Isnin, 20 Februari 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Tragedi 11.11.11 Nahas ngeri bas-treler <b>di Behrang</b>: 4 maut <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2011 09:29 PM PST


Ini berita terkini yang diterima pagi tadi.  Tiga pelajar sekolah dan seorang guru terbunuh manakala 5 lagi parah apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah.

Setakat ini, 22 dilaporkan cedera dalam kemalangan di Behrang membabitkan bas dan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Dan setakat ini,  mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri itu ialah pelajar Tingkatan Tiga, Khairul Anuar Azhan; guru, Siti Hajar; seorang wanita dan seorang lagi pelajar yang masih hilang.


Bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands. Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.


Perkembangan terkini akan diupdate dari masa ke semasa.

Berikut adalah senarai nama yang maut dalam kejadian:
- Siti Hajar Mohamed, 33 tahun (Guru Ekonomi) – Kota Sarang Semut, Kedah
- Khairul Anwar Azhan (Pelajar Tingkatan 3)
- Maysara Zaidi, Taman Angsana (Pelajar Tingkatan 3)
- Basarah Saad ,45 tahun (orang awam yang membantu mangsa kemalangan)


p/s: Di manakah penghujungnya kemalangan yang melibatkan bas ni? Bila dah jadi macam-macam jawatankuasa khas diwujudkan lepas tu senyap jer....apa2 pun kita doakan keselamatan yang selebihnya dan alfatihah kepada yang maut dalam kemalangan ni.

Sumber :mstar,bharian



Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan