama

IPOH: Lebih 150 penduduk dari 50 buah keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntong di sini terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara akibat kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat sejak malam kelmarin.

Kesemua mereka dari Kampung Dato Ahmad Said, Kampung Tengku Hussein dan Kampung Manjoi dipindahkan berikutan paras air di beberapa batang sungai antaranya Sungai Pari dan Sungai Tapah melimpah.

Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Tengku Hussein dan Dewan Orang Ramai Kampung Manjoi di sini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang meninjau kawasan terjejas di Kampung Manjoi di sini, pagi semalam, berkata kejadian banjir itu dianggap luar biasa berbanding sebelum ini.

Beliau meminta Majlis Keselamatan Negeri dan agensi kerajaan lain menyalurkan segala bentuk bantuan dengan segera terutama keperluan harian dan makanan kepada kesemua mangsa banjir.

"Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengambil langkah segera bagi menghubungkan kawasan ini termasuk jalan raya di kampung-kampung yang rosak," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyumbang sejumlah peruntukan kepada semua mangsa banjir bagi mengurangkan beban terutama untuk membaik pulih kediaman mereka.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Datuk Nazri Ismail berkata menerusi laporan Jabatan Meteorologi, banjir tersebut ditandakan sebagai kawasan Jingga iaitu keadaan yang masih berisiko dilanda banjir semula.

Seorang penduduk di Kampung Manjoi, Che Akhirson Abd Ulrassar, 55, berkata beliau menyedari kejadian itu berlaku apabila seorang penduduk menjerit dengan memberitahu banjir berlaku.

"Pukul enam pagi saya lihat rumah saya dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Perabot di rumah saya rosak termasuk dua ekor kucing saya mati," katanya ketika ditemui.

Suri rumah Habsah Sharif, 56, berkata kejadian banjir yang berlaku pada hari ini merupakan kejadian yang paling buruk berlaku berbanding sebelum ini.

"Sebelum ini kalau hujan memang air naik tapi tak seteruk hari ini. Habis barang-barang saya tak dapat diselamatkan," katanya yang tinggal bersama suami serta dua orang anaknya. — Bernama

Mangsa banjir <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b> sibuk cuci, bersihkan rumah <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 10:02 PM PST

Cuaca baik pagi ini digunakan sebaik-baiknya oleh penduduk Gugusan Manjoi untuk membersih dan mencuci kelengkapan rumah mereka yang ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga satu meter akibat banjr kilat yang berlaku awal pagi semalam.

Walaupun penat selepas pulang dari pusat penempatan banjir, ia tidak menghalang mereka untuk terus membersihkan rumah masing-masing.

Salah seorang mangsa, Che Kahrison Abdul Ghafar, berkata beliau bersama suami agak sibuk membersihkan rumah apabila banjir mulai surut kira-kira jam 6 petang semalam.

Kerja membersihkan rumah katanya, menjadi lebih ringan apabila rakan suaminya turut menghulurkan bantuan secara bergotong-royong malam tadi untuk mencuci kekotoran yang disebabkan oleh banjir kilat.

"Kejadian banjir awal pagi semalam adalah yang terburuk pernah saya alami sejak tinggal di sini.

"Kerugian yang dialami hampir RM10,000 apabila barangan perabot dan elektrik seperti mesin basuh dan komputer riba rosak akibat ditenggelami air.

"Walaupun masih penat, saya terpaksa membersihkan perabot rumah yang ditenggelami air banjir mencecah paras lutut sambil dibantu oleh suami dan anak perempuan saya," tegas Che Kahrison lagi.

Suri rumah, Rahmah Ahmad, pula berkata, beliau sekeluarga dipindahkan sementara ke dewan orang ramai Kampung Manjoi pagi semalam sementara menunggu air banjir surut.

Beliau katanya, pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang untuk membersihkan rumah yang ditenggelami air yang mencecah paras dada.

"Bahagian dapur terjejas teruk akibat banjir awal pagi semalam tetapi mujurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku kepada kami sekeluarga," kata ibu kepada empat anak itu lagi.

Rahmah berkata, beliau tinggal menyewa rumah di Jalan Bunga, Kampung Manjoi Lama dan mengakui masalah banjir yang berlaku semalam paling teruk yang pernah dihadapinya.

Semalam, lebih 200 penduduk dari sekitar Gugusan Manjoi terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat hujan luar biasa yang turun awal pagi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden, Buntong dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah.

Akibat rempuhan arus yang deras, sebuah jambatan konkrit berdekatan Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup pagi ini termasuklah SK Sungai Pari dan SK Puteri, dekat Buntong.

Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Kadir yang turun padang melawat kawasan banjir di Gugusan Manjoi kemudiannya mengarahkan Majlis Keselamatan Negeri dan agensi kerajaan lain supaya menyalurkan bantuan meliputi pelbagai bentuk kepada mangsa banjir di Manjoi dan Buntong.

Katanya, bantuan berbentuk keperluan harian dan makanan perlu disalurkan kepada lebih 50 keluarga mangsa banjir bagi meringankan bebanan kesemua mangsa.

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


MAKAN maniA: Homemade Pizza <b>di Seri Iskandar</b>

Posted: 20 Feb 2012 08:11 PM PST

Inilah dia Homemade Pizza from Bandar Universiti Seri Iskandar...Senang giler nak order. Aritu mE SMS jer orang tu, pastu dia reply... Pastu tunggu jer lar dia hantar. FREE delivery OK... mE memang suke kalau urus niaga dengan SMS jer... Senang dan jimat... Hik3....

So pada u all yang tingin nak makan pizza, tapi malas nak start enjin kete or moto, mahupun basikal maka ringankan jari anda utuk call or SMS ke num ini :


Ade lagi 2 number.. Malas lak nak taip... Ok lar 1 num... so korang boleh lar makan pizza bebile jer dari jam 9pg sampai lar jam 10 malam....
mE @ Comment
For mE pizza dia sedap.... Tapi yang kurengnyer dia 'kureng' cheese... tapi xpalar, dah harga pun RM10 untuk 10" pizza... Berbaloi lar jugak... Sos dia buat sendiri... Tu yang rase cam best jer..... Bagi homemade Pizza Seri Iskandar, mE kasi 3 bintang to you.... Yummmyyy.....

p/s : malam ni mE nak wat pizza... X sabaunyer... Hehehehe...

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Hometown | Tempat Makan Santai <b>di Parit Buntar</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 07:22 AM PST


Tadi HH anak beranak pi makan luar kat sebuah restoren terbuka - Hometown ... menarik tempat ni, hidangan disediakan kebanyakkan western food. Baru nak mencuba ..... dan nampaknya memang bestlah tempat ni.
Kami anak beranak duduk makan bersila lagi ..makan bersila dengan chicken chop ... satu kelainan kan ..dan menariknya, ia juga ada pengunjung daripada bangsa lain.
Order air gelas besar punya .... huhhuhuuh...leh minum 4 orang tu ....HH dah lama tak minum air lobak merah bersusu (karot susu)


Siapa atas meja ada dekorasi lagi, simple tapi menarik. Tempat ini pun luas, sesuailah buat anak-anak yang suka bergonjeng. Tempat duduk sila ada kusyen macam tempat buat yoga, leh baring2 lagik ..hehehehe....


Best... makanan sedap dan mengenyangkan. Harga makanan walaupun nampak sekali pandang dalam menu macam mahal, tapi HH rasakan ia berpatutan la jugak.
Jika sesapa datang Parit Buntar, nak makan tempat yang menarik dan western food ..bolehlah mencuba di Hometown ehhh... oh ya...paling menarik, anda akan disambut dengan pelayan ala koboi!!

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Tragedi 11.11.11 Nahas ngeri bas-treler <b>di Behrang</b>: 4 maut <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2011 09:29 PM PST


Ini berita terkini yang diterima pagi tadi.  Tiga pelajar sekolah dan seorang guru terbunuh manakala 5 lagi parah apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah.

Setakat ini, 22 dilaporkan cedera dalam kemalangan di Behrang membabitkan bas dan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Dan setakat ini,  mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri itu ialah pelajar Tingkatan Tiga, Khairul Anuar Azhan; guru, Siti Hajar; seorang wanita dan seorang lagi pelajar yang masih hilang.


Bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands. Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.


Perkembangan terkini akan diupdate dari masa ke semasa.

Berikut adalah senarai nama yang maut dalam kejadian:
- Siti Hajar Mohamed, 33 tahun (Guru Ekonomi) – Kota Sarang Semut, Kedah
- Khairul Anwar Azhan (Pelajar Tingkatan 3)
- Maysara Zaidi, Taman Angsana (Pelajar Tingkatan 3)
- Basarah Saad ,45 tahun (orang awam yang membantu mangsa kemalangan)


p/s: Di manakah penghujungnya kemalangan yang melibatkan bas ni? Bila dah jadi macam-macam jawatankuasa khas diwujudkan lepas tu senyap jer....apa2 pun kita doakan keselamatan yang selebihnya dan alfatihah kepada yang maut dalam kemalangan ni.

Sumber :mstar,bharian



Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini


07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


tvOneNews: Siswa <b>di Kampar</b> Dilarang Rayakan Valentine Day <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 07:37 PM PST

Kampar, Riau, (tvOne)

Para siswa di Kabupaten Kampar, Provinsi Riau, terpaksa tidak bisa menggelar acara "valentine day" secara terbuka, cukup di tempat-tempat khusus, karena jika ketahuan, bakal kena sanksi.

Kepala Dinas Pendidikan, Pemuda dan Olahraga (Dikpora) Kabupaten Kampar, Amri Salam, Selasa, mengimbau agar seluruh sekolah memberitahukan kepada siswa dan mohon dukungan masyarakat agar tidak merayakan "Valentine day".

Ia mengatakan, perayaan hari kasih sayang dinilai merusak akhlak dan moral kaum muda, karena bertentangan. "Kalau di SMU Negeri 2 Bangkinang, diberlakukan sanksi skorsing hingga dua hari bagi siswa yang ketahuan merayakan 'Valentine Day. Karena ini tidak sesuai dengan adat Kampar dan agama Islam," demikian Kepala Sekolah, Abdul Latif mengatakan.

Bukan hanya yang ketahuan, tetapi menurut kepala sekolah, jika ada siswa melaporkan kegiatan 'valentine day' dari temannya, akan diberikan hadiah.

Dikatakannya, peraturan ini ditegakkan, karena perayaan 'valentine day' itu bagi bangsa Eropa. "Apalagi maknanya ('valentine day') itu adalah hari "Free Seks", tidak cocok bagi adat bangsa Indonesia, apalagi bagi masyarakat Kabupaten Kampar yang mayoritas beragama Islam," tuturnya.

Ia mengatakan, di Kampar, sudah setiap saat harus atau wajib tumbuh kasih sayang, terutama kepada orang tua, adik dan kakak atau keluarga. "Jadi, mengapa harus ada hari khusus," tanyanya.

Secara terpisah, Amri Salam mengatakan, 'valentine day' tak sesuai visi dengan pembangunan Bupati Kampar, yang meletakkan peningkatan akhlak dan moral sebagai pilar pertama.

"Apalagi Menurut Islam, kegiatan 'valentine day' itu hanya menimbulkan dosa, banyak mudharat, tidak bermanfaat bagi kami. Jadi, saya selaku Kadis mengimbau kepada masyarakat terutama pelajar agar tidak merayakan kegiatan 'valentine day'", jelasnya Kepada masyarakat luas, Amri mengajak untuk sama-sama mengingatkan, agar kaum muda terutama perlajar tidak ikut-ikutan merayakan hari 'valentine day' yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam, sebab itu merupakan budaya bangsa asing.

"Kami bersyukur, siswa SMU Negeri 1 Bangkinang Seberang telah mengucapkan janji tidak merayakan 'valentine day'," kata Kepala SMU Negeri I Bangkinang SEberang, Mardawi.

Dikatakan, agama Islam melarang kegiatan seperti ini. "Karenanya, mereka tidak merayakan 'valentine day' ini," ujar Mardawi. (Ant)

2962+ed

'); $.ajax({ type: 'POST', url: urlAjax, data: 'act=showcomment&id=53616&mode=' + mode, cache: false, success: function(html){ $("#commentList").fadeOut("slow", function(){$("#commentList").html(html).fadeIn("slow");}); } }); } function reportComment(id) { $("#reportBtn_" + id ).html('

'); $.ajax({ type: 'POST', url: urlAjax, data: 'act=commentreport&id=' + id, cache: false, success: function(html){ $("#reportBtn_" + id ).fadeOut("fast"); } }); } function getCommentForm(id) { var options = { url: urlAjax, beforeSubmit: function() { $('#commentForm').html('

'); }, success: function(response) { if(response.indexOf('info_fail') > -1) { $("#commentForm").fadeOut("slow", function(){$("#commentForm").html(response).fadeIn("slow");}); setTimeout('getCommentForm(53616)', 5000); } else { $("#commentForm").fadeOut("slow", function(){$("#commentForm").html(response).fadeIn("slow");}); if(response.indexOf('info_ok') > -1) { setTimeout("$('#unApproveComment').fadeIn('slow')", 1000); } } } }; //$('#openCommentForm').html('Harap tunggu...'); $('#openCommentForm').html('

'); $('#openCommentForm').removeAttr('onclick'); $.ajax({ type: 'POST', url: urlAjax, data: 'act=formcomment&id=' + id, cache: false, success: function(html){ $("#commentForm").fadeOut("fast", function(){$("#commentForm").html(html).fadeIn("slow", function(){ $('#frmKomen').ajaxForm(options); $('#txtKomen').keyup(function(){ limitChars('txtKomen', 500, 'limitInfo'); }); }); }); } }); } getComment('first'); function limitChars(textid, limit, infodiv) { var text = $('#'+textid).val(); var textlength = text.length; if(textlength > limit) { $('#' + infodiv).html('Anda tidak dapat menulis lebih dari '+limit+' karakter!'); $('#'+textid).val(text.substr(0,limit)); return false; } else { $('#' + infodiv).html('Batas karakter '+ (limit - textlength) +''); return true; } }

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Hablumminannas: Program Ustaz Azhar <b>di Seri Manjung</b> pd 18 & 19 <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 05:45 AM PST

Konsert Khalifah Seni di Marina Island, Lumut.
Foto Outing bersama Ust Azhar di Pulau Pangkor pd Ahad@ 19 Feb 2012
Kuliah Maghrib Ust Azhar Idrus di Surau Madah

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Gambar Puntianak Dirakam <b>Di</b> Menara Condong <b>Teluk Intan</b>

Posted: 28 Jan 2012 02:58 AM PST

ADS
.
ADS

Gambar Pontianak Di Menara Condong Te

Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

Penyebaran foto yang diragui keasliannya itu boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej pontianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.

Gambar Puntianak Di Menara Condong Te

Imej menyeramkan ni katanya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan dengan menggunakan handphone. Menurut sumber, peniaga tu sendiri tak tau gambar yang dirakam tu ada mengandungi gambar pontianak tersebut..

Ia dirakamkan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan Tahun Baru Cina tengah malam kelmarin.

Wajah 'gadis' berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan ini mula tersebar meluas melalui telefon bimbit. Berdasarkan imej kabur itu, kelihatan 'seorang gadis' yang sedang duduk sambil merenung ke arah sesuatu.

Anda Juga Meminati:

  1. Kemalangan Akibat Langgar Lampu Merah Dirakam CCTV Di Melaka
  2. Soalan Dan Jawapan Mengenai Isu SBPA
 

Sign up Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, AM_NOUVOS@yahoo.com.my:

Don't forget to confirm your email subcription

 

Related Article

 

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


DR TAMILSELVAN, DATIN AZLIN <b>DI IPOH</b> JUMAAT INI

Posted: 24 Jan 2012 08:44 PM PST


Konsultan Kesihatan 4Life (Champions Group), Dr SS Tamilselvan akan hadir memberi Health Talk on Transfer Factor, di HOTEL SYUEN, IPOH PADA JUMAAT, 27 JANUARI PADA JAM 8 MALAM. Ini adalah siri ceramah bulanan beliau mengenai 4Life dan Transfer Factor.
Turut bersama beliau ialah Datin Azlin Ibrahim, upline Kjee. So kalau korang ada masalah kesihatan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai supplimen ini, sila berjumpa Dr Tamil dan juga Datin Azlin. Mereka bersedia berkongsi apa jua ilmu mereka mereka cara2 mencari penawar kepada penyakit yang anda hidapi. Insya Allah.
Datin Azlin Ibrahim adalah isteri kepada Dato Hafifi Hafidz, seorang bekas pesakit kanser tahap 4 yang menemui penawar dalam product Transfer Factor dengan izinNya. Datin Azlin pernah melaluinya. Pengorbanan seorang isteri yang cukup tabah dan bertungkus lumus siang dan malam disisi suaminya ketika menghadapi saat2 getir kematian kerana kanser. Rugi kalau tak jumpa beliau. 
Dapatkanlah pengalaman beliau bagaimana beliau begitu sabar dan tabah terpaksa membantu suami melawan kanser di sisi anak2 yang masih kecil.
Masuk adalah percuma. Walaupun Kjee pernah merancang hadir sama tetapi rupa2nya jatuh pada tarikh sama Kjee berpindah rumah. Kjee harap korang akan ke sana beramai2. Nak tanya pasal supplimen atau nak jadi ahli pun boleh. Datin Azlin boleh bantu anda. Jangan lupa jumpa Datin Azlin, seorang wanita yang sangat ramah. Cam kita jugak. Hehehe.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Misi Memancing Kolam Air Masin <b>Di Kuala Kangsar</b> - blog*spot

Posted: 13 Feb 2012 06:28 PM PST

Hasil Tangkapan Siakap dan Kaci
Misi mencari kolam bagi Team Rod Lentuk kali ini, menjelajah ke kolam air masin di Kuala Kangsar, yang berlokasi tidak jauh dari exit tol highway plus menuju ke arah Lenggong. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit dari tol plus Changkat Jering, Taiping.
Cuaca yang agak cerah apabila kami sampai tepat pada pukul 2 petang di kolam pancing Kuala Kangsar. Kami sebenarnya telah lama berancang untuk datang ke kolam ini, tetapi pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan sebagai menghalang, dan hari ini kami berjaya untuk sampai ke sini.
Kolam tanah yang bersaiz lebih kurang 25 kaki x 50 kaki, mempunyai perkhidmatan seperti menjual umpan udang hidup yang berharga RM1 seekor. Makanan dan minuman ringan juga ada di jual di sini sebagai pelapik perut untuk pemancing-pemancing tegar di pekan Kuala Kangsar ini.

Siakap Pertama di naikkan oleh Team RL Fadzli

Rentapan pertama dari Team RL Fadzli dengan reel barunya, siakap putih menjamah umpan udang hidupnya, yang di tarik dengan reel Shimano Baitrunner 4000D. Tuah reel baru lah katakan. Siakap putih ini juga agak ganas dan kadang kala ikan ini akan melompat, cuba untuk memotong tali perambut setelah memakan umpan. Memang ganas!
Team RL Adihafiz menyahut lesen pertama dengan ikan siakap yang bersaiz lebih kurang 1.5Kg tidak kurang beza saiz dengan hasil Team RL Fadzli. Sekali lagi ikan siakap ini, melompat-lompat cuba untuk memutuskan tali dengan insangnya yang sangat tajam.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, terbantut sebentar misi kami. Pondok yang di sediakan agak kecil dan bumbungnya yang tinggi agak kurang sesuai kerana habis kami lenjut kebasahan akibat dari angin yang meniup air hujan masuk ke dalam pondok kami.
Apabila hujan kembali reda, Team RL Fadzli orang pertama yang berjaya menaikkan ikan di kolam ini. Ikan Kaci dengan menggunakan umpan anak ikan kap hidup. Ikan kaci ini adalah sejenis spesis ikan pemangsa, bergigi tajam dan rentapan ikan ini adalah lebih kuat dan ganas dari ikan siakap.
Nyata Team RL Fadzli berpuas hati dengan hasil di kolam pancing air masin di Kuala Kangsar ini dan kesemua hasil kami ini terus di bawa ke kedai makan untuk di buat santapan bersama keluarga tercinta.

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Cik Tembun Rasa....: RAYA CINA <b>DI</b> LOST WORLD OF <b>TAMBUN</b>

Posted: 30 Jan 2012 12:32 AM PST

Pe korang buat cuti raya cina last week?
hoho...kami balik kampung pada hari isnin sebab ada kenduri kawin pada hari selasa.
best woooo balik rumah Tuk Som gua.
makanan....mewah giler......
selain dari rumah mak aku dan pantry Level 17 Menara BP, dapur nenek aku ni la antara tempat yang paling heaven kalau sebut tang makan..
masa study kat U dulu, bila sekali sekala balik rumah Tuk Som kat Bandar Bharu ni, berat CikT memang konfemla naik.
most of my fevret memories here are about eating..other than memancing, pergi sawah dan mandi di tali air.
i simply kenot describelah how thankful i am to have a makcik like Acu, Alang, Arwah Makngah, Arwah Makcik Minah and of coz my nenek whom i think using a energizer batteries like bunnies for their delishhh food.
next time balik kampung maybe gua kena tangkap gambar makanan kat sanala.

anyway tetiba rasa nak mandi kolam pulak, jadi kami decided untuk pergi Lost World of Tambun.

RM40.50 (Adult)
RM34.20 (Child) (12 years old and below)
RM34.20 (Senior Citizen) (55 years old and above)

tapi harga masa NCY yang aku baya adalah RM45.
korang boleh dapat murah kalau beli awal2 kat internet. http://www.sunwaylostworldoftambunstore.com/v1/products-page-2/

Super Saver package dia ada:
RM56.00 (Adult)
RM50.00 (Child) (12 years old and below)
RM50.00 (Senior Citizen) (55 years old and above)
Super Saver Package inclusive of :- Entrance ticket to the Theme Park
- Tambun River Cruise (Replaced with Paddle Boat if closed)
- 1 Set Lunch at Waves Restaurant

kan ke murah kalau plan awal2.

BTW , LWOT NI TUTUP HARI SELASA KECUALI PADA PUBLIC HOLIDAY!

masa bayar tiket, kena add RM10 sebagai deposit sebab kita akan pakai gelang masa masuk. yang best pasal gelang ni, kita boleh reload duit dan gunakan dalam LWOT. maknanya korang tak payahla pegang duit kat tgn. reload je berapa2, pastu gunakan masa nak sewa pelampung, makan atau sewa loker.

tapi nak pi pilih loker punyala bercinta.

SEMUA mesin yang sepatutnya digunakan untuk bayar guna gelang reload tu tak boleh guna.
makanya terpaksalah kami beli secara manual dari staff LWOT yang mempunyai kuasa veto untuk menentukan kat mana loker kami. siot je.sudahnya loker kami berada ditengah-tengah kawasan sempit yang mempunyai kepadatan yang tinggi. padahal kat bahagian luar banyak je kosong.

Neway, memula kami naik train untuk pusing LWOT.best juga.
Lalu kat TIGER VALLEY (tapi rimau tengah tidur)
pastu lalu Lost World SWAN LAKE (RM5 untuk 20minit mengayuh di tasik)
pastu lalu kat attraction terbaru mereka iaitu TIN VALLEY dimana sejarah dan cara bijih timah dilombong di Perak.

Sudahnya kami stop Petting Zoo. nothing much, ada parrot, rabbit,ular.
and yes...kalau ular merupakan sebab mengapa korang taknak masuk X-Factor, maka janganla masuk Serphine Garden kat dalam tu sebab ada ular melingkar kat atas kepalaa...
yes, its on your head...eiiii....geli.

selepas tu baru mandiiiiiii.
kids zone - biasala tempat paling ramai orang sebab semua nak tunggu tempayan besar mencurah air.gelongsor kanak-kanak pun ok, tak membahayakan.
lazy river - syok.kami pusing 2 kali.
pirate ship -rosak
kuda pusing - takde orang jaga, slow giler.
buaian pusing - laju seperti dulu
bot pusing - rosak
pantai - takde ombak pun time kami datang
kolam air panas - terbaikkkk!

ride lain kami tak pi sebab Cik T ada anak kecik takde sapa nak jaga.kesian kan?

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


KEBANGKITAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) <b>DI LENGGONG</b>

Posted: 29 Dec 2011 09:08 AM PST

       Sejarah membuktikan Hulu Perak adalah salah satu daerah yang menjadi kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama. Sejarah juga membuktikan UMNO/BN menang dengan begitu selesa di Hulu Perak dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) hanya diketahui wujud sekitar musim pilihanraya dan seperti yang dijangka jauh sekali untuk menang. Faktor pendalaman, penduduk yang ketinggalan dari arus kemodenan memudahkan lagi UMNO/BN mempertahankan kuasa mereka disini.       Apa pun, itu keadaan begitu sudah menjadi sejarah di Lenggong. Kini tidak lagi sedemikian. PAS sudah mula mendapat tempat di kalangan penduduk di Lenggong, masyarakat disini sudah mula mengenali PAS, faham apa yang diperjuangkan. Ini dapat dibuktikan dengan perbandingan yang dibuat semasa silam.Jika dahulu PAS tidak dikenali, ditakuti oleh bangsa Cina, India malahan ada juga orang Melayu di Lenggong ini yang takut dengan PAS. Era kebangkitan PAS di Lenggong dapat dilihat sekitar 2 tahun ini semenjak pimpinan PAS diperingkat Kawasan Lenggong bertukar. Sejak diterajui oleh Yang Dipertua (YDP) baru iaitu Tuan Haji Razman Zakaria, perubahan demi perubahan dapat dilihat. Penulis tidak sekali kali mengatakan pimpinan lama gagal malahan bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana merekalah golongan sanggup menerajui perjuangan di Lenggong sebelum ini.         Perubahan besar dan isu - isu yang diperjuangkan oleh PAS di Lenggong seperti isu berkaitan Felcra, masalah berkaitan tanah, kebajikan masyarakat, salah guna kuasa pemimpin dilihat adalah faktor utama PAS mula diterima di Lenggong. Perubahan inilah yang membuatkan beberapa pimpinan UMNO/BN di Lenggong tidak senang duduk. Mereka juga dilihat terpaksa bekerja seperti yang dilakukan oleh PAS dan tidak bersenang lenang seperti sebelum ini. Banyak kampung - kampung yang dahulu menjadi kubu kuat mereka telah dipecahkan oleh PAS. Ini antara bukti masyarakat di Lenggong sudah dapat menerima PAS dan ini juga menjadi ukuran kekuatan UMNO/BN di Lenggong.     Akhir kalam dari penulis, jauh disudut hati ini terasa begitu yakin kemenangan sudah dihampiri. Harapan supaya diperkukuhkan lagi gerak kerja, tidak berputus asa dan menerima dugaan dengan redha, insyaAllah Allah SWT akan memberi kemenangan pada PRU 13 ini. Kepada semua amilin - amilin " Ayuh kita bangkit bersama - sama, berganding bahu, berjuang untuk menegakkan agama Allah, kita kuburkan UMNO/BN di Lenggong ini"... TAKBIR!!!

GALERI FOTO HMS: Kuliah <b>Di Lenggong</b>

Posted: 08 Feb 2012 07:30 AM PST

8 Feb 2012

Kuliah Maghrib 'Wahai Orang Yang Beriman' oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi di Lenggong.