Isnin, 31 Disember 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di parit buntar - Google Blog Search


MIMPI NGERI MUJAHID YUSOF RAWA <b>DI PARIT BUNTAR</b> BERMULA

Posted: 31 Dec 2012 07:03 AM PST

Walau pun berada di dalam parlimen yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU 12, program program kerajaan terus berjalan di kawasan Parit Buntar.

Hari ini telah terbukti bahawa kerajaan Barisan Nasional telah menerima peningkatan sokongan dari rakyat disekitar Parit Buntar, sudah pasti akan menjadi satu igauan ngeri kepada ahli parlimen kawasan iaitu YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang semakin dilupakan oleh rakyat Parit Buntar yang sudah jelak dengan janji janji pembangkang sebelum PRU 12 yang lalu.

Program yang dihadiri oleh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Bahagian Parit Buntar serta kepimpinan badan bikan kerajaan disusuli pula dengan kahadiran YB Dato' Sharani Mohammad yang juga merupakan EXCO kerajaan negeri menambah keyakinan bahawa kawasan Parlimen Parit Buntar akan kembali ke tangan Barisan Nasional.

Dalam ucapan alu aluan oleh Timbalan Pengarah KEMAS negeri Perak Encik Mohd Ali Hanafiah, beliau memuji sikap penduduk di sekitar Kuala Kurau dan Parit Buntar yang tidak mengecewakan setiap kali diadakan program program kerajaan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Sharani yang sanggup datang pada malam ini untuk bersama sama dengan rakyat Parit Buntar dan Kuala Kurau.

Dalam ucapan Tuan Haji Mohd Saleh Mad Desa yang merupakan penyelaras DUN dan pemangku ketua UMNO Bahagian, beliau mengatakan bahawa setiap acara yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan luar biasa.

Beliau memaklumkan bahawa sejak pagi sudah diadakan pelbagai program dan apa yang membanggakan kata beliau, semua acara acara tersebut telah disertai oleh pelbagai kaum dan berada didalam keadaan aman dan sentosa.

Menurut beliau lagi, himpunan malam ini bukan untuk menyatakan keburukan, mendoakan kehancuran sesiapa dan mengata sesiapa, himpunan malam ini adalah untuk memanjat kesyukuran kepada Allah diatas limpah kurniaNya di sepanjang tahun 2012.

Beliau juga berkata bahawa semua yang hadir pada hari dan malam ini akan sama sama mempertahankan tanah air hingga ke titisan darah terakhir dan beliau meminta semua yang hadir pada hari ini untuk menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta YAB Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir Menteri Besar Perak.

Dalam ucapan YB Dato' Sharani pula, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan majlis Sambutan Tahun Baru pada hari ini.

Beliau juga menyampaikan salam dari YAB Menteri Besar kepada semua yang hadir dan Menteri Besar memohon maaf kerana tidak dapat hadir bersama sama kerana beliau mesih lagi berada di Tanah Suci.

Menurut beliau, setiap sambutan tidak kira sambutan tahun baru atau hari kebangsaan akan bermula dari apa yang kita pilih pada hari ini.

Beliau juga menyeru kepada semua yang hadir dan yang tidak hadir pada malam ini untuk menjadi insan yang berhati mulia, tidak mendoakan yang bukan bukan kepada mana mana pihak, kerana menurut beliau seorang insan yang rosak hatinya rosak akan membawa kepada kemudaratan dan kecelakaan, oleh itu beliau juga meminta kepada semua rakyat di Kuala Kurau supaya menolak kepimpinan yang hatinya rosak.

Beliau juga menyeru kepada semua pengundi pengundi di Kuala Kurau dan Parit Buntar supaya mengundi calon Barisan Nasional supaya kawasan Kuala Kurau dan negara ini akan bertambah maju.

Apa macam Mujahid, ada berani ka? Haha..menempah kalah jelah PAS di Parit Buntar..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

When Ijun Write: Tutti Frutti <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 28 Dec 2012 06:24 AM PST

Assalamualaikum wbt.

Berita gembira....berita gembira.....

Tutti Frutti dah ada kat Parit Buntar. Yahoo...tak perlu la nak gi Taiping Sentral if nak makan Tutti Frutti. Ai...Parit Buntar yang bukan ibu negeri pun dah ada Tutti Frutti.....tapi yang Kangar ibu negeri pun belum ada lagi Tutti Frutti atau yang sewaktu dengannya.

Send from my Windows Phone

07 di trolak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di trolak - Google Blog Search


Logo-logo <b>Di</b> Malaysia - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 27 Dec 2012 12:00 AM PST

Keperluan logo merupakan satu kaedah dalam memperkenalkan satu institusi atau produk disamping dapat mempercepatkan daya ingatan dalam mengingatkan sesuatu institusi atau produk. Kelangsungan pada itu, maka banyak perkara akan tetap memperkenalkan logo untuk ia mudah dikenali. Turut terlibat juga antara negara-negara dan negeri-negeri.

Berikut ialah logo-logo yang ada kaitan dengan aku.
Jata Negara
Jata Negeri Perak
FELDA

IlyTrolak:
"Banyak lagi logo-logo yang ada kaitan dengan diri aku ni... nak senaraikan memang berlambak.."

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

07 di taiping - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di taiping - Google Blog Search


AES Kes pertama <b>di Taiping</b>. ~ SISI BUKIT

Posted: 23 Dec 2012 04:18 PM PST

07 di padang rengas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di padang rengas - Google Blog Search


Sebuah Lagi PASTI Ditubuhkan <b>di</b> Kawasan <b>Padang Rengas</b>

Posted: 26 Dec 2012 05:47 PM PST


Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas terus mengorak langkah dalam melebarkan pendidikan pra sekolah berteraskan Al Quran kepada masyarakat apabila berjaya menubuhkan sebuah lagi PASTI baru di Cawangan Kota Lama Kiri.

Dengan sokongan pihak pemuda cawangan yang diterajui oleh saudara Farid ditambah dengan bimbingan Al Fadhil Ustaz Jamaluddin b. Ahmad (YDP Pas Kawasan), mudah- mudahan urusan penubuhan dan pentadbiran PASTI ini akan dipermudahkan oleh Allah dalam melahirkan generasi yang memahami dan mengamalkan Al Quran dan Sunnah.

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


Surat Terbuka Kepada Rakyat <b>Negeri Perak</b> – Perak Today

Posted: 29 Dec 2012 11:56 PM PST

Sungai Rapat Online telah membaca satu surat terbuka khas untuk rakyat negeri Perak daripada seorang pensyarah kanan universiti tempatan.

Surat ini juga mampu membuka minda pengundi Melayu yang masih mengganggap cina DAP adalah jujur untuk mempertahankan tanah Melayu seperti di bawah:

Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,

Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada 'kita' menjelang PRU13 nanti.

Di sini, Teman tidaklah akan menghujahkan yang tindakan YB Ngeh Koo Ham itu adalah salah dari segi undang-undang dan begitu juga dengan tindakan YIK. Sebaliknya, Teman akan membincangkan perkara-perkara yang zahir dan sahih sahaja. Perkara-perkara yang zahir dan sahih yang Teman maksudkan adalah seperti berikut:

1) Pembelian saham (seterusnya pertukaran hak-milik) UPSB kepada YB Ngeh Koo Ham kerana beliau sendiri mengaku akan perkara ini.

2) Walaupun proses pertukaran hak milik ini berlaku pada tahun ini (2012), tiada apa yang boleh mengubahkan hakikat bahawa UPSB memang telah mendapat pajakan tanah dari YIK seluas 10,526 ekar sejak 2006 lagi seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikel Harakah baru-baru ini.

3) Dan selepas pertukaran 2012 ini, UPSB dimiliki hampir seratus-peratus oleh seorang individu yang bukan bumiputra dan fakta ini datang secara semulajadi hasil dari fakta 1) dan 2)

Apakah kaitan fakta-fakta di atas dengan rahmat dan petunjuk Allah yang Teman nyatakan diawal penulisan ini? Apa yang Teman maksudkan ialah Allah telah memberikan petunjuk bahawa 'kita' (Melayu, Muslim dan Bumiputra) belum lagi mampu bersaing 'atas tanah yang rata' lalu mesti bagi 'kita' mengekalkan dulu apa yang 'kita' ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, sementara 'kita' menyiapkan diri terlebih dahulu.

Bukanlah niat Teman hendak menjadi pesimistik tetapi apa yang YB Ngeh Koo Ham telah lakukan, hakikat dimana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang (kesalahan moral mungkin), cuma menyerlahkan lagi kebijaksanaan dan keupayaan 'mereka' dari pelbagai segi termasuk kekuatan pemikiran, modal dan rangkaian yang 'kita' masih lagi terlalu jauh untuk memilikinya.

Apa yang lebih membimbangkan, selain memiliki keupayaan-keupayaan ini, tiada ternampak pula bibit-bibit keinginan untuk 'mereka' berkongsi dengan 'kita' dan membantu serta memberi tunjuk ajar kepada 'kita'. Ini dibuktikan dengan pembolotan hak milik UPSB oleh 'mereka' hampir seratus peratus.

Turut membimbangkan adalah bagaimana entiti-entiti 'kita' seperti YIK terus-terusan dieksploit oleh 'mereka' dalam mendapatkan projek-projek yang berskala besar. Memanglah 'kita' boleh berterus-terusan memberikan alasan 'kita' belum mampu, belum cukup pandai dan lain-lain maka 'kita' perlu serahkan projek itu kepada 'mereka' tetapi bukankah ini juga bermaksud 'kita' perlukan lebih masa untuk menyiapkan diri, lalu mesti bagi 'kita' mengekalkan dulu apa yang 'kita' ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, seperti yang telah Teman nyatakan di atas.

Jika dilihat dari perspektif ini, rahmat Allah SWT kepada rakyat negeri Perak telah turun seawal 2009 lagi dengan pertukaran semula kerajaan negeri Perak ke tangan BN. Kalau tidak cuba 'kita' bayangkan apa yang YB Ngeh Koo Ham dan 'mereka' boleh capai dalam tempoh empat tahun yang telah berlalu (2008 sehingga kini). Sedangkan dengan kehilangan kuasa pun beliau boleh membeli saham UPSB dan menguasai pengusahaan tanah YIK, inikan pula jika 'mereka' berkuasa dahulu.

Dan cuba bayangkan, apa yang 'mereka' boleh lakukan jika 'mereka' menang dalam PRU13 yang akan datang seterusnya berkuasa untuk empat atau lima tahun lagi diwaktu tiada langsung bibit-bibit bukti yang 'mereka' ingin berkongsi dengan 'kita'.

Satu perkara yang selalu 'kita' lupa, selepas PRU12 memanglah jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada PAS kerana diwaktu itu DAP tiada calon Melayu tetapi perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana DAP telah belajar dari kesilapan terdahulu. Dikhabarkan, DAP akan meletakkan calon-calon Melayu di Perak untuk membolehkan 'mereka' menduduki kerusi Menteri Besar jika 'mereka' menang kelak. Bayangkan apa yang akan terjadi.

Bayangkan juga darjah kerakusan 'mereka'. Walaupun YB Ngeh Koo Ham mampu menyediakan duit puluhan juta untuk pembelian saham dan walaupun 'mereka' terus mendapat projek-projek dan tanah-tanah berskala besar, 'mereka' masih terus melaungkan slogan 'DEB tidak adil', 'agihan kekayaan dan peluang tidak sama rata' dan lain-lain lagi. Ini semua sepatutnya membuatkan 'kita' berfikir, apa yang 'mereka' mahukan lagi?

Mungkin ada yang berhujah PAS dan PKR akan mengimbangi kuasa dan keupayaan DAP jika mereka berkuasa kelak. Tetapi sejarah yang ada, bukti-bukti yang ada tidak menunjukkan ini akan berlaku.

Bukti-bukti yang ada adalah sebaliknya dimana entiti-entiti kita seperti YIK terus dieksploit, bukan secara salah dari segi undang-undang, tapi dari segi ketidakmampuan 'kita' sendiri. Ini belum lagi 'kita' bincangkan isu-isu lain seperti perlaksanaan negara Islam dan hudud.

Akhir kata, Teman mengharapkan saudara-saudara senegeri Teman (Orang Perak Ler) akan memikirkan sedalam-dalamnya perkara-perkara yang berbangkit dalam sehari dua ini. Tidakkah ia satu petunjuk dari Allah SWT tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku selepas PRU13 ini?

Jika Allah telah merahmati 'kita' pada tahun 2009 dahulu, kenapa tidak Dia terus merahmati 'kita' sehingga kini dengan terus memberikan petunjuk dan pedomanNya agar 'kita' terus selamat dan sejahtera? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Negeri Perak semua.

- DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN
Pensyarah Kanan,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
UTM, Johor Bahru

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved