07 di lekir - Google Blog Search |
Zulheimy Ma'amor: KD <b>LEKIR</b> : AUSTRALIA , 1991 Posted: 19 Sep 2012 09:19 PM PDT September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa dipilih untuk menyertai Perbarisan Hari Ulangtahun ke 50 Tentera Laut Di Raja New Zealand (RNZN International Fleet Review) di Auckland, New Zealand. Dalam Perjalanan ke New Zealand, kapal telah singgah di beberapa destinasi seperti Darwin, Cairns, Sydney, Adelaide dan Perth di Australia dan juga Auckland dan Wellington di New Zealand. DARWIN - NORTHERN TERRITORY Pelabuhan pertama kapal singgah ialah Pelabuhan Darwin di Utara Australia. Darwin adalah ibu Negeri Wilayah Utara Australia (Northern Territory), mempunyai penduduk seramai 127,500 orang. Sejarah Darwin bermula pada 9 September 1839 apabila kapal HMS Beagle belayar memasuki pelabuhan Darwin. John Clements Wickham telah menamakan pelabuhan itu "Port Darwin" bersempena nama seorang anggota Kapalnya, Charles Darwin yang telah mengikuti beliau dalam pelayaran yang terdahulu. Bandar Darwin telah 2 kali dibina semula akibat kerosakan teruk. Kali pertama selepas serangan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan kali kedua apabila Cyclone Tracy melanda Darwin pada tahun1974. Cuaca di Darwin pada masa ketibaan kami di sana agak panas terik. Disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, anak-anak kapal diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas semasa berkelepasan di Darwin. Cairns adalah sebuah bandar di Utara Queensland, Australia diasaskan pada tahun 1876. Bandar Cairns dinamakan sempena dengan nama William Wellington Cairns , Gabenor Queensland yang dilantik pada January 1875. Bandar Cairns terletak kira-kira 1,700 km (1056 batu) dari bandar Brisbane dan kira-kira 2,700 km (1,678 batu) dari Sydney. Cairns adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Australia. KURANDA RAINFOREST PARK, CAIRNSKuranda Rainforest Park terletak di kawasan Rainforest World Heritage seluas 100 ekar. Kawasan yang menjadi tarikan pelancong ini mengambil masa 5 minit perjalanan dari Kampung Kuranda dan setengah jama dari Cairns Tropical North Queensland, Australia. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Rainforest Park ini. Bungi Jumps adalah satu aktiviti sukan yang agak merbahaya, bukan semua orang sanggup melakukan penerjunan seperti ini. KD Lekir agak bertuah kerana ada anggotanya yang sanggup menyahut cabaran itu. Mossman adalah nama sebuah bandar di Utara Queensland di Sungai Mossman. Mossman George adalah merupakan kawasan hutan yang menjadi tarikan pelancongan ke Australia. Ia adalah sebuah kawasan seluas 56,000 hektar dalam Warisan Dunia. Hutan hujan Tropika yang tebal ini terkenal kerana keindahannya yang sangat mengkagumkan. Ia juga adalah merupakan tempat suci bagi kaum Asli Australia dari suku kaum Kuku Yalanji yang dikatakan telah mendiami kawasan itu selama lebih kurang 4000 tahun. HMAS Cairns merupakan sebuah pengkalan Tentera Laut DiRaja Australia (RAN) yang terletak di Cairns, Queensland. Pengkalan ini ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai pengkalan untuk kapal-kapal perang kecil. HMAS Cairns bertanggungjawab untuk aktiviti bagi Bot Peronda RAN dan juga sebagai Markas Hidrografi RAN. Semasa berada di Cairns, kami telah diraikan oleh anggota Tentera Laut DiRaja Australia yang berpengkalan di HMAS Cairns di Junior Rates Club yang turut dihadiri oleh anggota wanita RAN. Pada 19 September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah selamat tiba di Sydney, New South Wales. Sydney adalah ibu negeri New South Wales, Australia dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Australia. Ia terletak di bahagian Tenggara Laut Tasman. Sydney diasaskan pada tahun 1788 dan merupakan tapak jajahan British yang pertama di Australia. Ia diasaskan oleh Arthur Phillip, Commodore of the 1st Fleet Royal Navy. Nama Sydney diambil dari nama Setiausaha Negara British ketika itu, Thomas Townshend, Lord Sydney. |
Zulheimy Ma'amor: KD <b>LEKIR</b> : SURABAYA 1989,1990 & 1991 Posted: 17 Sep 2012 09:10 AM PDT |
You are subscribed to email updates from di lekir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |