Selasa, 14 Februari 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Calon wakil rakyat Perak (2) | Malaysia Times

Posted: 14 Feb 2012 05:53 PM PST

February 15, 2012


Dalam Pas, aku tak berapa risau sebab ada 3 barisan kepimpinan . Barisan pertama dibarisi oleh orang-orang macam Nik Aziz, Haji Hadi, Azizan Razak. Berapa lama lagi barisan ni boleh bertahan aku tak tau. Kemudian diwarisi oleh barisan kedua yang nampak lebih progresif. Orang-orang macam Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad, Nizar.

Barisan ketiga pulak dibarisi oleh orang-orang macam Nasruddin Tantawi, Ku Is, Muhaimin dan Hafeez. Ada progresif dan ada konservatif.

Dalam PKR ni yang aku risau sikit..sebab walaupun ada kepimpinan tapi takut kena cantas. Di barisan pertama..cuma ada Anwar. Oleh kerana Anwar diangkat terlalu tinggi..maka kepimpinan yang lain tenggelam. Nothing grows under the shade.

Barisan kedua aku masih lagi mengharap kepada orang-orang macam Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh. Di barisan ketiga, ada juga yang aku respek macam Nurul Izzah, Rafizi, Chegu Bard. Lagi sapa ha? Dulu aku harapkan Nik Nazmi dan Amirudin Shari..tapi sekarang dua-dua ni pun dah lain macam sikit.

Kat Perak, nasib baik masih ada lagi yang aku boleh harap.

 Ini wakil rakyat yang selalu boleh harap. Bila member kena cekup kat Kuala pun, dia boleh turun. Bila-bila masa nak cari tempat untuk mesyuarat atau buat program..dia sentiasa boleh tolong. Chang Lih Kang, ADUN Teja, memang boleh diharap dan tak susah untuk dihubungi.

Lagi sorang ialah Chan Ming Kai. ADUN Simpang Pulai. Walaupun aku jarang berhubung dengan dia..tapi muka dia selalu ada kat pentas ceramah…ataupun majlis-majlis orang Melayu. Selalu ditemui dengan memakai baju Melayu siap dengan songkok dan bila berceramah selalu memetik hadis.

Kesavan masih boleh bertahan di Hutan Melintang. Walaupun satu masa dulu semasa Perak tengah kecoh…Kesavan juga goyang sikit, tapi apabila dia masih lagi bertahan dalam PKR..yang tu aku kena bagi kredit. Tak macam Gobala yang dah melompat.

Aku pernah membuat audit di Hutan Melintang dan aku boleh kata, jentera Hutan Melintang adalah diantara yang terbaik dikalangan seluruh jentera pilihanraya PKR.

Sorang lagi yang boleh diharap untuk memperrtahankan kerusi ialah Yunus Jamhari di Kuala Kurau. Dia boleh jadi ADUN yang prihatin dengan rakyat..tapi Yunus memerlukan think-tank disekelilingnya untuk melahirkan idea-idea kreatif. Yunus adalah grassroot man, bukan competent legislator.

Bintang yang sedang bergemerlapan sekarang ialah Siti Aishah. Ada karisma dan boleh menarik peminat..tapi Aishah masih belum ada grassroot support yang kuat. Dia masih lagi "floating" dari satu pentas ke satu pentas. Dia perlu mengurangkan program ceramah yang terlalu kerap dan memberi tumpuan kepada sesuatu kawasan untuk  menyediakan tapak yang kuat.

Sorang lagi bintang baru tapi mungkin kurang dikenali dikalangan masyarakat Melayu ialah Chua Yee Ling. Mungkin pasal dia cuma selalu keluar dalam suratkhabar Cina. Amoi Slim River ni patut diketengahkan terutamanya disekitar Tanjong Malim.

Ok…ada 6  calon pilihan dari PKR dikalangan anak muda yang boleh membantu Pakatan menawan Perak.Tapi cukup ka?

Ada kelemahan dan kekuatan anak muda dari Pas dan PKR ini.

Anak muda dari Pas ramai yang mempunyai kelayakan tinggi…tapi tak cukup popular untuk menarik pengundi. Anak muda dari PKR pula boleh menarik pengundi untuk menang, tapi tidak mampu melahirkan idea-idea kreatif. Masing-masing masih lagi terbawa-bawa dengan stail ceramah…tanpa melontarkan idea-idea bagaimana hendak mengurus kemenangan. Masing-masing mengharapkan isu-isu nasional untuk menarik pengundi.

Sekarang kita tengok secara keseluruhan tapi masih lagi dalam lingkungan Pas dan PKR. Aku tak mau sentuh DAP sebab DAP dah ramai pemimpin muda. Kebanyakannya berumur dibawah 50 tahun.

Pas dan PKR bertanding sejumlah 42 kerusi di DUN Perak. Dari jumlah 9 yang aku sebut disini, kemungkinan besar Aishah dan Yee Ling akan bertanding Parlimen. Tinggal lagi 7 orang yang semuanya lelaki.

7 daripada 42…hanya 17% calon anak muda? Dan tak ada sorang pun wanita. Apa persepsi aku?

Aku tengok dari dua sudut. Politik cina dan politik Melayu.

Dalam politik Cina, depa sentiasa mencipta pemimpin dengan menganjakkan anak muda kedepan. Lih Kang, Yee Ling dan Ming Kai bukan lahir dari sistem perkaderan PKR. Depa adalah anak didik Lee Boon Chye. Yunus Jamhari naik secara tak sengaja sebab tak ada calon masa PRU 2008. Kesavan juga langsung tidak dikenali sebelum 2008. Siti Aishah…aku komen last sekali.

Masalah dalam Pas dan PKR ialah ruang yang terlalu sempit diberikan untuk anak muda dan wanita. Bukan kerana sistem dalam parti itu yang mengongkong..tapi kerana budaya politik dalam parti itu yang kurang sihat.

Cuba tengok dalam Wanita PKR Perak. Langsung tidak progresif. Orang yang sama aku kenal sejak 2003 dulu sampai sekarang masih lagi dipimpin oleh orang yang sama. Tak ada muka baru. Yang baru dalam wanita PKR pun sudah menopause. Wanita muda tak ada peluang untuk naik dalam Wanita PKR Perak kerana budaya politik yang tidak sihat. Ada saja yang muda dan lebih baik…depa dilihat sebagai ancaman..dan perlu disingkirkan.

Dalam satu Kongres PKR..salah satu resolusi yang diluluskan ialah 30%  kuota  untuk wanita dalam pemilihan calon. Tapi kalau aku tengok dalam kepimpinan Wanita PKR Perak…tak ada sorang pun yang lulus piawaian aku. Yee Ling orang Perak..tapi dia tak boleh tumbuh di Perak..sebaliknya kena pergi ke Selangor. Siti Aishah boleh tumbuh sebab dia naik melalui Serikandi..kalau dia cuba naik melalui Wanita PKR Perak…dia pun dah lama kena cantas.

Budaya cantas mencantas inilah yang menyebabkan Wanita PKR Perak ketandusan pokok yang subur. Sebaliknya hanya penuh dengan semak samun. tak percaya…hangpa pi mana-mana program wanita PKR dan cuba cari awek-awek yang cun dan bergetah. Toksah harap la.  Semuanya dipenuhi dengan pokok getah yang dah mambung.

AMK Perak juga macam tu. AMK sepatutnya menjadi batu loncatan untuk mengetengahkan kepimpinan muda. Tapi oleh kerana budaya politik yang diketuai oleh Shamsul Iskandar, maka AMK hanya berfungsi sebagai tukang escort Anwar ataupun menjaga lalulintas masa ceramah.

Hangpa jangan marah kat aku!! Kalau aku kutuk hangpa…dan orang kutuk aku balik sambil memberikan hujah yang diterima oleh orang lain..hangpa tak ada masalah. Tapi kalau aku kutuk sikit..dan orang diluar sana tambah semangkuk lagi macam komen OM dibawah ni…yang tu hangpa ada masalah sebab ia bukan persepsi aku sorang..tapi ramai lagi orang diluar sana yang melihat AMK macam tu.

Ini komen dari OM.

"abg mat, kalau nak tgk 'pimpinan tinggi'amk perak tunggu anwar dtg perak…..samada jadi driver pengiring, penyambut, bodyguard dan melaungkan reformasi. Itu masa yg 'terbaik' nak jumpa depa, nanti abg mat kempunan tak kenal depa….lebih baik letak calon auntie anne – bersih dr ketua pemuda pas atau ketua amk!"

Lu pikir la sendiri.

Pas pula mempunyai ahli yang ramai. Penuh dengan mereka yang jauh lebih berkelayakan..tapi mengapa masih gagal melahirkan pemimpin muda? Mengapa tidak ada seorang pun dari kalangan Muslimat Pas yang menonjol diluar parti?

Aku tau, kalau tanya orang Pas..depa boleh sebut ramai pemimpin muda baik dikalangan Pemuda Pas dan Muslimat..tapi apabila orang diluar Pas macam aku tak kenal sapa depa..itu masalah

Aku banyak kali pergi program-program Pas. Ramai wanita muda yang cun dan menawan dalam Pas..tapi setakat menjadi penyambut tetamu ataupun pengedar risalah. Bila sampai ke majlis Pas..cukup seronok sebab disambut dengan senyuman..fuiyo!!. Come on la..dirty old man needs love too.

Tapi bila sampai kedalam dan melihat barisan kepimpinan yang ada diatas pentas ataupun dibarisan depan..hilang mood. Kena pulak dengar depa berceramah..tak stim langsung.

48% pengundi-penggundi Perak berumur dibawah 40 tahun. Tapi hanya 17% bakal calon dari anak muda. Kalau aku yang tua pun tak stim..hangpa ingat yang muda-muda syok ka?

Hei..bukan tak ada kepimpinan muda dalam Pas!! aku tengok ramai yang berbakat..tapi mungkin pasai dalam Pas tak ada talent scouting dan talent building..itu pasai tak ada yang menonjol.

Tiap-tiap malam ada ceramah yang dianjurkan oleh Pas atau PKR. Jadikanla tempat ini sebagai akademi untuk menjonjolkan kepimpinan muda. Ni asyik-asyik Ketua Cawangan yang bila bercakap pun berbuih mulut.

Itu pasal dalam setiap ceramah…walaupun ianya bermula jam 9 malam, tapi orang akan datang jam 10 malam. Sebab depa tau, sejam pertama itu adalah ucapan Ketua Cawangan atau YDP kawasan. Depa malas nak dengar dah. Dan cuba letak wanita muda dalam PAs sebagai Pengerusi Majlis..ada la seronok sikit.

Ok..last sekali, aku komen pasal Siti Aishah. Kalau aku tak tulis nanti…Adieputra frust pulak. Sebabnya..belum aku tulis lagi…dia dah jolok nama Siti Aishah. Takut-takut aku tertinggal.

"hmm.. calon pkr, aishah dah tentu dalam senarai.. tak gitu abang mat"

Aku mula kenal dia semasa PRK Permatang Pauh tahun 2008. Dia bukan ahli PKR masa tu sebaliknya bersama-sama dengan Muslimat Pas dari Bagan Datoh. Kali pertama aku jumpa..aku dah tertawan. ha.ha.ha. Aku tau, sekarang ni ramai orang tua yang tergila-gila kat Siti Aishah…tu pasai tak renti-renti orang panggil dia ceramah.

Aku tarik dia dari Pas tapi dalam masa yang sama aku tak bagi dia masuk PKR sebab kalau dia masuk PKR..dia akan layu ditaman Wanita PKR Perak. Yang lain aku tak mau cerita…nanti ada orang kecil hati.

Sekarang dia sudah jadi bintang dalam PKR. Alhamdulillah. Aku pulak sudah jadi "pengkhianat".ha.ha.

07 di seri iskandar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di seri iskandar - Google Blog Search


DUA PELAJAR UITM <b>SERI ISKANDAR</b> MAUT KEMALANGAN <b>DI</b> KM <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2011 06:33 AM PST

No of View :1622
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

IPOH: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda di Km7 Jalan Ipoh-Lumut dekat sini, Sabtu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Mereka dikenali sebagai Mohamad Helmy Mohd Yusof, 21, berasal dari Ulu Kinta dan rakannya Ain Nadiah Baharuddin, 21, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi.

Kedua-duanya meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, kata Ketua Polis Trafik Negeri, Superitendan Wan Abdullah Ishak. Beliau berkata, kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Helmy dalam perjalanan dari sini untuk pulang ke kampus mereka, dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah lori sementara sebuah pacuan empat roda yang berada di belakang kereta mangsa turut merempuh kereta itu.

Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta mereka dan tepaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

07 di trolak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di trolak - Google Blog Search


Awas! Rotavirus Menyerang Daerah Batang <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 10 Feb 2012 04:00 PM PST

Dalam BERNAMA menyatakan bahawa 2 bayi telah meninggal dan 2236 penduduk di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak setelah dijangkiti Rotavirus. Kes ini menjadi gempar kerana telah menyebabkan 2 bayi meninggal dunia dan kes ini dilihat terlalu mendadak.

Berikut ini ialah berita yang disiarkan oleh BERNAMA:

TAPAH, 10 Feb (Bernama) -- Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini Jumaat.

Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.

Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.

Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.

Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.

Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.

"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.

Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.

Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.

Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.

"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka.

Sumber: BERNAMA

Artikel berkaitan Rotavirus untuk pengetahuan umum:

"APAKAH ROTAVIRUS"

MUNTAH dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun amat berbahaya bagi bayi. Bagaimana anda mampu mencegahnya?

Anak anda muntah beberapa kali dalam beberapa jam yang lepas. Episod muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut. Pada kebiasaannya, muntah bukanlah keadaan yang serius dan kebanyakan kes berhenti dalam tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, anda akan mula bimbang apabila suhu anak anda mula meningkat dan beliau mengalami cirit-birit.

Muntah-muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Walaupun muntah dan/atau cirit-birit mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai gastroenteritis akut.

Gastroenteritis adalah masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes, dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.

Apakah Rotavirus?

Rotavirus adalah virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan di usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang telah dijangkiti, dan disebar melalui sentuhan dengan najis ini. Perkara ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku dari anak ke anak di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia boleh merebak melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang mengurus bayi yang dijangkiti.

Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di atas permukaan keras dan kering. Ini bermaksud ia juga mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti, dan kemudian menyentuh mulutnya.

Adakah anak saya berisiko?

Di Malaysia, setinggi 38% kanak-kanak yang masuk hospital kerana gastroenteritis akut disebabkan oleh Rotavirus. Kebanyakan kanak-kanak dijangka dijangkiti virus ini sebelum berusia lima tahun.

Jangkitan Rotavirus kepada kanak-kanak yang lebih besar tidak begitu berbahaya, namun amat berbahaya bagi kanak-kanak dua tahun ke bawah. Bagi bayi, mereka menghadapi masalah paling serius memandangkan ia boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan cecair dalam tubuh badan) kesan daripada muntah dan cirit-birit yang teruk. Selain berhadapan dengan masalah dehidrasi, terdapat juga risiko mengalami masalah menghadam laktosa yang disebabkan cirit-birit yang berterusan.

Apa yang terjadi jika telah dijangkiti?

Pada permulaannya, kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus akan demam dan muntah-muntah, diikuti cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan kes, demam dan muntah selama dua ke tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga satu minggu. Gejala-gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing berkurangan dan tidak bermaya.

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan Rotavirus atau dehidrasi, anda perlu:

  • Beri anak anda minum 1 hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam rehidrasi atau isotonik. Jika dia muntah, pastikan anak anda kerap mengambil cecair atau susu dalam jumlah yang kecil setiap jam atau setengah jam.

  • Bubur boleh diberi dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.

  • Beri parasetamol untuk menurunkan suhu badan.

  • Pastikan diri anda, anak anda dan orang lain mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.


Foto: Good Website

Untuk si kecil yang berusia di antara 6 dan 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.

Bolehkah saya mengelakkan jangkitan Rotavirus?

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil termasuklah menyusukan anak dengan susu badan dan menggalakkan setiap ahli keluarga mengamalkan kebersihan yang baik di rumah. Pastikan semua peralatan makanan bersih dengan mencuci pinggan mangkuk, botol dan sudu garpu menggunakan air panas; mengambil berat tentang kebersihan apabila menyediakan makanan untuk keluarga; jangan menyimpan makanan yang telah masak di dalam peti ais lebih daripada dua hari; dan pastikan semua makanan telah dipanaskan semula dengan baik sebelum dimakan.

Walaupun kesemua langkah pencegahan ini diamalkan, kerana Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah berjangkit, maka penyusuan ibu dan kebersihan yang sempurna juga tidak mampu melindungi anak anda sepenuhnya. Satu cara yang berkesan adalah dengan mengambil suntikan vaksin untuk virus ini.

Mengenai vaksin

Vaksin Rotavirus amat berkesan jika diambil di peringkat awal. Ia boleh diberi secara oral. Matlamat vaksin ini untuk merangsang sistem imun badan dari usia yang muda supaya apabila anak dijangkiti Rotavirus untuk kali pertama, dia hanya mengalami jangkitan yang sederhana atau tanpa gejala-gejala yang serius. Jika dia dijangkiti lagi, anak anda akan mendapat perlindungan kecil.

Artikel oleh Dr. Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik, bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Positive Parenting. Program Positive Parenting diurus oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari GlaxoSmithKline. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.mypositiveparenti.

- POSITIFVE Parenting merupakan program pendidikan masyarakat yang bertumpu kepada isu-isu kesihatan & kesejahteraan kanak-kanak. Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (pakar) dan melibatkan usaha sama Lembaga Perpaduan & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia dan Persatuan Tadika Malaysia

Sumber: Utusan Online


Artikel Cambridge Online

07 di bukit merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit merah - Google Blog Search


FizGraphic Dot Com: Bermandi Manda <b>di Bukit Merah</b> Laketown <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 10:20 PM PST

salam blogger dan salam sejahtera kat korang semua ye.. entry nie nak ceta sikit lah pasal apit pergi Bukit Merah, Perak hari rabu lepas tue. sehari tak update belog hari tue..kih3..biasa lah kan, dah cuti, of coz lah nak pergi berjalan punya dengan kawan2..  Ada membe dari Perak, Kelantan, Alor Setar.. pukul 9.30 pagi kami berkumpul kat Stesen Bus Kulim sebab nak berkonvoi ramai2..kang sesat tak pasal2 lak (bajet nak pegi Dubai). Then lepas sarapan apa semua, 10.45 camtue gerak ke Bukit Merah. Dari Kulim nak g Bukit Merah maybe amik masa dalam sejam lebih kalau keadaan jalan x sesak. kami berkonvoi, so dalam sejam setegah camtue, kami sampai sana. taadaaa..dah pown sampai..layan gambar dulu jom!
bila sampai jer, terus lah pergi beli tiket kan.. kami amik pakej mandi jer sebab kami tak bermalam kat sana. So harga untuk pakej waterpark hanya RM29 sahaja. tak lebih tak kurang. lepas beli ticket, jalan nak masuk dalam tue macam2 barang yang dijual kat situ, korang boleh la nak beli barang2 dulu ke kan. Kalau lapar lak, food court dalam tue pown ada. Kitorang just lalu and beli air jer, then terus ke bilik persalinan sebab nak tukar baju mandi..so bermandi lah kami sepuas-puasnya..hahaha..jom layan gambar2 kat bawah nie..
berpasangan gitu..apit jer x bawak pasangan apit (ada awek tapi mengaku single) kuang.. awek keja la..tue x dapat join.. lepas tue kami naik2 yang gelongsor2 tue..ada yang best tapi ada yang tak best, air gelongsor tak laju.. turun pown slow jer..boring sesangat lah..hoho.. dulu lagi best dari sekarang..apit dah pergi bukit merah nie dah 3kali rasanya.. masa pergi kali kedua ngan membe2 lagi best.. kali ketiga ie kurang best sebab mainan dia banyak yang dah hampeh..huhu..tapi pape pown enjoy ja..kih3.. better dari Lost World Tambun.. then apit bergambar dalam air lak taw..tak caya? jom layan gambar apit menyelam dalam air..peace..
hmm itu jer lah yang nak story mory kat korang pasal cuti hari tue. Korang pergi jalan mana? share2 lah kat belog. hihi. hmm okay korang, thanks eyh sudi luangkanmasa baca entry nie. jumpa lagi ye..peace..babai korang..assalamualaikum..

07 di changkat keruing - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Dia buat dah: Ketua cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> mati dibunuh

Posted: 31 Jul 2010 07:29 AM PDT


LUMUT - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini, hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Jamil berkata, mayat Lim ditemui dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas dalam perigi yang mempunyai kedalaman lima meter itu, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam perigi itu.

Beliau berkata, dua pekerja ladang ternakan ayam itu yang merupakan rakyat Myanmar tidak dapat dikesan dan siasatan awal polis juga mendapati kereta pacuan empat roda milik Lim juga hilang.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan kedua-dua pekerja ladang ayam yang disyaki terlibat dalam kejadian itu, katanya.

Mayat Lim dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.

Isteri mangsa Ling Mooi Kooi, 47, berkata kira-kira seminggu lepas, dua rakyat Myanmar datang berjumpa suaminya untuk meminjam wang sebanyak RM2,000 tetapi suaminya hanya bersetuju memberikan RM500 dan beliau tidak tahu sama ada wang itu telah diberikan atau tidak.

Beliau berkata, apabila suaminya tidak pulang selepas pukul 6 petang semalam dan cubaan untuk menghubunginya melalui telefon bimbit juga gagal, beliau meminta bantuan anggota keluarga dan pasukan Rela untuk mencari Lim.

"Mayat suami saya ditemui apabila seorang daripada kumpulan mencari ternampak kaki suami saya terkeluar sedikit daripada perigi itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

07 di sungai siput - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sungai siput - Google Blog Search


MIC mahu Palanivel tanding Parlimen <b>Sg Siput</b> | Free Malaysia Today

Posted: 13 Feb 2012 12:01 AM PST

"Kerusi ini adalah kerusi yang bersejarah bagi MIC, keutamaan kita adalah untuk presiden," kata R Ganesan.

IPOH:  MIC Bahagian Sungai Siput memberi keutamaan kepada Presidennya Datuk Seri G Palanivel untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan kerana ia adalah kerusi tradisi bagi presiden parti itu sejak 1960-an.

Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan berkata sekiranya Palanivel mempunyai calon tertentu bagi kerusi itu, parti tetap memberi sokongan dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon berkenaan.

"Kita menjemput dan alu-alukan Datuk Seri (Palanivel) bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum ke-13.

Kerusi ini adalah kerusi yang bersejarah bagi MIC, keutamaan kita adalah untuk presiden, jika beliau memilih calon lain, kita juga bersetuju dan akan bekerja untuk memastikan kemenangannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata persetujuan untuk Palanivel bertanding di Sungai Siput bukan sahaja dicapai secara sebulat suara oleh MIC, malah turut dipersetujui oleh Umno, MCA, Gerakan, PPP serta disokong oleh IPF dan Makkal Sakthi.

Katanya apa yang jelas, sekiranya Palanivel bertanding bagi kerusi itu, rakyat Perak khususnya penduduk di Sungai Siput akan menikmati pelbagai manfaat terutama dalam aspek pendidikan dan infrastuktur, ditambah pula jika Palanivel dipilih sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Ganesan turut membidas kenyataan bekas ketua pemuda MIC Sungai Siput K Manimaran di dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini yang mahu kerusi itu diserahkan kepada Umno.

Sambil menyatakan kekesalan atas kenyataan seperti itu, beliau berkata sesiapapun tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan sedemikian kecuali dipersetujui oleh semua anggota dalam MIC dan Presiden kerana cadangan seperti ini boleh menjejaskan suasana harmoni dalam sebuah keluarga Barisan Nasional (BN), katanya.

"Umno tidak pernah meminta kerusi ini daripada MIC, begitu juga parti komponen lain. Jangan beri kenyataan seperti ini lagi,"  katanya.

Buka cawangan baru

Katanya setakat September tahun lepas, terdapat 11,066 pengundi India di Sungai Siput dengan MIC mempunyai 7,500 anggota di kawasan itu.

MIC Bahagian itu telah memohon untuk membuka 23 cawangan baru dan ia menunjukkan sokongan berterusan kaum India terhadap MIC dan BN.

Katanya masalah setinggan bandar di samping masalah yang bersifat setempat yang lain merupakan antara isu yang dihadapi penduduk Sungai Siput tetapi atas keprihatinan kerajaan negeri, masalah setinggan melibatkan 300 keluarga dapat diselesaikan.

Baru-baru ini, Palanivel telah mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Perak daripada Datuk S Veerasingam dan ia dilihat sebagai gerakan positif untuk terus memperkukuh kedudukan MIC dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa sekarang.

Sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu yang merupakan bekas presiden MIC, bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Siput mulai tahun 1974 hingga pilihan raya umum 2008 apabila kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael D Jeyakumar.

- Bernama

MIC <b>Sungai Siput</b> Mahu Palanivel Sebagai Calon Parlimen – Perak <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 07:24 PM PST

MIC Bahagian Sungai Siput memberi keutamaan kepada Presidennya Datuk Seri G Palanivel untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan kerana ia adalah kerusi tradisi bagi presiden parti itu sejak 1960-an.

Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan berkata sekiranya Palanivel mempunyai calon tertentu bagi kerusi itu, parti tetap memberi sokongan dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon berkenaan.

"Kita menjemput dan alu-alukan Datuk Seri (Palanivel) bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum ke-13. Kerusi ini adalah kerusi yang bersejarah bagi MIC, keutamaan kita adalah untuk presiden, jika beliau memilih calon lain, kita juga bersetuju dan akan bekerja untuk memastikan kemenanganya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata persetujuan untuk Palanivel bertanding di Sungai Siput bukan sahaja dicapai secara sebulat suara oleh MIC, malah turut dipersetujui oleh Umno, MCA, Gerakan, PPP serta disokong oleh IPF dan Makkal Sakthi.

Katanya apa yang jelas, sekiranya Palanivel bertanding bagi kerusi itu, rakyat Perak khususnya penduduk di Sungai Siput akan menikmati pelbagai manfaat terutama dalam aspek pendidikan dan infrastuktur, ditambah pula jika Palanivel dipilih sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Ganesan turut membidas kenyataan bekas ketua pemuda MIC Sungai Siput K Manimaran di dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini yang mahu kerusi itu diserahkan kepada Umno.

Sambil menyatakan kekesalan atas kenyataan seperti itu, beliau berkata sesiapapun tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan sedemikian kecuali dipersetujui oleh semua anggota dalam MIC dan Presiden kerana cadangan seperti ini boleh menjejaskan suasana harmoni dalam sebuah keluarga Barisan Nasional (BN), katanya.

"Umno tidak pernah meminta kerusi ini daripada MIC, begitu juga parti komponen lain. Jangan beri kenyataan seperti ini lagi," katanya.

Katanya setakat Sept tahun lepas, terdapat 11,066 pengundi India di Sungai Siput dengan MIC mempunyai 7,500 anggota di kawasan itu. MIC Bahagian itu telah memohon untuk membuka 23 cawangan baru dan ia menunjukkan sokongan berterusan kaum India terhadap MIC dan BN.

Katanya masalah setinggan bandar di samping masalah yang bersifat setempat yang lain merupakan antara isu yang dihadapi penduduk Sungai Siput tetapi atas keprihatinan kerajaan negeri, masalah setinggan melibatkan 300 keluarga dapat diselesaikan.

Baru-baru ini, Palanivel telah mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Perak daripada Datuk S Veerasingam dan ia dilihat sebagai gerakan positif untuk terus memperkukuh kedudukan MIC dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa sekarang.

Sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu yang merupakan bekas presiden MIC, bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Siput mulai tahun 1974 hingga pilihan raya umum 2008 apabila kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat.

– BERNAMA

07 di kerian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kerian - Google Blog Search


PM akan umum peruntukan besar <b>di Kerian</b> » Perak News - Your <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 01:53 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PM akan umum peruntukan besar di Kerian. January 4, 2012 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> ...

07 di manjung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di manjung - Google Blog Search


<b>Manjung</b> Mari: Zulkifli Noordin menjadi mangsa vandalisime <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 06:47 AM PST

Petang semalam semasa aku nak pi Tesco Manjung, tertera gambar Zul Kulim di Billboard Taman Berpadu nak masuk Tesco,,, oleh kerana mukanya jenis muka penipu teringin aku nak snap gambarnya..... sekadar buat simpanan...
Malam tadi kat surau sambil dol dengar ceramah maulidurasul dari Uztaz Zulkarnain Ipoh, dok sembang dengan beberapa sahabat,, terbuka cerita muka Zul kena conteng,,, aku tanya bila,,, si sahabat bagitau dari semalam... aku kata biar betul, sebab semalam aku pi Tesco elok gambarnya,, aku tunjuk bukti,, sisahabat mengeras lagi,, ia kata betui,, tk percaya jom pi tengok,, ajak sorang lagi member guna kereta kancil, tinggal ceramah, kami pi tengok,,,
Betui... memang gambarnya kena conteng..... Nasib kolah Zul,,,, nasib conteng aja,,, kalau jumpa muka bertemu muka silap-silap kena ludah....


 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved